I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Berkahwin Semata2 Untuk Mendapatkan Anak

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada cik puan anon..

ustaz love..kalu lah wanita tu dah 30an jadi bini no 2 kawan baik dia zmn sekolah(Laki org) semata- mata nak ada anak saje boleh ke?kalu kawan dia tu sayg dia kira bonusla..kalu tak syg dan anggap kawan baik pon takpa.saya relaaa.asalkan xjadik andartu,xdi umpat sedara mara sbb single dan ada anak sendiri..makan pakai dan nafkah zahir tak kisah sbb wanita ni ada duit.lgpon kawan laki dia ni keje offshore jarg2 jumpa ..ok ke ustaz niat si ppuan tu?

Ustaz Love tak pasti adakah ini pengaruh sinetron Indonesia ataupun filem Ombak Rindu yang cuma nak kahwin tapi ‘melepaskan’ hak menikmati perkahwinan itu.. Bunyinya macam best, tapi biasanya benda2 macam ni hanya berlaku dalam novel2 cinta.. duduk serumah tapi tido lain2 bilik la, tak pernah bersentuh bertahun2 la.. berpura2 bahagia depan mertua la dsb..

Nyata sekali, niat wanita yang nampak ‘macam’ baik itu sebenarnya salah dan tak betul dari sudut agama dan nilai2 kemanusiaan (moral). Niat nak berkahwin itu dah baik dah.. tak kira la nak jadi isteri pertama ke, isteri kedua ke dsb.. cuma niat perkahwinan itu semata2 untuk dapat anak, itu yang tak berapa betul.. kita kena pandai bezakan mana satu matlamat dan mana satu keperluan. Jangan bercampur aduk antara keduanya. Kalau kita tersilap faham matlamat itu sebagai keperluan, dan keperluan itu sebagai matlamat, kita mungkin bakal terjebak dalam melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dan menzalimi diri serta orang lain.

Ustaz Love bagi contoh mesin basuh.. matlamat mesin basuh itu adalah untuk membasuh baju.. tapi keperluan mesin basuh itu mungkin untuk menyimpan seketika baju2 kotor sebelum dibasuh.. namun, jika kita tersilap faham menjadikan proses menyimpan baju kotor dalam mesin basuh itu sebagai matlamat, maka mungkin mesin basuh itu hanya akan digunakan untuk menyimpan baju2 kotor.. dan mesin baju itu hanya digunakan bila2 perlu.. akibatnya, bila dah bertimbun2 baju dalam mesin basuh, kita pun dah penat nak basuh banyak2.. jalan mudah, gi hantar kat dobi.. jadi, kuranglah fungsi mesin basuh tersebut.. semata2 menjadi tempat simpanan baju2 kotor.

Macam makan juga.. kalau makan dijadikan matlamat hidup, maka ia akan menjadi “it’s all about food”.. semuanya dibuat semata2 untuk makan.. kerja untuk makan.. berkahwin untuk makan.. berkawan untuk makan.. kawan makan kawan dsb.. kalau makan itu dijadikan sekadar keperluan untuk hidup, maka persoalan makanan hanya akan muncul ketika perut lapar.. dan bukannya setiap masa terfikirkan pasal makanan.

Dalam kes perkahwinan, matlamat utama perkahwinan adalah untuk membawa perkahwinan itu menuju akhirat (syurga). Bila faham akan matlamat ini, maka barulah boleh faham akan keperluan mencari isteri yang solehah, ibu yang mithali untuk anak2, keperluan mendidik anak2 menjadi anak soleh,  keperluan nafkah zahir dan batin, keperluan mengajar serta mengajak ahli keluarga mentaati perintah Allah dan RasulNya serta menjauhi laranganNya dsb. Jika matlamat perkahwinan itu setakat terhenti pada memuaskan keperluan nafsu, maka bila tiba masanya salah seorang menghadapi masalah seks (suami mati pucuk atau isteri menopaus), maka rumahtangga akan menjadi tunggang langgang. Kalau matlamat berkahwin setakat terhenti kepada soal cinta dan romantik, maka bila bergaduh ke, bertengkar ke, hilanglah romantiknya.. dan pudarlah cintanya.. maka ikatan perkahwinan akan menjadi tegang dan putus di tengah jalan. Begitulah juga kalau matlamat berkahwin itu semata2 ingin mendapatkan zuriat..

Jika melibatkan 2 hati (hati suami dan hati isteri), maka kesannya tidaklah terlalu besar.. kerana segala masalah boleh diselesaikan secara berdua.. sebaliknya, bila melibatkan zuriat (anak2), maka ada banyak perkara yg perlu diteliti.

1. Untuk mendapatkan anak, memerlukan berlakunya hubungan kelamin. Tanpa hubungan kelamin, ikut celah mana benih tu nak masuk ke dalam rahim? Jadi, nak tak nak, persetubuhan itu wajib dilakukan (kecuali dalam kes2 kesuburan yang dibenarkan untuk melakukan permanian beradas (IVF) atau tabung uji (IUI) mengikut garis panduan yg ditetapkan syarak) untuk mendapatkan anak. Nak dapatkan anak yg sah taraf, memerlukan ikatan pernikahan yang sah. Nak bernikah secara sah, memerlukan rukun dan syarat nikah dipatuhi.. Jadi, persoalan kaedah untuk bernikah itu perlu ditimbang sebaik2nya kerana itu adalah syarat utama untuk mendapatkan anak.

2. Jika matlamat perkahwinan itu terhenti setakat mendapatkan anak saja, bermakna sang isteri (ibu) akan terpaksa menahan perasaannya untuk berkasih sayang dengan suaminya (bapa kepada anak tersebut). Tapi, nak buat macam mana.. dah terima hakikat kalau ada kasih sayang itu, maka ia merupakan bonus.. bonus mana ada orang bagi selalu.. kadang2 kerja bertahun2 pun belum tentu boss nak bagi bonus. Kalau kerja tu best (kerja bank ke, oil and gas ke) mungkin boleh dapat bonus yang banyak (berkali ganda daripada gaji).. tapi kalau kerja  tak berapa best, mungkin bonus dapat separuh gaji je.. dah la separuh gaji, dibayar 2 kali plak tu.. dah berparuh2 yang tinggal..

Kalau suami tu memang best, mungkin kasih sayang yg dianggap sebagai bonus itu dapat diberikan dalam kuantiti yang mencukupi.. tapi kalau suami tu tak best? Dapat bayar gaji tiap2 bulan pun sebenarnya dah kira macam bonus dah.. itu baru part hubungan suami isteri.. bagaimana dengan anak2?

Adakah anak2 yang kita dapat hasil pernikahan yg sah itu terpaksa menerima akibat ‘perjanjian’ ibu yang cuma bertujuan supaya mereka wujud semata2, tanpa memikirkan keperluan mereka untuk mempunyai ayah yang mengasihi mereka dan ada di sisi saat mereka memerlukan? Yang berjaga malam tolong bancuhkan susu serta tukar lampin.. yang ada di samping mereka saat mereka terjatuh masa nak belajar berjalan, berlari, naik basikal dsb? Lebih daripada itu, yang menjadi pelindung mereka dan tempat menumpahkan kasih sayang? Agaknya apa perasaan mereka kalau mereka melihat ibu bapa kanak2 lain ada bersama waktu main di taman, atau waktu menyertai pertandingan di sekolah, sedangkan bapa mereka sendiri tak tahu bila ada kat rumah.. ke mana perginya.. bila baliknya.. pernah tak fikir pasal ni?

3. Perasaan wanita itu sendiri sebagai seorang isteri yang tiada suami di sisi.. mungkin pada masa ini, wanita itu rasa macam sanggup untuk hidup sendiri bersama anak2 tanpa kehadiran suami, tetapi adakah hakikatnya begitu? Berapa ramai orang yang terburu2 nak bernikah (atas alasan tak dapat mengawal nafsu), namun terburu2 juga nak bercerai sbb dah tak sanggup hidup berdua.. apatah lagi mereka2 yang terburu2 nak bernikah dengan alasan yg salah (tak nak jadi andartu, antertu (anak teruna tua), takut dihina sbb kahwin lambat dsb).. mungkin sampai masanya, mereka akan menyedari hakikat perkahwinan itu sebagai perkongsian hidup.. dan bukannya sebagai suatu pekerjaan yang menetapkan target dan market.

Waktu itu, adakah kita nak menuntut hak sebagai isteri (yg suatu masa dulu kita rela atas dasar cuma nak dapat anak) setelah merasai betapa pentingnya ada suami di sini?

4. Proses penjagaan serta pendidikan anak ini memerlukan sokongan ibu dan dan bapa.. bukan tak boleh kalau ibu je yg jaga dan didik, ataupun bapa je yg jaga.. tapi umpama kita nak berjalan la.. ia memerlukan 2 kaki untuk perjalanan yang lancar.. kalau pakai satu kaki, itu dinamakan main tengteng.. boleh je bergerak, tapi bersedialah untuk tersungkur atau tergelincir. Dan dah tentu akan mengambil banyak masa dan tenaga berbanding kalau berjalan menggunakan 2 kaki. Tapi, kena pastikan juga yang kaki itu kaki yang sihat.. kalau salah satu kaki itu lumpuh, ia bukannya memudahkan, bahkan akan menyusahkan lagi terpaksa nak bawa kaki yg tak berfungsi itu.

Sebab itu, bagi ibu bapa yang dah bercerai, tanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan kasih sayang kepada anak2 tak pernah terputus dengan terputusnya ikatan pernikahan. Masih lagi perlu merancang untuk membahagikan masa menjaga anak2 dan tidak menjadikan mereka mangsa atas keputusan ibu bapa untuk bercerai. Itu adalah lebih baik daripada ibu bapa yang masih bersama, tetapi tiada masa untuk menjaga mereka.. ataupun bapa yang mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak disebabkan menumpukan perhatian kepada isteri dan anak yang lain (kes poligami).

5. Perancangan dan persetujuan untuk berkahwin semata2 bertujuan untuk mendapatkan anak adalah tidak valid dalam agama.. kerana ikatan perkahwinan itu menuntut pasangan untuk bertanggungjawab.. si lelaki masih lagi bertanggungjawab terhadap isteri dan anak2 (termasuk dalam bab nafkah, pembahagian hari untuk bermalam jika berpoligami dsb) dan si perempuan masih lagi bertanggungjawab untuk menjaga maruah diri serta maruah suami.. masih memerlukan keizinan suami untuk keluar rumah.. masih lagi perlu melayani suami dsb..

Bayangkan di saat isteri kedinginan dan kesejukan di tengah malam, takkan nak peluk bantal je? Masa2 kesunyian seperti inilah syaitan lebih mudah untuk mencucuk jarum sehingga terbit keinginan untuk melakukan maksiat demi melampiaskan nafsu yang telah lama kegersangan. Keadaan ini juga bakal menghadirkan kesulitan pada masa akan datang terutama pada suami yang dah kena bertanggungjawab kepada semua isteri, walaupun sebelum ini dijanjikan suatu perkahwinan yg mudah (cuma bagi anak je.. yg lain2 tak perlu). Dan di akhirat nanti, suami itu akan ditanya tentang tanggungjawabnya membiarkan isteri dan anaknya yg lain hidup tanpa kasih sayang dan perlindungannya. Masa tu, memang tak boleh la nak gunakan alasan dah buat perjanjian, sebab syarat sah perjanjian itu sendiri memerlukan isi perjanjian yang dibenarkan syarak. Berkahwin tanpa menunaikan tanggungjawab lain itu bukanlah termasuk dlm perjanjian yang dibenarkan syarak.

Ustaz Love dapat merasakan yang ada masalah di sebalik hasrat untuk berpoligami tersebut.. Jika tiada masalah, kenapa perlu dibangkitkan isu nak dapatkan anak semata2 dan bukannya isu berkongsi hidup dan kasih sayang bersama bakal madu? Ustaz Love harap agar wanita itu dapat menyelesaikan dulu masalah ini sebelum bertindak melulu untuk bernikah. Terpulang pada kebijaksanaan wanita dan lelaki itu untuk menyelesaikannya.. Dah tahu nak bernikah, maka tahulah mencari jalan untuk bernikah mengikut cara dan kaedah yang betul. Jangan selesaikan masalah (masalah takut jadi andartu, takut dihina dsb) dengan masalah (bernikah kat sempadan ke, tak dapat restu mak ayah ke dsb).. kelak, masalah lama tak selesai (masih lagi dihina walaupun telah bernikah contohnya), masalah baru pula akan bertimpa2 menimpa kepala.

Rancanglah kebahagiaan (terutama buat anak2 yang bakal hadir dalam hidup) dan bukannya merancang penderitaan buat diri sendiri dan anak2. Berbincanglah baik2 dengan bakal suami dan dapatkanlah nasihat serta restu daripada ibu bapa kedua belah pihak.. insyaAllah, bila kita merancang dengan betul dan membetulkan perancangan kita, hidup kita akan menjadi betul.. bermula dengan betul akan memudahkan pengakhiran yang betul.

Mintalah pertolongan daripada Allah melalui solat hajat dan istikharah.. Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan jalan keluar yang terbaik buat beliau dalam menyelesaikan masalah ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Comments

Add a Comment
    1. berat mata memandang kan…rasanya yg merasa yg akan paham (me paham gaklah sikit2..sbb rasanya bila dh sampai satu tahap, pompuan akan jd desperate..)

      anyway, it happens to somebody i love…dia kawin pun sbb dia tak nak pegang status andartu, so kawin dgn lelaki yg tak semenggah (suami org)..dgn alasan dia nak merasa ada baby..

      1. berpoligami itu takde masalah.. tapi bila terburu2 untuk berkahwin, itu memang agak bermasalah.. sbb jodoh ini kena pilih, bukannya tangkap muat.. jangan risau kalau takde jodoh, insyaAllah, dalam syurga nanti akan dikahwinkan juga 😉

    2. dalam perkahwinan ini, kita kena memilih 2 perkara.. nak menikmati perkahwinan, atau nak bertahan dalam perkahwinan? 😉

  1. rasanya ustaz, those perempuan yg dh memegang status andartu or lambat kawin (30s biasanya), diaorg tak byk choice, so rela kawin dgn lelaki yg dh beristeri, sbb at least, pompuan tu akan dpt zuriat (yg sah), wpun hidup tak berapa normal bila dh bergelar isteri kedua..

    *me berckp berdsrkan pengalaman saudara mara me sendiri…

    1. niat itu perlu dibetulkan.. bila niat dah betul, insyaAllah, amalan selepasnya akan menjadi betul.. niat berkahwin semata2 sbb nak dapat anak itu adalah niat yg tak berapa betul.. bela anak angkat atau anak yatim juga besar ganjaran dan kelebihannya di sisi Allah 😉

    2. Andartu more than 30s memmang tak banyak pilihan. Tapi janda over 30s sangat banyak pulak pilihan. Ironinya.

    1. mmg byk.. tp kalu kahwin, boleh kongsi tanggungjawab.. kalu hidup sorang2 still ada tanggungjawab jgk.. dan kena buat sendiri 😉

    1. betul2.. sbb berkahwin ni seumpama kita memilih.. sama ada memilih untuk hidup bahagia, atau untuk hidup menderita 😉

  2. Macam mana pula kalau seorang lelaki yang telah berkahwin,tetapi isteri pertamanya tidak dapat memuaskan keperluan batinnya atas sebab penyakit.

    maka sisuami berkahwin seorang lagi sebagai jalan untuk mengelakkan dirinya dari melakukan zina.Adakah perkahwinan kali kedua dikira sebagai berkahwin atas dasar nafsu semata-mata?

    Atau perkahwinan tersebut dikira sebagai menjaga agama?
    Perawat Islam recently posted..Sihir PemisahMy Profile

    1. kita kena bezakan matlamat dan keperluan.. matlamat perkahwinan (tak kira la kali pertama ke, poligami ke) tetap bermatlamatkan akhirat.. apa2 tujuan selainnya (nak elakkan zina ke, nak dapatkan anak ke dsb) itu adalah sebagai keperluan..

      jika dengan berkahwin itu dapat memudahkan urusan agama, maka ia adalah satu keperluan.. perlu pada kita, tapi mungkin tak perlu pada orang lain 😉

  3. salam ustaz.. macam mana kalau saya nak tanyakan soalan pada ustaz?

    sebab ada satu perkara yang buat saya terkeliru.. 🙂

    1. salam dilla..

      boleh tanya kat komen ni.. kalau agak peribadi, boleh hantar email ke ustazlove[at]gmail[dot]com

  4. salam ust,
    saya hafiz saya ada sedikit masa…saya ingin berkahwin tetapi ibu saya xsetuju dengan pilihan hati saya disebabkan dia penah berkahwin dan mempunyai seorang anak..dan alasan yang lain ibu saya berikan ialah takut saya di sihirkan sepeti santau oleh bekas suaminya…ustz saya amat menyanyangi ibu saya buah hati saya dan anaknya..saya berniat untuk menikahinya…saya xmahu nk mempermainkan perasaan sesiapa pun hanya Allah yg mengetahui niat dan keikhlasan hati saya terhdap dirinya dan saya x akan sesekali mengabaikan ibu saya…tolongla saya ust. bagaimana saya nk menyakinkan ibu saya agar ibu saya dpt menerima dan merestui hubungan kami…apa cara yg harus saya lakukan….bantulah saya ustz. saya cuma nk jalani kehidupan yg bahagia dan gembira disamping org yg saya sayang…

  5. berat mata memandang,berat lg bahu memikul..
    sy fhm mslh di atas sbb sy sudah smpi ke ambang 30an..umpatan dan perlian org di sekeliling lg memeritkan keadaan..bukan tiada rupa,tetapi jodoh belom tiba..

    kdg2 keadaan sebegini diburukkan lg oleh org sekeliling..yg memandang bole la ckp abaikan ape org yg mengata..tp bdn yg menanggungnya bagaimana?

    niat nak ada zuriat terbit di hati kerana utk jd peneman di hari tua kelak..mgkin wanita ini tetap berharap perkahwinannya normal seperti psngan lain walaupon pada asalnya perkahwinan atas tiket utk mendptkan zuriat..tp jauh di sudut hatinya pasti berbisik mahu kekal hingga ke akhir nyawa..

    mslh andartu makin meruncing ketika ini..seperti juga yg sedang sy alami..mcm2 yg difikirkan termasuk andainya tidak bekahwin hingga ke tua,bagaimana nasib diri nnt..adik bradik stakat manalah nak menolong,mereka pon dah ade komitmen masing2…

    sy rasa dlm hal ni kaum suami yg sggup berpoligami utk ‘membantu’ wanita sebegini perlu fhm dan btol2 mendalami ilmu poligami..walaupon niat membantu,tp tgjwb dan keadilan perlu seiring..niat asal mgkin membantu utk dptkan zuriat bole ditukar utk membina keluarga yg harmoni..

    seperti org tak bersolat,mula2 dipaksa utk bersolat..insyallah lama kelamaan akan terbit keinsafan utk melaksanakan ibadah solat dgn penuh ketakwaan..

    maaf ustaz andai terlanjur bicara.sy sekadar meluahkan rasa dan pendapat berdasarkan situasi sendiri

    1. semoga saudari diketemukan jodoh dgn lelaki yang baik..

      banyakkan berdoa..insya Allah akan ketemu..jgn putus asa

      jangan difikirkan kata orang, manusia ni, kalau dia nak mengata, tetap akan mengata w/p kita buat perkara baik…kahwin ni bukan perkara kecik, bukan nak sehari dua, tapi kalu boleh sehingga akhir hayat…kena cari yg betul2 layak, boleh jadi suami..

      saya juga seperti anda dulu, kawin agak lewat, lelaki pon kena kata juga, bukan perempuan saje..tapi saya tak pernah amik pusing…sebab saya tidak saja mencari isteri, tapi juga ibu kepada anak2 saya..jadi saya cari betul2, di samping tak pernah lupa berdoa, mintak pada Allah, tidak pernah putus asa…sebab saya amat yakin, pasti ada seorang wanita yg Allah akan kurniakan utk dijadikan sbg isteri..

      poligami?tanggungjawab tu amat berat, bukan semua lelaki layak…saya juga ada keinginan, sama seperti lelaki normal lain, tapi bila terkenang muka isteri yg bertarung nyawa utk lahirkan anak saya, keinginan tu segera padam…so, kalau nak cari lelaki yg sudah berkawin, sama juga spt diatas, pilihlah betul2…yg cukup syarat.(ustaz love, mungkin?)

      semoga saudari segera diketemukan jodoh dgn lelaki yang beriman..Insya Allah

      1. kihkih.. Ustaz Love memang tak layak untuk berpoligami 😀

        apa pun, terima kasih kepada abangmi kerana sudi memberikan nasihat dan pandangan.. semoga kita sama2 dapat ambil iktibar dan pengajaran 😉

  6. Laki keje offshore jarang2 jumpe jadi ada alasan la kalau husband tak beraya sama di kampung? Ok jgak tu. Nikah boleh tapi kene bersedia ‘tidak dipedulikan’ kerana resam kerja lelaki itu sendiri & sila tahan diri anda utk tidak ganggu dia dlm seminggu ke, selepas dia pulang dr offshore. Itu utk kebaikan anda juga.

    Boleh buat ke? Tak ramai boleh kecuali sama2 keje offshore B-)

    1. isteri2 orang tabligh lagi lama ditinggalkan suami.. ada yg ditinggalkan sampai 40 hari, 4 bulan.. setahun pun ada.. pokok pangkalnya, keredhaan suami isteri itu penting.. redha itu datang bila kita saling faham memahami 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme