I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Repost – Perkara Yang Membatalkan Puasa

Salam…

Dalam kita berusaha menjalani ibadah puasa dengan cara yang betul, tak dapat tidak kita kena mengetahui juga perkara2 yang membatalkan puasa.. sama juga seperti wuduk dan solat.. kalau kita tak ambil cakne (bak kata orang tganu.. maksudnya perhatian), maka kita tak sedar yang perbuatan kita ada kalanya boleh merosakkan ibadah yang kita lakukan.

Untuk kali ni, Ustaz Love bagi point2 je ye.. untuk penjelasan selanjutnya, Ustaz Love akan terangkan dalam entry lain.. Takut panjang sangat plak..

Ada beberapa perkara yang boleh membatalkan puasa :

1. Makan dan minum dengan sengaja

2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga

3. Berjimak (bersetubuh)

4. Mengeluarkan air mani dengan sengaja

5. Kedatangan haidh dan nifas

6. Gila

7. Pitam sepanjang hari

8. Murtad

9. Mabuk sepanjang hari

10. Muntah dengan sengaja

WA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

55 Comments

Add a Comment
    1. ilmu Ustaz Love belum masuk kat dada.. baru sampai kat kepala.. sbb tu masih banyak belum mampu nak amal.. πŸ˜‰

      1. di lapang2 kan lah dada tu supaya mudah ilmu masuk dan boleh memberi shafaat kpd diri sendiri dan org lain wallahua’lam…

          1. kata ustaz sewaktu tazkirah solat tarawih, ilmu tu x perlu banyak yg paling penting berkat tapi klau banyak itu lebih baik…WallahuA’lam…

    1. kalau mimpi sekalipun terkeluar sperma tidak membatalkan puasa.. kerana ia masuk ke dalam kategori tidak sengaja πŸ˜‰

    1. berkumur2 memang la masuk air ke rongga mulut.. kalau masuk ke rongga hidung, org tak panggil berkumur2.. πŸ˜€

      berkumur2 tidak membatalkan puasa..

  1. ustaz kalau tak ingat brp hari nak ganti pose mcm mane tu cth kalau dia ganti 6 hari sebenarnya dia batal 10 hari mcm mane kalau seseorang itu tak ingat???

      1. kalau tak pasti dan terlupa mcm mane nak ganti??? hrp ustaz reply blk ye maaf ustaz saya ni jenis suka bertanya…

    1. kalau kahak itu belum keluar ke mulut (masih di halkum), maka harus menelannya dan tak batal puasa.. kalau dan keluar ke mulut, maka tidak boleh ditelan kembali.. ia membatalkan puasa..

        1. Ustaz ape hkm kentut dlm air btl pose sebab ramai kate btl pose?? maaf kalau saye entry mcm ni yeee ustaz….

          1. kentut dalam air tak batal puasa.. yg batal puasa kalau memasukkan air ke dalam dubur..

      1. ustaz kalau seseorang itu selalu berkahak sewaktu pagi adakah puasanya tetap batal kalau kita menelanya?? ada ke mazhab yang boleh menyatakan perkara ini

        1. menurut mazhab Syafie, batal puasa jika menelan kahak yang dah keluar ke mulut.. jika masih dalam tekak, tak batal puasa kalau ditelan.. perkara ini ada khilaf di kalangan ulamak.. ada mazhab yg mengatakan tidak batal puasa jika menelan kahak (sekalipun dah keluar ke mulut).. tetapi, untuk meraikan pandangan mazhab, maka lebih wajar berpegang pada pendapat yg mengatakan batal puasa disebabkan menelan kahak yg terkeluar ke mulut dengan sengaja.

          WA

          1. tak boleh ke kite meraikan pandangan yang lain mengatakan tidak membatalkan puasa ?? maaf ustaz saya cuma nak tahu je…

          2. tak boleh ke kite meraikan pandangan yang lain mengatakan menelan kahak tidak batal pose?? maaf ustaz kalau saya banyak bertanya..

          3. maksud meraikan pandangan adalah kita mengambil pandangan yg merangkumi pandangan yg lain. contohnya, jika bab wuduk dalam mazhab maliki, menyapu keseluruhan kepala itu wajib, sedangkan bagi mazhab syafie, yg wajib adalah menyapu sebahagian kepala, maka meraikan kedua pendapat ini, kita sapulah keseluruhan kepala. Pandangan maliki pun kita ikut, pandangan syafie pun termasuk sekali. Sama juga kesnya dengan niat puasa tiap2 hari dan niat sebulan penuh..maka bagi meraikan kedua2 pendapat, kita berniatlah sebulan penuh pada hari pertama puasa, dan tidak meninggalkan niat puasa tiap2 hari..

            WA

  2. ustaz nak tanye sikit gelema itu apa??? kalau kat hidung tu makna nya hingus tu gelema ke ustaz??? kalau menyedut hingus btl puasa….

    1. gelema tu bukan hingus.. tapi air liur yg bercampur lendir.. kalau kita meludah, yg berbuih2 dan berlendir tu la gelema..

      sedut hingus tak batal puasa..

  3. ustaz love apakah hukum menyedut kembali hingus setelah keluar dari rongga hidung ketika berpuasa batal atau tidak..

      1. Assalamu’alaikum Ustaz….
        Kalau tak silap apa yg saya berlajar dkt Pondok, kalau hingus berada di paras zahir tapi kalau kita sedut tak batal…Tapi kalau sedut sampai had batin atau sampai ke Mulut tu dah kira batal…
        Maaf diri ini, hanya inginkan penjelasan

  4. ustaz kalau kite was2 nak telan kahak kat tekak tapi rasa ade kat mulut. so kalau telan adakah puasa kite batal kerana menelan kahak itu ???

  5. alsm ustaz cth brp kalu pada 2012 saya tinggal puasa 30 hari sehingga menjelang ramdhan yang akan datang dan saya tidak menqadakan puasa dan perlu membayar fidyah berpa agaknya yang perlu di bayar anyway tq ustaz

  6. ustaz love kalau saya bayar fidyah menggunakan maybank 2u emak saya adakh fidyah saya diterima kerana menggunakan akuan emak saya dan wangnya tetapi saya bayar balik wang itu secara tidak diketahui oleh mak saya. adkah itu dikatakan mencuri atau sebagainya kerana saya ingin membayar fidyah secara online kerana saya tidak mempunyai maybank2u..

  7. ustaz, saya ingin berpuasa pada 10muharam dan juga pada hari tersebut saya dikehendaki ke hospital untuk mengambil darah utk ujian darah. boleh tak saya teruskan berpuasa?? tolong beri jawapan segera ya ustaz.. sekian terima kasih, salam

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme