I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Duit Palsu Dan Sihir

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada lina :

assalammualaikum.. sye tak tau nak tanya kat ruang mana.. so.. kat sini je la ye.. saya nak tanya.. tentang bberapa hal..

1.hukum guna duit palsu?

i mean.. cth nye kalau peniaga mendapat duit palsu dari pelanggan dia.. kemudian dia menggunakan semula duit tu kepada orang lain? boleh ke?

2. gangguan atau sihir

bagaimana nak kesan kita/perniagaan/keluarga terkena sihir?

3. bende pelik dalam bungkusan kain kuning.

last year, ayah saya jumpa satu bungkusan kuning kecil yang kat dalamnya ada.. kulit bwang putih, kulit bawang merah, serai (xsilap saya) dan.. sejenis tulang (org kata tulang tongkang) dekat premis dia. my dad langkah 3 kali n selawat.. mungkinkah bungkusan tu niat jahat org dan betul ke tindakkan my dad?? rasanya, since that day, perniagaan ayah saya down sangat.. apa yang ptut saya or my dad buat?

tahun lepas jugak.. my dad ada terjumpa satu botol bersaiz kecil sebesar jari kelingking bayi yang dalamnya ada sejenis minyak. my dad tanya imam kat kawsan rumah saya dan imam tu cakap.. ada org nak ganggu rumah tangga mereka.. macam mana nak kesan org yg buat jahat tu ye? supaya dapat berhati hati..

sekian terima kasih..
hope ustaz bole inform melalui komen kat blog saya bila ustaz dah jawab soalan2 sye tu…. takut saya tak perasan..

Ustaz Love straight to the point je la.. sbb terasa macam banyak benda nak ulas (cewahh)..

1. Hukum menggunakan duit palsu adalah haram. Ini kerana duit itu adalah suatu entiti yang menggantikan nilai kepada sesuatu barang atau perkhidmatan yang kita gunakan. Kalau kita gunakan duit palsu tu untuk buat lap hingus ke, buat lap peluh ke, maka takde masalah.. yang menjadi masalah jika kita gunakan duit itu untuk mendapatkan manfaat. Contohnya kita dapat duit palsu daripada customer, kita dah tau itu duit palsu, lalu kita gunakan pulak untuk isi minyak kat stesen minyak (mungkin cuba nasib dengan mat bangla kot2 diorang tak kenal sangat beza duit palsu dengan duit asli).. maka perbuatan itu adalah haram.. sama situasinya kita mencuri selipar orang lain kat masjid disebabkan kasut kita dicuri. Mungkin lebih teruk lagi, jika ditangkap kita menggunakan duit palsu dengan sengaja, memang kita tak boleh dah nak gunakan alasan yg duit tu kita dapat daripada customer. Yang akan menanggung pertuduhan adalah kita sendiri, sebab bukti jelas menunjukkan niat kita menggunakan duit palsu itu.

2. Untuk mengesan gangguan berbentuk sihir pada perniagaan, kebiasaannya kena lihat pada tanda2.. mungkin berdasarkan pengalaman kita sendiri.. sebagai contoh, asalnya kita masak nasik pagi, sampai ke petang nasik tu ok lagi, tiba2 hari tu, masak nasik pagi, tengahari dah basi.. ataupun berlaku situasi di luar kebiasaan spt bau busuk macam bangkai (tapi kena siasat dulu kot2 ada bangkai tikus ke, bangkai lembu ke dalam premis perniagaan kita).. juga situasi luar biasa spt orang nampak kedai kita tutup, padahal kita buka kedai dsb. Jika berlaku perkara2 luar kebiasaan seperti ini, adalah lebih baik kita merujuk kepada mereka2 yang pakar (seperti pengamal perubatan Islam) untuk melihat sama ada memang betul ada gangguan sihir ataupun bukan.

Bagi mengesan sama ada diri kita atau keluarga terkena gangguan jin (sama ada kemasukan jin yang menyinggah, saka, sihir dsb), mungkin saudari boleh merujuk entry ini dulu..

3. Pada pandangan Ustaz Love, bungkusan itu menyerupai sejenis sihir yang mengganggu perniagaan.. tulang yang dijumpai tu bukan tongkang (itu yang biasa PATI gunakan nak masuk Malaysia secara haram), tapi tulang kongkang.. kongkang ni adalah sejenis makhluk berbulu macam monyet (rasanya dalam keluarga monyet gak).. ini rupa dia :

Nampak macam kesian je kan muka beliau.. Ustaz Love sendiri kurang pasti kaitan kongkang ini dengan ilmu sihir.. cuma tulang2 binatang sebegini (yg bukan menjadi makanan orang Islam) adalah najis sebab termasuk dalam kategori bangkai. Dan kebiasaannya bahan2 untuk dibuat sihir ini adalah daripada bahan2 kotor serta berbisa.

Sebaiknya, jika terjumpa benda2 begini, rujuk dahulu kepada pengamal perubatan Islam.. mereka lebih berpengetahuan dalam bab2 ini.. sama keadaannya macam terjumpa mayat, bukan sembarangan kita boleh sentuh2 mayat tu, sbb ditakuti ada virus dan mungkin mengganggu bukti forensik.. Jadi, tindakan yang sebetulnya adalah melaporkan kepada pihak berkuasa.. biar mereka yang ambil alih.

Dalam menghadapi situasi sihir sebegini, perlukan beberapa usaha untuk mengubatinya serta menghalang kejadian yang sama daripada terus berlaku. Kita tak dapat nak mengesan niat jahat seseorang, sebab niatnya itu di dalam hati.. mungkin kat depan kita dia boleh gelak bertepuk-tampar, tapi di belakang kita, tiada siapa yang tahu apa yang dilakukannya. Jadi, apa yang mampu kita buat hanyalah cuba menjaga diri sendiri dan berusaha menjaga ahli keluarga.

Pertama sekali, kita kena mengubati penyakit yang dah menjangkiti kita.. seperti keadaan kita demam, takkan sembuh dengan makan supplement.. kita kena makan ubat yang menyembuhkan demam itu dulu, lepas dah sembuh daripada demam, barulah kita boleh makan supplement seperti Vitamin C untuk menguatkan tubuh badan agar tidak mudah diserang oleh demam. Jadi, saudari perlu merujuk situasi ini kepada pengamal perubatan Islam (seperti perawat di Darul Syifa’) untuk mengubati sihir yang dikenakan kepada keluarga dan perniagaan. Sama ada beliau nak memagar kawasan perniagaan itu dsb, itu bergantung atas budibicara pengamal perubatan tersebut.

Di samping itu, saudari dan keluarga perlu melakukan usaha memperbaiki diri terutama dalam bab kerohanian dengan cara menjaga yang fardhu serta memperbanyakkan amalan sunat. Jika boleh, jadikan amalan untuk membaca Yasin dan Manzil (himpunan ayat2 al-Quran sebagai pelindung diri yang dikumpulkan dalam buku kecik.. ada dijual di kedai buku agama) setiap pagi. Jaga amalan2 sunat seperti solat Dhuha, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa.. insyaAllah, dengan membanyakkan amal ibadah (walaupun dilakukan di premis perniagaan), maka akan datang rahmat serta keberkatan dalam perniagaan tersebut dan dapat menjauhkan gangguan sihir ini. Juga jangan lupa membayar zakat perniagaan serta memperbanyakkan bersedekah.. ia dapat membersihkan harta dan seterusnya menambahkan keberkatan dalam harta kita.

Anggap saja apa yang berlaku ini sebagai ujian buat saudari sekeluarga.. apa yang penting, saudari sekeluarga dapat bersabar dan tidak putus harap dengan rahmat Allah. Sekuat mana pun sihir yang dikenakan oleh manusia dengan bantuan jin, pasti tidak dapat mengalahkan bantuan yang Allah akan berikan sekiranya doa kita dimakbulkan. Jadi, teruskan berdoa dan memohon bantuan Allah.. dan jangan tersilap meminta bantuan daripada bomoh serta seribu satu khurafat yang bakal memburukkan lagi keadaan.. tersilap langkah, boleh tergadai akidah.. Tumpukan pada usaha pemulihan, jangan terlalu memikirkan tentang siapa yang melakukan.. bagi mereka yg melakukan kejahatan itu, pasti ada balasan untuk mereka.. cuma kita kena menjaga diri kita daripada terjebak dalam permainan fitnah syaitan yang mungkin mendatangkan ilham kepada kita bahawa orang tertentu yg melakukan perbuatan itu, sedangkan hakikatnya bukan begitu.. akhirnya nanti kita bermusuh pada perkara yang salah.

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan rahmat dan keberkatan dalam hidup serta perniagaan saudari sekeluarga… insyaAllah, amin.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum Ustaz, saya nak tanya bagaimana pula dengan santau? Apa tujuan orang menghantar santau? Apa tanda2 badan dimasuki santau?

    Kerana kami baru2 ni telah berubat secara perubatan Islam dan DIA katanya telah terkena santau, kami mulanya ingat GASTRIK sebab DIA hampir setiap hari perut meragam (sakit) diikuti dengan jantung berdebar laju dan kadangkala muntah, selalu rasa penat dan letih. Sakitnya kejap je dalam 30minit atau kurang dan lepas tu terus sihat macam tak dak sakit apa2.

    Bila chek Doktor cakap tak ada apa2 masalah, bagaimana Ustaz? Terima kasih..

    Maaf sebab bertanya diruangan ini, nak email ustaz tapi tiada alamat email ustaz.

    1. Waalaikumussalam..

      Santau ini juga sejenis sihir.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry 😉

  2. thanks ustaz~ tp skarang ni, ramai yang tgur,kenapa kedai abah sye asyik tutup je sedangkan abah jarang tutup kedai.. kadang2 dalam sebulan tu, ta de cuti pun.. insyaallah nnty sye ckp dgn dia bout perubtan islam tu..

    kongkang eih? hehe~

    1. itu antara tanda2 yg biasa bagi perniagaan yg dikenakan sihir.. apa pun, adalah lebih baik disahkan dulu oleh pakar.. itu lebih baik daripada membuat seribu andaian 😉

  3. Tiada daya upaya pada apapun atau pada makhluk manapun yang boleh memudaratkan kecuali ia Izin dari Allah Taala.
    apa yg berlaku adalah ujian dr Allah utk menguji keimanan diri hambanya,jadi buatlah seperti mna UL kata kan di samping bnyakkan berdoa memohon petunjuk dan bantuan,jgn lupa iktiar utk berubat dan bertawakal lah…InsyaAllah jika kita yakin dan berbaik sangka kpd Allah semuanya akan di permudahkan…

    1. sangka baik dengan Allah.. Allah akan menunaikan kehendak kita mengikut sangkaan kita kepada Allah 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme