I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Kewajaran Ibu Bapa Menghalang Pernikahan Pada Usia Muda

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada cik d :

zaman sekrang nih… sy lihat…. org bg tumpuan utk kursus org kawin jer… takde kursus utk parenting…. sebb sy lihat.. makin pelik-pelik berlaku… sy seorang pelajar ipta yg melihat suasana sebenr kehidupan remaja skrg… mak bapak tak bagi kawin… suruh sambung… tp saya lihat mcm menggalakkn aktiviti percintaan ank2… sering sy dengar… mak kawan2 sy memberi keizinan balik satu kereta bersama dgn pakwe… berkenalan dgn pakwe anak tu sendiri… adakah mereka tau tu semua penggalak maksiat…kadg2 sy pikir ibubapa zaman sekrg mcm menghalalkan couple2 nih… terlalu percaya kat anak… so siapa yg patut dipersalahkan…. tepuk dada tanya iman…. bkn sy ingin menyalahkan ibubapa… tp klu dah bara disiram minyak…. saya mohon…. org kat luar sana berfikir melalui otak dan bkn perasaan…. jgn nk menyalahkan remaja shj…

dan saya nak bertanya pada ustaz love….. patut ke zaman sekarang nih ibu bapa memaksa nak perempuan belajar…. sampai setinggi2nya…. tidak membenarkan nak berkahwin…. tidak membenarkan anak itu bercinta…. berpuasa….. sedangkan anak itu usia mencecah 20-an…. ader nafsu…keinginan utk berpasangan….. ditahan… ank memendam perasaan… lepas abis blaja cube mencari jodoh…tidak ader yg mahu memandangkan anak dara degree… kompom tinggi hantaran…. sudahnyer andartu… zaman skrg ni dah lelaki yg betul2 “lelaki” kurang….dan kebyknnyer blaja takat diploma…. pohon ustaz beri pendapat yg sewajarnay…

Sebenarnya bukan saudari sorang saja yang melihat suasana ‘sebenar’ kehidupan remaja.. Ustaz Love pun pernah juga merasai zaman remaja (walaupun sampai sekarang masih dok feeling2 remaja lagi.. kihkih).. bahkan setiap orang yang hidup selepas akil baligh (tak mati muda) pasti akan merasai dan melihat sendiri suasana kehidupan remaja. Remaja dulu dan remaja sekarang, ada yang sama dan ada yang berbeza. Sama mungkin dari sudut pemikiran (mengikut kesesuaian zaman).. zaman dulu, remaja2 ditakutkan dengan kes2 disorok hantu kopek, bunian dsb.. zaman sekarang pun, remaja ditakut2kan juga.. tapi mungkin sumber ketakutan itu bukan lagi berkaitan perkara2 mistik, tapi lebih kepada kes2 penculikan, rogol, bunuh dsb. Isunya di sini, ibu bapa masih lagi terpaksa menggunakan kaedah menakut2kan anak remaja disebabkan persamaan situasi mereka, iaitu terlalu berani nak mencuba.

Zaman Ustaz Love kecik2 dulu, kalau main memang tak keluar daripada kampung.. sebab selalu ditakut2kan dengan itik angsa yang kononnya boleh mematuk kaki sampai bengkak2 dan patah2.. zaman sekarang ni, itik angsa plak yang takut dengan manusia.. tak caya, boleh tanya kakjem.. kihkih..

Akibat perbezaan zaman, maka hikmah itu sentiasa berubah mengikut kesesuaian.. Kalau zaman dulu, orang pempuan nak gi masjid, mesti dah siap2 pakai telekung putih.. ataupun mesti pakai telekung putih.. tapi dengan peredaran zaman, kita dapat lihat ramai yang pakai tudung warna-warni, ada corak2.. bukanlah bermaksud hukum telah berubah, sebaliknya asas hukum itu sebenarnya masih sama iaitu berpakaian menutup aurat untuk menunaikan solat.

Kalau dulu ibu bapa sangat garang dengan anak2.. kentut pun bunyi kuat2 sampai anak2 boleh terperanjat ketakutan.. zaman sekarang, bukan tak boleh garang2, tapi hikmahnya adalah lebih baik berlembut dalam ketegasan.. supaya anak2 menghormati ibu bapa, dan bukannya takutkan mereka yang akhirnya menyebabkan mereka mencari2 alasan untuk keluar dari rumah (spt lari dari rumah, berpura2 kena culik dsb).. dah tentu mudaratnya lebih besar berbanding kalau dapat bersabar sikit dengan karenah anak2 remaja.

Setiap ibu bapa itu pasti ada cara tersendiri dalam mendidik anak masing2.. tak semestinya cara didikan ibu bapa yang itu, sesuai digunakan oleh ibu bapa yg ini, yang inun, yang inul dsb.. cara didikan terhadap anak2 banyak bergantung kepada cara didikan yang mereka terima daripada ibu bapa mereka.. kalau masa kecik2 dulu, ibu bapa garang dengan mereka, ada kemungkinan mereka yg telah menjadi ibu bapa itu akan mewarisi kegarangan didikan yang diterima.. mungkin juga ada yang cuba mengikisnya dengan mencuba cara yang berlawanan daripada kebiasaan didikan yang diterima dulu.. kalau ibu bapa garang, anak2 yg dah jadi ibu bapa tak nak pula anak2 mereka mengalami perasaan yang sama seperti mereka masa kecil dulu, jadi mereka mendidik anak2 mereka dengan cara yg lembut pula.

Sebab itulah, dalam mencari pasangan, pilihan yang beragama ini tempatnya di atas sekali.. bukanlah menafikan kepentingan pilihan yang lain (spt keturunan yg baik, cantik dan berharta).. yg itu pun penting juga.. kalau muka tak cantik, takkan asyik nak bergelap je dalam rumah (semata2 tak nak nampak muka pasangan).. takkan nak cari keturunan yang tak tentu hala, tau2 muncul kat sebelah rumah terus ajak kahwin.. ntah2 keturunan puntianak ke, mana kita tau kan.. kihkih.. begitu juga yang berharta, takkan nak cari yang miskin papa kedana sampaikan mak ayah dia dan adik beradik sampai ke mak ayah sedara dia semua kita nak tanggung? Semua tu penting juga untuk diambil perhatian, tetapi yg beragama itulah yang sepatutnya menjadi pilihan utama.

Ini kerana, pilihan pasangan yang beragama kebiasaannya dia kaya dengan ilmu, cantik dengan budi bahasa dan sangat menjaga soal keturunan. Bila ibu bapa punya pegangan agama yang kuat, maka tiadalah istilah sporting sampai menggadaikan maruah anak sendiri.. bukanlah salah kursus perkahwinan sebab tak masukkan modul keibubapaan selengkapnya.. dah nama pun kursus perkahwinan, kalau masuk semua bab yang diperlukan, maka dia akan bertukar nama menjadi diploma perkahwinan.. kursusnya selama 3 tahun.. lepas grad baru boleh kawen.. ada bran?

Kursus perkahwinan itu namanya kursus pra-perkahwinan.. yang memberi maksud itu cuma sebagai pembuka jalan saja.. yang selebihnya, pandai2 la pasangan yang nak berkahwin itu untuk mendalaminya.. seorang yang mengambil sijil kejuruteraan tidaklah layak dipanggil jurutera sebab kursus yang dihadiri itu cuma kursus asas yang cuma melayakkannya menjadi juruteknik.. kalau betul nak jadi jurutera, maka sekurang2nya kena ambil kursus peringkat ijazah dan sijil lanjutan (Ustaz Love pun tak pasti dipanggil apa.. kena tanya engineer). Kalau bab keduniaan pun kita boleh faham yg ia sangat memerlukan peningkatan ilmu dan pertambahan tingkatan pelajaran supaya boleh menguasai bidang ilmu tersebut dengan kemahiran yang tinggi, maka adakah kita menyangka dengan menghadiri kursus perkahwinan selama 2 hari (9 pagi hingga 5 petang), maka kita dah boleh master ilmu rumahtangga yg kita nak bawa ke akhirat? Think carefully my dear.. kihkih..

Maka, untuk menjadi masyarakat yg berilmu serta matang pemikirannya, tak dapat tidak, kena belajar sampai ke tahap tertinggi.. bukanlah itu ukuran kebahagiaan, tetapi dengan ilmu, kebahagiaan itu akan lebih mudah diusahakan. Kalau pasangan itu sama tahap seperti Pak Pandir dan Mak Andeh, maka tiada masalah untuk hidup mereka.. sbb masing2 saling rendah tahap pemikirannya.. teringat cerita Pak Pandir nak pergi berperang dan mintak mak Andeh tolong sediakan bekalan ubi rebus, kacang rebus, kacang tanah dan segala makanan yg berangin.. Pak Pandir keluar siang hari sambil berpesan supaya Mak Andeh mendoakan keselamatannya.. bila tiba malamnya, Pak Pandir pun balik ke rumah dan masuk ke bawah rumah lalu mula makan bekalan. Tak lama lepas tu, Pak Pandir pun mula berkentut.. meletup2 macam peluru senapang.. serentak itu, Pak Pandir pun mendengar suara Mak Andeh di atas rumah yang terbangun lalu berdoa semoga Allah menyelamatkan Pak Pandir yang sedang berperang.. Pak Pandir tak dapat nak tahan gelak, lalu beliau pun gelak berdekah2 di bawah rumah.. Bila Mak Andeh bertanyakan siapa di bawah, lalu Pak Pandir pun menjawab dia adalah Pak Pandir.. Mak Andeh pun berasa berasa bengang lalu mengejar Pak Pandir keliling rumah.. sekian…

Boleh faham tak kisah Pak Pandir dan Mak Andeh itu? Mereka ini adalah sekufu’ (sama tahap / sepadan) dari sudut pemikiran dan tahap IQ.. jadi, boleh la mereka hidup macam tu.. bayangkan kalau Mak Andeh tu seorang yang cerdik, dah tentu Pak Pandir akan dibodohkan oleh Mak Andeh dan Mak Andeh akan menjadi Queen Control dalam rumah.. kalau Pak Pandir pula yang cerdik, dah tentu Mak Andeh akan jadi hamba untuk menurut segala perintahnya.

Sebab itu, bab sekufu’ (kafaa’ah) ini perlu juga dipertimbangkan.. jangan main tangkap muat je.. Berkahwin ini bukanlah seperti membeli ikan di pasar.. sekalipun umur dah meningkat, tetap perlu memilih jodoh yang sesuai agar sepadan dari segi pemikiran, manhaj (metodologi), akhlak dsb.

Tidak dinafikan yang berkahwin itu adalah penyelesai masalah nafsu seks, tetapi ia bukanlah satu2nya jalan penyelesaian.. sebab itulah Nabi s.a.w. memberi jalan untuk berpuasa bagi mereka yang tak mampu nak berkahwin.. Jadi, berpuasalah.. kenapa kita nak pertikaikan mujarabnya kesan berpuasa itu, sedangkan kita sendiri pun tak berapa nak amal (even puasa sunat Isnin dan Khamis)? Kenapa kita nak mengambil jalan mempertikaikan juga kehendak ibu bapa yang menyuruh kita belajar dan tak benarkan berkahwin, sedangkan itu juga untuk kebaikan dan masa depan kita?

Kita ini sebenarnya lebih suka meletakkan kesalahan diri kita atas bahu orang lain.. atau dengan kata yang lebih tepat, kita ni adalah seorang yang tak bertanggungjawab. Kita tak tahan nak bernikah, kita salahkan ibu bapa pula.. sedangkan bukannya ibu bapa yang tak tahan nak bernikah.. kita naik nafsu melihat pasangan bercinta, lalu kita nak tukarkan jadi halal dengan cara pernikahan, sedangkan sepatutnya kita kena kawal diri daripada melihat dan memikirkan tentang perkara2 yg boleh menimbulkan keghairahan.. ini dok layan lagi filem cinta, K-Pop, Lolipop, Bollywood dsb, yang akhirnya menambahkan lagi rasa ghairah itu.. lalu kita menyalahkan puasa kononnya tak mujarab mengekang hawa nafsu dsb..

Kita kena buat apa yang betul pada masa dan tempat yang betul.. bila kita berstatus student, maka kita kena sedar diri yang kita ini student.. spender pun mak ayah tolong belikan lagi.. kredit untuk top up pun dok mintak mereka tolong bayarkan.. tup2 kita nak bercinta lalu lupa diri tentang status kita pada masa ini.. adakah sepatutnya kita fokus pada pelajaran, ataupun nak tinggalkan belajar atas alasan nak sempurnakan agama dengan perkahwinan.. adakah belajar itu bukan tuntutan agama, hingga kita dok nampak berkahwin awal tu je yg dikatakan sebagai tuntutan agama? Bila kita buat benda tak betul pada tempat yang tak betul, kita sebenarnya telah menzalimi diri kita dan ibu bapa yang telah memberikan kepercayaan untuk melepaskan kita daripada kawalan mereka, iaitu untuk belajar di tempat yang jauh daripada pandangan mata mereka. Layakkah kita nak pertikaikan tindakan mereka menghalang niat ‘suci seri murni’ kita untuk bernikah awal itu?

Bila anak2 dah tinggi pelajaran, maka fokusnya adalah supaya anak itu dapat jodoh yang sepadan dengan tahap pendidikannya.. kalau belajar kat U, biasanya dapat kekasih pun yang sama2 belajar kat U.. jarang budak U bercinta dengan penoreh getah (walaupun ibu bapa budak U itu sendiri merupakan penoreh getah).. bukan fokus pada hantaran semata2.. ia perkara kedua.. kalau dah sekufu dan sama padan, insyaAllah tiada masalah untuk mengadakan perkara2 seperti itu (hantaran tinggi, mahar tinggi, majlis perkahwinan yg meriah dsb). Yang menjadi masalahnya, bila lepasan ijazah, tapi bercinta dengan mat rempit tak habis sekolah.. memang la kelam-kabut dia nak mencari duit hantaran yang tinggi..

Tak dinafikan, zaman ni agak kekurangan lelaki berbanding perempuan.. bukannya lelaki ghaib, tapi kebanyakannya tersembunyi di sebalik tembok besi (ini bukan ya’juj ma’juj.. tapi ramai lelaki yg terlibat dengan dadah dan kes jenayah dan dimasukkan ke pusat pemulihan atau penjara). Jadi, memang kesian pada wanita2 yang nak berkahwin tapi takde calon.. lalu terjadilah situasi perkahwinan tangkap muat.. kes perceraian pun meningkat disebabkan tak sefahaman.. berlakunya penderaan disebabkan isteri yang cerdik menegur suami yg bodoh sombong.. dan pelbagai lagi masalah dalam masyarakat..

Antara jalan penyelesaiannya yang Ustaz Love nampak adalah dengan berpoligami.. seorang lelaki yg mempunyai ijazah boleh berkahwin dengan 4 wanita yang mempunyai ijazah.. kalau ramai2 berpoligami (bagi yg mampu), insyaAllah masalah kekurangan lelaki yang sepadan ini dapat diatasi.

Jadi, tidaklah dengan menahan diri daripada berkahwin ketika belajar itu bakal menjebakkan diri seseorang ke lembah andartu.. sebaliknya, dengan bermujahadah menahan keinginan untuk bernikah ketika belajar, akan lebih memberi fokus kepada pelajaran dan insyaAllah, akan ditemukan dengan jodoh yang terbaik. Tak kira la yang sama2 ada ijazah ke, atau suami yang berkelulusan pengajian pondok dsb.. yang penting, dapat pasangan yang baik yang menenangkan hati dan menyejukkan pandangan mata (qurratu a’yun). Janganlah terlalu sibuk nak meneroka perkara yang telah ditentukan sejak dalam perut lagi (iaitu perkara jodoh) sehingga kita terlupa siapa yg lebih mengetahui persoalan itu.. adakah kita ataupun Allah?

Begitulah serba sedikit pandangan Ustaz Love.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Comments

Add a Comment
  1. paper qualification bukan pengukur sekufu ker tak kan…anyway, suami saya pun cuma lepasan diploma ajer..yg penting mampu memimpin keluarga dan jd teman hidup..
    soal jodoh sgt subjective sbb ada kwn saya yg sgt cantik pun masih single di usia 36 sbb tak jumpa jodoh yg sesuai…

    1. sekufu itu banyak faktornya.. yg paling penting, sekufu itu ditentukan atas dasar agama.. iaitu seorang lelaki islam sekufu dgn wanita islam.. seorang lelaki soleh, sekufu dgn wanita solehah.. 😉

  2. benarlah macam tu.. ada yg sy setuju bkenaan tsebut..
    kita, usaha dan ikhtiar utk dptkan jodoh yg sesuai dan selayaknya tu harus ada, selebihnya bserah pd Dia..
    ada hikmahnya knp Dia tak temukan jodoh seseorang tu pd sekian2 usia.. wallahualam…
    aYaz recently posted..contest, contestMy Profile

    1. pilihan di tangan kita, tapi keputusan akhirnya akan ditentukan oleh Allah.. sbb itu kena ada sifat takut dan harap semasa berusaha, dan redha setelah menerima keputusannya 😉

  3. berlakunya penderaan disebabkan isteri yang cerdik menegur suami yg bodoh sombong—>suke ayt nih…haha

    bila sy da keje nih…rmai org yg sy jumpe…ade yg hebat ade yg bdoh sombong..org hebat xkan ckp dorg hebat…tp org bodoh mmg blagak mcm pandai pdhl habuk pon xde…xsuke dgn laki yg byk ckp bajet bagus..rase nk muntah jek…tu sbb sy suke bgaul kwn ngn educated person…cite psl matlamat idup…dpd lepak ngn org bdoh sombong dok cite bangga dia ade scandal…sigh

    1. kalau berada dengan orang bajet bagus ni, pasang telinga je la.. jangan menyampuk.. lama2 nanti dia akan berhenti sbb takde respons..

  4. Sebenarnya saya sangat setuju dengan pendapat soalan yang telah diajukan.Zaman sekarang ni sepatutnya remaja diberi kahwin kalau melihatkan mereka sudah faham erti tanggungjawab.

    Bukan hanya remaja sahaja yang perlu diberi pemahaman tetapi ibu bapa juga.Apatah lagi memang itu juga diseuruh agama.Apabila sampai masa anak perempuan itu dikhwinkan oleh walinya.
    Perawat Islam recently posted..Sihir PemisahMy Profile

    1. istilah ‘sampai masa’ itu la yg menjadi perbahasannya.. adakah bila anak pempuan dah tergedik2 nak kawen, maka kena kawenkan jugak walaupun jodoh tak sesuai? ataupun kena ambil kira semua perkara supaya istilah ‘sampai masa’ itu kena pada tempatnya 😉

    2. slm, saya jawap persoalan awk ye… anak yg baik akan dipertemukan dgn yg baik atau sebalik nya.

      Remaja skrg ni xkira perempuan atau lelaki semua kearah nafsu. Apa bila dah kawin baru nak belajar sudah terlewat sebab tu terjadi dera anak, xsefaham perceraian dlm usia yg muda. Cakap pasal ugama memang lah sampai masa kawainkan tu bukan jawapan, mesti ada pengetahuan jgn cita rasa sahaja.

  5. Sangat setuju dgn komen Perawat Islam….
    apabila telah sampai masanya dan jodoh yg baik,hendaklah di kahwinkan anak perempuan kamu…..apa2 pun kita kena berbalik kpd Al Quran dan Sunah…jgn kita menidakkan dan menafsirkan mengikut logik akal kita semata2….WallaHualam…

    1. ‘masa’ dan ‘jodoh yg baik’ itu juga perlu berbalik kepada pemahaman syarak dan bukan semata2 pemahaman logik akal dan nafsu kita 😉

  6. sangat menarik sekali tazkirah ustaz di atas….apakah tujuan kita belajar U????jawapannya supaya kita mendapat pekerjaan yang baik…apakah tujuan kita bekerja????.tujuannya adalah untuk mencari duit…..apakah tujuan kita mencari duit???tujuannya adalah untuk kita belanja,,untuk berkahwin dengan calon pilihan masing-masing dan yang paling penting sekali menanggung isteri dan anak-anak….betul tak ustaz love…tak gitu ustaz love….saya sekarang sedang bercinta…kalau saya silap minta teguran…saya ini insan yang lemah lagi jahil…yang sekarang sedang mencari ilmu samada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat…..
    saya recently posted..Falsampah : KucingMy Profile

  7. ustaz,ape yg ssorg lelaki itu prlu buat klu dipaksa oleh ibu bapa untuk berkahwin dgn prmpuan yg dia x cintai ats sbb dia prlu brtggungjawab ats prkara yg dia x lkukan..lelaki itu dituduh mnyentuh/merogolnya oleh prmpuan trsebut ttpi hkikatnya tdk same sekali..prmpuan trsbut tkut mngaku kslhnnye lalu mnyalhkn si lelaki yg lgsung tiada kaitan..tambahan mereka masih dlm umur bwh 18 prlukah dye ikut khendak ibu bapanya?x brdosakah kawin paksa?..mohon penjelasannya..

    1. Ustaz Love ada bust entry pasal ugutan ni.. tapi tak ingat plak entry yg mana..

      Bab kahwin paksa ni, rasanya Ustaz Love belum sentuh lagi.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry..

  8. Kenapa lelaki tak sibukkan diri mendidik ribuan lelaki lain yang nak beristeri? Ia lebih baik daripada sibukkan diri berperang dengan ister-isteri sebab lelaki hari ni bukannye sehikmah Nabi. contohilah Nabi. setia dengan isteri pertama sehingga ke akhir usia isterinya.

    1. Setianya Nabi s.a.w. kepada isterinya tanpa berpoligami tidaklah menjadikan poligami itu haram diamalkan, dan tidaklah menjadikan monogami sehingga isteri meninggal (kemudian baru kawen lain dan berpoligami) itu sebagai wajib.. hukum Allah dah jelas.. soal hati tak dapat nak terima, itu masalah hati kita.. dan bukanlah masalah hukum agama 😉

  9. Tentang isu poligami, andai ank prempuan dah cecah 28-30thn dan xkisah utk berkongsi suami..tetapi ibubapa pula menentang keras & mnekankan..”itu bukan jodoh kamu!”. Tapi si anak pula bertegas..’ini pilihan saya..mak’. Mcm mana nak handle situasi ni?

    1. anak2 kena jaga hati ibu bapa. jangan lawan ibu bapa dengan kata2, sebaliknya banyakkan berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah. Tawan hati ibubapa dengan akhlak yg baik. InsyaAllah, Allah akan tunjukkan mana yg terbaik untuk saudari, dan apa yg terbaik utk ibu bapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme