I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Blog Ustaz Love Bukanlah Rujukan Yang Paling Sesuai

Salam…

Ustaz Love ingin mengambil kesempatan ini untuk membicarakan tentang perkara ini yang pada pandangan Ustaz Love perlu untuk diperjelaskan.. agar tak timbul sebarang salah faham dan masalah kemudian hari.

Ia banyak berkaitan dengan major entry di blog Ustaz Love ni iaitu berkaitan soal jawab agama.. Ustaz Love menamakan entry2 sebegitu sebagai soal jawab disebabkan ada yang bertanya di ruangan komen, dan Ustaz Love merasakan ada sesuatu yang mungkin boleh dikongsi jika jawab kat entry berbanding jawab secara ringkas di ruangan komen.. jadilah ia soal jawab.. dan bukanlah soal jawab sebenar seperti yg biasa dikelolakan oleh Ustaz dan Ustazah lain yang lengkap dengan dalil dan hujjah.

Walaupun Ustaz Love tak menjawab persoalan secara semberono (masih lagi merujuk kepada kitab2 dan penulisan orang yang lebih alim), namun kekhuatiran timbul bila ada yang menjadikan Ustaz Love sebagai subjek untuk berhukum (Ustaz Love cakap itu boleh, Ustaz Love cakap tak boleh dsb).. bahkan Ustaz Love pernah menerima luahan seseorang yang berkrisis dengan ibu bapanya lalu memberikan link blog Ustaz Love sebagai rujukan pendapatnya.

Ustaz Love sangat risau jika suatu hari nanti ada ibu bapa yang menganggap Ustaz Love mempengaruhi pemikiran anak2 mereka dengan penerangan yang menyesatkan (tak selari dengan pemikiran mereka) terutama bab2 nikah kahwin, kahwin awal dsb. Kebiasaannya orang yang dah terdesak (contohnya nak lemas dalam sungai) akan mencapai apa saja yang boleh dicapai untuk menyelamatkan dirinya.. sbb itu banyak kes2 orang yang nak menyelamatkan orang lemas, last2 dia yang mati lemas sbb dipaut dengan kuat, ditekan ke dalam air dsb sehingga penyelamat yang mahir berenang pun boleh kelemasan.

Ada suatu kisah beberapa tahun lepas.. ada seorang Dato’ telah berjumpa dengan Ustaz Love untuk bertanyakan persoalan anak angkat.. beliau dan isterinya memelihara anak angkat sejak kecil disebabkan ibu dan bapa anak itu tak bertanggungjawab.. lalu, disebabkan terlalu sayang dengan anak itu (dan takut diambil kembali oleh ibu bapanya), beliau berhasrat untuk menukar bin anak angkat tersebut kepada namanya.. katanya beliau ada member yang boleh tolong.. Ustaz Love pun tak tanya lanjut tentang perkara tu.. cuma, kesungguhan beliau bercerita itu diakhiri dengan satu persoalan.. bolehkah beliau menukar bin anak angkatnya itu kepada namanya?

Ustaz Love dengan tegasnya (cewahh) mengatakan memang tak boleh.. itu dah memang jelas dalam hukum. Tetapi beliau masih lagi memanjangkan cerita tentang kisah bapa budak itu dsb, kemudian bertanyakan soalan yang sama.. bolehkah tukar bin anak angkatnya itu? Ustaz Love tetap kata tak boleh.. hampir sejam perbualan itu, dan akhirnya Ustaz Love menasihatkan beliau agar menjadikan anak angkat itu sebagai anak susuan (anak itu belum cukup umur 2 tahun) dan disusukan oleh isterinya.. itu lebih baik kerana dengan cara itu, anak itu telah menjadi mahram kepada keluarganya.. akhirnya beliau mengalah dan tak lagi bercerita tentang keinginannya nak menukar bin anak angkatnya itu.

Isunya di sini, bukanlah pada hukum itu.. sebab hukum itu dah jelas.. yang menjadi isu, beliau seolah2 nak menjadikan Ustaz Love sebagai saksi untuk membenarkan perlakuan beliau.. katakanlah masa tu Ustaz Love tersilap faham situasi ke, atau terlalu sibuk lalu memberikan jawapan yg beliau silap faham, mungkin nama Ustaz Love akan dijaja sebagai saksi yang membenarkan perbuatan menukar bin anak angkat itu.

Nampak macam remeh.. tapi kalau dibiarkan tanpa kawalan, mungkin akan menyebabkan masalah yang lebih besar.

Ustaz Love pada mulanya hanya suka2 je buat entry soal jawab ni.. sebab Ustaz Love nampak adanya win-win situation.. Ustaz Love dapat mengorek balik ilmu2 yang pernah dipelajari dan dapat memberi manfaat kepada yang bertanya dan yang membaca. Sekurang2nya ilmu tu tak berkarat dan Ustaz Love sendiri dapat menambah ilmu bila merujuk perkara2 yang Ustaz Love sendiri kurang pasti.. Namun, bila soalan dah semakin banyak, ia menuntut agar Ustaz Love menjawab soalan2 itu sebagai salah satu komitmen yang perlu dipenuhi.

Bukanlah tujuan Ustaz Love bercerita ini nak tunjuk macam best ke, macam bagus ke dsb.. sebaliknya Ustaz Love harap agar para penanya tidak terlalu mengharapkan jawapan daripada Ustaz Love.. mungkin para penanya boleh bertanyakan soalan yang sama di blog2 atau FB Ustaz2 lain sementara menantikan jawapan di blog Ustaz Love. Kadang2, Ustaz Love terpaksa mendahulukan menjawab soalan2 urgent terutama yg melibatkan isu peribadi yang ditanyakan di tempat lain (spt e-mail dsb). Ustaz Love juga terpaksa mengambil masa untuk melakukan rujukan dan mendapatkan ilham untuk menulis.. sebab kadang2 lain yang dirancang, lain plak yang ditulis.

Jadi, Ustaz Love harap, jika ada kebaikan dalam penulisan Ustaz Love di blog ini, sama2 la amik iktibar dan disebar2kan (tak perlu minta izin).. cuma, janganlah terlalu bergantung kepada jawapan Ustaz Love semata2.. perlu melakukan rujukan di tempat2 lain dan mendapatkan pandangan2 lain.. sbb Ustaz Love ini hanyalah sehelai lalang di tengah rimba.. ada pun tak memberi kesan, hilang pun takde sapa yang perasan.. jadi, kalau sebut nama Ustaz Love sebagai hujjah membenarkan sesuatu perbuatan, nescaya anda akan ditanya.. Ustaz Love who? πŸ˜€

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Comments

Add a Comment
  1. nak tanyer , hukum gapo nenek menyanyi ? πŸ™‚
    di khayalak rmai or rumah sanak saudara,spupu spapat ..

    1. nenek nak menyanyi takde masalah.. dgn syarat liriknya dan pakaiannya serta perbuatannya itu tidak bercanggah dengan syarak..

        1. fitnah itu bermaksud maksiat atau dosa.. sebarang perkara yg menimbulkan dosa dan maksiat, atau membuka ruang untuk berlakunya dosa dan maksiat, maka ianya dilarang.. contohnya lirik lagu yg mengghairahkan, maka ia boleh menimbulkan fitnah kepada wanita yg menyanyikan lagu itu serta kepada orang yg mendengarnya..

  2. salam..
    maaf, sy nk tnya pendapat ust.
    ape nasihat y patut sy berikn pada kawan sya y mahu berpisah dengan isteri nye kerana tidak tahan dengan sikap isterinya y terlalu panas baran. hinggakn sgala keputusan, isteri y buat dan suami tiada hak untuk bersuara. hinggakn kadang kala hal kecil akn mjadi isu utk pgaduhn y besar. jika sblm ini si suami bleh bersabar kerana si isteri bjnji untuk berubah, tetapi hingga sekarang genap 2tahun usia perkahwinan mereka, keadaan still sama dan tiada perubahan.. si isteri masih bertindak sebagai β€œketua keluarga”. dan boleh dikatakan dalam sminggu, 5 hari daripadanya hnya lah bergaduh, dan selebihnya hanya diam dan mbuat hal masing2.
    bagaimana sy mahu menasihati si suami, apa tindakan yg patut si suami lakukan terhadap rumahtangga mereka??

      1. assalamualaikum .. apa ustaz sudah punya jawapan bagi persoalan yang telah lama saya tunggu .. ?

    1. kat sini pon boleh..tu dah tanya tu..tang jawapan, kena tunggu la…berduyun2 soklan menanti ustaz, tapi insya Allah seme dijawab..

  3. oh boleh tanya kat komen nih πŸ™‚
    Assalamualaikum ustaz, saya ada seorang kawan bernama sara (bkn nama sbnr) .Dua thun lepas sara ni ada kehilangan kawan nya juga bernama ahmad(bkn nama sebenar) meninggal akibat kemalangan . Masalah nya sekarang Sara selalu teringat pada arwah ahmad ni dan kadangkala dia seperti rasa arwah berada dekat dengan dia . Saban hari dia merasa sebegitu . Sehinggakan dia juga menjadi seorang yang takutkan kegelapan . Sara juga sering bermimpi tentang arwah . Sara terlalu sukar melupakan arwah walaupun perkara ini telah berlalu selama 1tahun setengah . Dia benar2 merasa bersalh kerana pada malam sebelum kematian ahmad , ahmad ada menghubungi sara tetapi sara tidak menjawab. Sekarang saya mahu tahu , adakah sara trauma atau pun mera bersalah akibat tidak dapat menjawab panggilan arwah buat kali terakhir ?? Dan bagaimana pula sara sering terbayang kan seseorang yang telah meninggal dunia sedangkan perkara terlalu lama telah berlaku ?
    plsss ustaz , saya benar2 tidak mahu sara sedih . saya sayangkan sahabat saya . terima kasih ustaz πŸ™

    1. itu cuma kalimah arab yg bermaksud saya, awak, aku, kamu.. takde kaitan dengan dosa pahala πŸ˜‰

  4. Salam ustaz,
    sy nk minta pendapat dari ustaz sikit.kenapa ye kadang2 kita asyik teringat kat orang secara tiba-tiba?maksudnya seseorang yang tiada kaitan langsung dengan kita.kita kenal dia tp xde la rapat.kenal cam bese2 aje. Kalau terimbas pula bukanlah time-time kita ternampak gambarnya ke, barang-barang yang ada kaitan dengannya ke dan sebagainya, tapi bila kita tengah buat sesuatu atau terfikir sesuatu yang tiada kaitan dengan orang tu langsung,dan kadang2 bila terjaga tgh malam terus teringatkan orang itu.apa maksudnya itu ustaz?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme