Kenapa Kebanyakan Penggemar Nasi Lemak Berbadan Besar??

Anda Memang Layak Untuk Mendapatkan Kereta Percuma!!

Kisah Cinta 20 Sen Yang Sangat Mengujakan!!

Repost – Kifarah Puasa

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada kariah al-ubudiah :

“salam syeikh..nk tanye nie..klu suami isteri melakukan hubungan kelamin siang hari bulan ramadhan,si suami akan kene kifarah kan? (puasa 2 bulan berturut-turut atau bg mkn 60 org fakir miskin..tp klu sblm melakukan hubungan kelamin tue, mereka membatalkan puasa dengan minum air dahulu. then baru buat,adakah si suami kene kifarah jugak atau hanya qada’ puasa?”

Salam ya tuan kariah al-ubudiah..

Bagi pasangan yg terjimak atau sengaja berjimak di siang hari dalam bulan Ramadhan, maka kedua2nya terbatal puasa dan berdosa.. kerana berjimak di siang hari dalam bulan Ramadhan hukumnya adalah haram.

Maka, kedua2 suami isteri itu wajib mengganti puasa (qadha puasa).

Dalam mazhab Syafie, hanya suami saja yg dikenakan kifarah… iaitu puasa selama 2 bulan berturut2.. kalau terlepas sehari, maka wajib mengulangnya daripada awal (sila ambil perhatian persoalan “berturut2 itu”.. maksudnya, tak bleh terlepas walau satu hari pun).. jika tak mampu berpuasa (disebabkan uzur yg dibenarkan syar’ie.. ie sakit tak bleh puasa ke, terlalu tua ke.. puasa tak larat, tapi jimak larat plak.. hehe), maka barulah berpindah kepada memberikan makanan kepada 60 orang fakir miskin, setiap orang secupak makanan asasi (kalau kat Malaysia ni, beras la). Tak bleh sesuka hati nak pilih bagi makan fakir miskin.. sekalipun nampak lagi senang..

Isteri pula tak dikenakan kifarah.. cuma wajib menggantikan puasa saja.

Seperti yg Ustaz Love jelaskan dalam entry lepas, sama ada seseorang itu berpuasa atau tak berpuasa, jika berjimak di siang hari pada bulan Ramadhan, maka hukumnya adalah haram dan berdosa dan dikenakan kifarah. Ini termasuklah sesiapa yg membatalkan puasa semata2 sebab nak berjimak, ataupun memang tak puasa.. asal jimak je (siang hari dalam bulan Ramadhan), kena la kifarah ke atas batu jembala patik beliau itu..

Tambahan – Menurut mazhab Syafie, tidak dikenakan kifarah jika telah membatalkan dulu puasa.. tetapi, menurut jumhur ulamak, kifarah dikenakan sekalipun telah membatalkan puasa (dan inilah pendapat yg rajih – lebih kuat)

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

45 Comments

Add a Comment
  1. terdetik soalan:
    siang puasa dan malam pergi tarawih.
    tapi ade certain mlm berzina dengan perempuan (tunang sendiri)
    mcmna tu ustaz?!
    mcmana nak bertaubat dan mcmana caranya?!
    *kes dua2 belum kawin.
    *aku pun pening bila terbaca..

    1. Nak bertaubat, kena taubat nasuha.. taubat yg sesungguhnya daripada dosa tersebut serta menyesal dan berjanji takkan melakukannya lagi..

      Untuk kes kifarah, sekalipun lelaki itu belum berkahwin, ia tetap kena kifarah, sekiranya beliau berzina di siang hari dalam bulan Ramadhan.. takde beza dgn org yg dah bernikah.. yg berbeza cumalah bab hudud.. yg dah bernikah / pernah bernikah, kena rejam sampai mati.. yg belum pernah bernikah (walaupun berkali2 berzina) dikenakan sebatan 100x.

      Kalau berzina waktu malam, maka beliau tetap berdosa besar.. dan wajib dikenakan hudud.. tetapi tidak dikenakan kifarah puasa.

      WA

  2. kepada pasangan2 pengantin yg baru kawin dkt2 nak pose ari tu berhati2 je lah ya.kakjem dh naik heran ngan org skrg lagi dekat nk pose lg ramai yg sibuk nak kawin kan anak,apa mereka x terpiqiok ke apa aktiviti pengantin baru ni….ntah lah…klau org dulu2 mmg x kan kawinkan anak time2 cam tu…..tulun komen sket ustaz…

    1. kadang2 pengantin baru ni lagi bleh bertahan berbanding pengantin lama.. sbb baru2 lagi.. sedangkan pengantin lama selalu sangat terlajak sbb dah terbiasa.. dah jadi rutin la katakan sejak berpuluh tahun.. hehe :D

  3. syukran wa barakallah fiik

    emm…me tak tau lah sama ada suami sedare me tu dh buat kifarah ni ke belum..rasanya dia pernah ter jimak pd bln puasa…
    berat sebenarnya nak puasa 60 hari berturut2 tu…
    WA

  4. Salam..

    Tambahan – Menurut mazhab Syafie, tidak dikenakan kifarah jika telah membatalkan dulu puasa.. tetapi, menurut jumhur ulamak, kifarah dikenakan sekalipun telah membatalkan puasa (dan inilah pendapat yg rajih – lebih kuat)

  5. mcm mn kalau suami isteri melakukan onani di siang hari bulan ramadan..suami memasukkan jarinya ke dalam kemaluan isteri dan memasukkan zakar ke dalam mulut isteri sehingga suami mengeluarkan air mani..dah tentu puasa suami batal kan..tp puasa isteri batal jgk ke?dan perlu ke suami byr kifarah?tq

    1. jika jari itu dimasukkan ke dalam faraj isteri, maka isteri batal puasanya.. kecuali kalau isteri tak tahu (tgh tido ke).. bangun2 suami bgtau ada masukkan jari.. maka puasa isteri tidak batal.. kerana tak tahu..

      jika sama2 tgh onani (apa kejadahnya puasa2 sibuk beronani), maka perbuatan suami memasukkan jari ke faraj isteri itu membatalkan puasa si isteri (sbb dalam kesedarannya).. begitu juga perbuatan isteri melakukan oral seks dengan suami, jika sampai keluar air mani suami, maka suami itu terbatal puasanya.. kerana dikira mengeluarkan air mani dengan sengaja..

      batal puasa kedua2nya.. dan tidak kena kifarah, kerana oral seks bukanlah jimak.. tetapi kedua2nya (suami isteri) itu perlu bertaubat (kerana membatalkan puasa tanpa uzur adalah berdosa besar) dan menggantikan puasa (qadha puasa) sejumlah hari yg terbatal itu.

      WA

  6. assalamualaikum ? dear ustad, saya mau tanya, kl suami-istri melakukan hubungan di malam hari lalu bangun kesiangan & baru mandi wajib setelah azan subuh, bgmn dengan puasanya ? apakah ini termaksud kifarah juga ? ataukah bisa di lanjutkan untuk puasanya ? wasalamualaikum …

    1. waalaikumussalam tini..

      puasanya itu sah walaupun tidak mandi wajib sepanjang hari. juga tidak dikenakan kifarah kerana hubungan seks suami isteri itu dilakukan pada waktu malam. ;)

      1. Assalamualaikum….
        kalau nak beri makan pada orng miskin, boleh ke bagi duit pada harga scupak beras seorang (60 orang untuk 60 cupak), pastu bagi kat Pusat zakat?

        1. Waalaikumussalam..

          Boleh rujuk dengan pusat zakat bagi kiraan lebih tepat dan kaedah pembayaran ;)

      2. Assalammualaikum
        Ustaz bgaimana kalau ada pasangan yg jahil ttg kifarah ini?? Adakah msih wajib si suami melaksanakan salah satu denda kifarah tersebut?
        Satu lg situasinya, jika pasangan suami isteri itu berjimak slpas waktu Azan subuh tetapi dlm masa yg sama sempat mandi hadas dan melaksanakan solat subuh?
        Apa pandangan ustaz??

        1. Waalaikumussalam..

          Jahil tidak menghapuskan kifarah.. sebaik saja beliau tahu kena kifarah, maka wajib baginya untuk melakukannya.. dalam suasana zaman sekarang, nak guna alasan jahil dan tak tahu itu adalah tak munasabah.. kecuali la kalau yg tak tahu itu adalah masyarakat yg duduk kat kepulauan / dalam hutan dan takde hubungan dengan dunia luar.. pendakwah Islam pun datang 10 tahun sekali.. masa tu, bleh la guna alasan itu.. sbb tak tahu dan tak mampu untuk mengetahui. Si suami wajib menunaikan kifarah mengikut turutan, bukan memilih salah satu.. puasa 2 bulan berturut2.. jika tak mampu (uzur) yg dibenarkan syarak, maka barulah boleh memberi makan 60 fakir miskin.. dan bukannya memilih mana yg senang..

          Yg dikatakan menahan diri itu (daripada melakukan perbuatan yg membatalkan puasa) adalah bermula dari masuknya Subuh sampai masuk maghrib.. bukannya bermula selepas solat Subuh.. ada beza tu.. tak kira la sempat atau tak sempat mandi hadas, sbb mandi hadas itu adalah bertujuan untuk membolehkan solat Subuh, bukannya membolehkan puasa.

          Jadi, bersetubuh selepas waktu Azan Subuh adalah membatalkan puasa dan mewajibkan kifarah..

      1. Assalammualaikum
        Ustaz Love, sy ada kemusykilan nk tnya.. Kalau suami isteri ni jahil sgt pasal kifarah ni, sbb tidak dinafikan ada pasangan yg jahil sungguh berkenaan hal ini, adakah wajib si suami melaksanakan salah satu denda spt penerangan ustaz, atau jika si suami hendak melaksanakan denda yg ketiga, adakah boleh byr di pusat zakat terus mengikut kiraan cupak beras tu… Utk makluman tmbhan

        1. Waalaikumussalam..

          Wajib suami itu menunaikan kifarah iaitu dengan melakukan puasa 2 bulan berturut2.. tak boleh terus pilih nak bayar fidyah.. kecuali suami mempunyai keuzuran / sakit yg tak membolehkan beliau menunaikan puasa, maka barulah berpindah kepada fidyah ie memberi makan 60 fakir miskin.

          1. kat mana kita nak bayar kifarah – beras 60 org miskin tu..x tau nak bg kt mana kalo kt malaysia ni…

          2. kena puasa 2 bulan dulu.. kalau tak mampu baru beri makan kepada fakir miskin.. boleh je cari mana2 orang miskin kat ceruk kampung (di hulu2) yg hidup miskin.. dan bagilah makan.. ataupun mungkin boleh merujuk kepada pusat zakat..

    1. lelaki saja wajib kifarah.. tapi kedua2 lelaki dan perempuan itu wajib dihudud (sebat 100x bagi yg belum berkahwin atau rejam sampai mati bagi yg telah berkahwin)

  7. askum ustz saye nak apakah hukum kalo sisuami x byar kifarah..die bersetubuh disiang hri d bulan ramadan tpi suami isteri dah batalkan puase dgn minum ari dahulu?

    1. waalaikumussalam..

      kalau ikut mazhab Syafie, tak kena kifarah.. sbb batal puasa bukan dengan sebab jimak, tapi sebab minum air dengan sengaja.

      1. Assalamualaikum ustaz….
        sy nk ty.. katakanlah kita g bayar fidyah guna beras.. pastu kita g bagi kt amil masjid/surau… semasa kita beri beras tu.. kita perlu bg tau x org yg terima tu atas sbb apa kita bayar… atau kita cuma niat ke atas beras macam bayar beras fitrah…

        1. amil skrg (di malaysia) dah tak terima beras dah.. dan kalau nak bayar fidyah, kena bayar di pusat zakat sbb amil takde resit untuk fidyah.. kena bagitau kita bayar itu untuk fidyah supaya dapat bezakan dgn zakat fitrah yg berbeza nilainya..

  8. salam, ustaz saya ingin bertanya, saya sudah berkahwin, semasa dalam bulan puasa, saya , suami isteri bermain ketentit isteri (iaitu main diluar faraj, x masuk dalam ), adakah puasa saya dan isteri batal puasa pada hari itu, walaupun kami tidak keluar air mani, saya lakukan kerana keinginan daripada isteri..

    mohon penjelasan dari ustz, terima kasih ats pandangan ustz, semoga Allah berkati kita semua..amin..

  9. mohon bertanya:
    hukum apabila seseorang bersetubuh pada siang hari ketika berpuasa ramadhan adalah mengqadakan puasa dan membayar kaffarah bagi lelaki. Jika lelaki tersebut telah mengqadakan puasa tersebut (puasa yang terbatal) tetapi masih belum melaksanakan kaffarah, adakah: i) kaffarah tersebut akan berganda? ii) perlu membayar fidyah kerana menangguhkan kifarah?

      1. terima kasih ustaz….
        bagaimana kes ni plak??
        oleh kerana terlalu letih, si lelaki tertido sehingga waktu subuh, kemudian dia xingat sama ada dia ada baca niat kifarah atau tidak…… tp dia yakin yang dia dah baca niat tu…
        sah atau tidak puasa kifarah tu??

  10. Salam ustaz. berhubung dengan kifarah perlu diusahakan dengan puasa 2 bulan berturut2 dan bukannya sesuka hati dipilih antara puasa dgn memberi makan org miskin. Apa yang saya faham ialah puasa 2 bulan itu kena buat dulu hanya kalau tak mampu (sakit, uzur) barulah pergi ke pilihan terakhit iaitu memberi makan org miskin. Katakanlah, jika dia sihat utk puasa kifarah tetapi keadaannya tak mengizinkan. contohnya : dia perlu kifarah lebih dari 2 bulan (kesalahan dibuat lebih dari sekali). jika dia puasa terus menerus, keluarga akan rasa hairan mengapa dia puasa 2 bulan terus menerus. mungkin dtg rasa musykil kpd isterinya dan syak bhw dia sdg puasa kifarah. dari situ pula, mendatangkan kemungkinan lain yang sukar dihadapi dalam rumahtangga. (katakanlah kesilapan suami itu berlaku sebelum berkahwin dan bukan dengan dilakukan dgn wanita yg telah mjadi isterinya). kesilapan lalunya adalah aib dan ia perlu dirahsiakan dari isteri tambahan lg sebelum berkahwin dia telah bertaubat. dalam hal ini bolehkah kifarah itu dibuat melalui pilihan ketiga ?

    1. Pada pandangan Ustaz Love, jika bertembung dengan 2 mudarat, maka pilihlah mudarat yg paling ringan.. kalau dengan melakukan puasa itu menyebabkan aib saudara terbuka dan merosakkan hubungan saudara suami isteri, maka adalah lebih baik saudara memilih option lain untuk ganti kifarah pertama.

      WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site


Active Search Resultswidgets,  tips, tutorials and SEO[Valid RSS]