I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Mencintai Sahabat Sendiri

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada anon :

ustaz lau kte ske kt kwn kte sndiri cm ne lak ustaz???? ptt ke sy bgi thu kt dy… p sy tkt lau dy tlak cinta sy, hbngan prsahabtn kte ak trjejas…..

Kalau sebelum ni Ustaz Love pernah buat entry pasal cinta bertepuk sebelah tangan, persoalan kali ini juga ada serba-sedikit kaitan dengan entry tu. Biasanya kalau seseorang itu menyukai sahabat baiknya sendiri (ini kes berlainan jantina, bukan kes sesama jantina), cinta itu akan berlaku sebelah pihak saja.. sebab sebelah pihak lagi tak tahu pun yang kawannya itu mencintainya.. walaupun macam tahu sama tahu (masing2 ada perasaan), tapi masing2 masih lagi ragu2 nak meluahkan.. takut kalau2 cinta itu bertepuk sebelah tangan, jadi malu plak nanti. Bahkan lebih teruk daripada itu, ditakuti ia bakal menjejaskan persahabatan yang telah lama terjalin. Sebab itu, ramai yang declare menjadi ‘teman tapi mesra’ (terutama golongan artis) sebab risau nak commit.. takut2 kalau dah tukar perhubungan daripada sahabat menjadi kekasih, tiba2 terputus di tengah jalan.. memang susah nak sambung balik tali persahabatan dengan berpura2 macam takde apa2 yang berlaku.

Ustaz Love juga punya pengalaman sebegini (kalau fikir2 balik, nampak macam rekaan je.. asyik2 Ustaz Love ada pengalaman.. macam la Ustaz Love ni tua sangat sampai banyak pengalaman.. kihkih.. tapi ini memang kisah benar). Bukanlah Ustaz Love meminati sahabat sendiri, tapi sahabat Ustaz Love itu yang meminati Ustaz Love secara diam.. walaupun hati ini terasa sesuatu, tapi Ustaz Love pura2 tak perasan (walaupun beliau menunjukkan tanda2 meminati Ustaz Love.. cuma tak cakap terus-terang je lagi). Sehinggalah tiba masanya Ustaz Love nak bernikah, khabarnya beliau telah patah hati.. tapi disebabkan Ustaz Love tak pernah berterus-terang pasal perasaan dan beliau juga tak pernah berterus-terang, maka persahabatan itu berjalan macam biasa walaupun Ustaz Love tahu yang beliau keciwa.

Sebab itulah dalam nak bercinta ini, sangat memerlukan keberanian.. iaitu keberanian untuk berterus-terang (bukan berani buat maksiat). Setiap tindakan yang kita ambil itu, pasti ada risikonya.. Sejauh mana kita sedia untuk menanggung risiko, maka sejauh itulah kita dapat menjangka kejayaan mahupun kegagalan kita dalam perhubungan.

Sekiranya kita mengambil sikap menunggu (dengan harapan sahabat itu meluahkan dulu perasaannya kepada kita), maka risikonya mungkin kita terpaksa menerima hakikat yang beliau bakal disambar oleh orang lain. Ini ada kaitan dengan merebut peluang.. sama macam berebut nak naik bas.. kalau kita tunggu je konduktor bas nak jemput kita naik, memang pakai tak naik la.. kalau kita tak sanggup berebut, mungkin juga kita akan terpaksa berdiri berjam2 dalam bas. Sebab itu, bila ada peluang, maka rebutlah peluang itu.. bila ada peluang untuk berterus-terang, maka berterus-teranglah.. Ia tak memerlukan apa2 pun modal, cuma memerlukan keberanian semata2.

Berterus-terang itu juga merupakan salah satu usaha kita mencari jodoh yang baik. Ia merupakan langkah pertama dalam merancang perhubungan. Jika dibiarkan begitu saja, seolah2 kita cuma melihat teksi (tadi bas, kali ni bagi contoh teksi plak) dengan pandangan mata tanpa ada usaha nak menahannya.. kalau ada rejeki, mungkin pemandu teksi tu akan berhenti juga tanya kita nak naik ke tak.. tapi biasanya teksi tak berhenti kalau kita tak tahan..

Bila kita dah tahan teksi, belum tentu lagi teksi yg ditahan itu akan bersetuju nak bawa kita ke lokasi yang kita inginkan. Mungkin juga beliau mintak naikkan tambang dsb.. tapi secara asasnya, kita kena tahan dulu teksi tu.. soal dia nak bawak kita atau tak, itu soal yang kedua.

Jadi, pada pandangan Ustaz Love, jika kita sukakan seseorang itu, maka lebih wajar untuk berterus-terang.. risikonya memang ada, tapi sangat berbaloi berbanding kita syok sendiri.. bila syok sendiri, orang senyum kat kita pun dah boleh buat kita angau sampai tak tido malam.. itu belum orang main kenyit2 mata kat kita, mau tersungkur disebabkan terlalu gemuruh sampai lemah lutut.. kalau orang yg kita suka tu beramas mesra dengan orang lain, kita plak yang tumpang nak cemburu dan sakit hati.. sedangkan kita takde apa2 hubungan pun dengan beliau.

Jika kita tak sanggup menanggung risiko berterus-terang (yg mungkin akan mengakhiri sebuah persahabatan), maka tunggu je la.. tapi, dengan menunggu cara macam ni, akan menyebabkan kita hidup tak tenteram.. umpama nak telan tak lepas, nak luah tak berdaya.. hidup pun jadi serabut dan tak tentu arah.. sedangkan puncanya kita dah tahu, cuma tak berapa berani nak selesaikannya.

Biarlah persahabatan terjejas dengan tindakan kita berterus-terang.. sekurang2nya kita dan beliau sama2 tahu akan puncanya.. berbanding kalau kita memendam perasaan sehingga akhirnya menjejaskan persahabatan.. lagi kesian kat beliau sbb beliau tak tahu apa puncanya sampai persahabatan terjejas.. tau2 je kita dah bersikap dingin (mungkin disebabkan jeles dsb).

Apa pun, sebelum melakukan apa2 tindakan, fikirkanlah baik buruk sedalamnya.. mintalah pertolongan Allah dengan melakukan istikharah.. berdoalah semoga Allah menunjukkan jalan terbaik untuk diambil bagi menyelesaikan masalah ini..

Ustaz Love doakan yang terbaik buat saudara / saudari.. tak kira la sama ada yg terbaik itu memberi maksud berterus-terang atau memendam perasaan..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. adakalanya lebih baik diam dari berterus terang,..sebab perasaan tu muncul bila kita sudah terlalu dekat dengan seseorang,… pernah couple ngan member sendiri dan berakhir pilu,.. pas break,..hubungan dah x macam dulu,.. so baikla hilang kekasih dari hilang kawan 🙂

    1. Ustaz Love lebih melihat dari sudut mencuba.. lebih baik mencuba dan gagal, daripada gagal tanpa mencuba 😉

  2. biasanya kaum hawa akan segan utk berterus terang…me pun ada pengalaman gak…tiru ustaz love plak..tapi pengalaman me sbb di pihak perempuan, me tak berterus terang, cuma bagi hints, tapi pihak lelaki buat bodo ajer..last2 bila me dh kawin dgn org lain, dia ckp plak dia nyesal sbb tak berani pertahankan cinta (yg dia tak pernah luahkan pun sebenarnya)..emmm

    1. zaman2 dulu, memang kaum hawa perlu segan sbb budaya pada masa tu memang lelaki yang berterus-terang dulu.. sbb zaman tu masih lagi menggunakan timba dan perigi, jadi sangat sesuailah pepatah perigi mencari timba. Zaman sekarang ni, siapa cepat dia dapat.. siapa lambat, dia melepas 😀

  3. nak berterus terang tu kena tgk2 juga,pastikan bukan pada tunangan dan isteri orang sudah lah….

  4. ustz luv….sy da bg bnyk hint dh kt bff tu…tp dia penah gtau yg biarla sekadar kwn je…dia takut nnt hilang kwn….kalo sy nk try luahkn n bg hint lg bole x ustz…sy betol2 nk kt dia….sob sob

    1. kenapa nak bagi hint banyak2 kali? berterus-terang je sekali.. kalau dia tak nak, cari je yg lain..

  5. Susah nak berterus-terang..saya ni pemalu orgnya..
    sekarang dia dah ada teman baru
    lagi sye ditelan mati mak diluah mati bapak, samada nak bagitahu @ x
    kalau saya cakap nanti kesian gf dia..n dia pun kesian..
    tapi memendam rasa memerlukan mujahadah yg sgt tinggi..kdg2 rasa lemah sgt.
    ada cadangan @ pendapat..?

    1. kalau dia dah ada teman baru, saudari berundurlah.. jangan buang masa mengejar lelaki sbb masa kita atas dunia ni tak banyak.. lebih baik fokuskan pada pembaikan diri (islah).. insyaAllah, Allah akan berikan seseorang yg terbaik buat kita..

  6. terima kasih. Allah sebaik-baik perancang. insya Allah saya akan perbaiki diri 🙂
    jazakallah ustaz love 🙂

  7. Salam ustaz. Hal ni jadi kat saya sekarang ni. Hari sabtu lepas saya sudah berterus terang dengan dia yang saya suka kat dia dan mohon untuk jumpa dengan org tua dia.. Sampai sekarang die senyap je..

    Mungkin dia tengah pikir pasal hal ni atau die dah menyampah dengan saya, msg pon die xreply..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme