I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Berani Bercinta Tapi Tak Berani Berterus-terang

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada fazlin…

Assalamualaikum ustaz. Saya juga mempunyai masalah yang sama-bercinta dengan suami orang. Bezanya, saya dah kenal lelaki ini selama enam tahun. Sejak 2006. Waktu tu, dia masih belum berkahwin tapi dah bercinta dengan gf (isteri sekarang) sejak 2000. Dalam tempoh enam tahun ini, saya ada cuba bercinta dengan lelaki lain tapi tak menjadi, last-last balik kepada lelaki ini jugak. Sepanjang enam tahun, lelaki ini sangat-sangat menjaga saya dari segi kesihatan, makan minum, tempat tinggal dan kasih sayang. Dia memang berkemampuan.

Sekarang dah lebih setahun saya tidak mempunyai teman lain. Dia pula baru saja menimang anak kedua. Isterinya tidak tahu tentang saya. Saya sangat selalu meluangkan masa dengan lelaki ini sebab saya bekerja dengannya. Saya pernah bertanya.. Sampai bila kita nak macam ni, sampai mana hubungan kita ni.. Dia jawab, dia mampu untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak (seperti apa yang dia lakukan selama enam tahun). Tapi dia tak mampu untuk memberitahu dan melukakan hati orang di sekeliling kami; isterinya, keluarganya dan keluarga saya. Lelaki ini mendapat kepercayaan penuh dari ibu bapa saya untuk menjaga saya di KL ini, tapi lebih sebagai “abang” bukannya teman hidup sebab mereka tahu dia dah berkeluarga.

Percayalah ustaz, saya dah cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari dia. Tapi “chemistry” kami terlalu kuat untuk berjauhan, kami tetap bersama. Enam tahun ustaz.. Macam mana saya nak selesaikan isu ini? Saya benar-benar sayangkan dia dan saya harap sangat kami boleh mempunyai hubungan yang direstui Allah.

Ustaz Love tak pasti sejauh mana perhubungan saudari dengan suami orang tersebut.. dan Ustaz Love tak berniat nak buat sebarang spekulasi.. hanya saudari dan beliau saja yang mengetahui sejauh mana perhubungan saudari itu. Dan Ustaz Love tak juga berhajat untuk mengulas tentang percintaan dengan suami orang.. rasanya dah cukup dah apa yang Ustaz Love tuliskan sebelum ini.

Ustaz Love cuma nak ulas sikit tentang isu perhubungan saudari dengan lelaki itu.. Saudari mengatakannya sebagai cinta, tapi Ustaz Love memandangnya dari sudut lain. Dari sudut perasaan saudari, ia mungkin suatu bentuk cinta, tapi dari sudut perasaan lelaki tersebut, adakah itu betul2 dinamakan sebagai cinta?

Cinta yang sebenar adalah cinta yang berbalas.. bukan syok sendiri.. tapi kes saudari ni bukan kes syok sendiri, sebaliknya ia nampak macam berbalas (bila saudari membalas perasaan cinta terhadapnya), tetapi dalam pada masa yang sama beliau takut untuk berterus-terang dengan isteri dan keluarganya.. adakah beliau berhajat untuk bercinta tanpa kahwin sampai ke tua? Adakah saudari sendiri bersedia untuk tua dengan bercinta saja?

Bila sebut pasal cinta, tak dapat tidak kita akan selalu temui frasa lautan api sanggup direnangi.. itu bukan kenyataan kosong semata2, sebaliknya ia mengandungi maksud yang mendalam bagi menyatakan perasaan cinta itu. Maksudnya, jangankan ujian yang kecik2, ujian yang besar seperti lautan berapi pun sanggup ditempuhi demi cinta kepada seseorang. Itu sebagai tanda pengorbanan.. kerana cinta itu menuntut pengorbanan.. jika kita cintakan Allah dan RasulNya, maka kita sanggup mengorbankan diri, harta dan masa kita untuk agama Allah.. sanggup infaq harta yang kita penat2 cari.. sanggup luangkan masa untuk solat berjemaah di masjid.. bahkan sanggup menggadaikan nyawa sekiranya dipanggil untuk berjihad di jalan Allah.. itu bukti pengorbanan kita terhadap cinta kepada Allah.

Kalau sekadar mulut menyatakan cinta, tapi perbuatan tak selari dengan perkataan.. maka, kita boleh nilaikan di manakah kedudukan ‘cinta’ itu. Mulut mungkin boleh menipu atau mengeluarkan ayat2 cinta palsu, tetapi perbuatan itu biasanya tak mampu disembunyikan.. apa yang ada di dalam hati, itulah juga yang akan lahir melalui perbuatan.

Pada pandangan Ustaz Love, ada kemungkinan lelaki itu sebenarnya tidak cintakan saudari.. tapi tak sanggup nak menyatakan dengan jelas akan perasaannya.. mungkin beliau dah menganggap saudari seperti adik sendiri (adik angkat ke, adik lambung ke.. tak kisah la mana2 pun). Jadi, alasan tidak mampu untuk memberitahu dan melukakan hati orang sekeliling itu adalah sebagai alasan melepaskan diri daripada bertanggungjawab terhadap saudari dengan lebih serius (mengambil sebagai isteri). Tambahan pula kehidupannya memang nampak bahagia.. berkahwin dengan orang yang dicintai dan dikurniakan dengan cahaya mata.. jadi, memang tidak ada alasan baginya untuk mencari masalah dengan berterus-terang kepada isterinya yang mungkin akan memporak-perandakan rumahtangganya yang bahagia itu.

Apalah gunanya saudari yang beria2 nakkan beliau, kalau beliau sendiri memang tak serius dengan saudari.. soal beliau menjaga saudari dari segi makan minum, kesihatan dsb, itu bukanlah suatu petanda yg khusus bahawa beliau memang betul2 cintakan saudari. Persoalan kasih sayang yg diberikan kepada saudari, itu memang menimbulkan tanda tanya.. sejauh manakah maksud ‘kasih sayang’ itu.. adakah kasih sayang seperti suami isteri (wal ‘iyazu billah) ataupun bagaimana? Ustaz Love terpaksa membuat telahan kerana maklumat yg tepat tidak diberikan..

Jika ia tiada kaitan dengan seks luar nikah (zina), maka jelaslah kasih sayang itu tak lebih daripada kasih sayang seorang abang kepada seorang adik.. lagipun beliau telah mendapat kepercayaan daripada ibu bapa saudari untuk menjaga saudari di perantauan. Namun, jika ia ada kaitan dengan zina (wal ‘iyazu billah.. minta maaf), maka jelas sekali saudari hanya menjadi tempat untuk memuaskan nafsu tanpa sanggup memberikan komitmen yang jelas dalam perhubungan.

Apa pun jenis perhubungan saudari dengan beliau, saudari perlu tahu akan batas2nya yang telah ditetapkan oleh syarak. Lupakan dulu soal chemistry, kimia, biologi, fizik dsb.. letakkan batasan syarak di depan. Jika betul saudari inginkan perhubungan yang direstui Allah, maka saudari kena keluar daripada kepompong kesalahan ini. Kalau berani untuk bercinta, maka kena berani untuk berterus-terang.

Saudari kena bertanya dengan sejelasnya kepada lelaki tersebut adakah beliau nak berkahwin dengan saudari.. jawapannya cuma ada ya atau tidak.. dan bukannya jawapan yang disertai dengan alasan.. jika beliau masih lagi memberi alasan tak sanggup berterus-terang dengan isterinya, maka di situ saudari dah nampak pintu kepada jawapan yang saudari cari selama ini.. iaitu meninggalkan beliau. Hal ini sangat bergantung kepada keazaman saudari untuk berubah.. kalau saudari masih lagi nak berterusan dengan keadaan sekarang, itu pilihan saudari.. jika saudari nak berubah, pilihan itu juga berada di tangan saudari.. tiada siapa yang mampu nak ubah saudari melainkan saudari sendiri yang berusaha untuk mengubah diri sendiri.

Perasaan cinta mungkin mengaburkan pandangan saudari akan hakikat yang sebenarnya.. untuk apakah seorang lelaki yang mempunyai isteri yang dicintai serta hidup bahagia bersama keluarganya, perlukan seorang wanita yang lain? Adakah untuk menjadi spare-part atau spare-tyre? Agak susah untuk Ustaz Love menjelaskannya dalam kesamaran perhubungan saudari dengan beliau.. Kebiasaannya, lelaki yang hidup tak bahagia je yg perlukan wanita lain dalam hidupnya (kecuali lelaki berhidung belang dan badan berbelang).

Nasihat Ustaz Love.. tinggalkanlah lelaki itu.. oleh kerana saudari masih lagi bekerja sebumbung dengan beliau, maka saudari usahakanlah supaya dapat bertukar tempat kerja.. jauhkanlah diri daripada lelaki itu.. tak guna kalau cakap nak tinggal, tapi tiap2 hari lelaki tu tercongok depan mata.. jika saudari mementingkan perasaan cinta saudari, fikirkanlah pula akan perasaan cinta isterinya.. fikirkan juga perasaan sayang anak2nya..

Ustaz Love tak cadangkan pun untuk saudari berkahwin dengan lelaki itu, sebab beliau sendiri tak sanggup nak bertanggungjawab.. lain la kalau beliau sendiri sedia mengambil saudari sebagai isteri, maka itu dah jadi cerita lain.. insyaAllah, nasihat yg lain pula yg akan Ustaz Love berikan kalau lelaki itu berubah fikiran.. ini, dia sendiri awal2 lagi dah kecut perut memikirkan akibat rahsia perhubungannya dengan saudari terbongkar kepada keluarganya.. jadi, apa lagi yang nak diharapkan daripada lelaki sebegini?

Apa pun, itu sekadar pandangan Ustaz Love je.. terpulang pada saudari untuk menerimanya atau menolaknya.. cuma, apa juga keputusan yang saudari nak ambil, berfikirlah dengan mendalam.. jangan lupa lakukan solat istikharah dan mintalah petunjuk daripada Allah.. satu keputusan yang kita ambil, boleh menyebabkan hidup kita bahagia sampai ke tua, dan mungkin boleh menyebabkan kita sengsara sampai ke akhirat.. Jadi, fikir dulu sebelum buang..

Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan jalan keluar yang terbaik buat saudari dalam menyelesaikan masalah ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme