Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Surat Terbuka Buat Super Spontan Dan Astro

Salam…

Jarang2 sekali Ustaz Love nak buat surat terbuka ini. Tapi, memandangkan ia punya tujuan serampang dua mata, maka adalah lebih baik Ustaz Love menjadikannya surat terbuka berbanding surat peribadi yang lebih tertutup.

Surat ini terhasil daripada pemerhatian dan pengamatan Ustaz Love terhadap sebuah rancangan popular keluaran Astro iaitu Super Spontan hasil cetusan idea Afdlin Shauki. Suatu program bercorak hiburan lawak yang menampilkan para pelawak terkenal seperti Jozan, Sathiya, Tauke, Ropi Cecupak dsb.

Pada mulanya, Ustaz Love agak skeptikal (ragu2) dengan kemampuan rancangan ini untuk menarik perhatian penonton kerana ia lebih bersifat lawak gelak sendiri. Buat lawak lepas tu sendiri gelak seperti program asalnya iaitu rancangan Spontan. Namun, dengan kehadiran pelawak2 kesukaan ramai seperti Johan, Zizan dan lainnya, maka rancangan itu berjaya menarik perhatian penonton termasuklah juga Ustaz Love.

Ustaz Love memang suka melawak.. dan lumrah orang yang suka melawak ini, beliau juga akan sukakan cerita2 serta program2 lawak. Jadi, oleh kerana Ustaz Love mengikuti rancangan itu daripada awal episod, maka Ustaz Love tergerak hati untuk memberikan serba-sedikit komen berkenaan rancangan ini yang sedikit sebanyak menyentuh sensitiviti masyarakat terutama yang beragama Islam.

Pada episod awal, permulaannya kelihatan agak kurang memberangsangkan.. dan kelihatan seorang pelawak Singapura iaitu Suhaimi (anggota kumpulan Syok dalam Maharaja Lawak Mega) melakukan lawak aksi yang pada pandangan Ustaz Love agak kurang sesuai. Beliau mengangkang dalam keadaan terbaring sambil menunjuk ke arah punggungnya dengan menjerit “cacing nak keluar!!”. Tapi, Ustaz Love tak berapa heran sangat disebabkan genre lawak yang dipersembahkan oleh Suhaimi kebanyakannya menjurus ke arah itu.

Kemudian, Ustaz Love sekali lagi dikejutkan dengan aksi Zizan dan Taukeh (Ustaz Love tak pasti segmen apa namanya). Masa tu Fizz Fairuz pun ada.. walaupun Ustaz Love agak terganggu dengan lawak Zizan yang menunjuk2 aksi menonjol kemaluan (walaupun masih berpakaian), tetapi Ustaz Love agak tersentak bila Zizan mengungkapkan ayat “kalau tak sunat, boleh la kita makan sotong celup tepung”. Mungkin ada di antara kita yang tak memahami maksudnya, tetapi sebagai seorang yang berpengalaman dalam hidup (cewahh), Ustaz Love dapat menangkap maksud yang cuba nak disampaikannya. “Sotong” jika merujuk kepada kemaluan (dalam kes Zizan dan Taukeh ni, mereka melakonkan watak kanak2 yang nak bersunat dan Fizz Fairuz menjadi Tok Mudim), ia membawa maksud kemaluan yang belum bersunat (kelihatannya seperti ekor sotong). Memang betul apa yang dikatakan oleh Amir (sebagai pengulas rancangan itu), bahawa lawak itu banyak melucah, tapi tak lawak langsung.

Episod terbaru memang betul2 menyakitkan hati.. kali ni bukan semata2 kepada para pelakon, sebaliknya lebih kepada pihak penerbit dan mereka2 yang bertanggungjawab mewujudkan segmen tersebut.. ada satu segmen pada masa itu yang bertajuk Tukar Profesyen (Tukar Kerja.. kalau tak silap). Dalam banyak2 kerja yang ditugaskan untuk dilakonkan, ada satu kerja yang berkaitan dengan agama, iaitu sebagai Tok Kadi.

Masing2 cuba menonjolkan lawak Tok Kadi dengan menampilkan aksi seperti akad nikah (ijab dan kabul yang ditukar2 lafaz supaya kelihatan lawak).. ada aksi Tok Kadi (lakonan Johan) yang melakukan akad nikah sambil berlari (kononnya Tok Kadi menikahkan pasangan yang kahwin lari dsb). Inilah bahayanya lawak spontan.. kerana mereka tiada skrip untuk dilakukan tapisan. Alangkan cerita seperti Hantu Bonceng yang ada skrip tu pun boleh lagi tersilap2 sehingga menimbulkan isu, apatah lagi lawak2 spontan tanpa skrip ini.

Ustaz Love sangat faham lawak masyarakat Melayu ni.. ada 3 benda yang paling rapat dengan orang Melayu yang selalu dijadikan modal berlawak iaitu lawak lucah, lawak mengutuk fizikal dan lawak berkaitan agama. Walaupun lawak lucah dan lawak mengutuk itu memang dah sebati dalam masyarakat kita, namun seharusnya ia dikawal. Apatah lagi bila ditayangkan dalam rancangan yang ditonton oleh segenap lapisan masyarakat (budak2 pun ada yang menonton live di studio). Tapi bagi lawak berkaitan agama ni, Ustaz Love harap para pereka segmen (terutama penerbit Vision Works milik Afdlin Shauki) kena prihatin dengan isu ini. Banyak lagi isu yang boleh diketengahkan untuk dijadikan lawak. Jangan gunakan modal agama untuk berlawak, kerana tersilap melawak, ia boleh menjadikannya satu penghinaan terhadap agama dan memberikan kesan terhadap akidah kita.

Apa pun, Ustaz Love mengucapkan tahniah kepada warga kerja dan para peserta program Super Spontan yang telah menghiburkan masyarakat dalam keadaan masyarakat yang tertekan dengan kehidupan masing2 ini. Cuma, lompang2 yang ada itu harapnya dapatlah diperbaiki demi menjadikan rancangan itu lebih bermutu dan terhindar daripada unsur2 yang tidak sepatutnya.

p/s: Pengulas tak perlu jadi over sangat dengan memakai rambut palsu atau berpakaian wanita.. ;)

WA

cc : Astro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

Add a Comment
  1. salam.

    Saya sbgai slah sorg pminat super spontan rasa kesal sgt dgn apa yg berlaku.(tapi yg latest xsmpat tgk agi)
    Time kasih kat ustaz love sbb buat surat terbuka ni.mgkin rmai yg xprasan bnda ni sume, sy pun mgkn xpasan kalo tgk..sibuk gelak je:)
    harap pihak yg bekenaan take note!!jgn sbb nak kejar rating sggup gunakan agama:)
    cik senyum recently posted..SUPER SPONTAN !!My Profile

    1. walaupun spontan, sepatutnya kena ada garis panduan.. kalau boleh buat aksi ikut suka, lebih baik tukar jadi lawak gaya bebas :D

  2. saya setuju dgn pendapat ustaz…dari dulu lagi, lawak ni suka sebut 3 perkara yg mcm ustaz kata…kalau takde, taksah..sebab tu saya mmg tak suka tgk rancangan sebegini..baik tgk sukan…

    tapi rancangn mcm ini ramai penonton..sepatutnya pelakon, penerbit kena ambik kira perkara2 spt yg ustaz bangkitkan…mereka tidak boleh pikir idea utk buat program lawak saja, tapi pikir kesannya pada yg menonton…terutamanya budak2 yg gemar meniru..

    etika dan rasa tanggungjawab tu perlu ada, jgn asyik nak syok sendiri, tambahan pula dapat tarik ramai penonton…kan lebih baik, dalam berlawak tu diselitkan mesej yg baik…cuba tengok crite p.ramlee..lawaknye tidak melampau mcm sekarang ni..sebab tu dpt bertahan hingga kini,apa yg disampaikan dlm lawak tu dpt difahami..

    1. lawak sindiran lucah (lawak double-meaning) masih boleh diterima masyarakat.. tapi kalau dah terang2an, itu memang tak boleh diterima..

  3. tak suke..memng cube elakkan cz ketawa kuat sgt tak elok..n ketawa boleh bt hati mati..sy pun kuat ketawa tp nak elakkn selalu ketawa besar….sikit2lah …

  4. salam ustazlove..

    singgah ziarah…
    ustaz dn family semua sihat ?
    takde ape yg nak sy komen..
    cume yang terkeluar dari bibir mulus sy..cewahh
    * tak suke tengok rancangan tv tersebutt***..
    tak nk komen over2 takut kena saman..hihi
    lebih suke bc lawak ustazlove jer…:)))

    1. salam ateh..

      best sangat ke lawak Ustaz Love? kalau mcm tu, boleh la nanti Ustaz Love terbitkan program “Super Love” :D

    1. lawak lucah memang memenuhi selera masyarakat Melayu.. yg terkini : Lawak senaman punggung untuk menyihatkan punggung..

  5. Rasanya idea program spontan ni diambil daripada program whose line is it anyway (WLIIA) yang popular di USA kalau tak silap. ada banyak di youtube.

    program itu memang kelakar. semua perlakuan dan dialog spontan belaka.

    walaupun begitu, tidak semua perkara dari luar sesuai untuk dibawa masuk. Lain tempat, lain cara lawaknya.

    Memang kalau kita tengok rancangan WLIIA itu, semuanya dibalun.

    namun dalam konteks Malaysia yang kuat terikat dengan Agama dan adat ini, benda sepoerti ini sepatutnya difikirkan batasan dan kawalan oleh pesertanya dan juga penerbit rancangan tersebut.

    p/s: saya suka tgk sitcom english lama macam mind your language

Leave a Reply

Your email address will not be published.


+ 3 = seven

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site