I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hubungan Tak Direstui Kerana Isu Kenegerian

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada ika :

Asslamualaikum…..sy ingin bertanya tentang jodoh. Mslahnya ialah keluarga pihak lelaki tidak suka saya dan tak dapat terima hubungan saya dengan anaknya. Namun saya tidak pernah jumpa sekali pon lagi dengan keluarganya. Saya ditolak mentah2 atas alasan tidak suka dengan negeri kelahiran saya. Namun begitu kami berdua tidak sanggup untuk berpisah dan hati kami masih rapat. Kami bingung apa harus dilakukan. Apa jalan yang harus diambil. Saya pernah membuat istikharah namun hati ni makin susah nak melepaskan. Bantulah saya…..terima kaish kerana sudi mendengar.

10 tahun lepas, Ustaz Love ada seorang member yang ingin bernikah dengan seorang gadis pantai timur.. member Ustaz Love ni memang dah stabil hidup (kerja pegawai bank), rupa pun ada, janggut pun ada.. pendek kata, lengkap pakejnya untuk menjadi seorang suami dambaan setiap wanita. Tapi, beliau juga telah ditolak mentah2 dengan alasan yang sama, iaitu beliau berasal dari negeri yang tak disukai oleh ibu gadis tersebut.. oleh kerana menghormati keputusan sang ibu, pasangan yg asyik bercinta ini telah mengorbankan perasaan mereka demi memenuhi keinginan sang ibu yang mahukan anak gadisnya bernikah dengan lelaki satu negeri. Sungguh taching sekali masa mendengar kisah beliau, tapi itulah hakikat jodoh.. kalau dah takde jodoh tu, atas sebab2 yang tak masuk akal pun boleh menjadi penghalang jodoh.. tapi, kalau dah memang ada jodoh, lautan berapi dan gunung berduri pun tak bisa menghalangnya.

Apa yang Ustaz Love faham, ada beberapa faktor yang menyebabkan keluarga tak merestui pilihan yang berbeza negeri. Antaranya disebabkan oleh bahasa dan budaya yang berbeza.. walaupun kita hidup dalam negara 1 Malaysia, tapi tak semua menggunakan bahasa baku sebagai bahasa pertuturan. Ustaz Love bagi contoh mudah macam penggunaan ganti diri (saya, awak), kalau di sebelah Kelantan, saya itu menggunakan gantinama ambo, kawe (ini yg Ustaz Love tahu je la).. sedangkan kalau di sebelah Negeri Sembilan, menggunakan gantinama esey, eden.. itu belum masuk lagi bab2 lain yg lebih rumit.. kalau di sebelah Kedah, gerek itu adalah basikal, tapi kalau belah2 Johor, gerek tu macam cool, hebat dsb.. jadi, kesukaran memahami bahasa ini boleh menyebabkan salah faham terutama bagi orang2 tua yang tak pernah keluar dari kampung, mereka kurang terdedah dengan bahasa negeri yang lain.

Kalau masuk bab budaya pulak, lain tempat lain caranya.. contohnya kalau naik kereta.. kebiasaan yg kita faham, kalau naik kereta berdua, kita kena duduk di depan sebagai penumpang.. kalau duduk kat belakang, nampak macam berlagak.. tapi kalau di Pantai Timur, orang2 yang dihormati je yang duduk kat depan ni (macam mak ayah, mertua dsb).. dan ada yg jenis nak merendah diri, mereka akan duduk di belakang, sbb depan tu dikira tempat duduk kehormat.. kan berbeza dan terbalik pemahamannya tu?

Selain itu, perbezaan jarak juga boleh menjadi salah satu faktor penolakan terutama bagi anak2 perempuan.. biasanya anak perempuan kalau dah berkahwin, akan ikut ke mana suaminya nak bawak.. itu boleh tahan lagi.. yg tak tahannya, kalau masa raya nanti tiba giliran balik ke kampung suami, mau tak termenung mak ayah di pagi raya.. dah la anak tunggal.. jadi, tak sanggup nak membayangkan perkara2 sebegini, mereka membuat keputusan awal untuk menolak pilihan anaknya yang berlainan negeri.

Ada juga ibu bapa yang terpengaruh dengan cakap2 orang.. kononnya orang negeri sekian2 perangainya buruk, orang negeri sekian2 cakapnya kasar, orang negeri sekian2 tak subur dan susah nak dapat anak dan pelbagai lagi teori konspirasi.. ditokok tambah dengan pengalaman orang lain yang nak tak nak terpaksa juga diambil perhatian oleh ibu bapa untuk diteliti..

Begitulah serba sikit kemungkinan mereka menggunakan alasan kenegerian ini.. tapi tak boleh nak cakap juga.. sbb ada member Ustaz Love (berapa banyak member daa..kihkih) orang utara, berkenan dengan seorang Ustazah dari Pantai Timur.. tapi, Ustazah tu menolak hajat member Ustaz Love ni dengan alasan ibunya nak cari calon suami satu negeri.. tup2 Ustazah tu bernikah dengan member Ustaz Love yg lain (seorang Ustaz) yang tak sama negeri pun dengan Ustazah tu..

Ada kemungkinan benar kata Ustazah itu sbb Ustaz Love tak rasa yang beliau mengada2kan alasan.. mungkin pada awalnya, sang ibu menetapkan syarat jodoh anaknya itu mesti satu negeri, tapi bila member Ustaz Love (sang Ustaz ni) bawak rombongan merisik, maka berubahlah hati sang ibu melihatkan cahaya pada wajah sang Ustaz..kihkih.. ini pun teori Ustaz Love je.. sbb Ustaz Love sendiri tak pernah tanya kat beliau macam mana beliau berjaya tackle Ustazah tu..

Berbalik kepada persoalan saudari, pada pandangan Ustaz Love, saudari jangan berputus asa dulu.. apatah lagi dalam situasi saudari sendiri belum pernah bertemu muka dengan keluarga sang kekasih itu.. bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Jadi, berkenal2an la dulu.. Namun, cara perkenalan dengan keluarga kekasih itu perlu diperhalusi.. jangan main terjah je.. elok2 orang tua tu menolak 50%, terus ditolak 100% sebab tersilap cara.

Ustaz Love cadangkan agar saudari berbincang dengan keluarga (kalau boleh, jangan bagitau pasal penolakan keluarga lelaki tu.. takut keluarga saudari pulak kecik hati dan menghalang perhubungan saudari.. sbb penolakan sebegitu boleh menimbulkan polemik seolah2 saudari tak laku dan terhegeh2 nak kat lelaki itu).. Maksud Ustaz Love di sini, saudari memberitahu keluarga yang saudari sedang berkawan dengan seorang lelaki, dan mengajak family pergi bercuti ke negeri lelaki itu.. dan minta kekasih saudari itu mengaturkan hari untuk pertemuan dua buah keluarga.. mungkin pada hari istimewa seperti hari raya ke.. jika pertemuan itu berjaya dilakukan, peluang untuk saudari berdua mendapat restu keluarga itu lebih luas.. sebab pertemuan itu nanti akan menjadi pertemuan serampang dua mata.. sambil2 nak datang ziarah, sambil2 nak melihat bakal menantu dan berkenalan dengan keluarga bakal menantu.

Jadi, jangan mengalah sebelum berusaha.. usahakan agar dapat bertemu muka dulu, insyaAllah, langkah seterusnya akan lebih jelas untuk diambil oleh saudari berdua, sama ada nak mengukuhkan lagi perhubungan dengan keluarga bakal suami, atau sebaliknya.

Sementara itu, perbanyakkanlah solat hajat, bersedekah dan berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan saudari.. sebab yang memegang hati manusia itu adalah Allah, dan bila2 masa je Allah boleh tukarkan hati keluarganya yang menolak kepada menerima dengan sepenuh hati.

Ustaz Love doakan semoga Allah memudahkan urusan saudari dan menunjukkan jalan terbaik buat saudari berdua dalam menyelesaikan masalah ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
  1. kalau dah bukan jodoh..mcm2 halangan tak masuk akal dtg..

    kalau bujang boleh ambik anak angkat tak ustaz?? tingin nak anak la..huhu.. tp fobia dgn laki xnak kawen.wawawa

    1. takde masalah nak amik anak angkat ke, cucu angkat ke.. cuma jangan jadikan budaya sampai mengabaikan fitrah perkahwinan dan mempunyai zuriat sendiri.. 😉

        1. itu tak melanggar fitrah.. sbb menggunakan kaedah semulajadi yang merangsang pengeluaran susu.. kalau bedah letak botol susu dalam dada, yg tu baru melanggar fitrah 😀

  2. salam ust sy nk bertanya..mcm mana nk hilangkan sifat berkira dalam pekerjaan? maaf lari topik dari tjuk diatas…

  3. selalunya org tua2 x nak bg anak2 mereka kawin dgn pasangan berlainan negeri kerana mereka takut apabila anak mereka kawin dgn org jauh2 ni ,peluang nk balik selalu kerumah ibubapa kurang..antara contoh yg slalu sy dgr apabila kawin dgn org negeri9 katanya diorg ni klau ayam bertelur pun nak balik kg,klau org kelantan atau terengganu katanya nnti x nampak jln balik ke rmh mak ayah…WallaHualam…

    1. kebanyakannya ibu bapa (terutama yg dah berumur) terpengaruh dengan cakap2 orang serta pengalaman orang kampung / saudara mara yg bernikah dengan orang luar. Jalan terbaik adalah berbincang dengan ibu bapa.. insyaAllah, melalui perbincangan, segala yg kusut akan dapat dileraikan 😉

      1. Salam ustaz love,
        masalah kenegerian yang berbeza juga menjadi masalah yang saya hadapi sekarang, akibat terdengar banyak cerita buruk tentang die, ibu bapa saya menyamakan dia dengan org pantai timur yang laen.sebagai anak, saya cube untuk menemukan die dengan ibu bapa, tapi tentangan hebat dari ibu sendiri yang tidak mahu bertemu langsung dengan die dan dari ayah pula yang tidak mahu saya bernikah muda.saya cube berbincang secara baek dan perkara ini telah buat saya tertekan berbulan bulan lamanya.Walaupon mendapat tentangan hebat dari keluarga saya, dia tidak pernah menceritakan tentang hal ini kepada keluarga dia, malah keluarga dia menyukai kehadiran saya dan mengajak saya untuk beraya di sana.Ustaz, bantu saya.saya amat runsing.

  4. Ustaz..saya pernah bercinta dengan seorg lelaki kafir selama 6 thun..dan saya pernh terlanjur dgnnya beberapa kali..skrg sy dh bertaubat dan sdh putuskn hubungan dgnnya..sy xnak buat dosa lagi..sy rasa takut sgt pd azab neraka sejak kebelakangan ni..xpi skrg keinginan utk berumahtangga sgt kuat dlm diri sy apabila manhadiri majlis perkahwinan saudara mara..xpi bolehkah sy kahwin..masih adakh insan yg akan terima sy seadanya..?
    apakah hukum klu perempuan yg pernh berzina kahwin dgn lelaki lain..?

    1. berusahalah.. berdoalah.. bertawakkallah.. soal jodoh, hanya Allah yg mengetahuinya.. sangka baiklah dengan Allah.. insyaAllah, masih ada lagi mereka2 yg sanggup menerima wanita2 yg telah bertaubat.

      hukumnya harus.. boleh cuba tengok entry ini dulu..

      WA

  5. Salam..

    Saya tlh becinta dgn sorg llki slma 10 tahun n skrg dia tggl d sbah manakala sy kini tggl di kedah, dulu kami bjiran dan kini bcinta secara jarak jauh. persoalanya hbungan kami x direstui oleh ibu bf sya, kerana maslh bpunca dr akak bf sy yg couple dengan spupu sy,hbungan akak bf n spupu sy x d restui sbb spupu sy dlu mpyai kes berat spt mngambil syabu. oleh itu akak bf tekad nak kawen dgn spupu sy n mbuat pmohonan wali hakim. oleh krna mslh mreka, kini saya pula yg kena.. ada sapa2 bleh bg pdpt x mgenai kes sy ni

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme