I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Kekasih Menghilangkan Diri Selepas Berjanji

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada aishah :

assalam ustaz. tentang keas teraniaya ni saya ade soalan. Saya sudah merancang untuk bertunang dan berkahwin dgn pasangan saya. Tetapi dia tiba2 menghilangkan diri seperti tidak menjawab call dan membalas sms saya. Dia meninggalkan saya begitu sahaja. sedangkan saya dan keluarga sudah berharap pada dia. Saya ada menghubungi rakannya, dan dia sihat sahaja seperti tiada ape2 berlaku. Saya sedih da n merasakan sgt marah dgn sikap dia. Dia seolah bannga dan angkuh dgn perbuatan dia meninggalkan saya dan saya merayu kepadanya. Mohon ustaz boleh menjawab persoalan ini. Terima kasih.

Pertamanya, kita kena kembalikan keyakinan kepada hakikat perancang dan penentu.. kita adalah perancang, tetapi bukanlah kita yang menjadi penentu.. terutamanya dalam perkara2 ghaib seperti jodoh, hidup, mati dsb.. sebab yang menentukan perkara ini adalah Allah s.w.t.. Sebaik mana pun perancangan kita, jika Allah tak izinkan, maka ia takkan terjadi seperti yang sepatutnya. Sebab itulah, bila ditimpa musibah (kegagalan dalam perancangan juga boleh menjadi satu musibah buat kita), maka diajarkan kita untuk mengucapkan “inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun”… bermaksud kita mengembalikan segala2nya kepada Allah.. yg baik ke, yang buruk ke semuanya daripada Allah.

Perancangan saudari untuk bertunang dan berkahwin itu adalah suatu perancangan yang mulia.. sesuatu perhubungan itu takkan menuju ke mana2 sehinggalah diteruskan melalui jalan pernikahan.. sama situasinya seperti air yang bertakung.. pada permulaannya, ia berasal daripada air yang suci bersih.. tetapi bila bertakung dalam tempoh yang lama tanpa dialirkan ke laluan sepatutnya, akan menyebabkan air itu menjadi keruh, busuk dan seterusnya menjadi tempat pembiakan nyamuk dan penyakit. Begitulah juga dengan perhubungan yang tak diikat dengan pernikahan, ia bakal menyebabkan lahirnya pelbagai dosa dan maksiat yang tak mampu kita nak menepisnya.

Cuma, dalam kita berkeinginan untuk menyegerakan proses pernikahan, ia tidak boleh dilakukan dengan terburu2.. kerana nak memilih jodoh ini bukanlah seperti memilih ikan di pasar atau memilih baju di butik, sebab memilih ikan di pasar terhenti setakat untuk mengikut selera kita pada hari itu, dan memilih baju di butik juga setakat cantik pada pandangan mata.. tidaklah tiap2 hari kita akan makan ikan yang sama, apatah lagi memakai baju yg sama tiap2 hari (mau kena perli dengan member) walaupun baju itu merupakan baju kesukaan kita.. sedangkan pasangan hidup ini adalah orang yang tiap2 hari kita akan jumpa, tido bersama, makan bersama, kentut bersama, menonton bersama dan apa2 juga yang boleh dilakukan bersama2.. jadi, pemilihan pasangan hidup ini juga perlu diteliti agar tak tersilap pilih yang mana boleh mendatangkan musibah dalam kehidupan kita pada masa akan datang.

Daripada kisah yang saudari ceritakan ini, secara zahirnya Ustaz Love nampak yang lelaki itu memang dah tak nak dengan saudari.. Ustaz Love pun tak pasti apa masalahnya, sama ada memang dari awal beliau cuma nak main2 ataupun beliau dah rasa gelabah bila fikirkan tentang tanggungjawab (bila sebut pasal komitmen nikah). Kebanyakan mereka yang bercinta ini, nak seronok2 je bercakap ayat2 cinta, ada orang amik berat, dapat tunjuk kat member dsb.. bagi mereka2 yang memang nak bernikah, biasanya awal2 perhubungan lagi mereka akan berbincang soal pernikahan ni dan bukannya lepas sekian lama, atau lepas terlanjur dsb.

Oleh sebab lelaki tak perlu nak bagi komitmen pada kekasih berbanding kepada isteri, maka lelaki2 berhidung kurap ini biasanya lebih suka berkasih tanpa perlu diikat dengan ikatan pernikahan. Sebab bila bercinta tanpa nikah ni, bila2 je boleh clash, boleh sambung balik.. clash balik.. sambung balik.. clash lagi.. sambung lagi.. clash lagi.. tak nak sambung dah, cari aweks baru plak.. tambah aweks lagi.. tambah lagi dan lagi dan lagi.. tak perlu susah2 nak sediakan mahar, nak mintak kebenaran aweks pertama untuk tambah sorang lagi aweks.. mungkin salah satu sebabnya adalah adanya wanita2 yang begitu bermurah hati untuk menjadi ‘isteri’ sebelum akad nikah.. nak keluar mintak izin kekasih, jalan pegang2 tangan, panggilan papa mama, salam cium tangan dsb.. sehinggakan dah takde keistimewaan yang disimpan untuk diberikan kepada suami selepas akad nikah.

Saudari tak perlu hairan dengan sikap lelaki sebegitu.. lelaki memang suka jika ada wanita yang mengejarnya.. nampak macam hot stuff.. yang seksanya adalah mereka2 yang mengejar dan mereka yg menjadi pasangannya.. selalu makan hati sebab cemburu.. sebab itulah, wanita ini kena pandai tengok kelemahan lelaki (bukan dengan tujuan untuk mengambil kesempatan.. tapi untuk tujuan peringatan diri).. jika dia suka dengan perbuatan saudari merayu kepadanya, maka saudari kena hentikan merayu.. biar dia jadi lemah.. bila dia dah lemah, dia plak yang akan datang merayu kat saudari.. masa tu, barulah senang nak ajar dia sket.. suh lompat katak satu kampung ke, cuci jamban selama sebulan ke dsb.

Walaupun kita tak kuat, kita kena tunjuk kuat.. sebab bila kita tunjuk lemah, diri kita akan senang dibuli serta dibeli. Kita cuma perlu lahirkan kelemahan dan rasa tak berdaya kita kepada Allah semasa solat.. tapi bila berhadapan situasi sesama manusia, kita kena kuatkan semangat.. seorang yang bertubuh kecik, jika beliau berani dan kuat semangat, orang bertubuh besar pun takkan sesuka hati nak membulinya.. Ustaz Love teringat satu kisah yang berlaku masa Ustaz Love student dulu.. ada seorang senior ni (member Ustaz Love) badan dia kecik je, tapi semangat dia kuat dan berani.. sekali beliau dicabar untuk bergaduh oleh geng2 rempit kampung.. dia datang sorang diri je dan geng2 rempit tu pun takde la berani nak bergaduh dengan beliau. Sebabnya diorang pun tak nak amik risiko gak kalau bertarung.. kemungkinan lebam2 tu tetap ada..

Jadi, cadangan Ustaz Love, saudari bawak je abang ke ayah ke gi jumpa lelaki tu.. tanya dia terus-terang sama ada dia masih nak meneruskan hubungan atau dia ada masalah apa.. kalau dah memang dia dah tak nak, maka tak perlu saudari membuang lebih banyak masa memikirkan tentang situasi perhubungan saudari. Lebih baik saudari cari lelaki lain yang lebih bertanggungjawab daripada menunggu pada sebuah perhubungan yang tak pasti.

Perpisahan itu memang memedihkan.. lebih pedih daripada mata yang termasuk sabun.. tapi percayalah, setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.. jangan takut mencantas dahan, kerana dahan yg reput hanya menunggu masa untuk jatuh ke bumi.. namun, jika dicantas sebelum ia mula mereput, kemungkinan untuk tumbuhnya tunas2 baru itu tetap ada..

Jangan biarkan hati saudari mereput disebabkan menanti pada suatu perhubungan yang tak pasti.. berilah peluang kepada diri sendiri daripada sibuk nak memenuhkan hasrat hati orang lain. Namun begitu, jangan dilupakan istikharah dan mesyuarat dengan family. InsyaAllah, ada keberkatan dalam istikharah dan perbincangan.

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Allah memudahkan segala urusan saudari.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
    1. yang penting, kita kena pastikan sejelasnya supaya dapat mengambil tindakan yang jelas.. soal hati dan perasaan, tak boleh nak main agak2 je 😉

  1. Nasib baik dia tunjukkan perangainya sebelum berkahwin,cuba bayangkan klau dah kahwin..kan ke haru biru jadinya…Itu tandanya Allah sayangkan saudari bertanya..jadi berbaik sangka dan bersyukur lah kpd Allah..Berdoalah supaya Allah gantikan lelaki yg lebih baik drpd dia..(mana tau UL calonnya)..hehe

    1. kita tak boleh nak menjangka apa yg akan berlaku pada masa depan.. mungkin sebelum berkahwin lain perangainya, dah berkahwin lain pulak perangainya 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme