I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

SPM Adalah Permulaan Bukan Pengakhiran

Salam..

Semalam merupakan hari keramat bagi bekas pelajar sekolah yg akan mengambil keputusan SPM. Masih lagi terasa debarannya saat Ustaz Love mengambil keputusan SPM berbelas tahun nan lalu (sepatutnya Ustaz Love buat entry ni semalam, tapi tak dapat nak publish). Masa melalui perjalanan yang melewati beberapa buah sekolah, kelihatannya geng2 bermotor secara berkonvoi dengan muka yang agak cuak, memasuki perkarangan sekolah untuk mengambil keputusan. Walaupun keputusan peperiksaan boleh diketahui melalui sms, namun suasana suspensnya tak sama dengan mengambil sendiri slip keputusan di sekolah.

Masa Ustaz Love amik result dulu pun, memang datang berkonvoi.. tapi Ustaz Love berkonvoi naik bas.. kihkih.. kebetulan masa tu Ustaz Love sedang mengikuti kursus intensif Bahasa Arab di Pantai Timur, jadi perjalanannya memang agak mencabar minda.. masa tu rambut Ustaz Love separas bahu.. bila jumpa member2 kat sekolah, rupanya ramai lagi yg menyimpan rambut panjang.. sampaikan warden suh tubuhkan kumpulan rock kapak sbb dah ada group rambut panjang.. kihkih..

Result Ustaz Love takde la cemerlang sangat, tapi cukuplah untuk mendapat tawaran daripada sebuah IPTA dan beberapa IPTS.. tapi, Ustaz Love bersyukur kerana dapat juga membanggakan arwah ayah (masa tu arwah mak Ustaz Love dah takde) sbb di kalangan adik beradik, kiranya Ustaz Love la yang agak cemerlang sebab dapat pangkat 1 (masa tu kira pangkat dan aggregat.. bukan macam sekarang kira berapa A).

Ada beberapa member rapat Ustaz Love yang tak dapat keputusan cemerlang.. ada yang dapat pangkat 2, ada yg dapat SAP.. memang nampak muka macam sedih, sampaikan nak ajak yam seng (minum2 air kat mamak) pun tak diorang tak nak.. Ada jugak yang tak dijangka cemerlang, dapat result cemerlang.. ada juga yang menjadi harapan sekolah, tapi result tak cemerlang mana.. begitulah warna-warni situasi masa mengambil result.

Masa tu, memang cikgu2 selalu tekankan yang SPM ni akan menjadi penentu masa depan.. jadi, bila ada yang tak mencapai target, nampak benar kekeciwaannya.. ada yang terduduk memegang dahi, ada yang mengalirkan air mata.. seolah2, macam dah gelap masa depan.. tapi, sebenarnya SPM itu bukanlah penentu, cuma pemudahcara kepada masa depan yang cemerlang.

Ada member Ustaz Love (orang jawa) dapat pangkat 2 je masa SPM (pangkat 1 aggregat dikira daripada 6 sampai 24.. pangkat 2 aggregat bermula daripada 25.. member ni dapat aggregat 25). Beliau agak keciwa sebab tak dapat melepasi kelayakan untuk masuk ke U.. dan antara IPTA yang menawarkan tempat kepada mereka2 yg kurang cemerlang ni adalah UiTM (masa tu masih lagi dengan nama ITM). Jadi, dipendekkan cerita member tu masuk ITM dan sekarang ni dah jadi engineer.

Melihat perjalanan hidup member2 sekarang, ada yang dah berjaya.. ada yg masih terkial2 (macam Ustaz Love).. ada yang mengikut arus kehidupan, ada yang melawan arus.. tak kurang juga yang tenggelam dalam arus.. tidaklah Ustaz Love nak mengatakan bahawa result SPM itu tak membawa makna apa2 dalam kehidupan, sebaliknya yang Ustaz Love nak tekankan adalah SPM itu bukanlah pengakhiran kepada kehidupan.. sebaliknya ia sekadar permulaan..

Macam kita berlumba lari 100 meter (masa tertonggek kat garisan menunggu tembakan permulaan), starting yang baik akan memberi kelebihan kepada kita, tapi ia bukanlah penentu kejayaan kita.. sbb ia masih lagi memerlukan stamina, kekuatan larian, pecutan dan teknik yang betul untuk sampai ke garisan penamat sebagai pemenang.. kalau permulaan kita dah cukup baik, tapi tiba2 tergolek dog masa tengah2 berlari, maka peratusan kita untuk mencapai kejayaan akan berkurangan.. ataupun bila dah sampai ke garisan penamat sebagai pemenang, tiba2 ditarik balik kemenangan (sbb gagal ujian dadah ke, melanggar peraturan larian ke dsb), masa itu lagi sakit perasaannya.

Begitulah juga dalam kehidupan kita ini.. sebagai seorang Muslim, matlamat utama kita adalah akhirat.. dan kita sebenarnya sedang berlari untuk menuju akhirat.. dalam proses berlari, kita akan memerlukan air untuk menghilangkan dahaga dan meneruskan larian.. kalau minum terlebih air, mungkin kita akan pancit sebelum sampai ke garisan penamat..

Jadi, kehidupan dunia yang baik itu sebenarnya sangat membantu untuk kita mencapai matlamat akhirat.. dengan adanya harta, kita mampu untuk menambahkan kebaikan dengan bersedekah.. dengan kerja kita mampu untuk mendapatkan pendapatan memberi nafkah kepada keluarga serta berkhidmat kepada orang lain.. dengan pakaian yang baik, kita mampu menarik hati orang mendekati kita.. dengan ilmu yang banyak, kita mampu untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyakarat.. dengan akhlak yang baik, kita mampu untuk mempengaruhi orang untuk menjadi baik dsb..

Tetapi semua itu bukanlah matlamat.. andainya kita hidup baik2 di dunia ini, tetapi kita mati sebagai orang yang banyak melakukan dosa, maka di akhirat nanti kita akan menerima balasannya.. Jika hidup kita atas dunia ini tak berapa bernasib baik, namun kita mati dalam keadaan yg baik (husnul khatimah), insyaAllah kebaikan akan bersama kita buat selama2nya di akhirat nanti.

Jadi, tak kira apa juga keputusan yang kita dapat masa SPM ni, atau apa juga pekerjaan yg kita lakukan sekarang ini, janganlah berputus harap dengan rahmat Allah.. kita tidak akan tahu apakah kebaikan yang akan menunggu kita pada masa depan.. jadi, berusahalah.. dan jangan biarkan usaha kita atas dunia ini mengganggu urusan akhirat kita.. sebaliknya jadikanlah urusan akhirat itu sebagai matlamat utama yang tidak akan kita korbankan semata2 untuk memenuhi matlamat dunia kita.

Apa pun, Ustaz Love ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang mengambil keputusan SPM semalam.. tak kira la yg berjaya ke, yg gagal ke.. sbb ucapan tahniah ini adalah untuk mereka2 yg telah berusaha sejak kecik datang sekolah, dengar cikgu mengajar, buat homework, jawab exam dsb.. semua itu usaha2 yg murni untuk menjadikan diri kita seorang yg berilmu.. Gagal itu bukanlah bermaksud tak berjaya, tapi maksud sebenarnya adalah kita belum lagi berjaya.. jadi, teruskan usaha lagi dan lagi sampailah kita tiada lagi di atas muka bumi ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme