I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Calon Isteri Solehah Tapi Keluarganya Nakal

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yang dirahsiakan nama samarannya (nama samaran pun nak rahsia.. kihkih)..

assalamualaikum ustaz love…

sy nak bertanye…sy ade berkenalan dgn seorang akhawat ni…dan pada masa yg sama sy rasa ingin mengambil beliau sbg teman hidup…kerana sy percaya cinta selepas kahwin itu lebih bahagia….jd sy hanya sekadar kenal adik beradik dan ibu bapa beliau….namun..utk sekian lama sy pun stalk2 FB beliau…dgn siapa adik beliau kawan dan sebagainya…dan sy ada nampak kwn2 adik beradik beliau tergolong dlm golongan…mungkin nakal atau tak tau nak ckp apa…senang cerita tergolong dlm couple2…mungkin mat motor mcm tu la….tp beliau amat menjaga diri beliau sendiri….dr segi ikhtilat…pakaian…adab…cuma mungkin ada sbhgian ahli family beliau shj yg nakal2 mcm tu…pada pandangan ustaz….perlu ke sy meneruskan niat sy?kalau ye…tlg ulaskan…utk menetapkan pilihan sy ini…dan kalau tidak pun…ulaskan….syukran ustaz

Soal bahagia atau tak dalam perkahwinan ni sebenarnya susah nak disukat dengan skala tertentu. Ada yang bercinta sebelum kahwin, tapi merana selepas berkahwin. Ada juga yang bercinta selepas berkahwin, dan merana jugak.. Jadi, bercinta atau tak bukan menjadi pokok persoalan. Yang menjadi isunya di sini adalah persediaan untuk mencari jodoh yang baik itu sendiri. Tak kira la dah bercinta ke, belum bercinta ke.. Kalau niat nak bercinta selepas berkahwin, tapi berkahwin dengan jodoh yang kurang agama dan akhlaknya, maka kebahagiaan itu agak sukar nak dipastikan.

Sebab itulah Nabi s.a.w. menyuruh seseorang lelaki yang ingin mengahwini seorang wanita untuk melihat dulu wanita itu.. berkenan ke tak.. bukan setakat dengar2 cerita orang, atau dengar cerita mak ayah dsb.. sbb yang akan berkahwin dan hidup bersama adalah kita (tiba2 Ustaz Love guna ‘kita’ plak.. kihkih) dan bukannya mereka. Yang akan bahagia pun kita.. yang akan sengsara (wal ‘iyazu billah) pun kita juga. Jadi, kitalah yang kena memilih jodoh yang terbaik buat diri kita sendiri.

Dalam proses untuk memilih ni, maka kriteria yang biasanya akan dilihat adalah pada rupa, harta, keturunan dan agama.. dan Nabi s.a.w. sarankan kita mengambil yang beragama.. bukanlah bermaksud yang lain2 tu tak penting, tapi jika diletakkan ranking keutamaan, maka yang beragama itulah yang diletakkan di tempat pertama. Bukanlah maksud beragama itu hanya untuk ustaz dan ustazah semata2, bahkan ia lebih luas maksudnya.. iaitu mereka2 yang berpegang teguh dan beramal dengan ajaran agama.. tak kira la dia seorang pekerja kilang ke, makcik cleaner ke, orang gaji ke.. jika mereka menjaga yang fardhu serta melakukan amalan sunat dan memelihara diri daripada dosa2, maka jadilah mereka termasuk dalam golongan orang yang beragama.

Kalau dapat yang ada rupa, berharta dan dari keturunan yang baik, maka itu adalah bonus.. Kalau kita kerja pun, kita nak tengok berapa gajinya.. bukan kita mintak kerja kita nak tengok bonusnya.. tapi kalau dapat gaji yang bagus dan ada bonus, itu lagi best..

Berbalik kepada persoalan saudara ni.. Ustaz Love tak pasti sama ada perkenalan saudara dengan beliau melalui internet ataupun melalui alam nyata.. kalau betul saudara mengenalinya sebagai gadis beragama di alam nyata, alhamdulillah.. tapi, kalau saudara mengenali kesolehahannya itu melalui FB semata2, maka saudara masih perlu memastikannya betul2.. sbb di alam maya ni, kita tak mampu nak menilai seseorang itu dengan baik. Even Ustaz Love yang sedang menulis entry agama ni pun, siapa tahu mungkin Ustaz Love menulis sambil pakai spender je kan? Tapi takde la Ustaz Love buat macam tu, cuma sekadar nak menunjukkan bahawa di alam maya ini, manusia boleh menjadi apa saja yang dia nak jadi.. jangan fokus sangat pasal spender tu ok.. kihkih..

Bagi Ustaz Love, cukup sekadar saudara mengetahui dengan pasti akan kebaikan akhlak dan agama gadis itu.. tak perlu sampai nak skodeng aktiviti adik beradiknya.. sbb itu takde kaitan dengan beliau. Dalam sebuah keluarga, kadang2 tak semua menjadi.. macam setandan pisang jugak.. belum tentu semuanya baik, tapi yang pastinya kita takkan memilih setandan pisang yang semuanya buruk. Jangan sampai kita terlalu memilih (kononnya nak semua yg baik2.. nak ipar duai baik2.. nak mertua baik2.. nak nenek mertua baik2 dsb) sehingga akhirnya kita terlepas seorang gadis yang baik akhlak dan agamanya.

Tak dapat dinafikan, jika kita dapat seorang isteri yg baik akhlak dan agamanya, dan dapat mertua serta ipar duai yang sama2 baik akhlak dan agamanya, maka ia lebih membantu kita.. sebab kita akan berada dalam persekitaran yang mampu membentuk hati kita.. almaklum.. umat akhir zaman ni, imannya banyak dipengaruhi suasana.. kalau duduk bersama orang2 soleh, maka hatinya dekat dengan agama.. kalau duduk dengan kawan2 yang tak berapa nak soleh, habis tercabut serban jubahnya.. Itu semua bergantung atas diri kita sendiri untuk menilai sejauh mana kekuatan kita.

Sebaliknya, jika kita mempunyai pegangan agama yang kuat dan takkan terpengaruh dengan godaan suasana, maka dengan mendapat ipar duai yang nakal2 ini, peluang untuk kita berdakwah serta mengajak mereka ke arah kebaikan terbuka luas.. dan tentunya ganjaran itu lebih besar disebabkan mujahadah dakwah itu.

Apa pun, sebaiknya kita memohon petunjuk daripada Allah akan pilihan kita.. sbb kita sekadar menilai pilihan kita itu dari sudut zahir.. ada kemungkinan ia baik pada pandangan mata kita, hakikatnya hanya Allah yang mengetahui baik tak baiknya pilihan kita itu. Dan jangan lupa berbincang dengan ibu bapa akan hasrat kita itu.. mungkin mereka punya pandangan yang lebih bernas.. Orang tua ni kadang2 melihat dari sudut yang kita tak pernah terfikir pun.. sbb mereka punya pengalaman yang lebih luas dalam hidup..

Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan petunjuk terbaik buat saudara dalam memilih jodoh ini.. jangan terlalu fokus pada mencari pasangan yang solehah, sebaliknya kena lebih fokus pada mencari pasangan yang boleh mendidik bakal anak2 kita nanti dengan kesolehan.. dalam erti kata lain, mencari ibu yang solehah untuk anak2 kita.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
  1. Better kenal betul2 dulu takut salah pilih. Macam kes seorang hamba ALLAH ni. Kenal isterinya melalui internet je. Kwn sekejap terus nikah. Rupa2nya isteriny seorang penipu besar. Banyak tipu duit orang. Dalam internet memang nampak alim, baik. Hati2 la dalam pilih pasangan….

  2. muhasabah diri masing2,
    tak kira siapa pun.. kan ustaz? 🙂
    oo ye.. sy ada nak tny cket,
    alkisahnya camni…
    mcm yg kita tahu, rasuah tu terang2 dah haram,
    dan matlamat tak menghalalkan cara,
    macam mana plak dgn kes seseorg/syarikat tertentu membayar ‘duit perlindungan’ (tak thu apa term yg tepat)
    pada pihak lain (termasuk polis/pihak berkuasa),
    supaya diri beliau/pihak terbabit dpt menjalankan aktiviti harian (cthnya bisnes)?
    hukumnya kira macam mana tu?
    harap ustaz love dpt bg penerangan, kalo cepat, lg bagus.. time kasih ustaz..

    1. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry.. bab cepat tu, Ustaz Love tak dapat nak janji 😉

  3. salam ustaz, bolehkah kite berdoa si pulan bin si pulan untuk dijadikan jodoh? bukankah jodoh sudah tertulis.. boleh ustaz ulas sikit, kepada org yg btol2 nak sgt kat someone ni… tak putus2 doa untuk dijodohkan dgn si pulan bin si pulan ni….. thank you ustaz
    herm herm recently posted..Soal Jawab : Dirogol Sewaktu KecilMy Profile

      1. ustaz..bile nak reply tentang tu ustaz..hehe..kdg2 saya pun confuse…btul ke jodoh tu xleh ubah?..blh ke kita doa yg kite nak dijodohkan ngan si polan..? byk sgt yg sy baca n sy jd confuse..arap ustaz leh mbantu…thanks ustaz love..may ALLAH bless u..

  4. salam ustaz saya nak tanya sikit..mcm mana nak ubah sikap kekasih yg suka seks…saya dah tak tau macam mana nak elak n bg alasan..dia kata dengan saya je nafsu dia memuncak…

  5. Assalammualaikum ustaz Love…Saya ingin bertanya kepada ustaz mengenai 2 perkara, saya pernah bermimpi mengenai 2 perkara pelik dan ganjil dan saya masih tercari2 jawapannya…Sebelum ini saya disahkan mengandung 6 minggu…selepas itu saya ada mengalami turun darah sedikit dan apabila saya check dengan doktor,doktor mengesahkan itu hanyalah tanda biasa di awal kehamilan…dan apabila ia masuk 7 minggu, bila saya check dgn doktor untuk kali kedua, nurse yang check saya memberitahu kantung bayi saya sudah tiada…dia kata saya mungkin gugur..tapi saya tidak mengalami tanda gugur seperti tumpah darah yang banyak atau tanda2 yang lain…dan sebelum itu, saya ada bermimpi yang suami saya bermain dengan kanak-kanak perempuan kecil sambil kanak2 tersebut menyanyi kepada suami saya….Apakah tanda tersebut uztaz???

    Yang kedua, semalam sebelum subuh saya bermimpi ada anak tikus putih keluar secara banyak dari rahim saya seolah-olah saya beranakkan anak tikus tersebut…dan saya terjaga dari mimpi tersebut tepat pada pukul 6 pagi dan selepas itu saya dengar orang azan subuh…Apakah tanda mimpi tersebut uztaz???

    Hal ini membuatkan saya bertambah risau dan tidak tenang mengenangkan mimpi sedemikian selepas saya kesedihan kehilangan bayi saya…Harap Uztaz dapat membantu saya menjawab kemuskilan ini…Terima Kasih Uztaz….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme