I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Himpunan Madah Pujangga Ustaz Love Part 6

Salam…

Part 1Part 2Part 3Part 4 | Part 5

1. “Orang sakit makan dgn terpaksa, orang sihat makan dgn rela”.. Maksudnya : orang sakit rohani tak dapat menikmati kesedapan ibadah..sedangkan orang suci rohaninya bergembira dapat beribadah.

2. “Kenapa risaukan benih yang baik, padahal tanah belum disuburkan?”.. maksudnya : kenapa risaukan tentang jodoh yang baik, sedangkan diri belum disediakan?..

3. “Mencari itu tanda kerajinan..menunggu itu tanda kemalasan”.. Maksudnya : Orang yg rajin tidak akan menunggu untuk melakukan sesuatu, tapi mencari sesuatu untuk dilakukan..

4. “Dalam keasyikan mengorek hidung, ada kalanya terguris luka”.. Maksudnya : nikmatilah hidup ini dengan berhati2, ditakuti hadir musibah tanpa hikmah..

5. “Mandi air panas pada pagi yg sejuk sungguh menyegarkan”.. Maksudnya : melakukan sesuatu dengan cara yg bijak memberikan lebih kenikmatan..

6. Luka di tangan : jeritan suara keluar sblm air mata… Luka di hati : air mata keluar tanpa suara

7. “Sama ada kurap di muka atau di badan, ia tetap dipanggil kurap..walaupun impaknya berbeza”.. Maksudnya : aib yg tersembunyi atau yg nyata tetap dikira aib sekalipun kesannya lebih besar bagi aib yg nyata..

8. “Serbuk nescafe yg pahit bisa dimaniskan dengan gula.. Syaratnya perlu dicampur ke dalam air panas lalu dikacau”.. Maksudnya : kepahitan hidup boleh dihilangkan dengan sedikit nikmat.. Syaratnya perlu diadun dengan rasa bersyukur..

9. “Selepas selesai banjir, tanah menjadi subur”.. Maksudnya: selepas habis musibah, hati subur untuk benih ibadah..

10. “Tahi mata setepek bisa mengaburkan pandangan dan bkn mengaburkn pemandangan”.. Maksudnya : bukan salah org jika kita tersilap dengar atau tersilap faham, sebaliknya itu berpunca drp diri kita sendiri..

11. “Selagi tiada siapa yg mengaku, selagi itulah pemilik kentut itu akan kekal misteri”.. Selagi tiada org yg menceritakan keaibannya yg tersembunyi, selagi itulah ia akan menjadi rahsia abadi..

12. “Walaupun tangan yang menyimpulkan tali, ia masih memerlukan kekuatan dahan yg diikat dan keteguhan tali yg mengikat”.. Maksudnya : mulut itu sekadar alat menyimpulkan janji.. Yg menjadikan janji itu kukuh atau longgar masih bergantung kpd hati yg diikat dan cara janji yg mengikat..

13. “Hanya org di luar rumah yg mampu menentukan rumah kita tegak ataupun senget. Kita yg berada di dalam jarang menyedarinya”.. Maksudnya : pandangan org menjadi cermin kpd perlakuan kita..

14. “Kemenangan dan kekalahan mutlak di garisan penamat”.. Maksudnya : kejayaan mutlak di akhirat ditentukan pada saat penamat kehidupan..

15. “Enjin turbo sekalipun takkan mampu membawa kereta yg pancit tayarnya ke mana2”.. Maksudnya : sekuat mana pun azam dan semangat, masih lg memerlukan kesihatan tubuh badan untuk merealisasikannya..

16. “Kena makan walaupun tekak sakit”.. Maksudnya : kena teruskan hidup walau sesusah mana pun..

17. “Belajar ketika muda umpama menulis atas batu.. Belajar ketika tua umpama menulis atas air”.. Maksudnya : belajar dan menghafal ketika usia masih muda akan lebih kuat ingatan berbanding ketika usia tua yang selalu mudah terlupa dan berserabut..

18. “Ramai org menjadikan hari Jumaat untuk berbelanja dan bukan menderma”.. Maksudnya : Walaupun lebih ramai org lelaki berada di masjid pd hari Jumaat, tak ramai yg sudi menghulur derma berbanding wanita yg berbelanja pada hari yg sama..

19. “Ikatan hati itu lebih kuat daripada ikatan tali”.. maksudnya : sekuat mana ikatan zahir (sama ada dengan tali, wang ringgit, pangkat, rupa dsb) ianya sangat mudah untuk diputuskan berbanding ikatan yang mengikat hati manusia..

20. “Air mata yg tidak disapu akan bertukar menjadi tahi mata”.. Maksudnya: kebaikan yg tidak dimanfaat akan bertukar menjadi keburukan yang tidak sanggup dilihat..

21. “Sungguh indah pemandangan padi yg menguning, walaupun sebelumnya sekadar saujana lumpur yg hancing”.. Maksudnya : kenikmatan yg kita ada skrg adalah berkat usaha dan titik peluh org terdahulu. Jadi, hargailah pengorbanan mereka dan bersyukurlah atas nikmatnya..

22. “Kalaulah masa bisa diundurkan semula, nescaya manusia tiada masa depan”.. Maksudnya : dengan berjalannya masa tanpa henti, manusia semakin dekat menuju negeri abadi..

23. “Matawang RM tidak laku jika digunakan di Uganda”.. Maksudnya : Sekadar berbeza negara saja pun sudah tidak bernilai duit kita, bayangkan jika berbeza dunia.. Jadi, tukarkanlah harta dunia menjadi harta akhirat melalui jalan sedekah..

24. “Bebulu akan lebih cepat tumbuh menjadi kasar jika dicukur.. Berlainan jika ia dicabut”.. Maksudnya : manusia akan menjadi kasar jika selalu memintas dan dipintas percakapan, yg dgn cepat bertukar menjadi dendam dan permusuhan.. Berbanding jika mengambil sedikit masa mendengar hujjah lawan sebelum mematahkan dan mencabut hujah lawan sehingga ke akar umbi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. Bersyukurlah atas ke kretifan yg Allah anugerahkan…moga2 ianya dpt di manfaatkn oleh smua org dn pastikan ianya x menyalahi syarak

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme