I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Jawapan Kepada Artikel UAI Sememangnya Bakal Peserta Maharaja Lawak!

Salam…

Ustaz Love ada terbaca satu artikel yang diterbitkan di sebuah laman blog berunsurkan berita semasa berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Dr. Mashitah (DDM) terhadap seorang ustaz yang menyampaikan ceramah dengan cara berlawak jenaka dan membodohkan orang lain. Walaupun tidak ada nama yang dinyatakan, tetapi artikel yang ditulis itu menujukan terus kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI), seorang pendakwah tersohor dari negeri Pantai Timur.

Ustaz Love bukanlah seorang pentaksub UAI ataupun pembenci beliau.. apa yang baik daripada beliau, Ustaz Love terima dan apa yang tak baik, Ustaz Love akan tolak. Kaedahnya sangat mudah.. lihatlah apa yang dibicarakan dan bukan siapa yg membicarakan.

Ustaz Love cuma rasa terpanggil untuk menjawab beberapa kekeliruan yang pada pandangan Ustaz Love, sengaja ditimbulkan oleh penulis artikel tersebut untuk memesongkan pemahaman asal tentang hakikat dakwah dalam agama. Apatah lagi bila beliau berani memetik ayat al-Quran dan mentafsirkan mengikut selera sendiri walaupun ternyata tafsiran itu sangat tidak tepat dengan maksud yang sebenarnya.

Marah sungguh puak-puak yang mengkagumi Azhar Idrus apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim menyatakan tentang seorang pendakwah yang mengajar agama dengan penuh gelak tawa dan senda gurau selain membengong dan membodohkan orang yang dijadikannya sebagai contoh. Walaupun tidak dinyatakan namanya oleh Mashitah Ibrahim, mereka segera menanggapi orang yang dimaksudkan itu sebagai Azhar Idrus, bekas pemain muzik yang kemudian bertukar kerjaya menjadi pendakwah, jurugambar dan penjual CD ceramah memandangkan pendapatannya yang sangat lumayan!

Masalah Azhar Idrus adalah kerana ramai golongan jahil yang telah mengangkatnya sebagai ulama. Kononnya Azhar Idrus adalah ulama pop atau ulama tersohor. Kononnya juga, Azhar Idrus adalah ikon ulama zaman moden di mana ceramahnya telah berjaya menarik puluhan ribu pendengar terutama dari golongan muda.

Sebenarnya itu adalah kejayaan kepada Azhar Idrus. Hakikat tersebut tidak boleh dinafikan sama sekali. Azhar Idrus berjaya mengumpulkan puluhan ribu anak muda untuk mendengar ceramah agamanya. Dan kejayaan itu telah membuatkan dia diangkat sebagai ikon pendakwah terulung.

Sepanjang pengetahuan Ustaz Love, sama ada ceramah mahupun kuliah yang disampaikan oleh UAI, memang ada unsur humor dan lawak jenaka. Tetapi ia hanyalah sekadar selingan dan bukannya menjadi fokus utama sehingga nak dilabelkan sebagai “mengajar dengan penuh gelak tawa dan senda gurau“. Mereka2 yang menjadikan isu gelak tawa dan senda gurau itu bagi Ustaz Love, adalah mereka2 yang hanya menonton potongan ceramah dan kuliah UAI di youtube semata2 tanpa melihat sepenuhnya isi ceramah yang disampaikan oleh beliau dari permulaan sampai ke akhirnya. Dan kebanyakan lawak2 UAI adalah pada menjawab soalan2 penonton yang bertanya. Jadi, tidak timbul isu mengajar atau mengajak penonton bergelak ketawa pada perkara agama. Ada bezanya antara ceramah agama yang diselitkan unsur2 lawak, dan cerita lawak yang diselitkan unsur2 ceramah dan tazkirah agama.

Sebab itulah, UAI selalu menyarankan agar membeli CD ceramah original dan bukan setakat menonton video2 suntingan di youtube agar keseluruhan isi ceramah yang disampaikan itu dapat difahami dengan lebih jelas, di samping itu, hasil penjualan CD itu dapat membantu beberapa madrasah pengajian agama dan bukanlah dimakan oleh UAI. UAI hanya menerima bayaran yang disampaikan oleh pihak penganjur (menurut maklumat yg Ustaz Love perolehi, UAI dibayar sekitar RM80 untuk mengajar di masjid2 sekitar Terengganu). Ada apa dengan RM80? Ustaz Love sendiri pernah dibayar RM100 untuk menyampaikan kuliah maghrib sedangkan Ustaz Love ni bukanlah Ustaz yang tinggi ilmu dan hikmah seperti UAI. Janganlah disebabkan kita terlibat dengan bisnes, kita nak mengira orang lain dengan pengiraan bisnes juga. Mereka yang hadir kuliah UAI tidak membayar sesen pun, bahkan UAI sendiri membantu mempromosikan sumbangan untuk penganjur (ada penganjur yang meminta UAI hebahkan sumbangan untuk pembinaan surau, masjid, madrasah dsb).

Memfokuskan UAI sebagai bekas pemain muzik yg bertukar kerjaya, bagi Ustaz Love, itu adalah kaedah yang tidak berapa bijak untuk digunakan. Tiada siapa yang menafikan hakikat itu. Sebagaimana tiada siapa pun yg menafikan hakikat para Sahabat Nabi s.a.w. itu bekas penyembah berhala.. tetapi kita tak fokuskan tentang “bekas penyembah berhala” itu.. sebaliknya kita menerima Sahabat Nabi s.a.w. sebagai manusia2 yang paling adil mengikut ilmu jarh wa ta’dil. Perbuatan Sahabat diambil sebagai sebahagian daripada hujah dalam ibadah.. tidak timbul isu bekas tak bekas ni.

Jika difokuskan pada penjualan CD pula, memang tak dapat dinafikan bahawa royalti yang diterima ‘mungkin’ agak banyak (Wallahu A’lam.. Ustaz Love tak berapa tahu berapa banyak CD UAI yang terjual di pasaran). Tetapi kenapa fokuskan pada itu saja.. kenapa tak fokus pada Ustaz lain yang menulis buku2 agama dan menerima royalti hasil penulisan mereka? Bukankah dalam undang2 (bahkan dalam agama sendiri pun) mengiktiraf hak royalti ini? Ustaz Kazem juga menjual CD ceramahnya.. Ustaz Zamri juga..

Ustaz Love cuma dapat simpulkan bahawa isu yang dibangkitkan ini hanyalah sekadar luahan perasaan seorang yang jeles dengan UAI kerana berjaya menarik puluhan ribu orang untuk mendengar ceramah, sesuatu yang jarang2 dapat dilihat di Malaysia, walaupun ia merupakan perkara biasa di Indonesia (bahkan ada penceramah yg menaiki helikopter dan jet peribadi untuk sampai ke tempat ceramah tepat pada masanya). UAI adalah orang alim, maka apa salahnya dengan gelaran ulamak yg dilabelkan oleh orang ramai? Adakah orang yang mengatakan UAI ulamak itu, orang yg jahil, ataupun mereka yang tak dapat nak menerima keilmuan UAI itu, yg terlebih cerdik?

Namun, matlamat tidak boleh menghalalkan cara.

Kaedah yang digunakan oleh Azhar Idrus untuk menarik pendengar dan hadirin adalah dengan berlawak jenaka. Ada juga yang mempertikaikan dengan caranya bermain alat muzik.

Bagaimanapun, kaedah berdakwah menggunakan alat muzik seringkali menimbulkan perselisihan pendapat di kalangan ulama walaupun secara qat’ie, alatan muzik bertali seperti gitar adalah diharamkan oleh Islam. Antara pendakwah yang menggunakan alat muzik dan patung wayang kulit untuk berdakwah adalah Raden Mas Said atau Sunan Kalijaga, salah seorang daripada sembilan wali (atau gabenor) ketika awal Islam di Pulau Jawa pada pertengahan abad ke-15 dahulu.

Bagaimanapun, kaedah berdakwah atau mengajar agama dengan LAWAK JENAKA dan SENDA GURAU tidak wujud dalam tradisi Islam. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w juga tidak pernah bergurau senda atau berlawak jenaka dalam apa yang dikenali oleh golongan penyokong Azhar Idrus sebagai ‘TAK MAHU MENGANTUK’.

Part ni Ustaz Love memang suka, sebab penulis cuba nak bermain dengan kaedah usul :

“الغاية لا تبرر الوسيلة”

Sekali imbas, nampak macam penulis agak bijak dalam melontarkan pendapat.. dengan mengaitkan kaedah berlawak dan bermain muzik untuk dakwah, penulis cuba menjadikan isu khilaf sebagai isu yang qat’ie dengan menjadikan isu alatan muzik bertali itu diharamkan sebagai qat’ie (putus).. sama seperti haramnya babi, arak, judi dsb yang tiada khilaf dalam agama. Namun, beliau sendiri menerima hakikat yg Sunan Kalijaga juga berdakwah menggunakan alat muzik, bahkan ada ramai pendakwah yg menggunakan muzik sebagai medium untuk menyampaikan dakwah mereka spt Yusof Islam, Maher Zain, Sami Yusuf, Opick dsb sebagai alternatif hiburan yang mendidik jiwa.

Persoalan ‘cara’ inilah yang menjadi polemik perbalahan sejak sekian lama (disebut juga dengan kaedah, metodologi, manhaj dsb) sehingga ada yang mendakwa dirinya lebih sunnah daripada yang lain, orang lain melakukan bid’ah dsb. Untuk membicarakan persoalan ini, memerlukan ruang lain dan Ustaz Love tak berhajat nak fokuskan pada isu2 tersebut.

Bila dilihat pandangan penulis ini, seolah2 beliau sendiri keliru dengan pandangannya sendiri.. alat muzik itu haram secara qat’ie ke, atau ada khilaf? Kejap kata qat’ie, kejap kata khilaf.. kejap kata Sunan Kalijaga pun guna kaedah itu (yg menunjukkan seolah2 penulis itu menerima pandangan keharusan bermain alat muzik dalam berdakwah). Tapi, Ustaz Love tinggalkan dulu isu alat muzik ni.. sbb sepengetahuan Ustaz Love, UAI hanya sekali je memetik gitar dalam ceramahnya (masa program Tahun Baru bersama Zizan) dan bukanlah mengelek gitar ke sana ke mari bawak masuk dalam masjid masa ceramah. Jadi, tak boleh nak nisbahkan UAI berceramah guna alat muzik.. kalau Rhoma Irama ke, itu memang boleh kata berdakwah menggunakan muzik.

Ustaz Love cuma nak fokuskan pada kenyataan pelik sang penulis yang mengatakan “kaedah berdakwah dengan LAWAK JENAKA dan SENDA GURAU tidak wujud dalam tradisi Islam”.. cuba baca betul2.. ditulis dengan huruf besar tu (Capital Letter) sebagai tanda keyakinannya terhadap idea tersebut. Bahkan beliau dengan beraninya lagi menyatakan bahawa Nabi s.a.w. sendiri tidak pernah bergurau senda atau berlawak jenaka. Jom kita tengok sama2 kebenaran dakwaan ini..

Suatu ketika datang seorang wanita tua kepada Nabi s.a.w. dan bertanya tentang syurga. Baginda bersabda, “Wanita tua tidak akan masuk ke syurga”. Wanita tua itu mula menangis. Sewaktu beliau mula nak meninggalkan bilik tersebut, Nabi s.a.w., menunjukkan kehalusan sifat jenakanya, menahan wanita tua itu dan bersabda, “Wanita tua akan menjadi muda sebelum masuk ke syurga” (HR. at-Tirmidzi).

Ada seorang Sahabat bernama Zahir yang pernah melakukan perniagaan barangan besi. Suatu ketika, Nabi s.a.w. melalui pasar dan melihat Zahir lalu dengan kelucuannya, Baginda memeluk Zahir dari belakang dan berkata, “Ada sesiapa yang sanggup membeli hamba ini?” Zahir ketawa lalu berkata, “Wahai Rasulallah, sesiapa saja yg membeli hamba ini akan mendapat kerugian”. Nabi s.a.w. tersenyum lalu bersabda, “Pada pandangan Allah, nilai kamu adalah tinggi“.

Ada seorang lelaki berjumpa dengan Nabi s.a.w. dan meminta untuk menunggang unta. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “Aku akan berikan kamu anak unta”. Lelaki itu berkata, “Wahai Rasulallah, apa yang aku dapat buat dengan anak unta itu (maksudnya macam mana nak tunggang anak unta yg masih kecil). Nabi s.a.w. tersenyum lalu bertanya, “Adakah mana2 unta yang bukan daripada keturunan unta? (maksudnya anak unta pun unta jugak)“.

Rasanya cukup dah kot 3 kisah ini untuk dijadikan panduan, adakah benar Nabi s.a.w. tidak pernah bergurau atau berlawak jenaka dalam menyampaikan ajaran Baginda s.a.w. dan sentiasa menyampaikan dakwah secara serius, bermuka garang, takde senyum2, keluar api kat telinga dsb?

Para ulamak sejak zaman dulu sampai la sekarang, masih lagi mewarisi salah satu kaedah (bukan satu2nya kaedah.. kena faham betul2) berdakwah iaitu secara santai. Seserius Dato’ Dr. Asri (Dr. MAZA) pun ada diselang-selikan dengan lawak. Begitu juga dengan TG Nik Aziz, TG Dato’ Haron Din, Dato’ Hassan Din bahkan pengalaman Ustaz Love dengan pendakwah tabligh dari Madinah kira2 10 tahun lepas, mereka juga alim ulamak, menyampaikan dakwah dengan serius, tetapi mereka juga menyampaikan dakwah secara santai.. ada unsur2 humor yang menyebabkan kita berasa rapat dengan mereka walaupun berlainan bangsa dan budaya.

Nyatalah, idea “LAWAK JENAKA dan SENDA GURAU tidak wujud dalam tradisi Islam” itu adalah suatu idea yang direka2 sendiri oleh penulis artikel, lalu disandarkan kepada agama.. sehingga menimbulkan sangkaan orang yang Islam ini adalah agama yang serius 24 jam, muka stress berkerut menahan kentut, tak boleh gelak2, kena muka masam (kononnya itulah yg dikatakan sebagai ajaran agama).

Istilah “TAK MAHU MENGANTUK” itu adalah istilah ringkas yang memberi isyarat yg bermaksud para penonton ceramah UAI mendengar dengan tekun dan fokus terhadap ceramah beliau.. kalau tak fokus, macam mana bleh tiba2 tergelak? takkan ikut2 orang.. orang gelak, kita pun gelak.. ye tak? Kalau tertido dalam ceramah (mcm yg selalu berlaku dalam khutbah Jumaat), memang senyap sunyi takde gelak.. cuma sesekali ada la dengar bunyi dengkuran merdu.

Tidak ada nas dan dalil mahupun qiyas dan ijma’ daripada ulama-ulama muktabar yang membenarkan kaedah penyampaian dakwah seperti yang disenangi terhadap Azhar Idrus. Sebaliknya terdapat larangan yang jelas daripada Al Quran tentang golongan yang memperdagangkan ayat-ayat Allah Taala dan agama dengan harga yang sangat murah.

Allah SWT berfirman yang maksudnya:

“Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri, tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa’at selain daripada Allah dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, nescaya tidak akan diterima itu daripadanya; Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.” (QS. Al-An’aam: 70)

Syaikh Abdullah Al-Ghazali menjelaskan, bahawa makna dari “menjadikan agama sebagai main-main dan senda gurau” tidak hanya berupa perbuatan memperolokkan agama dengan cara mengerjakan perintah-perintah dan menjauhi larangan Allah secara main-main dan tidak sungguh-sungguh. Akan tetapi termasuk di dalamnya adalah menyampaikan pesan-pesan agama dengan bersenda gurau agar orang yang mendengarnya menjadi tertawa.

Abdullah Al-Ghazali juga menjelaskan, bahwa Rasulullah SAW telah memperingatkan; Bahawa jika seseorang dengan sengaja berkata-kata atau membuat gerakan dengan tujuan agar orang yang mendengar atau melihatnya tertawa, maka orang tersebut akan dimasukkan ke dalam neraka. Dan berdasarkan pernyataan Rasulullah SAW tersebut Abdullah Al-Ghazali mengatakan; bahwa bagi orang-orang yang dengan sengaja menyampaikan pesan-pesan agama (syariat/hukum agama; baik yang diterangkan Allah di dalam Al-Quran maupun yang dijelaskan Nabi SAW melalui hadis-hadis baginda) dengan cara bersenda gurau, maka tentulah hukumannya akan lebih berat lagi.

Pastinya kaum Pakatan tidak akan berpuas hati dengan peringatan yang telah diberikan oleh Masyitah Ibrahim terhadap Azhar Idrus kerana bagi mereka, Azhar Idrus adalah jauh lebih baik berbanding K-POP…

WALHAL KEDUA-DUANYA ADALAH SETARAF DAN KEDUA-DUANYA MENJERUMUS KE DALAM NERAKA!!!

Jika penulis artikel menyatakan tiada nas dan dalil mahupun ijmak dan qias yang membenarkan kaedah menyampaikan dakwah secara santai (ada lawak jenaka dan senda gurau), Ustaz Love juga boleh menyatakan bahawa tidak ada nas dan dalil mahupun ijmak dan qias yang melarang menyampaikan dakwah menggunakan kaedah santai (ada gurauan dan lawak jenaka).. bahkan dakwaan yang dikeluarkan oleh penulis artikel sebagai ‘tidak ada nas” itu telah Ustaz Love jelaskan dalam 3 kisah Nabi s.a.w. berlawak seperti di atas. Bukankah perbuatan Nabi s.a.w. itu sendiri menjadi nas yang jelas bahawa diharuskan menyampaikan pengajaran agama dalam kaedah santai (ada unsur2 humour)?

Ustaz Love tak kenal dengan Syaikh Abdullah al-Ghazali (cuba cari info tentang beliau, tetapi belum jumpa.. mungkin ada pembaca yang dapat membantu). Jika benar sekalipun kenyataan itu dikeluarkan oleh Syaikh tersebut, adakah ia dapat menafikan keharusan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. melalui perkataan dan perbuatan Baginda s.a.w. yang juga menyampaikan dakwah secara santai?

Dalam ayat 70 surah al-An’aam di atas, jelas menyatakan bahawa mereka2 yg dimaksudkan dalam ayat itu adalah mereka2 yang menjadikan agama sebagai bahan senda gurau.. atau dalam istilah yg lebih mudah difahami adalah mempermainkan agama atau mempermainkan ayat2 Allah. Dan bukanlah maksud menyampaikan ajaran agama dalam nada bergurau. Jika benarlah itu maksudnya, nescaya Nabi s.a.w. adalah orang pertama yg akan menahan diri Baginda daripada bergurau.. sbb setiap perbuatan Baginda s.a.w. itu adalah menjadi nas dan hujjah dalam agama.

Menyampaikan ajaran agama secara santai itu masih lagi perlu dilihat kepada konteks isinya.. kalau bertepatan dengan ajaran agama, maka tiada masalah.. tetapi, mempermainkan agama dan ayat2 Allah adalah suatu perkara yg sangat berlainan. Sebab itulah diancam dengan azab api neraka bagi mereka2 yg mempermainkan agama ini, sbb itu menjadi petunjuk kepada penilaian akidah dan keimanan mereka terhadap ayat2 Allah. Antara contoh mempermainkan ayat2 Allah ini adalah seperti berikut :

Curi dengan mulut? Pencuri sepatutnya diberikan kerja? Inilah antara contoh2 menjadikan ayat Allah (yg khusus berkaitan hudud) itu sebagai bahan senda gurau. Itu belum masuk kenyataan2 bekas PM yang menyatakan hukum Islam tak relevan, kalau nak makan sup tangan boleh pergi kat Kelantan (merujuk kepada kerajaan negeri Kelantan yang nak melaksanakan hudud) dsb. Ini semua menunjukkan tahap keimanan kita terhadap perintah Allah dan tahap kehambaan kita dalam mematuhi hukum Allah.

Seorang hamba yang sedar dirinya hamba, takkan pertikaikan apa jua arahan tuannya.. sbb beliau sedar, dirinya itu adalah hamba dan tak memiliki dirinya sendiri pun.. hanya mereka yang tak sedar dirinya itu hamba saja yang akan berani mencadangkan sesuatu yang berlawanan daripada perintah Allah. Maka, memang layaklah mereka2 yg mempermainkan agama ini diancam dengan azab neraka.

Namun, bila dikatakan ceramah agama UAI yg ada unsur lawak jenaka itu sama2 masuk neraka dengan K-Pop, Ustaz Love rasa nak tergelak. Apakah nisbah penilaian beliau ini terhadap dosa dan pahala? Adakah dengan kenyataan beliau itu, beliau dengan beraninya nak mengatakan bahawa PM itu ahli neraka (sbb sama2 ada atas pentas meraikan penyanyi K-Pop)?

Manusia memang suka bab2 sebut ahli neraka ahli syurga ni. Sebab terlalu ramai manusia yang tak sedar dirinya hamba dan sibuk2 nak mengambil alih urusan Tuhan.. sedangkan apa yang Allah perintahkan itu, jauh sekali nak diikuti bahkan ditentang lagi.

Ustaz Love merumuskan (adoiii.. terasa sungguh macam nak buat karangan SPM), kenyataan penulis artikel itu hanyalah kenyataan tanpa asas dan bersifat dengki terhadap perkembangan agama.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

Add a Comment
  1. hmbe pon org tranung..bg rkyat teganu, prkataan bodo tu kdg2 bwak mksud lmbut, kdg2 keras…klau dr mlut ustaz ni mmg lmbut..sme jugak mcm ‘menatang’..ade lmbut, contoh, ‘mnatang ane pulok azan sedap sngguh’ bwak mksud lmbut, skdar brkongsi…hihi

    1. Perkataan yg agak kasar spt bodo, bengong dsb dah dikurangkn ole UAI. kebanyakan klip2 yg mengandungi perkara itu adalah klip2 lama.. Atau klip2 ceramah beliau sekitar tganu. Mgkin di tganu ia nampak lembut tp di negeri2 lain, kelihatan mcm kasar. Sbb itu perlu sangka baik dan berlapang dada terutama kpd alim ulamak..

  2. Saya selalu jugak baca mynewshub tu dulu, lama lepas tu, saya lihat banyak content yang terpesong dan agak tak sesuai untuk tontonan umum.

    Dengan ragu-ragu saya tinggalkan web itu.

    # Golongan agamawan pun bercakaran, apatah lagi rakyat bawahan. Hmm. Sedih mengenang cerekarama ini. Tak professionanl langssung.

    Yang tak ada ilmu, sibuk nak tulis itu ini. Tak takut langsung!

    1. Ustaz Love tak melihat isu ini sbg percakaran agamawan..sebaliknya lebih kpd menyatakn pendirian dan keyakinan.. WA

  3. begitulah lumrah kehidupan…..tapikan memang betui la saya kalau dgr ceramah uai ni memang boleh tahan sampai habis ceramah….sungguh heran…

    1. Itu dinamakan takluk hati.. Penceramah gembira memberikn ilmu dan penonton gembira menerima ilmu..maka proses ilmu itu menjadi seronok dan bkn dlm keadaan terpaksa..

  4. penjelasan yg sangat detail. tahniah 🙂
    penulis artikel tu cuma pembodek mahukan perhatian. mentafsir hnya mnggunakan nafsu

    UAI lebih bnyak membawa impak positif utk pnyebaran dakwah di Malaysia. sayang disebabkan permainan politik, beliau cuba disekat akbt takut pengaruh UAI tersebar
    *akhir zaman, ulama dipinggir dan yg jahil diangkat

    1. Dulu2 mgkin x nampak sgt. Tp bila UAI menyatakn dgn jelas pendirian politik beliau, masa tu la beliau mula diserang..

  5. begitulah lumrah alam, ada orang suka, ada orang tak suka. Niatnya untuk berdakwah makin hari makin berjaya. Alhamdulillah. Saya pun tatau cemana saya boleh jer dok dengar ceramah demi ceramah dari UAI ini tanpa jemu. Mungkin sebab bila soal jawab tu semua soalan dia jawab dan beserta contoh semasa yg sangat mudah faham. Biarpun berkias tapi tepat.
    kak-M recently posted..Bambu Beach Restaurant, Jalan Penarak, LangkawiMy Profile

  6. itulah manusia skrg,
    suruhanNya tak mau diikut, sebuk nak menilai perbuatan manusia lain, kafir-mengkafir, masuk neraka atau syurga,
    walhal diri sendiri tak 100% betul pun..
    astaghfirullah… utk ingatan diri sy sendiri jgk…
    aYaz recently posted..Rohani : Angka 5 dalam Islam #1My Profile

    1. Berhukum lebih mudah drp mengajak berbuat baik. Sbb itu lebih ramai yg suka jd mufti berbanding menjadi da’ie..

  7. Saya pun pernah terfikir bila berceramah banyak ketawa tu boleh ke, tak gelap hati ke banyak ketawa tu, tapi bila difikir balik kebanyakan klip-klip tu cuma berapa minit je takkan la selama tu je UAI tu bagi ceramah kat sesuatu tempat, tak putus ke urat perut diorang ketawa memanjang kalau UAI ceramah 1 jam. Mungkin nak kene upload satu full ceramah baru orang tak keliru kot. Tapi ustaz penjelasan yang sungguh mantop.

    1. Kena perhatikn juga ketawa yg mana yg mematikn hati..iaitu ketawa yg melalaikn drp mengingati Allah dan hari akhirat. Jika ketawa yg membawa kpd mentaati perintah Allah (spt dlm majlis ilmu) maka tidaklah termasuk dlm ketawa yg mematikn hati. WA

  8. wah panjang karangan ustaz kali ni..

    kesian makcik DDM tu….sebelum masuk politik, wajahnya cukup berseri..la ni cukup kusam..dulu jawapannya bg setiap persoalan, boleh diterima, la ni kena tanya ustaz/ustazah lain dulu..pasal ada yg betul, ada yg tidak..

    bila hati terlalu busuk, begitu la jadinya…kalau ceramah dok serius memanjang sampai ke habis, mau tertido yg mendengarnya..cuba tgk masa khutbah jumaat..

    ceramah uai dan ustaz2 lain, bila mengajar diselit gurauan, dapat ceriakan sikit suasana, segarkan minda…

    bagi saya, adalah lebih baik dok belajar di masjid sambil diselit gurauan tuan guru daripada melihat rancangan tv yg bergelak ketawa tapi penontonnya tak dapat apa2…

    lagi sekali, kesian makcik DDM tu…

    bak kata UAI, makcik DDM tu ada kala masa jawap soklan, banyak yg betul..tapi ada terselit juga yg tak betul. jadi baik dielakkan..UAI bg contoh, sepinggan nasi putih, jika tercampur sikit je taik ayam muna, kemdian digaul, jadi najis dah nasik tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme