I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Solat Ketika Operation Dan Jalan Jem

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Nur :

salam ustaz..

bagaiman pulak untuk para doktor..ktakanlah situasinya begini, beliau terpaksa mmbuat operation diman masa operation itu bermula pada pukul 1tengah hari..maklumlah operation selalunya mengambil masa yang agak lama untuk tamat,bukannya boleh wat berhenti lu rehat kejap satni smbung blik.alih2 peskit tu ley meninggal dunia. inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun.. jadi mesti waktu zohor akan abis kebetulan operation tu agk rumit dari kebiasaannya..

satu lagi situasi,ketika kita berada di dlm kereta,kebetulan jalan sesak sgat..dan β€˜jem’ ataih jalan raya tu mengakibatkan kereta langsung tak bergerk langsung x bole lri..

kalu kedua2 situasi tu mcm mana plak ustaz?

Untuk situasi doktor seperti di atas, memang tak dinafikan yang kerja mereka itu sangat kritikal dan melibatkan nyawa manusia. Terlalai seketika boleh membawa padah, apatah lagi kalau bermain dengan masa.. Elok2 tengah bedah jantung, tiba2 mintak diri nak gi solat.. sbb kecemasan itu tak boleh menunggu, sedangkan kita punya masa untuk menangguhkan sesuatu.. termasuklah juga menangguhkan solat ini..

Bagi pembedahan biasa, biasanya akan dilakukan oleh seorang doktor je.. mcm bedah bisul, tak perlukan ramai doktor.. dan pembedahan sebegini adalah pembedahan minor yang tak memerlukan masa yang panjang.. jadi, tiada alasan bagi doktor Muslim tersebut untuk mengabaikan solat.. berbeza dengan pembedahan yang kritikal (spt pembedahan otak, pembedahan jantung dsb), ia memakan masa yang panjang dan memerlukan beberapa doktor pakar untuk berada di situ (ada doktor yg jaga ubat bius, yg tukang bedah, tukang jahit dsb).. situasi kritikal sebegini biasanya mengambil masa berjam2 lamanya, sehinggakan ada kalanya boleh terlepas beberapa waktu solat. Bagi doktor2 yg menjalankan pembedahan major sebegini, maka diharuskan untuk menjamakkan solat.. dengan syarat tertentu..

Antaranya, pembedahan itu hendaklah pembedahan yg dibenarkan syarak, dan bukannya pembedahan yang tidak dibenarkan spt pembedahan penukaran jantina, pembedahan kosmetik untuk tujuan kecantikan (yg bukan kritikal spt pembedahan mangsa kebakaran), pembedahan menggugurkan kandungan dsb.

Selain itu, pembedahan itu juga hendaklah pembedahan yang kritikal, yang tak boleh ditangguhkan masanya.. kalau setakat pembedahan buang bisul, sambil pejam mata pun boleh buat.. kihkih

Pembedahan itu juga hendaklah dilakukan sebelum masuknya waktu solat.. sebagai contoh, jika buat pembedahan pada pukul 10 pagi, dan berakhir jam 6 petang, maka boleh menjamakkan solat itu (jamak ta’khir).. iaitu melakukan solat zohor dulu dan diikuti dengan solat Asar.. hanya boleh jamak dan bukannya qasar (memendekkan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat). Jika pembedahan dilakukan pada pukul 3 petang, dan dijangka habis pada pukul 10 malam, maka boleh melakukan solat jamak taqdim (jamak solat Zohor dan Asar pada waktu Zohor), dan melakukan jamak ta’khir (jamak solat Maghrib dan Isyak pada waktu Isyak).. Untuk jamak ta’khir, perlu niat nak solat jamak ta’khir semasa masih lagi berada dalam waktu Maghrib (spt contoh yg diberikan).

Kalau jangkaan pembedahan itu tidak tepat (contohnya pembedahan habis awal dan masih ada waktu untuk melakukan solat tersebut), maka tak perlu mengulangi solat.. cukup dengan solat jamak yang telah dilakukan tadi. Tapi kalau dijangka habis awal, tetapi habis lambat (contohnya ingatkan habis pukul 6 dan sempat solat Asar, rupanya habis dah masuk waktu Maghrib), maka tak boleh jamakkan solat Asar dan Maghrib.. yang hanya boleh dilakukan ketika itu adalah solat qadha.. dan tidak berdosa disebabkan melakukan suatu urusan yg sangat penting yang melibatkan nyawa.

Bagi situasi jalan jem, sekiranya jem tak bergerak2, keluarlah dari kenderaan dan amik wuduk menggunakan air mineral, solatlah di tepi jalan.. Kalau ditakuti bahaya (dilanggar mat rempit di laluan kiri atau dicabul dsb), maka boleh melakukan solat dalam kereta.. dengan syarat, pada permulaan solat, dada itu dihadapkan ke arah kiblat.. dan solatlah sekadar termampu..

Jika takde wuduk, pakaian bernajis dsb (yg menyebabkan solat tak sah), maka boleh melakukan solat hormat waktu dalam kereta.. dalam bas pun boleh juga.. jangan peduli orang pandang2 ke, jeling2 ke atau amik video nak upload ke youtube ke.. solat hormat waktu ini tidaklah boleh menggantikan solat fardhu, jadi bila dah sampai rumah kena qadha balik solat fardhu tu.

Jadi dinasihatkan agar kita pandai memilih waktu terbaik untuk bergerak.. tak salah kalau kita balik lewat sikit untuk mengelakkan jalan jem.. tapi kalau dah hujan tu, memang jem la tak kira pukul berapa pun kita balik.. Yang pentingnya bukan mcm mana kita nak lepaskan diri daripada jalan jem, tapi bagaimana kita nak elakkan diri daripada terlepas waktu solat.. jadi, yg terbaiknya adalah bergerak balik selepas solat Maghrib.. teruk2 mana pun jem kat KL, insyaAllah takkan sampai terlepas waktu Isyak (Subuh baru sampai rumah.. kihkih)..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Comments

Add a Comment
  1. Salam ustaz..nak tanya boleh kah air zam zam dicampurkan dlm bancuhan botol susu anak dgn niat spy dia bijak&soleh? Psl kalau bagi minum air zam zam saje, anak tak mahu..saya penah dgr ada ustaz kata air zam zam tu diminum ikut niat..mohon komen ustaz tq

  2. salam….saye baru follow blog nie….so salam perkenalan dan salam perkongsian ilmu……

    1. salam engki..

      terima kasih kerana sudi mengikuti blog ni.. Ustaz Love sangat menghargainya πŸ˜‰

  3. Aslamuailaikum ustaz, mcm mna situasi ni ye.. sy dari kedah dan bekerja part time di sebuah hotel.. sy menumpang di rumah member yg disediakan oleh pihak hotel untuk staff2 mereka yg bekerja full time dan mereka (kawan) membayarnya mengikut potongan gaji.. pihak hotel telah menetapkan syarat tidak dibenarkan membawa org lain masuk rumah untuk tidur disana… sy juga pergi bekerja menaiki van yg disediakan oleh pihak hotel untuk menjemput staff2 mereka disitu… sy pergi kerja tumpang sekali van tu sbb tempat duduk kosong…

    halalkah pendapatan sy ustaz? atau hanya mendapat dosa kerana melanggar syarat2 tersebut… sy pernah dengar pergi kerja naik kenderaan curi pendapatan jd tidak halal…

    1. Waalaikumussalam..

      Pekerjaan saudara itu merupakan satu pekerjaan yg halal.. selagi saudara mengikuti kontrak perjanjian pekerjaan (dan tak melanggar batasan agama spt menghidangkan arak dsb), maka pendapatan saudara adalah halal..

      Cuma dalam bab tumpang tido di rumah staff yg disediakan untuk pekerja full-time, ia perbuatan yg dilarang.. begitu juga menumpang van pekerja.. ini kerana, berlaku ketidakadilan (pekerja full-time kena potong gaji, sedangkan saudara tak dipotong gaji).. Jadi, pada pandangan Ustaz Love, ada baiknya saudara menulis surat kepada pihak pengurusan hotel untuk memohon kebenaran menginap di rumah staff serta menaiki van pekerja.. Jika dapat kebenaran tersebut (mungkin dengan syarat potongan gaji dsb), maka tiada masalah saudara nak menginap.. tetapi jika pihak pengurusan tidak membenarkan, maka saudara kena keluar daripada rumah tersebut dan tidak lagi menaiki van pekerja.

      1. Alhamdulillah pendapatan tu halal… klu x halal x nak lg pergi kerja sampai sy dapat rumah jd sy boleh terus kerja kan ustaz?.. Insyallah ustaz sy akan cuba sebaik dan secepat mungkin… sbb sekarang sy dah mula bekerja… klu x effect pendapatan sy xpe la tp sy akan ikut nasihat ustaz tu… terima kasih byk2 ustaz…

        1. Kalau juih terjatuh, bersihkan bahagian yg kotor itu dan makanlah setelah ia bersih.. Jgn tunggu kekotoran itu hilang sendiri atau cari jalan mudah membeli kuih yg baru.. ditakuti kuih tu dah habis dijual πŸ˜‰

          1. hehehe x paham maksud ustaz… bermakna lg x berpindah dari rumah ni rezeki tu x blh guna ke?hehe

          2. bermakna lg sy x minta kebenaran dari pihak pengurusan gaji sy ni x bersih ke ustaz? lps minta kebenaran menggunakan van dan menginap dirumah tersebut baru gaji diperolehi ini boleh digunakan?? sory ustaz x paham hehehe

          3. bukan itu maksud Ustaz Love.. maksudnya, jangan terburu2 buat keputusan tak nak gi kerja, sbb masalahnya bukan pada kerja.. kerja tu dah ok dah.. bab duduk rumah pekerja tanpa izin itu melibatkan perkara lain, iaitu bab amanah dan penipuan.. jadi, bersihkan bab itu, insyaAllah, kita bekerja pun dengan hati yang tenang.. yg dah lepas tu, kita banyakkan sedekah.. sbb sedekah ini akan membersihkan harta πŸ˜‰

  4. Assalamualaikum ustaz..Terima kasih atas semua info yg ustaz berikan..Sy di sini ada soalan yg bersangkut paut jgk dgn tajuk di atas..Sy ni x lah prnah kna jln jem tu sbb sy tgl di tmpt yg kurag kesesakan lalu lintas..Mcm ni ustaz,jika kita yg memandu kereta tersebut,mknanya di sini kita yg jadi pemandu..Time tu bersendirian jer memandu,jadi mcm mana jika kita time solat,tapi kereta dpn kite ni bergerak maju ke hdpn..Kalau kite x gerak nanti kena hon lah pulak atau kena mrh..Jadi mcm mana tu ustaz?Kalau dlm situasi mcm tu,kite bleh x tkn minyak?X btl ke solat?Sbb tu dlm darurat..Terima kasih ustaz..

    1. solat dalam kereta tak sama mcm solat kat masjid.. kita buat yg termampu saja.. bila masa perlu jalan, maka tekan la minyak.. tukar la gear.. takde masalah..

          1. Assalammualaikum Ustaz ,saye igin bertanye Bilekah bermule waktu untk wanita melakukan ibadah slpas pmbdahan Pembuangan Rahim ?Adekah same waktu dgn orang yg bru lpas bersalin ?

          2. tak sama.. pembedahan pembuangan rahim sama juga macam pembedahan2 yg lain.. bila masuk waktunya, kena solat (mengikut cara yang termampu untuk dilakukan.. spt duduk, berbaring dsb).

  5. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya ingin bertanya dengan ustaz berkenaan solat.

    Suami saya seorang pemandu bas transit di singapura, waktu kerja memang terikat dengan masa, contohnya suami saya keluar rumah jam 3.30pg jika shift pagi (untuk mengelakkan kesesakan dia imegresen ) dan memulakan kerja jam 5.30 pagi hingga 3.30 ptg, dan waktu rehat dia hanya antara 10 – 15 minit sahaja (mengikut kata dia lah).

    Suami saya ni seorang yang setakat ni tidak pernah meninggalkan solat secara sengaja kecuali waktu terlepas waktu solat seperti dia dalam keadaan memandu.

    Jadi soalan saya boleh ker jika suami saya Qada solat yang tertinggal tadi?

    Saya mohon pencerahan dari Ustaz, kerana suami saya ingin membuat keputusan yang boleh membahayakan diri dia. Dia hanya pekerja asing dan tidak boleh membuat keputusan terburu2 untuk berhenti contohnya.

    Saya mohon pencerahan dari Ustaz.

    Terima kasih Ustaz.

    Assalamualaikum.

    1. tak boleh tinggalkan solat dengan sengaja. Jika beliau terpaksa berhenti kerja disebabkan terganggu ibadah fardhu, maka itulah yang terbaik. Jangan sampai kita menjatuhkan agama disebabkan ingin menyelamatkan dunia kita. InsyaAllah, Allah akan berikan pekerjaan yang lebih baik buat beliau dan berikan keberkatan dalam rezeki puan sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme