I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Risau Dengan Dosa Tersembunyi

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada insan FBL :

“saya jugak takut sb saya jugak diberi amanah memegang jwtn yg dihormati orag di sekeliling…….takut dose ini akan menyebabkn organisasi dakwah sy tidk dberkat….rase bersalah kpd mak ayah jgak ade sb di rumah mrk sentiase ikut sy sbg imam pabila kami solat bersame..rase mcm x tolak je tp tidak mahu mrk berperansangka lain sy terpakse jgak…….mohon solusi jgak ustaz sb sy malu utk meluahkan kpd mane2 orang termasuk shbt yang akrab sb ni aib sy…

Ini sebenarnya susulan daripada isu melancap.. Ia merupakan dosa tersembunyi bagi sesetengah orang kerana agak mustahil perbuatan melancap itu dilakukan secara terang-terangan apatah lagi secara berjemaah. Tak seperti perbuatan minum arak, berjudi, berzina dsb yang ada kemungkinan dilakukan secara berterangan.   Sebab itulah setiap orang itu dituntut untuk muhasabah diri akan dosa2nya yang nyata dan yg tersembunyi..kerana hanya Allah dan dirinya saja yang tahu apa yang telah dilakukan semasa bersendirian. Mungkin juga sebelah windows digunakan untuk menyampaikan dakwah kepada orang lain, sedangkan sebelah windows lagi digunakan untuk melayari porno.. Sebelah tangan digunakan untuk menaip kata2 nasihat, manakala sebelah tangan lagi digunakan untuk melancap.. Tiada siapa yg tahu hakikatnya..

Namun begitu, dosa tersembunyi biarkanlah disembunyi..kerana selagi dosa itu disembunyikan, ia hanya tertakluk antara pelaku dan Tuhannya.. InsyaAllah boleh selesai dengan istighfar dan taubat..berbeza jika dizahirkan dosa itu..ia akan lebih merumitkan proses nak bertaubat dan berubah disebabkan telah zahir di pandangan masyarakat.

Pada pandangan Ustaz Love, perasaan serba-salah saudara akan dosa tersembunyi itu adalah suatu perasaan yang bagus..cuma yg agak kurengnya bila saudara sandarkan rasa bersalah itu dgn jawatan terhormat dan penghormatan yg diberikan..sbb rasa mcm tak layak. Sedangkan sama ada saudara pegang jawatan atau takde jawatan, saudara kena rasa bersalah dgn perbuatan dosa tersebut. Sebab perbuatan dosa itu tetap dikira dosa tak kira la berjawatan atau tak, ulamak ke yg melakukan ataupun ularmamak dsb.

Jadi anggap saja jawatan dan penghormatan yang diberikan itu sebagai petunjuk daripada Allah agar saudara dapat menjadikannya sebagai pemangkin semangat untuk berubah dan bertaubat daripada berterusan melakukan dosa tersebut. Jangan anggap saudara tak layak untuk memegang jawatan tersebut, sebaliknya berusahalah sehabis daya untuk memperbaiki diri sehingga melayakkan saudara untuk terus menjawatnya.

Maka, bertaubatlah atas dosa yang dilakukan..kerana setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan dosa..dan sebaik2 manusia yg melakukan dosa dan kesalahan adalah mereka2 yang bertaubat.   Ustaz Love doakan semoga Allah memudahkan segala urusan saudara..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme