I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Jenis Penyakit Akibat Gangguan Makhluk Halus

Salam…

Ustaz Love nak berkongsi satu artikel jawapan Dato’ Dr. Haron Din berkaitan isu penyakit yang boleh disebabkan oleh gangguan makhluk halus (jin, syaitan dsb.. bukan makhluk semut atau tungau atau yg seangkatan dengannya)

“Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih khususnya dalam al-Quran dan sunnah Nabawiyyah, bahawa Allah SWT memperincikan bahawa makhluk halus seperti jin, ifrit dsbnya, dalam keadaan tertentu boleh memberikan berbagai penyakit ke atas anak Adam.

Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), “Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba’ tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan.

Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah ‘attkhabbut’ yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.

Surah al-A’raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan ‘almass’ yang diantara maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan ‘mass’, sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih.

Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan ‘istihwaaz’, maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.

Surah al-A’raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia ‘annazghu’ atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh.

Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan ‘annasad’ dalam ayat ini yang mafhumnya, “Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, ‘sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan ‘nusghin wa azab’.” Nasad yang membawa makna penat atau letih yang amat sangat.

Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.

Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang. Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan. Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ular hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga. Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).

Suatu peristiwa lain, Yaa’li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit ‘lammam’ (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnad Imam Ahmad.

Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.”

sumber..

p/s: Orang yang terkena gangguan makhluk halus ini biasanya kurang waras dalam membuat penilaian.. sangat memerlukan sokongan orang sekeliling untuk memahaminya seterusnya merawat penyakitnya.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
  1. Benarlah firman Allah.Berdasarkan pengalam saya merawat mereka yang terkena gangguan jin, antara yang akan berlaku ketika dirawat dan selepas rawatan ialah mereka akan merasa letih sangat.

    Selain itu mereka yang diganggu oleh jin juga akan sering mengalami sifat pelupa.

    1. kalau kita pikul beras ke hulu ke hilir pun kita dah penat, apatah lagi kalau ada yg berdamping dalam tubuh 😉

    1. apa juga gangguan sama ada daripada manusia, jin mahupun serangga (spt nyamuk aedes) tetap mendatangkan bahaya.. sbb itu kena selalu minta pertolongan daripada Allah untuk melindungi daripada unsur2 kejahatan ini..

  2. Yg paling utama minta lh petunjuk dan bantuan dr Allah.di samping itu pasangan kpd pesakit haruslah memainkan peranan supaya di ikhtiarkan utk berubat dan kita sedia maklum proses nk pegi berubat dan berubat tu bnyk cobaan dan dugaannya…

    1. sedia maklum? tak semua orang sedia maklum.. mungkin hanya yg ‘berpengalaman’ saja akan sedia maklum tentang perkara itu 😉

  3. salam ustaz..sebelum ni sy beberapa kali pernah rasa ditolak dri belakang..sehingga sy terjatuh dihadapan rumah dan luka dikaki setelah termasuk ke longkang..ketika itu tiada siapa dikiri kanan depan dan belakang sy..beberapa kali sy terkena kejadian yang sama..sekarang sy mengalami gejala yg tak sihat , tubuh badan sy sentiasa panas , terasa sakit dibahagian perut secara tidak menentu..kitaran haid sy jdi tidak teratur sehingga sekarang sy masih mengalami masalah yg sama..pd waktu malam sy didatangi gatal2 sehingga tidak boleh tidur yang peliknya pd siang hari sy ok..gatal2 pun tiada..nak kata sy alergi mmg ye tp sy dh tak ambil dan mkn segala mknn yg boleh mengakibatkan alergi sy dtg balik..kepala sy sentiasa sakit..bila tidur cukup pun kepala saya sakit mcm nk meletup..badan sy sentiasa berasa letih dan lesu muka sy pucat dan tak bermaya..berat badan pernah susut 10kg dlm masa 3bulan..sy jadi mcm org tak normal..pd pandangan ustaz apakah simptom penyakit yang sy hadapi ini..sy betul2 runsing….salam dan terima kasih

    1. pada pandangan Ustaz Love, saudari mungkin terkena gangguan.. apa jenis gangguannya, Ustaz Love tak berapa pasti.. Ustaz Love cadangkan agar saudari mendapatkan bantuan pengamal perubatan Islam.. jangan biarkan lama2 sbb ia boleh menjadi semakin teruk..

  4. Assalam ustaz love. Macam mana kita nak selesaikan masalah orang terkena gangguan makhluk halus ini walaupun sudah diambil beberapa penyelesaian? dan macam mana orang sekeliling kena ambil tindakan sekiranya pesakit membawa ancaman/ mengganggu orang sekeliingnya? dan meminta orang sekeliling membeli makanan/minuman yang boleh merosakan jiwa pesakit?

  5. Salam ustaz.. sy nak tanya.. kenapa sy xboleh dgar azan, xboleh dengar org mengaji dan xboleh sembahyang. jika dengar azan kepala sy akan bpusing2 dan bdan akan mjadi panas dgn tibe2. bila dengar orang baca yassin sy akan sendawa dan akan muntah serta bdan menjadi lemah longlai.tdapat banyak halangan bila nak solat jika paksa jugak kepala akan bpusing hampir pitam,sesak nafas dan bila tengah solat nafas jadi laju.dan sy akan lemah setiap hari..boleh x ustaz bagi pendapat. tq
    Alia recently posted..Soal Jawab : Penyelesaian Gangguan Makhluk HalusMy Profile

  6. sy blh nampak, boleh kesan kehadirannya, blh rasa usikannya ttp selalu X sempat mengelak tamparan/tendangan/sepakannya

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme