I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Repost – Kepalsuan Fadhilat Tarawih

Salam..

Hari ke 2 puasa, Ustaz Love tengok dah semakin ramai orang dok kongsi fadhilat2 tarawih daripada hadis palsu.. Walaupun ianya berkenaan fadhilat amal (kelebihan amal), tetapi bila dah hadis palsu (maudhuk) tu jangan la dok sebar2 lagi.. Ulamak hanya membenarkan penggunaan hadis fadhilat amal ni setakat yg bertaraf dhaif saja.. Banyak lagi fadhilat2 daripada hadis yang boleh dikongsi, tak perlu nak fokus sangat pada tarawih..

Menghidupkan malam2 bulan Ramadhan ini, termasuklah juga mengerjakan solat tarawih, membaca al-Quran, qiamullail, berzikir, berdoa dsb.. Nabi s.a.w. bersabda yg mafhumnya : “Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu” (HR. al-Bukhari)

Ustaz Love amik 3 je daripada 30 fadhilat solat tarawih tu..

1. Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Kalau la orang mukmin dah diampunkan dosa seluruhnya (seumpama baby), maka apa perlunya memperbanyakkan taubat lagi? Sedangkan tiap2 malam masa tarawih tok imam dok baca doa :

اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا

Nyatalah kelebihan ini adalah palsu.. maka, sesiapa yg menyebarkan dan mengharapkan kelebihan ini, maka sesungguhnya mereka telah menyebarkan kepalsuan agama.. dan mendustakan Nabi s.a.w.

2. Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Sedangkan dalam bulan puasa ini kita dituntut untuk bertadarrus al-Quran dan mencari pahala melaluinya.. Adakah dengan melakukan solat tarawih pada malam ke 4 ni, mudah2 je dapat pahala orang baca al-Quran tanpa kita sendiri membacanya? Apa pula kaitan Taurat, Zabur dan Injil itu? Adakah ianya berpahala? Adakah ianya sama taraf dengan al-Quran?

3. Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

Yang ni memang tak logik.. Nabi s.a.w. dah la maksum (terpelihara daripada dosa), banyak ibadat, solat sampai bengkak2 kaki.. elok2 je kita yang cuma datang solat Tarawih beberapa rakaat (imam plak baca Qulya dengan Qulhuwallah je) dapat mutu ibadat mcm Rasulullah s.a.w.?

Ustaz Love amik kesempatan di sini untuk berpesan lagi dan lagi.. lebih baik kita sebar2kan yang hadis fadhilat Tarawih ini adalah hadis palsu.. Agar lebih ramai umat Islam mengetahuinya dan meninggalkan beramal dengannya.

Ustaz Love faham.. bulan puasa ni, memang banyak hati2 menjadi lembut dan lebih tertarik untuk melibatkan diri dalam perkara2 berkaitan agama.. dalam bulan ni la ramai yg suka menyampaikan mutiara kata daripada al-Quran dan hadis, kata2 hukama’, mempelajari hukum2 agama dsb. Namun, keghairahan itu memerlukan panduan.

Jangan dalam keghairahan kita nak berkongsi hidangan dengan jiran, kita bagi beliau makanan yg dah berulat dan basi.. mungkin la bagi yg celik, akan dapat menghindarkan diri daripada memakannya.. bagaimana pula dengan mereka2 yg buta? ada resdung yg kronik plak tu.. bulat2 je dia telan makanan tu nanti (ini sekadar tamsilan dan metafora) 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Comments

Add a Comment
    1. pereka hadis palsu ini dipanggil sebagai mudallis (dalam istilah perawi hadis).. kadang2 niat mereka ni baik, iaitu untuk mendatangkan keghairahan kepada amal.. tapi caranya memang tak betul.. matlamat tak menghalalkan cara..

  1. dulu terpedaya jugak..maklum la zaman remaja..asal baca percaya terus tak pernah selidik..cetek ilmu..huhu..

    ustaz, mintak izin nak share boleh?

    1. kalau kita menerima hadis2 berkaitan kelebihan amal ni, maka kena berhati2 sbb kebanyakan hadis jenis ini bersifat dhaif dan maudhuk (palsu).. jadi, kena selidik dulu..

      insyaAllah, boleh.. sharing is caring 😀

  2. salam ustaz..

    saya nak tanya, adakah hadis-hadis palsu ini adalah yang diriwayatkan oleh Saidina Ali semata-mata, dan juga adakah ini mungkin adalah hadith yang disebarkan oleh golongan syiah?

    harap ustaz dapat menyuluh pngtahuan yang sedang malap ini..hehe…

    1. salam zul..

      hadis palsu ini bukanlah dikenali dengan kaedah ‘hadis yg diriwayatkan oleh Saidina Ali r.anhu’ kerana Ali r.anhu merupakan seorang Sahabat Nabi s.a.w. dan juga merupakan Ahlul Bayt.. dan mengikut kaedah usul hadis, semua para Sahabat ini adalah ‘adil.. hadis2 yg diriwayatkan mereka tidak boleh diragui..

      Yg diteliti adalah perawi2 hadis (rijal hadis) selepas itu melalui ilmu rijal (al-jarh wa at-ta’dil).. kerana selepas zaman Sahabat merupakan zaman fitnah.. dengan Syiahnya, Khawarijnya, geng2 murtad dsb. Golongan Syiah adalah antara golongan yg terkenal dalam pemalsuan hadis dan sirah (sejarah)..

      Sebab itu, bila sesuatu hadis itu ada kaitannya dengan Ali r.anhu, maka perlu diteliti sanad hadis tersebut untuk ditentukan taraf hadis.. ditakuti ianya merupakan hadis2 riwayat perawi Syiah yg terkenal sebagai mudallis (pemalsu hadis). Ulamak menyatakan bahawa hadis2 yg dimulakan dengan ‘Ya Ali’ ini, ada 2 3 hadis je yg sahih.. selebihnya, kebanyakannya palsu.

      Hadis fadhilat Tarawih ini, bukan saja tak dijumpai dalam kitab2 hadis muktabar (Sunan Sittah), bahkan takde pun dalam kitab2 yg mengumpulkan hadis2 palsu (maudhu’aat).. boleh la dikatakan tak tahu dari mana asalnya hadis ni.

      insyaAllah, ada masanya nanti Ustaz Love akan cuba bentangkan ulum al-hadis.. mungkin lepas raya 😀

      1. terima kasih ustaz brkenaan pencerahannya..

        saya paham yang orang Melayu ini sangat suka menerima pengetahuan yang dengarnya baik tapi kebenaran dan puncanya tidak diketahui…lalu timbullah salah faham..

        syukuran..

        1. terima kasih kembali..

          kadang2 orang kita terlalu ghairah untuk beramal.. sehingga terlibat dalam bid’ah agama.. seolah2 apa yg Nabi s.a.w. tinggalkan tu tak cukup 😉

  3. klau cam tu x leh lah sebarang send je ya..kena selidik dlu dan tanya org bijak pandai mcm ustaz ekk…

    1. kita send apa yg kita tahu je.. yg kita tak tahu, kena selidik dulu.. kalau dah benar2 sahih, baru la send 😉

  4. salam ustaz… saya tak tahu. Bila ada member yang menegur, barulah saya study hal ni kat internet dan tanya ustazah masa g terawikh. dan saya dah berhenti sebarkan kat kawan2. saya berdosa tak ustaz?

    1. salam amy..

      soal dosa pahala ni, Ustaz Love tak bleh nak komen.. cuma ada hadis yg menyatakan, jika tak tahu, maka diangkat kalam (tidak ditulis apa2 pahala mahupun dosa) sehinggalah beliau mengetahui.. maknanya, kalau tak tahu sebelum ni, maka tiada masalah.. bila dah tahu, maka kena bertaubat dan banyakkan beristighfar serta meninggalkan perbuatan menyebarkan hadis2 palsu itu.. kalau boleh, bagitau balik kawan2 yg amy sebarkan hadis tersebut yg hadis itu palsu..

      jika selepas mengetahui ttg kepalsuan tersebut, tetapi masih menyebarkannya, maka hukumnya adalah haram dan berdosa (kerana membuat penipuan atas nama Nabi s.a.w.)

      WA

    1. “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” (HR. al-Bukhari)

      “Barang siapa yang mendirikan solat malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, maka ia akan diampuni dosanya yang telah lalu ” (HR. Muslim)

      Ulamak menafsirkan bahawa yg dimaksudkan dengan solat malam bulan Ramadan adalah solat Tarawih. Ini kerana, ibadat solat yg khusus dilakukan di bulan Ramadan adalah solat Tarawih.

      1. assalamualaikum ustaz, terima kasih atas penjelasan..baru tau hadis maudhu tu apa dan hadis dhaif tu apa..

  5. memang banyak amalan orng islam kat Malaysia ni yang bidaah semata-mata….. lepas tuh org2 besar yang kat atas tuh semua jahil

    1. memang susah nak buang amalan yg dah mendarah daging dalam diri kita.. kena tarik slow2.. kalau sekali rentap, memang putus la jawabnya 😉

  6. itulah, saya malas nak sebar2 fadilat solat tarawih dr mlm 1 sampai terakhir.. tp tak pulak berani nak cakap itu hadis maudhu’ atau sahih.. kang sy yg khilaf, tak pasal sy kena ‘tembak’ dgn meriam.. lbh bagus, tanya pada yg pakar ttg ilmu hadis utk rujukan, walaupun sy penah belajar ilmu hadis ni 1 ms dulu.. apa pun, penerangan ustaz love dlm entri dah cukup utk org lain faham dan sedar.. 🙂
    aYaz recently posted..Iklan Kerja : House DetectiveMy Profile

    1. ni entry tahun lepas.. dan hadis fadhilat 30 hari tarawih itu telah disahkan oleh JAKIM akan kepalsuannya..

  7. Assalamualaikum,

    Ustaz Love tak berminat ke nak tulis buku atau bukukan kompilasi jawapan ustaz kat blog ni.

      1. Okey, kalau tetiba rasa nak bukukan soal jawab blh la contact saya ye. Saya bekerja di penerbit. Bahan daripada Ustaz Love ada potensi utk jadikan buku. 🙂 Hee hee!

  8. ustaz saya nak tanya sikit adakah batal puasa jika seseorang itu terpegang kemaluan sendiri apabila dalam keadaan memuncak selepas itu apabila hendak melihat sama ada air mani atau mazi yang keluar tibe2 air mani yang keluar adakah puasa itu batal?..

    1. Keadaan memuncak? Jika mani itu keluar bkn disebabkn rangsangan pada kemaluan (onani), maka ia dikira tak sengaja keluar mani dan tak membatalkn puasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme