I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Dirogol Sewaktu Kecil

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada gadis kelam..

bagaimana pula dengan seorang gadis yang pernah dirogol oleh lelaki semasa umur 10 tahun dan kini dia amat merasa sedih,kesal dan merasakan hidupnya menjadi gelap pabila dia meningkat dewasa .. dan sekarang dia sudah berumur 21 tahun ..masalah yg dihadapi ialah dia merasa bersalah terhadap kekasihnya yang amat mencintainya sehingga dia tekad ingin memutuskan kekasihnya..malangnya,kekasihnya tidak sanggup memutuskannya..dia kini bergelumang dgn perasaan serba salah yg teramat sgt .. dia tidak sanggup untuk memberitahu peristiwa silamnya kepada kekasihnya kerana dia tahu kekasihnya tak dapat terima hal itu .. apakah langkah yang patut dia ambil ?

Ustaz Love tumpang bersimpati atas kejadian hitam yang menimpa saudari. Tak dapat dibayangkan bagaimana seorang itu boleh merogol kanak2 yang tidak tahu apa2 tentang perkara berkaitan nafsu seks ini. Mereka2 yang melakukan perkara ini dipanggil sebagai pedophilia iaitu sejenis penyakit jiwa yang melanda manusia yang dah rosak akalnya. Itu belum masuk bab mereka2 yang ghairah bersetubuh dengan binatang dsb. Maka, pada kesempatan ini, Ustaz Love ingin menyeru para pembaca blog ini agar berhati2 dengan mereka2 ini. Kebanyakan kes rogol kanak2 ini melibatkan orang2 yang dikenali (spt jiran, saudara mara, atuk, bapa dsb) yang kadang2 kita pun tak sangka mereka sanggup melakukannya bila dilihat dari sudut zahir mereka yang adakalanya nampak warak, alim, berilmu, berjanggut, berbulu hidung dsb. Maka menjadi kewajipan ibu bapa untuk memastikan keselamatan anak2 mereka daripada diganggu oleh mereka2 ini.

Berbalik kepada persoalan saudari..

Kejadian yang berlaku bukanlah salah saudari.. itu perkara pertama yang saudari perlu pegang. Adalah tak adil untuk diri saudari jika saudari berterusan menyalahkan diri sendiri atas kejadian yg berlaku tanpa kerelaan itu. Perogol saudari hidup bergembira ria (mungkin) sedangkan saudari pula yang berterusan merana. 11 tahun menanggung rasa, bukanlah suatu jangka masa yang singkat.. Kalau mereka2 yang tak kuat iman, mungkin dah jadi gila atau dah melakukan sesuatu yang dimurkai Allah spt membunuh diri, menjadi pelacur dsb. Syukur kepada Allah kerana telah memberikan kesabaran dan ketabahan hati yang tinggi kepada saudari dalam menghadapi ujian hidup ini.

Bila saudari dah dapat meyakinkan diri bahawa saudari tidak bersalah dalam hal ini, maka tiadalah lagi perasaan takut, buntu, kecewa,kesal, rasa bersalah dsb. Sebelum kita cuba nak meyakinkan orang lain, kita kena yakinkan diri kita dulu. Kalau kita sendiri masih tak dapat nak terima kenyataan yg diri kita tak bersalah, macam mana pula kita nak yakinkan orang lain? Sebab itu saudari mengambil keputusan meninggalkan orang yang disayangi disebabkan diri saudari sendiri belum dapat menerima hakikat itu dan beranggapan bahawa kekasih itu juga takkan sanggup menerima hakikat sebenar yang telah berlaku dalam hidup saudari.

Untuk menyelesaikan masalah, kita tak boleh lari daripada masalah. Macam kita nak selesaikan masalah tak pandai memandu.. kita kena daftar kursus memandu dan terpaksa belajar memandu bersama orang lain yang telah pandai cilok-mencilok (pinjam ayat Acha Septriasa.. kihkih). Kita tak boleh suruh orang lain tolong belajarkan untuk kita sbb ia melibatkan ilmu dan kemahiran. Dan lesen juga akan dikeluarkan atas nama kita.. jadi, berani atau tak berani, kita kena juga start enjin dan pulas stereng (sebelum tu kena tekan clutch dan masuk gear.. pastu tekan minyak.. kalau tak kereta tu tak bleh bergerak.. jangan lupa lepaskan hand-brake.. kihkih).

Dalam hal ini, Ustaz Love nampak 2 perkara. Ia berkaitan sama ada saudari nak berterus-terang tentang kisah silam saudari dan menerima akibat baik buruknya, ataupun saudari merahsiakan kisah silam itu dan meneruskan perhubungan macam biasa atau memutuskan hubungan tanpa menjelaskan apa2 pun.

Bagi Ustaz Love, tiada masalah saudari nak berterus-terang atau terus berahsia.. namun, jika dinilai mengikut neraca keadilan (ayat tak bleh blah.. kihkih), maka merahsiakan perkara itu adalah lebih adil dan lebih baik buat saudari dan lelaki itu. Bahkan ia dituntut dalam agama untuk kita merahsiakan aib sendiri daripada pengetahuan orang lain. Kalau saudari dah berjaya menyimpan aib itu untuk sekian lama, insyaAllah, Allah akan bantu saudari untuk menyimpan aib itu selama2nya.. yang penting, jangan putus harap dengan rahmat Allah. Kita cuma melakukan apa yang diperintahkan.. natijahnya, biarlah Allah saja yang menentukan.

Rahsia silam saudari itu pertamanya bukan salah saudari (even kalau salah saudari sendiri pun, tetap dituntut untuk ditutup dan dijaga dengan kemas).. keduanya, ia tiada kaitan dengan kekasih saudari.. alangkan seorang suami itu pun tidak berhak untuk mengorek kisah silam isterinya, apatah lagi baru menjadi kekasih. Kekasih tu tau atau tak tau kisah silam saudari, ia tidak ada kena mengena dengan beliau.

Namun, sebagai manusia biasa, dah tentu perasaannya akan sedikit terguris bila memikirkan kekasihnya pernah dirogol (even masa tu hingus pun tak kering lagi). Dalam banyak keadaan, lelaki ini tak kisah jika tak tahu (dan mereka juga kebiasaannya bukan jenis kepochi yang suka bergossip sana-sini).. tapi, jika mereka diberitahu, kebanyakannya memang tak mampu nak terima kenyataan itu.

Adakah dengan merahsiakan peristiwa hitam itu memberi maksud saudari menipu atau mengkhianati kekasih itu? Nehi betey.. tidak sekali2.. saudari tanamkan keyakinan dalam diri yang saudari sedang berusaha menunaikan tuntutan agama yang menyuruh merahsiakan keaiban sendiri. Jika ditakdirkan suatu hari nanti beliau mengetahuinya (dengan cara lain atau dari mulut orang lain), maka ketika itu saudari bersabarlah. Cuma, jangan takut kepada perkara yg belum berlaku. Menurut kajian Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah, kemungkinan 90% daripada apa yg kita takutkan itu tak pernah terjadi pun. Jadi, jangan takut pada perkara yg belum berlaku.. kerana ketakutan seperti itu seumpama mati sebelum mati.. tak mati lagi, tapi gaya dah macam zombie..

Jika saudari bertindak memutuskan hubungan tanpa penjelasan, saudari telah melepaskan peluang untuk mencari jodoh yg baik yang saudari cintai. Berapa ramai atas dunia ini yang mendapat jodoh yg baik, tapi bukan daripada orang yg dicintai.. dan berapa ramai juga yang mendapat jodoh yang tak berapa baik, tapi dicintai sepenuh hati.. dan tak kurang juga betapa ramai yang takde jodoh, bercinta jauh sekali.. Bukan setakat saudari saja yang akan menerima kesannya, bahkan lelaki itu juga akan merasa cintanya dikhianati sebab ditinggalkan tanpa sebab dan tidak diberi peluang untuk mengikat perhubungan dengan akad nikah..

Bagi Ustaz Love, jika lelaki itu lelaki yg baik (baik agama dan akhlaknya), maka janganlah diputuskan perhubungan itu. Pandanglah ke depan. Kuburkan terus kenangan silam yang menghantui saudari selama ini. Banyakkan memohon petunjuk daripada Allah supaya diberikan petunjuk dan diberikan kekuatan untuk mengikuti jalan yang benar. Teringat sekali-sekala itu adalah lumrah.. kalau asyik2 teringat, itu tanda bermasalah. Banyakkan istighfar.. kerana ingatan2 lalu yg menyedihkan hati itu semuanya daripada syaitan yang ingin kita mengosongkan hati supaya beliau dapat berumah di tepian pantai.

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan jalan keluar yang terbaik buat saudari. Jagalah amalan fardhu dan perbanyakkanlah amalan sunat.. insyaAllah, jiwa akan tenang, hati akan lapang dan hidup penuh dengan harapan.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum,

    Saya juga bersetuju dengan pendapat ustaz love. Janganlah dibuka rahsia kenangan silam tu sebab ditakuti akan membawa kepada perkara yang lebih buruk.

    Contohnya kalaulah kekasih tu dah ada azam nak jadikan isteri dan akhlaknya pun baik,silap haribulan dia akan putuskan pulak perhubungan.
    Tip Elak Gangguan Jin recently posted..Dapatkan rawatan PERCUMA dari kami!My Profile

    1. apa yg penting, bukan hasilnya.. yg penting, kita buat perkara yg betul.. insyaAllah, Allah akan berikan natijah yg betul. tak kira la sama ada natijahnya kena tinggal ke dsb, mungkin itu yg terbaik buatnya πŸ˜‰

  2. entry yg penuh dgn pendapat yg bernas…syabbas inspector sahab hehehhe barakallah fiik ya ustaz..

    tapi kan ustaz…mcm possible ajer isteri diceraikan slps mlm pertama kerana suaminya mendapati isterinya tiada dara…dari sudut pandangan seorg lelaki, memang boleh beza ker seorang perempuan yg ada dan tiada dara pd mlm pertama –soalan mcm 18sx pulak (me curious nak tau ajer) syukran

    1. boleh beza.. sbb memang ada sensor untuk mengetahui dara itu ditembusi atau masuk tanpa halangan.. dan ada juga cara untuk mengaburi pandangan musuh.. bab ni kena belajar la.. kihkih.. πŸ˜€

  3. Assalamualaikum ustaz…
    lamanya tak jalan sini..
    1st of all, simpati sngt dengan adik..
    saya setuju dengan pendapat ustaz, tak elok bukak aib diri sendiri..
    cuma, jika berada dalam situasi adik ni saya pun akan merasa takut & risau mungkin akan berlaku perkara spt yg mama zharfan katakan..
    apapun pesan saya pada adik ni, buatlah istikharah..
    semoga mendapat petunjuk dariNya..
    lelaki yg baik utk perempuan yg baik,kan Ustaz? πŸ™‚

    1. waalaikumussalam..

      jangan terlalu risau pada sesuatu yg belum berlaku.. yg penting, kita buat apa yg betul.. natijahnya biarlah Allah saja yg menentukannya πŸ˜‰

  4. salam ustaz love.. maaf tanya kat ruang komen ni..

    saya ada teman lelaki yang saya dah kenal 4 tahun lebih dan kami rancang nak teruskan hubungan ke fasa yang seterusnya iaitu fasa berumah tangga.. tapi, perhubungan kami ni langsung ayah saya tak tahu. dulu ayah dah tahu tapi ayah saya suruh putuskan dan sebab utama nya ayah saya tak bagi sebab teman saya tu tak berpelajaran tinggi.. dia belajar sampai spm je.. tapi waktu saya kenal dia, dia da kerja kerajaan and ada pendapatan tetap.. saya bukan nak belakangkan ayah bila saya rahsiakan semua ni.. tapi saya tak rasa yang semua tu jadi sebab untuk saya putuskan perhubungan kami.. sebenarnya kalau lihat dari satu sudut, ayah saya mungkin nampak pentingkan diri sendiri and pandang rendah pada teman saya tu, tapi kalau kita lihat dari sudut yang positif, ayah saya nak kan yang terbaik untuk saya.. saya ada lagi 6 bulan nak habiskan degree and saya ingat lepas je habis belajar saya nak cakap kat ayah pasal hubungan kami ni.. tapi saya tak tahu macam mana nak cakap.. semua family saya tahu hal ni kecuali ayah seorang.. tolong laa ustaz pagi pandangan dan nasihat untuk saya..

    terima kasih..

  5. assalamualaikum ustz, pandangan yang sangat bernas..sbb sy pun berpendapat mcm ustz..kisah silam tu kalau boleh janganlah diceritakan kepada bakal suami, tapi kalau lelaki tu benar-benar ikhlas menerima seseorang wanita itu, dier akan menerima seadanya. Kita manusia pasti ada melakukan kesilapan tak kiralah samada pernah dirogol atau terlanjur. Bertaubatlah dan kembali kepada Allah..sesungguhnya Allah yang maha mengetahui atas apa yang kita kerjakan..^^

  6. Assalamualaikum wbt ..

    terima kasih banyak2 kat ustaz kerana sudi memberikan pandangan kepada persoalan saya ..

    insyaAllah .. moga dikuatkan iman untuk menghadapi ujian ilahi .. ^_^

    1. tiada manusia yg sempurna.. kita cuma perlu buat apa yg Allah suruh dan tinggalkan apa yg Allah larang.. kalau Allah dah suruh simpan aib, kenapa kita nak ikut kehendak manusia dgn membuka aib?

  7. assalamualaikum Ustaz. adakah abang tersebut boleh jadi wali sekiranya ayahnya telah meninggal?sekiranya perbuatan abangnya itu dilakukan ketika form 3 atau form 4. seperti yang ustaz katakan di atas bahawa kadang-kadang mereka tak tahu apa kesan yang akan di alami kerana pemikiran belum matang. dan adiknya pula baru umur setahun jagung dalam lingkungan sekolah rendah.lg la tidak tahu apa-apa.abang tersebut akan jadi wali fasik. tetapi wali fasik boleh jadi wali selepas beristighfar dan bertaubat.mohon penjelasan ustaz.

  8. assalamualaikum Ustaz. adakah abang tersebut boleh jadi wali sekiranya ayahnya telah meninggal?sekiranya perbuatan abangnya itu dilakukan ketika form 3 atau form 4. seperti yang ustaz katakan di atas bahawa kadang-kadang mereka tak tahu apa kesan yang akan di alami kerana pemikiran belum matang. dan adiknya pula baru umur setahun jagung dalam lingkungan sekolah rendah.lg la tidak tahu apa-apa.abang tersebut akan jadi wali fasik. tetapi wali fasik boleh jadi wali selepas beristighfar dan bertaubat.mohon penjelasan ustaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme