I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tunang Tiada Kata Putus Untuk Bernikah

Salam…

Ustaz Love menerima e-mail daripada seseorang (soalan di e-mail biasanya Ustaz Love tak publish di blog, kecuali kalau ada isu2 yg menarik untuk dikongsi bersama.. itu pun bergantung atas keizinan orang yg bertanya itu) :

Salam.. disini,saya ringkaskan satu bentuk masalah yang saya hadapi sekarang. bulan 12, saya sudahpun bertunang..Alahmdulillah.. Dan kini, saya menantikan bakal suami saya untuk memulakan perbincangan tentang hal kawin kami.

kami sudah kenal selama lebih 4tahun dan kini perhubungan kami adalah jarak jauh selepas habis pengajian masing2. Dia di Johor, dan saya di Selangor. Segala perancangan hanya melalui mobile kami.

Jujurnya, saya mahu kami menikah cepat dan kalau boleh dalam bulan 5 atau 6 kerana saya tahu itulah tuntutan agama kita, dan disebabkan itu saya kecewa apabila bakal suami saya tidak boleh beri satu pun kata putus atau menggambarkan bila kami akan menikah. itulah punca kepada masalah saya. saya sudah tekankan bahawa Insyaallah, saya buat majlis yang mudah dan tidak mengikut adat kerana Ayah saya Alhamdulillah berpegang pada syariat sahaja.

Hal ini, tidak kami atau saya sendiri ajukan dan berbincang dengan orang tua kami kerana bagi saya sendiri, malu pula jika saya beritahu ayah saya untuk cepatkan pernikahan kami sedangkan bakal suami sendiri tidak mahu mulakan bicara.

Segalanya saya mohon pada Yang Lebih Mengetahui, Allahu Rabbi.. Setiap kali itulah saya menangis kerana tidak tahu jalan seterusnya lagi..

Yang meyakinkan saya disaat buntu adalah semua ini Taqdir Allah yang mendahului tadbir kita. Persoalan saya adalah, bukankah bakal suami saya perlu juga membuka mulut atau sekurangnya berbincang dengan ayah saya, atau beritahu hint bila kami akan melangsungkan. Kekeliruan timbul apabila dia tidak dapat beri jawapan yang spesifik bila saya bertanya… dan kadang2 saya malu pula kerana berlebihan bertanya.

Kesannya adalah saya keliru untuk menguruskan perancangan harian saya dan masa depan kerana saya tidak nampak destinasi utama iaitu pernikahan kami.

Ustaz, saya tahu saya perlu bersabar atau adakah salahnya di pihak diri saya? Dan saya perlukan nasihat dan pandangan Ustaz. syukran Jazilan…. Assalamualaikum..

Ustaz Love agak kurang faham, pertunangan jenis apakah yang tak menetapkan tempoh pertunangan sebelum tibanya masa akad nikah. Bila dikatakan ikatan pertunangan, maka sudah tentulah ia diikat dengan tarikh atau tempoh tertentu. Kebiasaannya dilakukan majlis pertunangan itu untuk tujuan menetapkan tarikh pernikahan, bukan saja2 nak bertunang, tapi tak tahu bila nak bernikah.. Ustaz Love teringat satu movie yang nenek bertunang dengan seorang lelaki, punya la lama bertunang sampai berpuluh tahun dan akhirnya berkahwin sekali dengan cucunya.. ini selingan je πŸ˜€

Perkara ini sepatutnya ditentukan oleh bapa saudari sebagai wali.. Jadi, ada baiknya saudari berterus-terang dengan ibu bapa tentang perkara ini. Jangan rasa malu dan segan, sbb ini soal kehidupan saudari. Kalau tunang saudari itu betul2 serius nak memperisterikan saudari, beliau kena ambil langkah sepatutnya untuk bernikah.

Itu kalau saudari nak cepat2 bernikah la.. memang nikah ini dituntut untuk dipercepatkan (memandangkan banyaknya dugaan semasa proses percintaan dan pertunangan), tapi jangan sampai ke tahap tergesa2. Untuk mendapatkan daging kijang yang sedap rasanya, memerlukan kesabaran dan tak boleh tergesa2.. nanti kijang lari, apa pun tak dapat. Ini perumpamaan Ustaz Love je.. takde kaitan dengan kijang yg hidup ataupun masih meninggal.

Bagi Ustaz Love, tempoh pertunangan saudari masih baru lagi (baru 3 bulan). Tapi itu bukan persoalannya.. yang menjadi masalah di sini adalah persediaan tunang saudari itu sendiri. Saudari tak boleh nak bersangka2 sebab mungkin beliau ada alasan tersendiri. Jadi, jalan terbaik adalah berterus-terang dengannya dengan bertanyakan secara jelas bilakah sepatutnya kita bernikah (Ustaz Love maksudkan kita adalah sebagai gantinama sewaktu saudari bercakap dgn tunang itu nanti.. kita tu takde kaitan dgn Ustaz Love.. kihkih). Lelaki ni kadang2 lebih suka berahsia walaupun ada masalah, kononnya nak menyelesaikan masalah itu sendiri.. jadi, lelaki seperti ini memerlukan seorang wanita yang suka berterus-terang supaya beliau sendiri dapat peluang untuk berterus-terang (dan bukannya mencari2 peluang berterus-terang).

Dengan berterus-terang, maka saudari dan tunang akan dapat fokus kepada menyelesaikan masalah tersebut, berbanding menembak secara rambang.. habis peluru, sasaran tak kena. Lebih baik jadi sniper (penembak tepat), satu peluru satu musuh.. peluru tak membazir, musuh dapat ditumpaskan.

Pada Ustaz Love, kebiasaan seorang lelaki itu mengelak dan melambat2kan masa untuk masuk meminang adalah disebabkan masalah persediaan.. Contohnya duit belum cukup nak buat kenduri, kerisauan malam pertama, kestabilan hidup dari sudut kewangan, pengaruh rakan sebaya (macam karangan masa sekolah plak ada pengaruh rakan sebaya ni.. kihkih) dsb. Mungkin saudari dan keluarga tak kisah majlis nikah nanti buat ala kadar, makan biskut cicah kopi dsb.. tetapi saudari perlu memikirkan bagaimana penerimaan keluarga tunang saudari itu pula.. sebab latarbelakang kehidupan mereka mungkin berbeza dengan keluarga saudari. Apatah lagi dengan zaman fitnah berleluasa ni.. jemput orang makan kenduri, dijamu dengan biskut dan air kopi.. mau sampai mati kena kata dengan orang.. kita memang tak buat salah pun, suka hati kita la nak buat macam mana pun, dah majlis kita.. tapi kita kena meraikan uruf dan adat juga.. jangan disebabkan kita nak menongkah arus, kita plak yang hanyut kelemasan.

Saudari tak perlu risaukan sangat pasal hal ini sehingga menjejaskan kesihatan dan kerja saudari. Serahkan saja persoalan jodoh ini kepada Allah.. tak guna juga kalau saudari asyik bertanya perkara yg sama (memandangkan usia pertunangan masih lagi di peringkat awal) nanti akan memberikan tekanan kepada tunang tersebut. Jadi, ada baiknya saudari berbincang dengan ibu.. biar ibu cakap dengan ayah.. dan tahulah nanti ayah nak buat macam mana.

Sementara itu, saudari perbanyakkanlah solat hajat memohon kepada Allah semoga dimudahkan segala urusan saudari dan tunang, dan diberikan ketabahan hati dalam melalui ujian ini.

Jangan serahkan sepenuh hati saudari untuk cinta seorang lelaki. Letakkan Allah dan RasulNya serta ibu bapa dulu di hadapan.

Ustaz Love doakan semoga Allah memudahkan segala urusan saudari.. insyaAllah, amin πŸ˜‰

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Comments

Add a Comment
  1. sy pun mgalami perkara yg sama bezanya usia pertunangan sy sudah 2 tahun 2 bulan..namun tunang sy tetap membisu seribu bahasa..Ada kalanya sy rs pertunangan ini akn berakhir dgn cara berdiam diri, sehingga membuat sy pasrah atas ketentuan Allah..
    sweet butterfly recently posted..Antara Matlamat Dan KeperluanMy Profile

    1. jangan main rasa2.. kena pastikan betul2.. soal jodoh ni, kita kena berusaha dan bukannya pasrah tanpa usaha.. itu namanya putus asa.. sbb kita tak tahu apa yg Allah dah tentukan buat kita.. sekurang2nya, kalau gagal sekalipun, kita gagal selepas berusaha πŸ˜‰

  2. Assalamualaikum ustaz.
    Saya pun ada masalah yg lebih kurang sama.tentang putus tunang.tapi saya belum memutuskan pertunangan lagi.cuma berniat ke arah itu.

    Saya segan nak bercerita,tapi apa yg berlaku antara kami saya fikir mengundang murka ilahi.walau belum capai kepada zina.disebabkan hal itu, ia sentiasa menghantui saya.saya bimbang saya akan membenarkan perkara itu berlaku pada keturunan saya kelak.adakah islam membenarkan niat saya mahu memutuskan pertunangan disebabkan akhlak buruk kami ustaz?

    Dalam masa yang sama sekarang saya berjumpa kawan lelaki baru.saya berharap dapat melupakan peristiwa lama dan memulakan episod baru dalam kehidupan dengan orang baru.tanpa lagi murka Ilahi.

    Kawan lelaki baru saya ni menyukai saya, namun saya belum putuskan pertunangan saya.

    Harap ustaz dapat respon dan memberi pandangan tentang masalah saya ni.insyaAllah pd bulan puasa ni saya akan buat solat hajat dan isthikarah juga utk mendapat pertolongan Allah tentang masalah yang saya hadapi.

    wassalam

  3. assalamualaikum ustaz
    sejak akhir2 ini byk soaln yg bmain2 difikiran sy shngga sy mjadi stress.
    alhamdulillah sy baru sja btunang dgn pilihan hati . sy akui tunang sy mpunyai sfat panas baran dan prnh berlaku kasar dgn ibu saya tetapi tunang sy telah pon memohon maaf ats tndakan nya pd ibu dan syukur hubungn kami drestui ibu dan juga pihak tunang.
    yang mjdi masalah bagi kami bdua skrng ialah ayah sy.. ibu dan ayah tlah lama bercerai. Saya dbesarkan oleh ibu dan 2 lagi kakak sy oleh ayah. Ayah dan ibu msing2 telah bkwin skli lg.
    Saya dan tunang telah mrancang utk bnikah hujung tahun ini,sgala pblanjaan utk mjlis telah pon dibuat tetapi ayah tidak mahu ikut campur @ walikan ats alasan kakak sulung msih blum bkahwin dan mrancang utk bkwin pd bln yg sama sy dan tunang mahukan.
    kakak sulung sy msih blum mbuat sbarang psiapn tetapi sy dan psangn sudah selesai smua nya.Bkn niat sy utk mburukkn ayah, tetapi hrus sy nyatakan ayah tidak prnh ambil tahu urusan pelajaran sy kcuali smasa sy brusia 19-22 thn dia tlah mnanggung blnja bulanan sy smasa di kolej . Ayah juga tlah myampaikan crita yg tidak betul mgnai ibu kpd kakak2 sy shingga mereka mlayan ibu sperti tidak kenal.
    sy mjadi bingung bila fkrkan hal ini. saya bharap ustaz love dpt mberikan nasihat supaya sy tahu apa yg harus sy lakukan
    suzana recently posted..Soal Jawab : Tunang Bermulut CabulMy Profile

    1. Ustaz Love cadangkan agar saudari membuat permohonan pernikahan wali enggan di mahkamah.. biar hakim yg panggil ayah itu untuk dibicarakan.. sememangnya alasan kakak2 tak kahwin lagi itu tidak cukup kuat untuk menghalang saudari daripada bernikah.. jika ayah masih lagi berdegil, maka mahkamah akan menggunakan kuasanya untuk memberi kebenaran bernikah kepada saudari dan pasangan secara wali hakim.

      apa pun, ini kaedah terakhir yg boleh digunakan.. jika ada jalan lain untuk menyelesaikannya di luar mahkamah, itu lebih baik..

      WA

      1. terima kasih ustaz atas jawapan yang diberi.
        saya berharap sangat masalah ini akan selesai segera. saya pernah cuba memujuk ayah, saya juga telah maklumkan pada ayah yang saya sudah membuat segala persiapan tapi jawapan yang ayah beri amat meyakitkan hati. ayah telah memberi jawapan dia tidak peduli sama ada saya sudah buat persiapan tapi saya tetap kena tunggu majlis kakak selesai baru dia akan ikut campur urusan saya
        suzana recently posted..Repost – Perkara Yang Membatalkan PuasaMy Profile

        1. saudari buatlah istikharah.. minta petunjuk daripada Allah jalan mana satu yg patut saudari pilih.. insyaAllah, ada kebaikan dengan sedikit kesabaran..

  4. assalamualaikum ustaz love…saya baru 2 bulan memegang status tunangan orang…saya mempunyai tunang yang mempunyai sifat cemburu dan panas baran…pantang ada masalah sikit mula la dia nk mencari gaduh dan pasal dengan saya.sedangkan masalah tu timbul dari pihak dia sendiri.tapi dia akn naik marah dan kami banyak berkomunikasi melalui sms….apabila dia marah bila timbulnya masalah dalam hubungan dia akn menghantar sms memaki saya dan akan ckp lebih berpisah atau putus tunang..apa yang harus saya buat sedangkan saya masih saya pada dia….dari sebelum tunang sehingga lah bertunang terlalu banyak saya makan hati dan bersabar dengan perangai dia….sebelum bertunang kami berkawan selama 3 tahun…saya minta pandangan dari ustaz untuk bagi pendapat pada saya samada saya patut teruskan pertunangan ni atau saya putuskan saja?

    1. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawabkan dalam entry.. soal putus2 ni, bukan semudah nak menjawab soalan ABC..

  5. assalamualaikum ustaz…saya sekarang ni xtau apa dah nak buta….samada teruskan pertunangan atau putuskan saja….saya nak sangat pendapat dari ustaz….coz saya saya xpandai sangat dalam hal ini hanya tahu sikit-sikit je…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme