I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Antara Suruhan Ibu Bapa Dan Janji Kekasih

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Angelo Piccolo :

Saya juga ada mengalami masalah ini, saya sudah tamat belajar di tingkatan 6 dan sedang menunggu keputusan peperiksaan, ibu bapa saya mahu saya melanjutkan pelajaran dan mereka mahu saya dahulukan belajar ini sebelum saya berkahwin… padahal saya sudah penat untuk belajar dan saya tidak mahu sambung belajar lagi, pada masa yang sama saya ada tmn llki, sasya sudah janji dengan dia untuk tidak sambung belajar lagi…sekarang keadaan menjadi keruh…apa yang harus saya lakukan???”

Dalam menilaikan antara dua pilihan, sudah tentulah kita kena letakkan pilihan yang terbaik di depan. Walaupun kita tak suka pada pilihan tersebut, tapi jika kita memikirkan sedalamnya akan kebaikan dan maslahat (kepentingannya), kita kena letakkan juga perhatian pada perkara tersebut.

Persoalan minat itu seharusnya berada di tempat pertama.. dan kena selari dengan pilihan yang terbaik.. contohnya kita suka makan.. suka makan itu perlu selari dengan diet yang seimbang.. kalau setakat suka makan, tapi makanan yang kita suka itu adalah tahi ayam (ini contoh je la.. jangan bayangkan, nanti muntah plak.. kihkih), maka dah tentulah kita kena pendamkan keinginan tersebut, sebab mudaratnya tahi ayam itu sekalipun rasanya sedap (agaknya la..)

Dalam kes saudari ini, apa yang Ustaz Love nampak, bukan semata2 masalah tak minat nak belajar, tapi lebih daripada itu sebenarnya saudari lebih berkeinginan untuk berkahwin. Ustaz Love tak kata salah pun nak berkahwin, bahkan itulah yang dituntut kalau memang dah berdenyut2 nak kahwin.. cuma disebabkan nak kahwin itu, ada kemungkinan rasa malas nak belajar semakin menebal.. sbb kalau takde nak buat apa2, duduk kat rumah goyang kaki pun lama2 boring gak.. jadi, terasa nak bersosial jugak.. dan cara bersosial paling mudah adalah dengan cara menyambung pelajaran.. ilmu dapat, kawan pun dapat.

Ustaz Love tak nak agak lebih2.. cuma Ustaz Love nak saudari perhatikan sendiri dengan lebih teliti akan keputusan yang saudari nak ambil. Kita kena lihat the worst case scenario (cewahh.. skipping plak..).. maksudnya, kita kena lihat senario yang paling buruk yang mungkin boleh berlaku dalam setiap keputusan yang kita ambil. Bukanlah dengan tujuan nak melihat dari sudut negatif, tapi bertujuan untuk mengimbangkan dengan kepositifan pemikiran kita dalam setiap pilihan.

Meh kita sama2 fikir.. kalaulah saudari mengikut keinginan saudari untuk berkahwin dan tak nak sambung belajar, apa situasi paling buruk yang mungkin saudari hadapi?

1. Saudari akan menyakiti hati ibu bapa sebab mereka mahukan saudari menyambung pelajaran terlebih dahulu.

2. Dalam usia yang masih muda, terlalu banyak lagi perkara yang perlu saudari dalami terutama ilmu2 kekeluargaan seperti masak memasak (yg menjadi suatu kemestian bagi seorang isteri dalam masyarakat Melayu). Berapa jenis lauk yang saudari pandai masak? Bolehkah saudari memasak makanan kesukaan suami (bakal) dan mertua? Berapa lama masa yang diperlukan untuk saudari belajar memasak (kalau tak tahu jenis masakan tersebut)? Bagaimana dengan ilmu hubungan suami isteri.. sejauh mana saudari memahaminya secara teori? Dan bagaimana pula tentang ilmu mengurus diri? Sejauh mana pengetahuan saudari tentang ilmu haidh, nifas, istihadhah?

3. Jika ditakdirkan saudari bercerai dalam usia muda, atau ditinggalkan suami (sebab kematian atau digantung tak bertali), ataupun suami eksiden dan tak dapat nak bagi nafkah, bagaimana agaknya saudari nak menghadapi situasi sukar takde beras dalam rumah, anak2 kehabisan susu dan pampers, bil api dan air tertunggak, anak sakit nak bawak ke hospital dsb?

4. Jika perkahwinan saudari menghadapi masalah terutama dalam bab kewangan, pekerjaan apakah yg boleh saudari buat jika saudari nak bantu suami? adakah saudari sanggup nak berniaga jual nasik lemak? Saudari pandai masak nasik lemak tak? Atau saudari nak kerja kilang? Anak2 saudari nak letak kat nurseri atau nak tinggalkan kat rumah ibu bapa? Kalau letak kat nurseri, berapa kos nak dibayar yang mungkin akan mengambil sebahagian daripada gaji?

5. 18 tahun lagi saudari akan mempunyai anak remaja (jika ditakdirkan bunting pelamin).. katakanlah saudari dapat anak perempuan, anak perempuan saudari juga malas nak belajar dan nak berkahwin dengan teman lelaki, agak2 saudari nak izinkan ataupun saudari lebih memikirkan masa depannya dan paksa juga beliau supaya belajar?

Itu antara soalan2 situasi paling teruk yang mungkin boleh berlaku.. Ustaz Love tidaklah berniat nak mendahului takdir, sebab kita pun tak tahu macam mana situasi kehidupan kita pada masa akan datang.. cuma, Ustaz Love bagi point2 ni supaya memudahkan kita sama2 berfikir panjang sebelum membuat apa2 keputusan yang melibatkan masa depan.

Kalaulah saudari mengikut keinginan ibu bapa untuk sambung belajar dan melupakan seketika keinginan untuk berkahwin, apa situasi paling buruk yang mungkin saudari akan hadapi?

1. Saudari mungkin akan kehilangan teman lelaki yang dicintai, sebab lelaki tu dah ready nak kahwin, tiba2 saudari nak tangguhkan.. maka, kemungkinan untuk beliau meninggalkan saudari dan mencari wanita lain untuk dikahwini itu agak tinggi.

2. Saudari akan patah hati dan bertindak menutup hati kepada mana2 lelaki (sebab rasa dendam kerana ibu bapa tak bagi kahwin awal dengan kekasih yang dicintai).. dan akhirnya, saudari baru tersedar yang umur saudari dah masuk kategori andalusia (anak dara lanjut usia). Saudari mungkin akan menyalahkan ibu bapa saudari sebagai penyebab saudari jadi tak laku.

3. Saudari mungkin akan terlibat dalam perbuatan2 haram seperti berzina, bersosial, kentut merata2 dsb disebabkan keinginan nafsu tidak dapat disalurkan ke jalan yang betul (nikah).

4. Saudari akan merasa cemburu dengan kawan2 yang dah bernikah serta mempunyai anak sendiri, sedangkan saudari masih lagi bergelumang dengan buku2 dan nota2 kuliah.

5. Saudari akan menghabiskan duit ibu bapa dengan cara menggagalkan diri dalam peperiksaan, semata2 nak membuktikan bahawa saudari memang dah tak minat nak belajar..

Ustaz Love cuma dapat bagi 10 situasi yang paling teruk yang mungkin akan saudari hadapi jika mengambil salah satu keputusan, sama ada nak meneruskan hasrat saudari untuk bernikah atau memaksa diri untuk mengikut kemahuan ibu bapa untuk sambung belajar. Dalam kaedah usul agama juga ada menyatakan, apabila bertembung dua kemudaratan, maka pilihlah mudarat yang paling ringan.

Jika ditanyakan pendapat Ustaz Love, Ustaz Love lebih suka jika saudari meneruskan hasrat untuk bernikah.. tapi, Ustaz Love lagi suka jika saudari meneruskan juga hasrat ibu bapa untuk sambung belajar.. Dua2 dapat, bernikah pun dapat, sambung belajar pun dapat.. saudari pun puas hati, ibu bapa pun puas hati.. ini dinamakan situasi menang-menang (win-win situation). Walaupun nampak agak susah, tapi segalanya akan menjadi mudah jika Allah nak mudahkan.. kita fikirkanlah cara nak bagi mudah..

Mungkin saudari boleh minta teman lelaki membawa rombongan merisik, dan bincangkan sekali soal pelajaran saudari.. maksudnya, saudari akan berkahwin, dan saudari akan sambung belajar.. tak kira la mana dulu, sambung belajar dulu ke, kahwin masa belajar ke.. sebab nak kahwin ni pun bukannya semudah nak makan megi, kena amik masa nak buat preparation, kad jemputan, bunga telur, buah telur, pokok telur.. semua nak kena fikir jugak. Jadi, kemungkinan nak menantikan tarikh pernikahan, saudari pun dah selamat menyambung pelajaran.

Namun, imaginasi kita memang memikirkan yang mudah2 dan yang indah2.. sedangkan hakikatnya, selagi kita belum menempuh alam perkahwinan, selagi itulah kita takkan mampu untuk mentafsir segala ujian dan cubaan perkahwinan ini. Ada yang bercinta bagai nak rak sebelum kahwin, sekejap je dah bercerai.. ada yang kekal lama, tapi hidup makan hati, makan penampar, makan kaki dsb..

Sebab itulah, walaupun seorang anak perempuan itu, jika dah bernikah, ia akan menjadi tanggungjawab suami, tetapi beliau masih lagi memerlukan keluarganya sebagai sokongan dalam menghadapi kehidupan berumahtangga. Bukan semata2 sokongan kewangan, lebih daripada itu sesuatu yang bersifat kerohanian seperti keredhaan dan doa kebahagiaan yang dipohon oleh ibu bapa untuk anak2nya. Dengan restu ibu bapalah, maka perkahwinan anak2 yang mula2 mentah, akan sempat untuk matang dan dituai hasilnya di akhirat nanti.

Ustaz Love teringat satu peristiwa yang baru berlaku pagi tadi.. seorang baby yang baru mula berjalan (dalam umur 3 tahun) dah terlalu excited nak berlari.. lalu beliau melepaskan pegangan tangan ibunya lalu berlari beberapa langkah dan jatuh tersungkur.. belum sempat beliau menangis, ibunya datang lalu mendukungnya serta memujuknya.. beliau tak jadi menangis, dan turun balik untuk cuba lagi berlari..

Begitulah kehidupan kita ini.. bila kita menempuh alam perkahwinan, nak tak nak kita akan menerima ujian (tak kira la apa juga bentuk ujian).. kalau kita jatuh terduduk, kita memerlukan sokongan keluarga untuk kita bangun kembali meneruskan kehidupan.. namun, jika kita mengabaikan keluarga, maka tiada siapa yang dapat membantu menyokong kita untuk kembali bangun.. mungkin kita akan terpaksa membazirkan banyak masa merawat luka sendirian (mana nak menangis lagi, mana nak menahan pedih luka lagi, mana nak menahan perasaan lagi.. tambah2 kalau ada anak2 kecik yang kita kena ambil peduli). Tau2, umur kita pun dah senja, sedangkan luka kita masih belum sembuh.. dunia pun kita gagal, akhirat belum tentu lagi kita berjaya..

Jadi, nasihat Ustaz Love, berbincanglah baik2 dengan ibu bapa.. jika ibu bapa bersetuju, alhamdulillah.. jika ibu bapa tak bersetuju, maka adalah lebih wajar saudari mengikut kehendak ibu bapa demi menjaga perasaan mereka dan juga demi menjaga masa depan saudari sendiri. Dunia moden ini, semuanya memerlukan ilmu.. kalau zaman dulu, takde makanan boleh kutip2 sayur kat belakang rumah, pancing ikan kat sungai, korek ubi kayu dsb.. zaman sekarang, memang payah nak cari makan kalau pelajaran tak tinggi. Mungkin kita kata cukup je kalau kerja kilang, namun cukup ke gaji RM1000 dengan duit sewa rumah, susu dan lampin anak, rawatan kalau sakit, bil2, duit minyak, duit tol, duit parking dsb kalau keluarga langsung tak nak bantu sebab berkecil hati dengan tindakan saudari?

Saudari tak boleh anggap ibu bapa itu mementingkan diri mereka (sebab memaksa saudari untuk belajar), sebab yang belajar dan dapat ilmu serta pekerjaan yg baik (mungkin, suatu hari nanti) itu adalah saudari sendiri.. lain la kalau ibu bapa tak bagi saudari berkahwin sebab nak suruh saudari bekerja mencari duit untuk bayar yuran pengajian ibu bapa (kes mak ayah lambat sedar… umur dah tua baru sibuk2 nak sambung belajar.. kihkih).

Minat itu boleh dipupuk.. tak semestinya ia memang dah wujud dalam diri kita.. macam kita minat tengok cerita Korea.. Ustaz Love suatu masa dulu sangat menyampah dengan cerita Korea, sebab tengok hero dia jambu2 sangat.. sekali layan Winter Sonata, tak cukup tisu menadah air mata.. puncanya, sebab dah tengok beberapa episod. Begitu juga minat menulis ni, Ustaz Love paling malas sekali nak menulis, cuma rajin membaca je (itu pun buku2 tertentu seperti buku cerita hantu, komik Pedang Setiawan.. kalau artikel ilmiah, memang Ustaz Love baca separuh je.. kihkih).. tapi bila dah 2 tahun menulis blog ni, minat tu dah semakin menebal.. sehari tak menulis, terasa macam lumpuh jejari runcing ini.. kihkih..

Janji saudari pada kekasih itu juga boleh ditangguhkan.. kalau betul beliau mencintai saudari, dah tentu takde masalah untuk beliau menunggu beberapa tahun lagi agar persiapan untuk perkahwinan (bukan semata2 untuk majlis kahwin, bahkan lebih daripada itu adalah persiapan untuk menjadi suami mithali dan bapa misaili (bapa yg tegas.. bersandarkan kepada misai tebal yg mewakili ketegasan)).. berbanding tergesa2 nak kahwin, seolah2 macam merempit habis langgar road-block dan tak kira dah siapa yg tercedera dengan tindakan kita itu.. tapi kalau janji tak nak sambung belajar tu, Ustaz Love pun tak tahu nak kata apa.. apa punya janji la macam tu.. kihkih..

Apa pun, saudari fikirkanlah sedalamnya.. jangan lupa istikharah minta Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk saudari ambil.. dan jangan lupa berbincang dengan ibu bapa.. yakinlah bahawa tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.. mungkin belum jumpa jalan penyelesaian terbaik.

Ustaz Love doakan semoga Allah menunjukkan jalan keluar terbaik buat saudari dalam menyelesaikan masalah ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
    1. insyaAllah, mana2 yg baik ambillah sebagai panduan.. mana2 yang tak baik, jadikanlah sempadan.. macihh mama 😉

  1. suka jwpn ustaz…. 1 benda la, kebelakangan ni banyak sangat isu2 ala2 macam ni.. Kadang2, terfikir… anak2 sanggup kecewakan mak bapak yang dah berkorban untuk anak2 dan hidup dengan mereka lebih 20 tahun…demi nak ikutkan sangat kekasih yang mereka baru kenal setahun dua… sedih kan…

  2. betul sgt utaz love. saya setuju sgt, remaja skrg selalu pikir short term. harus ada matlamat dan visi dlm hidup..

    1. orang tua pun pernah menjadi remaja yg berfikiran singkat juga suatu ketika dulu.. kita belajar daripada pengalaman masing2.. tapi yg lebih baik daripada itu adalah mempelajari sesuatu daripada pengalaman orang lain 😉

  3. berjayanya seseorg dr pengalaman..,manisnya kehidupan apabila berjaya meharungi rintangan demi rintangan…hidup ini umpama roda,ada masa di bawah dan ada masa pula di atas..jadi apabila kita di bwh berusaha utk ke atas dan apabila di atas jgn kita lupa kesukaran waktu di bawah dulu…begitu jugalah dgn berumahtangga ini,mana ada badai yg x di pukul ombak…apa2 pun memahami agama Islam itu tunggak utama setiap keputusan dlm kehidupan kita….WallaHualam…

  4. Salam Ustaz,

    Saya sedang berdepan dgn situasi dimana ayah seperti tidak izinkan sy bernikah..

    Saya anak sulung dan tunggal perempuan dalam keluarga, sekarang berumur 26 tahun, sudah bekerja dan berkelulusan dr universiti tersohor di malaysia.

    Calon suami saya seorang muallaf.. saya mengenalinya selepas dia convert kepada Islam. perkenalan kami baru 5 bulan. saya tak nak lama-lama berkawan bagi memelihara hubungan ini dari pelbagai masalah yang melanda banyak remaja hari ni.

    soalan saya ada tak doa, atau cara bagi melembutkan hati ayah saya..

  5. Assalamualaikum ustaz Love,,,

    Saya Cik T menghadapi beberapa masalah yg ingin dikongsikan dengan ustaz Love..Saya harap sngt ustaz Love boleh membantu saya,,,Situasinya adalah ada seorang pemuda yg minat dgn saya dan pada masa yg sama saya pun minat padanya,,tetapi saya cuba hilangkan perasaan suka saya pada dia disebabkan famly saya ingin saya berkahwin dgn keturunan famly saya jugak,,saya tidak boleh membantah kata2 owg tua saya dan saya akur dgn kata2 mereka untk menjadi anak yg solehah,,,,tetapi ustaz Love pemuda tuh masih menganggu saya,,dan berkeras tuk berkahwin dgn saya jugak,,saya TAK NAK dan berterus terang dgn dia tapi dia masih berdegil,,saya takut dan risau dia akan ganggu hidup saya disebabkan mesej2 dia ada unsur2 yg berbau lucah,,satu lagi,,dia adalah senior skolah saya,,,saya takut sangat dia menganggu saya di mana2 saja,,lebih2 lagi saya masih belajar di IPTA,,dan selalu pulang rumah sendirian,,,saya xnak bitau keadaan saya pada famly saya sebab saya xnak mereka risau,,satu lagi,saya takut mereka marah saya,,dan menganggap saya melayan dia,,tetapi hakikatnya saya tidak melayan dia malah mengelak diganggu,,,dia bnyk antar mesej kat saya dan saya reply mesej dia dgn mesej islamik spya dia sedar dan xganggu saya lagi tetapi makin menjadi2 dia ganggu saya,,,saya takut sngt2,,lebih2 lagi keadaan sekarang yg bnyk kes2 rogol berlaku,,jadi,,ustaz Love,,,saya penah berpikir adakh wajar dgn cara saya berkahwin dgn lelaki lain yg famly saya ok dpt menyelamatkan saya drpd dihantui gangguan pemuda tersebut??secara x langsung dia pun stop ganggu saya kalo saya dah berkahwin…dan saya tau perkahwinan bukan satu perkara yg mudah,,lebih2 lagi saya xhabis belajar lagi dan ilmu rumah tangga masih zero..,masalahnya,,saya berada dlm ketakutan YG AMAT SNGT serta risau..saya selalu berdoa pada ALLAH supaya dia x kacau saya tapi,dia masih kacau,,,mcm mana ustaz??saya ingin sangat memelihara maruah saya dan menjadi wanita yg solehah dcc ALLAH..Tolong saya ustaz Love berikan pandngn yg sewajarnya tuk saya atasi masalah ini secepat yg mungkin :'( tolong saya ustaz :'(

  6. salam ustaz… saya ingin meluahkan sesuatu dan bertanya pada ustaz… ceritanya begini, saya nie seorang perempuan yang berumur 20 tahun dan sudah 2 tahun saya sakit. tapi malangnya, sakit saya tu sakit yang tidak nampak.. ustaz faham2 je la… selepas sekian lama sakit, akhirnya allah memberi satu kelebihan kepada saya iaitu saya boleh melihat benda2 ghaib termasuk la makhluh halus dan seangkatan dengannya. dulu saya adalah pelajar di sebuah ipts, tetapi, disebabkan masalah kesihatan ini saya terpaksa berhenti dari belajar. sepanjang saya belajar di kolej tersebut, saya ada mengenali seorang lelaki. semasa di kolej saya selalu pengsan dan sakit dan saat itu jugalah dia datang dari rumahnya yang jauh dalam 1 jam masa perjalanan dan membawa saya pergi berubat cara kampung di umah atuknya. saya sudah kenal dia lama da dan kami bercadang untuk mendirikan rumah tangga memandangkan kami ingin mengelakkan maksiat. kami juga melakukan solat istikharah dan meminta petunjuk dari allah.. dan kami melihat wajah masing2 semasa solat. bukankah itu satu petunjuk bahawa kami dijodohkan untuk bersama. memandangkan lelaki ini seorang anak yatim dan bekerja sendiri ibu dan kakak saya tidak menyetujui perhubungan ini dan menentang sekeras-kewrasnya.manakala, ayah dan keluarga lain pula merestui kami. pernah dulu ayah, mak dan keluarga pergi berubat di kuantan untuk memisahkan kami. setelah orang yang berubat itu memberitahu yang jodohnya telah ditentukan oleh allah dan kita tidak boleh menghalang. walau dipisah bagaimanapun kalau allah dah janji jodoh dia bersama dengan lelaki itu. tetap akan jadi juga. setelah itu, barulah mereka menyetujui perhubungan kami. tetapi, mak dan kakak saya masih lagi tidak dapat menerima kenyataan iyu dan tanpa pengetahuan ayah saya ibu saya telah pergi berjumpa dengan seorang bomoh untuk memisahkan kami. akibatnya, penyakit saya bertambah teruk. setelah saya bertanya pada seorang yang cerdik pandai tentang perubatan ini dia memberitahu perkara yang menyebabkan saya jatuh sakit itu. saya pun bagitahu pada ayah dan ayah memarahi saya kerana berkata begitu pada ibu. saya tidan nafikan memang berdosa besar apabila anak membuka aib ibunya sendiri. tapi, saya tidak tahu mana lagi hendak mengadu. untuk pengetahuan ustaz juga, ibu saya itu sering memarahi saya dan melebihkan kakak saya berbanding dengan keluarga saya. bukan saya cemburu ustaz. tapi sikapnya yang seolah-olah memilih kasih itu membuatkan saya selalu berkecil hati dan dia sering memarahi saya dengan teruk dan kadang-kadang mengeluarkan perkataan yang kasar walaupun saya membuat satu kesilapan yang sungguh kecil. sebab yang menyebabkan ayah saya tidak percayakan kata-kata saya ialah kerana ibu akan memarahi saya hanya apabila ayah tiada, apabila ayah ada bersama saya. dia tak akan naikkan suara walaupun sedikit. saya kecewa kerana saya harapkan ayah dan keluarga saya dapat mempercayai saya. tapi, sebaliknya pula yang berlaku. saya tertekan dan stress berada di rumah irtu.. setiap masa saya berendam dengan air mata akibat perbuatan ibu saya. saya tidak pernah melawan cakapnya kerana say tidak mahu menjadi anak derhaka. jadi, saya diamkan ajer apabila ibu memarahi saya walaupun saya tidak melakukan perbuatan itu. sekaran pula, saya ingin mendirikan rumah tangga. dulu ayah dan keluarga bersetuju dengan hubungan kami. tapi, setelah teman lelaki saya memberitahu tentang kebenaran ibu saya. ayah dan keluarga membencinya dan tidak merestui hubungan kami.. apa yang harus saya lakukan? saya hanya ingin mendirikan rumah tangga kerana saya bimbang saya akan terjebak dengan zina. namun, mereka tidak memahami perasaan sya.. apakah yang harus saya lakukan… keadaan saya ini ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak…. patutkah saya mengikut kata ibu dan bapa saya untuk menikah dengan orang lain walaupun saya tidak menyintyai lelaki itu dan setelah saya tahu dia bukan jodoh saya, ataupun saya harus berkahwin dengan lelaki yang saya cintai dan merupakan jodoh saya..? saya keliru… sebab utama mak dan kakak tidak merestui dan mengizinkan hubungan kami ini adalah kerana teman lelaki itu datangnya dari keluarga miskin…. bantulah saya ustaz love… sekarang pun ibu dan kakak selalu menghasut ayah supaya membenci teman lelaki saya. satu lagi, saya ada mendengar ceramah pasal pertunangan. kata penceramah itu, maksud bertunag ialah apabila seorang lelaki itu menyatakan hasratnya untuk mengahwini perempuan itu dan perempuan itu bersetuju. maka, perempuan itu sah menjadi tunangan lelaki tersebut. dan dalam kes saya ini, si lelaki telah melamar saya menjadi isterinya dan saya rtelah bersetuju menjadikan saya ini tunangannya. apakah hukumnya apabila tunangan orang berkahwin dengan orang lain….? minta tlg ustaz jwb…. tq….

  7. slm ustaz…saya nk tnye pdpat ustaz..umur saya dah 22 thun.saya bkenalan dgn tmn llki sy sjk thun 2009 dan bhsrat ingin bkhwin..kluarga llki dh 2 kli dtg nk mrisik tp datuk saya xizinkn dia xstju saya kwin awl.actually saya stay dgn atok opah saya mak ayah saya dh xada..kluarga sy yg lain smua stju saya bkwin kcuali datuk saya..saya dh tak thu nk bwt mcm mne.hbngn saya dgn kluarga tmn llki saya agak rapat mcm kluarga sy sdri..so mcm mne sy nk pjuk atok sy supaya stju untk saya bkwin lgpon saya knl tmn llki sy dh lme jd sy xnk la trusn mbuat dosa apath lg smpai bzina…sy hrp ustaz dpt mnlong saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme