I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Kekasihku Suami Orang

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada farah amani…

assalammualaikum ustaz. saya farah . saya juga mempunyai masalah bercinta dengan suami org. saya x tahu ape perasaan sy skrg. sy konfus.

pada mula perkenalan kami, sy tidak tahu dia suami org dia berumur 29 tahun dan saya hanya 23tahun. sy ade bertanya mula2 berjumpa dengannya sama ada dia berkawin atau belum. die mengaku masih bujang.. so sy pun berkawan dengan nye sehingga sy betul2 cintakannya. sy ada sedar tindak tanduknya kadang bila die balik rumah die tidak akan kol sy hnya msg shj. beliau akan kol sy bile pergi ke kedai atau kemana2.. tp sy tidak syak ape2.. myb sy fikir die segan ckp dirumah dsbbkan ibubapanye ada.

setelah 8 bulan perkenalan kami, tiba2 sy mendapat penggilan telefon drpd wife dan parents dia. mereka mmberitahu yg bahawanya die suda 1 tahun brkawin. byangkan perasaan sy luluh ketika mendgr berita itu .sy menyayanginye dan mencintainya. kenapalah setelah hubungan kite da agak lama baru sy mengetahuinya.

selepas itu sy berjumpa dan minx penjelasannya. die mengaku die sudah berkahwin. bygkan mereka berkahwin bulan 7 2010 dan kami berkenalan pada bulan 2 2011 (bukankah baru berkahwin? dan masih diketegorikan masih baru) sy tanya kenapa? dan dia berjwp die sbnarnya x bersedia nak berkahwin n wife beliau yg paksa utk berkawin kerana hbungan mereka dah terlalu lama. kemudian knp sgup buat wife u mcm tu? die menjwp kerana smasa hbungan mereka sblm berkahwin die dah kurg menyayangi wife die, dan kawin hanya dasar mencuba dan die anggap die boleh teruskan .. ttp setelah brjumpa sy die realize yg dia tidak mnyayangi isterinya..

skrg dr love. sy dlm dilemma .. beliau merayu dkt sy jgn tgalkannya.. kerana die akan menceraikan wife die. sy nasihatkan die suruh cuba baiki hubungan dengan isterinye tp dia ckp die sudah tidak boleh dgn isterinya lagi..dan akan menceraikan isteri dia

tolong lah sy dr love sy rasa bersalah sgt berada disituasi ini..sy faham perasaan isteri dia. tp sy x tahu nak buat keputusan yg terbaik. dlm ms yg sama sy amat mencintai nya.. dan x sgup kehilangannya. sy meneruskan hubungan ini tanpa diketahui sapa. family sy pun tidak tahu beliau suami org.

sy pernah cuba utk meninggalkannya ttp sy x kuat apabila berdpn dengannya. kerana sya sgt sygkan dia.

beliau suruh sy bg masa utk dia settlekn untuk menceraikan isteri die. beliau pernah memberitahu saya, walaupun sy tgalkannya die ttp menceraikan isterinya kerana die rasa hbungan mereka tidak boleh diteruskan lagi. dia sudah tidak ada perasaan kpd isterinye. mereka pun sudah pergi ke pejabat agama dan dlm proses penceraian. adakah ini semua salah saya? bantulah sy.. sy xtahu apa yg terbaik utk diri saya.

Persoalan utama di sini bukanlah semata2 pada status lelaki itu sebagai suami orang, sebaliknya penipuan yang beliau telah lakukan dengan menyatakan yang beliau masih bujang walaupun pada hakikatnya beliau telah berkahwin. Inilah pokok persoalan yang perlu saudari fikirkan secara mendalam sebelum membuat apa2 keputusan.

Tidak salah berkahwin dengan suami orang.. sebab memang agama mengharuskan perkahwinan poligami ini.. tetapi, cara macam mana ia dilaksanakan, itu yang perlu diperhalusi. Sama ada dengan cara yang betul, atau menggunakan cara tak betul dan penakut (kahwin kat Siam, berbohong dengan isteri dan bakal isteri dsb). Permulaan perhubungan itu sendiri, jika ia dimulakan dengan betul, insyaAllah, ia memudahkan perkahwinan itu menjadi betul sehingga ke akhirnya. Jika bermula dengan tak betul, kemungkinan untuk perkahwinan itu berakhir dalam keadaan tak betul (perceraian) juga sangat tinggi.

Orang kata perkahwinan ni macam membina masjid. Falsafahnya di sini, sebelum kita membina masjid atau memulakan apa2 juga urusan pembinaan (lukis pelan, pacak tiang dsb), kena tentukan dulu arah kiblat.. bila arah kiblat dah ditentukan, maka segala pekerjaan selepas itu akan berpandukan arah kiblat tersebut.. kalaulah kita main buat je masjid dulu dan tak tentukan arah kiblatnya, maka ada kemungkinan bila kita ukur balik arah kiblat, ia tak menepati ciri binaan.. mungkin minbar ada kat belakang, mungkin juga tempat imam solat akan mengadap ke pintu masuk dsb. Untuk membaiki perkara ini, akan memerlukan masa dan tenaga serta wang ringgit yang banyak.. kalau dapat dibetulkan pun, ia akan menjadi tak sesempurna jika dibina mengikut arah yg betul daripada awal. Jadi, untuk mengelakkan kos meningkat, lebih baik runtuhkan dulu dan bina balik masjid.

Begitulah juga hakikat perkahwinan.. jika tak ditentukan matlamat dan keperluannya daripada awal, maka ia akan jadi kucar-kacir bila dah mula menjejaki alam perkahwinan.

Berbalik kepada persoalan saudari.. Sebagai lelaki, Ustaz Love sendiri agak takut dengan lelaki jenis yang macam ni.. membuat ujikaji dalam perkahwinan.. dia ingat kahwin cerai ni macam ujikaji tikus dalam makmal ke? kalau tak jadi, boleh amik tikus lain untuk dibedah dan dibuang tikus yang tersalah bedah tadi? Terus-terang Ustaz Love katakan, yang lelaki jenis ini memang tiada pendirian.. seorang wanita yang tak dicintainya, boleh memaksa beliau untuk mengahwininya.. bila dah berkahwin, beliau boleh pulak beralasan yang beliau tak cintakan wanita itu dan sekadar mencuba untuk menyintainya.. Agaknya lelaki tu banyak sangat baca novel dan tengok sinetron.

Ustaz Love takde hak untuk menentukan keputusan yang bakal dibuat oleh saudari.. tetapi Ustaz Love rasa yang Ustaz Love berhak untuk memberikan amaran kepada saudari untuk memikirkan dengan lebih mendalam sekiranya saudari ingin meneruskan keinginan berkahwin dengan beliau.

Bila berada dalam alam percintaan ni, memang semuanya nampak indah.. penuh dengan harapan, sangka baik, kenikmatan yang dibayangkan dsb.. tapi hakikatnya ia tak semudah yang kita bayangkan. Even perkahwinan yang dimulakan dengan betul pun (dapat restu mak ayah, berkahwin dengan orang yg dicintai dsb) banyak menerima dugaan dan cabaran.. tak kurang yang gagal dalam ujian dan berakhir dengan perceraian.. apatah lagi jika perkahwinan itu dimulakan dengan cara yang tak berapa betul.

Jika kita membina rumah di atas air, maka setiap hari kita akan berhadapan dengan air juga. Jika kita membina perkahwinan atas air mata orang lain, kemungkinan untuk kita berendam air mata sepanjang perkahwinan juga adalah tinggi.

Saudari boleh meneruskan hasrat saudari untuk berhubungan dengannya.. tetapi kena melalui cara yang betul.. iaitu dengan cara berani menghadapi kenyataan. Saudari kena berani berterus-terang dengan keluarga saudari tentang status lelaki itu, dan kena berani juga menerima apa juga keputusan daripada keluarga. Saudari juga perlu berani untuk bersemuka dengan isterinya serta berbincang dari hati ke hati.. insyaAllah, dengan perbincangan, segala masalah akan dapat diselesaikan.

Dalam keadaan sekarang, saudari cuma bergantung kepada cakap2 lelaki itu saja.. sedangkan beliau telah mempunyai rekod buruk berbohong akan statusnya dengan saudari dulu.. dan tak mustahil, pembohongannya akan berterusan walaupun selepas beliau berkahwin dengan saudari (mungkin juga dia akan jumpa wanita lain dan menggunakan alasan yg saudari dan isteri pertamanya memaksanya berkahwin, sedangkan beliau tak cintakan pun saudari dan isteri pertamanya.. dan begitulah seterusnya). Dalam ketiadaan apa2 ikatan ini, lebih mudah bagi saudari untuk mengawal diri sendiri dan tidak membenarkan lelaki itu untuk berterusan menipu saudari. Jadi, jika beliau ikhlas, suruhlah beliau bawa saudari berjumpa dengan keluarganya dan isterinya. Jika beliau berdolak-dalih, saudari sendiri pun dah boleh agak apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Persoalan beliau nak bercerai atau tak, itu bukan masalah saudari. Saudari tak perlu melibatkan diri dalam urusan rumahtangga beliau. Kemungkinan untuk beliau menggunakan alasan itu untuk menarik simpati tetap ada. Apa yang penting sekarang adalah menetapkan pendirian saudari sendiri. Saudari kena memikirkan sedalamnya sebelum membuat keputusan. Kalau beliau boleh meninggalkan isterinya untuk wanita lain, apakah tiada kemungkinan untuk beliau meninggalkan saudari suatu hari nanti untuk wanita yang lain pula?

Pentingnya saudari menetapkan pendirian pada masa ini kerana selepas berlakunya akad nikah, saudari akan terpaksa menerima segala baik buruk akibat daripada keputusan yang saudari ambil. Jika keputusan saudari itu disokong oleh ahli keluarga (mendapat restu mereka), insyaAllah saudari akan ada sokongan yang dapat membantu saudari saat memerlukan. Namun, jika saudari nak mengikut seperti nasik lemak buah bidara, buang emak buang saudara demi kekasih tersebut, ada kemungkinan saudari akan berseorangan menghadapi segala susah payah dalam perkahwinan. Restu ibu bapa itu sangat penting kerana dengan asbab doa merekalah, perkahwinan anak2 akan menjadi bahagia.

Jadi, langkah pertama.. saudari berterus-teranglah dengan keluarga dan tanyalah pendapat mereka. InsyaAllah, mereka akan dapat membantu saudari membuat keputusan yang betul tanpa terburu2 mengikut kata hati. Sekarang ni memang la saudari rasa macam tak mampu, sebabnya saudari menanggung masalah itu sendirian. Bila berkongsi masalah, insyaAllah, akan rasa lega sket kepala otak walaupun belum tentu masalah tu dapat diselesaikan.

Dan yang paling utama, saudari mintalah pertolongan daripada Allah dengan melakukan solat istikharah. Mintalah daripada Allah supaya ditunjukkan jalan keluar yang terbaik. Dalam pada masa yang sama, kena jaga amalan fardhu (solat) dan memperbanyakkan amalan sunat (puasa, baca al-Quran, zikir, doa, sedekah dsb) supaya kita dapat dekat dengan Allah. Bila kita dekat dengan Allah, insyaAllah, kita akan mengutamakan kehendak Allah berbanding kehendak kita sendiri. Yang selalunya menjadi masalah bagi kita dalam membuat keputusan adalah bila kita meletakkan perasaan kita di tempat pertama.. tanpa kita peduli sama ada ia menepati kehendak Allah atau tak.. Jika kita dah meletakkan kehendak Allah di tempat pertama, insyaAllah, kita tiada masalah nak membuat keputusan.

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan panduan yang terbaik buat saudari.. insyaAllah, amin.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

39 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum,

    Pada pendapat saya lelaki sebegini perlu berhati-hati untuk dijadikan suami macam kata ustaz. Kerana dia telah melakukan penipuan.

    Kalau betul dia tidak menyintai isterinya kerana berkahwin atas dasar paksaan, tidak salahnya dia berterus-terang bahawa dia sudah pun berkahwin dan menceritakan situasi yang sebenar.
    Perawat Islam recently posted..Bolehkah Jin Menyebabkan Penyakit?My Profile

    1. waalaikumussalam..

      ketelusan dan kejujuran seseorang itu boleh kita nilai daripada sikapnya.. kalau daripada awal banyak helah dan dalihnya, kemungkinan banyak salah dan silap yg cuba disembunyikannya..

  2. kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai, kalau kail panjang sejengkal, lautan dlam jgn diduga,
    analisis dulu sblm bertindak, sbb keputusan ni penentu hidup di masa depan. so wat lah yg terbaik utk diri sendiri.
    โ€œBoleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk untuk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuiโ€-surah Al-Baqarah:216(ust, kalau slh tolong betulkan)
    saya recently posted..Wordless wednesdayMy Profile

  3. em,nak komen sikit , nanti kalo lelaki ni dah xsayang kat kekasih die tu camane .. ? adakah perkare same seperti lelaki ni buat kat isteri die iaitu menceraikan ? hubungan dah lame , dah tawar hati … lelaki xgune … mase awal2 bercinta dulu taknak terus kawen , eei , geramnye kat lelaki camni … hey farah amani , ramai lg lelaki kat luar sane lebih baik dr die … jgn ikut cinta tu … biar die ngan isteri die tu , mane tahu kalo dah ade anak nnti perasaan sayang muncul balik …g cari llaki laen … lupekan lelaki xgune ni … senang2 je ,mase sayang apepon sanggup buat sekarang ni senang2 nak cerai … bodoh … tak pk panjang … die ingat prempuan ni barang maenan agaknye leh buat sesuka hati mentang2 kuasa kat tangan die , kalo dah tak sayang , baek x payah kawen dr awal!terus terang je! sakitnye ati … maaf ustaz , sy geram …

    1. farah…sya pernah berada d situasi saudari bezanya sya adalh seorang isteri yg d rampas suaminya oleh gadis spt saudari yg terleka dgn kata2 cinta.normal seorang lelaki yg ska mengayat bila ada respond yg baik..,bertepuk sebelah tangan x kn berbunyi maka akan terungkaplh kata x prnah bahagia,tiada rsa cinta ,x bersedia n kwin terpaksa..sya yg bahagia 15 thn dgn hadirnya 2 org putri mengundur diri demi perjuangan cinta yg membara sepasang kekasih..sya redha n setakat itu jodoh sya n pasti ada hikmah d sblknya..spt ingatan ustaz love…sya dh pn mnjadi mak tikus yg d operate prut n d buang d tong sampah..alhamdulillah..sya lbh bahagia dgn ank2 skrg…. ex husband n gadis itu masih masyuk bercinta walau 5 thn kmi berpisah krn tiada restu dr org tua..semua d tgn anda,tpuk dada tanyalh iman…

      1. alhamdulillah.. terima kasih puan kerana sudi berkongsi pengalaman.. semoga ia menjadi panduan yg berguna buat kita semua..

    2. llki mcm tu ego tinggi, tpi xbrani trus trang..xfkir ttg prasaan org lain..jgn jd prosak rumah tangga org..kdg2 cinta ni buat kta jd buta dan tidak dpt fkr dgn btul hny ikutkn hati. sakit mmg sakit..pcaya la llki mcm ni mmg xble dpcayai, anggp pmpuan spt xda nilai bila dah bosan buang tukar yg baru..”Jika kita membina perkahwinan atas air mata orang lain, kemungkinan untuk kita berendam air mata sepanjang perkahwinan juga adalah tinggi.”

      sy ssetuju sgt dgn kata ustaz love ni..kpd c dia smoga mrka akan sedar pbuatan mrka thdp sy..cuma kata maaf yg ikhlas yg ingin sy dgr spy sakit sy ni terubat wlupun sikit krn mmg sakit dbuang bgitu sja.

  4. assalamualaikum..
    sy juga menghadapi situasi yg sama. tetapi bezanya, sy tahu dia telah berkahwin. sy telah mgenali dia lebih awal dr dia mgenali isteri dia. bgaimanapn, rumahtgga mereka mghadapi masalah. mereka suami isteri menghadapi masalah tidak sehaluan semenjak mereka berkahwin. die meminta sy supaya menunggu die hingga smpai waktu yg sesuai untuk dia mlepaskn isterinya. tetapi sy ade menasihati die supaya mencari cara utk myelesaikan msalah rumahtgga mereka, malangnya setelah ape y die telah lakukan, semuanya sia2, mereka masih kerap bergaduh.
    sy pula masih dilema smada mahu menerima dia atau tidak. kerana sy tidak mahu dituduh sbgai pghancur rumhtgga mereka wlpn hakikatnya bkn sy pyebabnya.
    oleh itu sy harap ustaz love dpt membantu sy atau lebih tepat memberitahu sy, ape y patut sy lakukn dalam situasi ini. terima kasih.

  5. lelaki kan … mule2 kenal je tangkap cintan bagai nak rak , dah lame nanti ilang ler tu .. xpayah nak percaya kat lelaki ni … anniversary 1st ok lg , 2nd pon ok .. sampai 3 dah mula buat hal , ke4 terus tak ingat … mula lah banyak alasan , tu tak kene ni tak kene … dah hilang baru nak cari , nak merayu … takleh bagi muke kat laki camni … hmmm .. geram sbb orang tu tak ingat anniversary ke4 … saketnye ati …

  6. Salam ustaz..
    Situasi sy byk persamaan dgn farah..beza ny dr awal isteri xpernah minta sy tggl kan suami ny,sebalik ny merayu sy terus bersama suami dia ats alsn agar suami dia bahagia,n melepaskan dia sbg isteri.sy amat serba slh waktu itu,tp atas rayuan 2-2 belah pihak sy turutkan..akhir ny sy sndr terjerat..

    Skrg..keadaan tmbh parah..lelaki ni blum sedia lepas kan isteri,sbb kata ny die xnk tggl kan isteri ny begitu saje,biarlah dlm keadaan isteri dah stabil n betul2 kuat.ditambah lg sbb ank masih kecil.jd dia minta sy tgg dia smpi dia selesai kan hal antr dia n isteri.tp mslh ny wife dia xmampu b’sbr lg..terlalu seksa kata ny.selalu msg sy minta sy slesaikan hal sy n lelaki ini scpt ny n lepas kan die.mslh ny hal ini antr suami isteri..knp sy pula perlu msk cmpur?sy cuba fhm keadaan isteri dia,tp kuasa bkn d tgn sy..kptsn semua d tgn lelaki ni..

    Sy pernah cuba jauh kan diri dr lelaki ni,tp tetap nt 2-2 pihak cari sy lg..n merayu,ap daya sy lemah dgn rayuan bkn dr laki tp dr sesama prmpuan jg..sy betul2 keliru ustaz..perlu ke sy tunggu?perlu sy terus yakin kan suami ntuk tggl kan isteri dia?dlm ms yg sm..saya kesian kan nasib anak mereka nt..mcm2 sy fkr kan..

    Ttg keluarga,sy belum sedia nk bercerita..sy malu sbnr ny.n belum ad kekuatan ntuk bercerita dgn sesiapa..

    Satu lg ustaz..sy dh istikarah.. 4hari b’turut2..tp sy diri sy masih penuh keraguan..dimana krg ny solat sy ustaz?kenapa istikarah sy xditerima?mcm mn sy nak dpt kan jwpn dr istikarah itu sbnr ny..sy krg fhm..

    Sy hrp sgt sgt sgt ustaz boleh bantu sy..sy sgt2 tertekan n keliru..minta maaf terlalu pnjg..sy nk sgt luah kan semua n hrp ustaz dpt beri pendpt..

    1. Jgn terlalu percaya yg die akan tinggalkan is3nye. Die masih syg is3nye. Percayala dik…..Jgn runtuhkan rumah tangga org. Balasan menuggu dihadapan. Berdoa lah di pertemukan dgn yg lebih baik dari die

  7. Salam Ustaz,

    Sy jg b’cinta dgn suami org. dah setahun lbh hub kami ni n diketahui oleh isterinya. Isteri dia dh beri keizinan utk kami bernikah…tp yg jadi masalahnye adalah halangan dari keluarga sy. Pada awal p’kenalan, kami merahsiakn hubgan sbb blm bersedia utk bgtau keluarga…tp 1 ari, tkantoi sms dr dia…n ibu sy t’baca sms tu n rahsia yg disimpan t’bongkar akhirnya…bila dh dpt tau, parent sy paksa sy putuskn hubngn dgn si dia…n sy kecewa yg amat hingga t’fikir utk m’bunuh diri…tp bila t’sedar…sy cpt2 istghfar….n alhamdulillah…sy x jd bunuh diri…tp hidup sy merana hingga sekarg…ibu sy ckp klu sy ttp nk kawin dgn dia…putuslah hub keluarga…sy btul2 t’tekan…krn sy menipu mereka sedangkan sy msh lg berhubungan dgn si dia….kami jg sdh t’lanjur tp dia bjanji utk btanggungjwb n ingin menikahi sy secepat mungkin…tp masalahnye, baru2 ini, dia kehilangan kerja n sdg berusaha keras mencari…jd kami ada plan utk menikah dlu di sempadan sbb klu di msia ni..proses nye amatlah rumit….nnt bila keadaan sdh stabil, br la sy akn bwk dia bjumpa dgn keluarga…apakah boleh n patut sy b’buat begitu ustaz? sy benar2 buntu….sy x nk lg hidup dlm dosa ustaz….sy sdh pn btaubat…sy syg keluarga n juga si dia… ๐Ÿ™

  8. Salam Ustaz,

    Saya sedang hamil 9bulan dan punya seorang puteri berusia 2 tahun, saya dah suami dah berkahwin 3 tahun. Kami kawen sebaya, baru berusia 28 tahun
    Masalah saya sekarang suami punya kekasih yg sgt muda dalam 24 tahun mcm tu, suami mengugut saya jika saya berani kacau kekasihnya atau ambil tahu hal dia, dia akan pindah duduk bujang di luar.

    Demi kebahagiaan anak saya turutkan syarat suami, jadi suami sekarang bebas dgn kekasihnya, saya tidak boleh bertanya atau berkata apa2. Kekasih suami tahu suami sudah berkahwin dan saya hamil, sekarang kekasih suami suka hati untuk call suami bila2 masa dan suami bergayut telefon dgn kekasih depan saya slamber je, bbm 24 jam tanpa henti di hadapan sy smpai kdg2 sy tgk suami mcm ghairah je masa bbm.

    Suami juga tidak mahu sentuh dan tidur dlm bilik lagi dgn saya, dan bila suami nak keluar dating dia keluar saja tanpa cakap apa2 dan kadang2 balik kadang2 xbalik, saya juga tidak dibenarkan untuk menyentuh barang2 suami seperti wallet dan hp dan tidak boleh call atau sms suami langsung. Setiap hari suami balik kerja pukul 12 malam atau 1 pagi. Kadang2 saya berasa amat penat terpaksa menguruskan anak dan rumahtangga seorang diri dgn keadaaan sy yg hamil dan tambahan pula saya bekerja juga.

    Dan sekiranya suami bergaduh dgn kekasih nya dia akan melepaskan pada saya dan memaki hamun serta marah saya dan mencari kesalahan saya. Apa yg patut saya lakukan?

    Mungkin bagi sesetengah perempuan yg bercinta dgn suami orang merasakan suami orang ni bertanggungjwb dan romantik, tapi sedarlah wahai kaum wanita jika dia gagal dlm membahagiakan keluarganya dan gagal dlm menjadi ketua keluarga patutkah dia dijadikan seorang SUAMI? Lelaki yg baik adalah apabila dia berjaya dlm keluarganya dan membahagiakan isteri dan anak serta seorang lelaki yg setia…fikirkan lah…

    1. Salam Pn Emma, masalah awk lbh berat rpenya b’banding sy….sy turut b’simpati dgn dugaan yg menimpa awk..klu sy jd awk, sy dh tnggalkn org mcm tu….mintak cerai klu dh x blh b’sama lg..x guna jd seorg suami yg x b’tanggungjwb mcm tu….b’beza dgn kekasih sy…dia seorg yg sgt mngambil brt ttg isteri dan anak2nya…malah dgn isteri dia pn dia dh b’terus trg utk mengahwini sy…dharap semoga awk dpt jln keluar kpd masalah ni jg..Amin…

      1. sedih sgt jumaat lepas suami pergi bercuti dgn kekasihnya 3hari 2malam. Saya dapat tau apabila terbaca sms dlm hpnya yg dia lupa nak lock ketika mandi..mereka dah terlanjur…waktu dia bercuti sy yg sedang sarat dan tunggu hari nk bersalin ni terpaksa menjaga anak saya berumur 2tahun yg demam panas akibat jangkitan antrovirus pada usus…stress sgt..sy sms suami dia langsung xbalas dan call langsung xjwb malah matikan hp..isnin lepas dia ckp dgn sy dia akn ceraikan sy pas sy habis pantang dan suruh sy pantang di kampung, alasan dia nak cerai sebab dah tak ada hati lagi pada sy hati dah mati dan dah tak boleh hidup bersama lagi…tiba2 dia ungkit semua kesalahan sy, keburukan dan kelemahan sy dari hari pertama kawen sehingga sekarang walau kesalahan sebesar kuman. Dia suruh sy pantang di kampung..dia siap ckp biar saya mati beranak lagi bagus..sedih sgt…xsangka suami sanggup melakukan zina ketika sy hamil anak dia…skarang dia panggil sy kau aku je, xpandang muka, tido asing, xberckp, langsung xde sms atau call

        kalau sy sms pun dia xbls dan xkn jwb fon sy. tp dgn gf dia tak tido mlm bersms smpai pagi, 24jam..benci betol dia pada saya…apa yg harus sy lakukan? sy cuma kesiankan anak2…hati sy mmg dah tawar jugak pada dia

        1. Sabar Puan Emma.. di sebalik kesulitan sekarang, mungkin ada hikmah disebaliknya. Jaga kandungan dan kesihatan, walaupun sikap suami sebegitu, tetapi anak adalah rezeki dan kurniaan Allah, juga pelaburan di akhirat. Harap bersabar.

        2. xsangka ada llki dan pmpn teruk bgtu..sy sngka situasi sy sgt teruk bsedih sb ada psgn yg bgitu. knpa la llki suka sgt sakitkan hati sorg pmpn..smoga org bgini akan sedar pbuatan mrka..sy sgt myesal mgenali dan bkorban byk demi dia ttp dibuang disia2kan. sy cuba kuatkan smgt dan byk bsabar (wlupun sblm ni sy mmg dah byk bsbr), sy pcaya Tuhan itu adil..suma ni ada hikmahnya..bg kita wanita yg tsakiti dan disia2kan pasti ada bahagia yg mdatang, bukan kbahgiaan dunia yg ingin kita kecapi ttp d akhirat nnt..biarpun kta byk bsedih dan mnangis. Pn emma plu fkrkan masa dpn anak2..xpyhlah frkan llki mcm tu..xlayak jd sorg ayah dan suami..kuatkan semangat..kena byk bsbr dan bdoa..

        3. saya pernah lalui semua awak, pernah saya accident dia marah sebab dia kata kenapa ko tak mampus aje, sedihnya hati ni bagaikan dihiris2- selama 5 tahun dia hidup bersama kekasihnya sehingga satu haari saya terjumpa gambar2 aib dlm hp dia. saya dipukul dan di hina secukup2nya, keluarga nya memihak kepadanya membenci saya, dan memberi sokongan yg padu untuk hubungan mereka, tapi bila saya kata saya surrender malas nak fikir pasal mempertahankan lagi hubungan kami, tak nak pulak, sekarang saya yg merana, cuma saya kenangkan kebahagian anak2.

          1. lelaki jenis ni biasanya jadikan isteri spare-part.. walaupun spare-part tu tak digunakan dan disimpan dalam stor, ia diperlukan bila tiba masa2 kecemasan.. sbb tu lelaki tu tak nak lepaskan isteri sekalipun dia benci.

  9. Salam ustaz love kalau suami cakap ok lepas pantang aku lepaskan ko..adakah lepas pantang nanti akn jatuh talak dan adakah ianya lafaz taklik?

    1. Pada pandangan Ustaz Love, itu bukanlah lafaz taklik.. itu cuma sekadar janji nak menceraikan.. jika beliau melafazkan “lepas pantang, kau tertalak / jatuh talak”, maka barulah dinamakan taklik yg akan jatuh talak lepas isteri habis pantang.

      WA

  10. Salam..ustaz love, saya pun sebenarnya ada masalah camni. Tapi memang dari awal perkenalan dia da bagitahu saya yang dia dah berkahwin. Dan saya pada mulanya memang tak pernah terfikir pun yang saya akan sukakan dia sebab dia dah berkahwin, Tapi lama kelamaan kami semakin mesra dan dia mengajak saya untuk bernikah kerana rasa xselesa apabila kami keluar biasanya kami pergi lunch tengahari dan tanpa ikatan yang halal. Dia memang serius nak bernikah dengan saya dan dia dah maklumkan keluarga dia. Sekarang ni wide dia pon da tau dan family saya pun da tau, Tapi masalahnya sekarang parents saya memang xnak terima dia sebab dia dah berkahwin. Isteri dia mmg nak jumpa saya, tapi saya belum sedia kerana ada masalah dari pihak keluarga saya, n saya da gitau juga yang apabila parents saya da setuju baru saya akan jumpa dia dan berbincang lebih lanjut. jadi ustaz, bagaimana saya nak selesaikan masalah ini? Parents saya tetap berkeras xnak kami bersama dan akan halau saya dari rumah sekiranya saya tetap bersama dia, tetapi saya mahukan perkahwinan dengan redha ibubapa. Saya sangat sedih sebab masalah ini berpunca dari keluarga saya dan keluarga dia dapat terima saya dengan hati yang terbuka? Adakah saya tetap boleh berkahwin walaupun tanpa restu ibubapa? harap ustaz dapat jawab soalan saya ini, terima kasih

  11. Salam…uztaz.,sy juga mpnyai mslh y same.
    Kekasih sy suami org.kami telah brusaha untuk berpisah tetapi gagal.. setiap kali dy ckp sygkn sy, sy akn mblas..syg mcm mne pon one day still kne tgglkn…dy mnx sy bsbr n mberi msa. Kami sling myayangi..sy thu andai keluarge sy mgtahui pasti mrke tdk akn stju… tp sy amt berat untuk.mngglkn ny…wlpon sy sllu mgalah untuk dy bsme wifenya….sy ttp myayanginy. Kami bknln sblm dy bkhwn..slps 2 mggu prkhwnannya…bru la sy mgtahui dy sdh bkhwn..ketika itu kami sudah bknln slme 7 bulan
    .
    Ustaz apakah yabg perlu saya lakukan.??

    1. Jika betul nak putus, kena putuskan betul2.. kalau main2, kejap nak putus lepas tu layan balik, lepas tu rasa nak putus, itu macam tarik tali namanya.. kuncinya sama saja mcm yg Ustaz Love bagitau sebelum2 ni iaitu berterus-terang.. kalau nak, kena nekad dan berterus-terang dengan keluarga. Soal penerimaan keluarga, itu masuk bab no 2. Yang penting, kena berterus-terang. Cara macam mana nak berterus-terang, pandai2 la saudari memikirkannya kerana saudari lebih mengetahui situasi keluarga sendiri.

      Lelaki itu pula kena buat cara yang betul.. kalaulah betul dia cintakan saudari, dia takkan bernikah dengan orang lain dulu sedangkan dia kenal saudari lebih awal lagi daripada isterinya. Kalau beliau betul2 nak berpoligami, beliau kena buat cara yg betul. Beliau sendiri kena selesaikan masalah dengan isterinya dan berjumpa dengan keluarga saudari untuk meminta izin berkahwin.

      Selagi saudari dan lelaki itu tak berani nak bertindak, mungkin sampai ke tua la dok main tarik tali macam ni..

      1. dr love..

        sya dlm waktu dlm tunangan org, sya ada brkenalan dgn suami org.. msa 2 kami msing2 xtahu status msing2.. dlm 2 bln kami brkawan sya brtrus trang yg sya tunangn owg, dan dia pon brtrus trang yg dia suami org, dan wife dia tgh mngndungkn ank yg ke2.. time 2 kami sma2 ok, sbb time 2 xdak apa perasaan sgt, kwn2 aja.. makin hari kmi mkin rapat, mken serasi,. time dia brsma bni dia sya xkan ggu dia, begitu jga kalau sya brsma tunang sya,. sya begitu sygkan dia time 2 lebih dri tunang sya sndiri,. smpaikan sya sudah terlanjur byak kali dgn dia.. jahatnya sya time 2 sbb tidur brsma suami org yg isterinya tgh sarat mengandung,. apakan daya sya terlalu mencintai nya.. kini, dia telah meninggalkan sya, ya la kan, apa yg dia nak sudah dpt.
        tp sya xprnah slhkan dia, sbb suma 2 atas dasar suka sma suka.. sya sgt sedih, tp mngenagkan ini suma salah dan dosa yg patut sya tanggung.. syukur la kami sudah brpisah, selagi sya brsama dia, makin byak dosa yg kami lakukan.. alhamdulillah, semua dosa besar ini hanya kami berdua dan yang maha esa sja yg mengetahui.. lgi 3 mggu sya akn mnjadi isteri sah pda tunang sya .. syukur, kini sya sedar ats kesilapan lalu.. terima kasih Ya Allah, sbb pisahkan aku dgn suami org tu.. jujur aku maseh engatkan lgi suami org 2, kseh syg msa brsma dia mseh trpahat di hati, tp aku cuba lupakan dia sikit2..

        1. bertaubatlah dengan sebenar2 taubat (nasuha). Semoga Allah mengampunkan kita atas kesalahan yang kita sengaja atau tak sengaja melakukannya.

  12. Sy pon dlm situasi yg sama. Kitorg berkenalan masa sy ade krisis dgn ex tunang.. sbb sygkn dia sy sggp putuskn ptunangan. Lps od tu br tau yg dia dh beristeri n 2 org ank. Nk putus da terlanjur syg. Kdg fikir menyesal. Ditipu byk kali..kejap kata cerai.. kejap lom cerai.. istrinya tuduh sy paksa dia bcerai. Sy syg dia sgt.. sy tlalu pcaya ckp dia. Kawan2 smp ckp sy mcm dibomohkn. Da tau ditipu pon masih truskn jugak. Isteri dia pon kdg ok kdg tuduh sy mcm2. Dia x brani nk sound laki dia sbb dia tau slama diorg x ddk bersama sy yg sara laki dia. Penah kwn2 ckp sy bodoh sbb bkn dia sj yg mnumpang kesenangan sy..isteri dia pon sama. Dlm maki hamun sy dia srh laki dia amik kereta sy utk kegunaan diorg. Mmg sy ngaku sy diperbodohkn tp sy mcm x mampu buat pape. Bape kali sy cuba membenci tp syg tu tlalu kuat. Ustaz tlg saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme