I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

ISKANDAR MEMERLUKAN BANTUAN

Salam…

Ustaz Love mendapat maklumat ini daripada blog Mazidul :

‘Assalamualaikum.

Iskandar dilahirkan pada 16 Julai 2011. Dia anak comel, sihat dan suka tersenyum.

Pada Disember 2011, dia dimasukkan ke Wad Kanak Kanak di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor kerana jangkitan kuman di paru paru. Pada Mac 2012, Iskandar dimasukkan sekali lagi kerana demam kuat.

pada 3 Mei 2012, sewaktu pemeriksaan mingguan, dia diwadkan sekali lagi kerana pernafasan terlalu laju dan bibirnya menjadi kehitaman. Dia kemudian menjalani pelbagai ujian termasuk ECHO, dan CTScan, hasilnya jantung dan paru paru dia dapati baik. Ujian darah menunjukkan kandungan darah putih agak tinggi,dan ubat sepatutnya diberikan.

Doktor di Hospital Sultanah Aminah tidak dapat mengesahkan penyakit sebenar Iskandar dan meminta Doktor Asiah Kasim dari HKL untuk memeriksa Iskandar. Berikutan itu  pada 15 Mei 2012, Iskandar disahkan menghidap ILD, Interstitial Lung Disease.

Rawatannya hanya boleh dilakukan di HKL, dan Doktor Asiah telah memberi kami masa untuk berfikir. pada 17hb, saya dan isteri telah bersetuju menghantar Iskandar ke HKL untuk mendapatkan rawatan.

Sejak 15 Mei 2012, ubat dan antibiotik Iskandar telah diberhentikan dan Iskandar hanya diberikan ubat demam dan bantuan Nebulizer setiap 6 jam.

Pada 18 Mei 2012, Iskandar dimasukkan ke ICU kerana paru parunya gagal berfungsi dan bergantung kepada mesin pernafasan. Apabila soalan diajukan, doktor mengatakan keadaannya stabil.

Setiap hari kami bertanya, bilakah mahu menghantar Iskandar ke HKL? Tetapi jawapannya masih tidak tahu kerana memerlukan ambulan dilengkapi katil ICU dan pihak HKL juga perlu menyediakan bilik rawatan ICU untuk Iskandar.

Sehingga ke hari ini, oksigen Iskandar telah dinaikkan ke 70% dan jawapan sama masih lagi dikeluarkan oleh doktor.

“Iskandar tidak stabil dan memerlukan ambulan yang lengkap untuk ke HK”

Kami kecewa dan terus kecewa.

Jadi kami meminta bantuan kalian, rakan rakan supaya dipanjangkan makluman ini kepada pihak  bertanggungjawab supaya dapat membantu Iskandar supaya lebih cepat mendapat rawatan.

Panjangkan kepada HKL,  KKM, malah kepada PM sendiri kalau boleh.

Dapat dipanjangkan kepada Bro Mazidul atau sesiapa yang boleh mengetengahkan isu ini kepada pihak lebih bertanggungjawab.

Kami sayang anak kami, dan kami mahu dia senyum kembali.

Saya boleh dihubungi di talian 0197419790 dan isteri saya 012-4833462′

Peliharalah dirimu daripada api neraka, walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma.” (HR. Muslim)

p/s: Ustaz Love tak jumpa no akaun beliau. Jadi, untuk sebarang maklumat, boleh menghubungi nombor di atas.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
    1. Harapnya jika ada pembaca blog Ustaz Love ni yang ada kaitan dgn institusi yg terlibat dan boleh membawa perkara ini kepada perhatian pihak atasan, dapatlah kiranya membantu keluarga ini. Ustaz Love dah tanyakan no akaun (untuk dipaparkan), tapi beliau tak menjawab apa2.. mungkin beliau tak memerlukan bantuan kewangan, cuma memerlukan perkara ini diambil perhatian oleh pihak berkenaan..

      p/s: mana satu lagi baik.. buat klinik banyak2 atau tumpukan pada penambahbaikan perkhidmatan hospital dan klinik sedia ada?

  1. salam ustaz…

    Sedih tengok keadaan adik tu… moga Allah sentiasa memberi perlindungan dan kesihatan pdnya. Betul ustaz kdg2 tak paham pemimpin kita sekarang. Pengalaman saya bersalin, sampai tak cukup katil utk masuk wad… terpaksa balik… tggu beberapa jam baru dtg balik ke hosp.

    Perlu ke ustaz bantuan yg diberi samada ikhlas@tak diwarwarkan dikaca TV berpuluh-puluh kali sampai saya jemu nak tengok siap ada teledrama lagi… tangan kanan memberi tak perlu sampai tangan kiri taukan.

    1. soal ikhlas atau tak, biarlah Allah yg menentukannya.. cuma jika menderma itu dilakukan terang2 (masuk tv, majalah dsb) dgn tujuan untuk menyebarkan kebaikan amalan sedekah, maka ia diharuskan.. namun, sebaiknya disembunyikan kerana amat payah bagi hati ini untuk menjaga niat..

      WA

  2. Salam ustaz..
    Sory lari dari tajuk..
    Ada dalam 1 grop ni berbahas tentang kopi..
    soalan saya, betulkan minum kopi adalah sunnah Rasulullah?
    Jika betul, harap boleh tolong kemukakan hadis..
    Harap ustaz dapat membantu..
    Terima kasih

  3. Minta maaf ustaz, saya ada satu soalan, tapi saya agak segan untuk bertanya di ruangan comment ni. Ada tak channel lain utk saya contact ustaz directly (eg email)? Tolong ya ustaz..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme