I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Mati Hidup Semula

Salam…

Tajuk agak gempak.. tapi bukan macam yang sebelum2 ni.. kali ni memang Ustaz Love nyaris maut dan diberikan peluang kedua untuk hidup. Sudah lebih seminggu Ustaz Love tak melakukan apa2 update di blog ini disebabkan kesibukan serta kemalasan yang melanda. Sehinggalah Allah memberikan peringatan yang sangat menyentap hati Ustaz Love.

Semalam.. setelah sekian lama Ustaz Love tak exercise, Ustaz Love mengambil keputusan untuk mengayuh basikal. Kali terakhir Ustaz Love berkayuh adalah kira2 6 tahun yang lepas. Keinginan untuk mengayuh datang macam tu je lalu Ustaz Love meminjam basikal member untuk membuat aksi kayuhan menggunakan seluar slack dan berbaju kemeja. Terasa sangat sihat sekali bila ketiak dan dahi berpeluh. Dah lama Ustaz Love tak berpeluh melalui jalan exercise. Kira2 15 minit berkayuh, Ustaz Love pun berhenti..

Bila berhenti, terasa macam ada aura panas dan sejuk melalui muka Ustaz Love. Masa tu terasa peluh semakin mencurah2. Tapi mata plak berpinar2 macam ada bintang2 berterbangan. Ustaz Love mintak kat member nak minum air.. lepas minum sikit dan pas gelas kat beliau, mata nan jernih ini semakin kuat berpinar. Akhirnya Ustaz Love terasa gelap mata dan bila buka mata, kelihatan member tu sedang menggosok2 belakang leher Ustaz Love sambil memangku Ustaz Love yg berkeberatan 82kg ini.

Ustaz Love rasa macam nak tergelak.. apsal Ustaz Love boleh tido kat atas lantai luar rumah beliau plak.. tapi muka beliau kelihatan agak pucat..

Beliau bagitau, Ustaz Love jatuh tak semena2 (sekonyong2 kalau ikut bahasa buku dulu). Dok tengah2 borak, tiba2 jatuh sambil tangan berlipat dan kekejangan.. tangan dan kaki menggelupur.. Ustaz Love pernah tengok situasi tu masa belajar dulu.. tengok member kena sawan dan tengok kejadian masa arwah ayah Ustaz Love diserang stroke.

Dikatakan mata Ustaz Love terbuka tanpa sinar.. kejadian ini berlaku sekitar 3 ke 4 minit sebelum Ustaz Love mula sedarkan diri.

Bila diceritakan sebegitu, serta-merta Ustaz Love teringatkan kematian.. sbb doktor yg merawat arwah ayah Ustaz Love dulu pernah bagitau, yg stroke ni berlaku disebabkan kegagalan fungsi otak.. the worst case scenario yg boleh berlaku adalah kematian akibat pendarahan otak, atau koma dan terpaksa bergantung kepada mesin disebabkan brain-damage (kerosakan otak) ataupun lumpuh sama ada sebahagian badan atau keseluruhannya.

Kalaulah ditakdirkan Ustaz Love mengalami kejadian itu berseorangan diri, entah bagaimana nasibnya.. Mungkin pagi tu bergelak ketawa, tau2 petangnya dah tiada lagi atas muka bumi ini.

Ustaz Love akui yang diri ini memang tak jaga sangat pasal kesihatan ni.. makan ikut suka, kentut merata2.. stamina pun dah takde.. buat kerja lebih sket dah menguap 118 kali.. tapi, bila dikejutkan dengan peristiwa ni, ia seakan renjatan elektrik yang mengejutkan Ustaz Love daripada lamunan yang panjang. Arwah ayah dan kakak Ustaz Love kena stroke, abang Ustaz Love dah 2 kali buat bypass jantung.. Adakah Ustaz Love juga nak menunggu sehingga menerima nasib yang sama?

Pagi ni, Ustaz Love telah mula berbasikal lepas solat Subuh.. alhamdulillah, terasa badan semakin segar.. insyaAllah, 2 3 minggu lagi, dapat la perut six pack yg menjadi idaman itu..kihkih..

Apa pun, Ustaz Love sangat bersyukur diberikan peluang kedua ini.. dan terima kasih kepada sahabat yang berada bersama Ustaz Love kerana berusaha memulihkan Ustaz Love yang hampir2 diserang stroke itu. Dan untuk para pembaca blog Ustaz Love, mulakanlah senaman hari ini.. jangan bertangguh2 sehingga diserang penyakit.. bila dah sakit, duit banyak pun dah takde gunanya lagi.. mencegah itu lebih baik daripada merawati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
    1. Salam momoy..

      alhamdulillah.. semoga apa yg berlaku pada Ustaz Love ni menjadi iktibar buat yang lain..

  1. alhamdulillah ustaz selamat, .. 🙂 sya doakan ustaz sihat selalu,… Amin… Klw ustaz x sihat nnt, x dptlah ustaz balas pm sya nnt,… Hihihi.. Selamat maju jaya dgn senaman ustaz tu yerrr… 🙂

    1. kalau ikut senaman Maulana India, lepas makan diorang akan berjalan berkilometer.. walaupun tak nampak macam bersenam, tapi ia tetap merupakan senaman yg menggerakkan anggota badan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme