I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Antara Matlamat Dan Keperluan

Salam…

Ustaz Love tak ingat pernah buat entry pasal ni ke tak.. rasanya ada menyelit2 dalam entry2 lain.. jadi, kali ni Ustaz Love nak fokuskan cerita pasal matlamat dan keperluan.. Terbaru Ustaz Love ada cerita pasal matlamat dan keperluan dalam entry ni.. tapi mungkin sebab penerangannya agak ringkas, jadi masih ada yang tersilap faham dan tak dapat nak membezakan antara keperluan dan matlamat.

Ustaz Love tak berhajat nak berikan definisi (kang kalau Ustaz Love bagi definisi sendiri kang makin keliru plak.. kihkih). Ustaz Love cuma nak berikan contoh..

Matlamat ini adalah sesuatu yang ingin kita capai.. dalam bab pembelajaran, ada yang meletakkan matlamatnya untuk lulus periksa.. ada yang bermatlamat supaya dapat belajar setinggi2nya (dapat Phd dsb).. ada juga yang meletakkan matlamat belajar supaya dapat diamalkan dan disampaikan kepada orang lain.. Ini antara matlamat2 manusia untuk belajar..

Keperluan pula adalah sesuatu yg diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.. contohnya untuk mencapai matlamat cemerlang dalam peperiksaan, antara keperluannya adalah belajar di sekolah yang baik, mengikuti kelas tuisyen, melakukan banyak latihan, ulangkaji pelajaran dsb..

Jika tersilap dalam memahami antara matlamat dan keperluan, maka kita akan berlaku zalim dan tidak dapat berlaku adil (adil maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya). Kita pergi kelas tuisyen dengan beranggapan kelas tuisyen itu adalah matlamat kita, maka kita telah tertukar akan kepentingannya.. hingga sampai suatu masa, kita tak peduli pun sama ada berjaya atau tak dalam pelajaran, yg penting kita pergi kelas tuisyen. Sebab itu, ramai antara kita yang pergi sekolah tiap2 hari (atau pergi kuliah di U tiap2 hari), tapi pencapaiannya berbeza2.. sebab ada yg memahami matlamatnya pergi kelas tiap2 hari.. tapi ada yg tak faham matlamat dan menjadikan datang ke kelas itu sebagai matlamat.. mungkin sbb nak tengok awek cun dalam kelas ke, tak nak kena leter dengan mak ayah ke dsb..

Itu belum masuk bab kehendak.. kehendak itu datang selepas keperluan.. keperluan itu datang selepas menetapkan matlamat..  kita dah menetapkan matlamat nak menjadi Ustaz.. keperluan kita adalah mengambil jurusan agama.. kehendak kita adalah berpakaian ala2 soleh sket (kopiah dan jubah).. kalau kita menjadikan matlamat kita semata2 terhenti pada mengambil jurusan agama, maka ada kemungkinan kita akan menjadi Ustaz. tapi besar kemungkinan kita setakat belajar agama, tapi tak mampu nak amalkan dan sampaikan (konsep ustaz adalah muallim.. iaitu yg mempunyai ilmu dan menyampaikan ilmu).. penat2 amik jurusan agama, belajar menghafal, belajar nahu sorof, belajar usul fiqh dsb, tapi kerja kat kilang.. maka, matlamat sebenar belum lagi tercapai.. begitu juga kalau tersilap faham yang keperluan kita adalah memakai kopiah dan jubah, maka tidaklah dengan pakaian itu membolehkan kita memenuhi keperluan pelajaran agama, sbb kopiah dan jubah itu adalah kehendak dan bukannya keperluan..

Masuk sikit bab nikah.. matlamat bernikah adalah untuk menyempurnakan agama supaya dapat membantu kita di akhirat nanti.. keperluannya adalah mencari pasangan yang soleh dan solehah, yg tak cacat (sehingga menghalang persetubuhan) dsb.. kehendaknya adalah supaya dapat pasangan yang cantik, yg bijak, yang berbulu ketiak dsb (macam2 kehendak manusia yang tak dapat nak dijangka.. kihkih).. Jika tersilap menjadikan matlamat pernikahan itu supaya dapat hidup bersama isteri yg cantik semata2, ada kemungkinan ia akan terhenti di situ saja.. bila isteri dah mula jadi buruk (disebabkan tua ke, eksiden dsb), maka pernikahan itu dah tak nampak hala tuju.

Ada pepatah orang tua mengatakan (ini pepatah India rasanya.. sbb Ustaz Love dengar daripada seorang Maulana)..

“Junjunglah akhirat di kepala dan jinjinglah dunia di tangan.. agar bila akhirat kita dah nak jatuh, kita boleh melepaskan dunia dan membetulkan akhirat kita.. jangan dijunjung dunia atas kepala dan dijinjing akhirat di tangan, kelak bila dunia kita terasa goyah, kita akan melepaskan akhirat demi nak membetulkan dunia kita”.

Akhirat itu adalah matlamat kita.. dunia ini hanyalah sebagai keperluan kita untuk mencapai akhirat..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum ustaz love,

    Saya tertarik dengan entry ustaz ni.Memang banyak lagi diantara kita ni yang keliru antara keperluan dan juga matlamat.

    Saya tak berhajat untuk menambahkan lagi penerangan tentang kedua-dua perkara ni.Apa yang saya nak kongsikan ialah kepentingan antara kedua-duanya.

    Saya ambil contoh ialah bidang saya iaitu rawatan Islam.Matlamat datang berubat ialah untuk sembuh dari gangguan makhluk halus.Maka keperluan untuk sembuh itu ialah pesakit mesti mengamalkan doa-doa yang diberikan,mesti kembali melaksanakan ajaran Islam.

    Tetapi bagi yang kurang faham pentingnya keperluan ni,maka mereka tidak melakukannya.Akibatnya Allah tidak memberikan kesembuhan.

    Betulke ustaz?
    Perawat Islam recently posted..Tanda-Tanda Mereka Yang Terkena Sihir, Kerasukan & Penyakit AinMy Profile

    1. Waalaikumussalam…

      Ada 2 perkara dalam bab ni..

      1. Keyakinan hanya pada Allah.. yg memberi sakit adalah Allah dan yg memberi kesembuhan juga adalah Allah.. tak terikat sama ada pesakit itu mengamalkan atau tidak doa2 yg diberikan.. Allah boleh menyembuhkan pesakit tanpa doa, dan Allah juga boleh menyembuhkan dengan doa.. Allah boleh untuk tidak memberikan pesakit kesembuhan, sekalipun beliau tak tinggalkan amalan doa2 dan begitu juga sebaliknya.. cuma, pesakit perlu berdoa dan mengamalkan doa serta zikir yang diberikan sebagai ikhtiar.. dan perawat kena tanamkan keyakinan kepada pesakit bahawa amalan itu adalah salah satu ikhtiar dan usaha, tetapi yg menyembuhkan penyakit adalah Allah, dan bukannya amalan tersebut. Jadi, sekiranya pesakit tak sembuh2 walaupun dah melakukan amalan doa tersebut, keyakinannya takkan putus mengharapkan kesembuhan daripada Allah.

      2. Matlamat berubat adalah untuk sembuh.. dan keperluan untuk sembuh adalah dengan melakukan usaha dan ikhtiar (makan ubat, doa, zikir dsb). Kehendak pesakit dah tentunya nak mengetahui punca penyakit (disebabkan sihir, siapa yg menghantar sihir dsb).. tetapi kehendak pesakit itu tidak boleh dijadikan matlamat atau keperluan, sbb ia akan berubah kepada tilikan dan ramalan (sedangkan perawat sendiri tidak pasti punca sebenar).. jadi keperluan pesakit adalah untuk berusaha.. dan betullah seperti yg saudara katakan, keperluan untuk sembuh adalah berusaha.. tetapi jangan lupa tanamkan keyakinan pada pesakit bahawa yg menyembuhkan itu adalah Allah.

      Begitulah serba-sedikit pandangan Ustaz Love..

      WA

  2. matlamat saya yg paling utama ingin mendapat redha dari Allah pada setiap bidang yg di ceburi di dunia dan lebih2 lagi di akhirat….

  3. assalam ustaz, setiap amalan hendaklah dimulakan dengan niat kerana Allah. Soalan saya, adakah setiap perkara yang kita lakukan perlu diniatkan di dalam hati kerana Allah atau sekiranya kita tidak berniat, maka amalan kita tidak mendapat pahala atau tidak diterima. Saya kurang faham maksud setiap amalan hendaklah dimulakan dengan niat kerana Allah. Mohon penjelasan ustaz. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme