I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Percintaan Dihalang Ibu

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan ini melalui e-mail dan Ustaz Love telah mendapat keizinan untuk publish soalan dan jawapan di blog :

Assalamualaikum Ustaz Love,

Saya tertarik utk bertanyakan pendapat ustaz berkenaan masalah yg saya hadapi selama ini.

Utk pengetahuan ustaz, percintaan pertama saya bermula ketika usia sy 19 tahun dan perhubungan kami sngt rapat selama 4 tahun. keluarga lelaki sngt menyukai sy dan mereka telah berhasrat utk menjadikan sy sbg calon menantu mereka. malangnya ibu saya membantah dgn alasan dia mempunyai ramai adik beradik dan dia tidak setaraf dgn sy.. sy redha dgn permintaan ibu sy utk memutuskan perhubungan tersebut walaupun hati dan perasaan sy sngt2 terluka semata2 menghormati permintaan beliau.

sy melanjutkan pelajaran dan akhirnya bertemu dgn teman lelaki yg kedua.. dia juga meluahkan utk menjadikan sy sbg isteri.. kami jarang bertemu.. tetapi perhubungan kami hanya bertahan selama setahun kerana dihalang keluarga juga.. ayah dan ibu sy berkeras tidak mahu menerima dia kerana status pekerjaannya sbg seorang polis ( dgn alasan polis seringkali terlibat dgn kegiatan haram). sy redha lagi utk kali kedua…

baru2 ini.. 5 bulan yg lps, seorang shbt yg sy kenali semasa konvensyen al-quran di universiti meluahkan hasrat utk serius menjadikan sy sbg isterinya. dia terus bertemu dgn ibu ayah sy dan meluahkan hasrat tersebut.. ibu ayah pada mulanya menerima baik..

namun baru2 ini ibu mula meluahkan yg dia tidak suka sy berkenalan dgn mana2 lelaki. dgn alasan sy anak sulung dan seharusnya berkorban utk keluarga.. utk pengetahun ustaz, sy seorang gadis yg kini berumur 26 tahun.. sudah bekerja dan keadaan kewangan sy agak stabil.. begitu juga dgn bakal tunangan sy.. dia telah bekerja dan mampu menyara keluarga.. keluarga dia juga merestui perhubungan kami dan amat menyayngi sy.. persoalannya ustaz… berdosakah sy jika sy bertegas utk berkahwin dgn pilihan sy kali ini walaupun ibu sy menghalang sy utk kali ke-3? ayah sy tidak menghalang.. namun ibu sy yg amat menentang semua perhubungan sy. bolehkah ustaz beri pendapat dan cadangan bagaimana utk sy tangani permasalahn ini?

kerana sy tidak punya alasan utk menolak pinangan pasangan sy kali ini. beliau seorang yg sngt mementingkan kekeluargaan dan agama. bantu sy ustaz.. sy agak buntu…

terima kasih.

Pertama sekali, Ustaz Love ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengikuti perjalanan entry di blog Ustaz Love. Ustaz Love sangat menghargainya.

Apa yang Ustaz Love nampak di sini, satu2nya yang menjadi penghalang saudari untuk berkahwin adalah ibu saudari sendiri. Selain daripada itu, Ustaz Love tak nampak adanya penghalang2 lain, memandangkan umur saudari pun dah sampai tahap selayaknya untuk menjadi isteri dan ibu, juga kerjaya yang dah stabil, punya pasangan yg baik dan tiada halangan daripada wali (ayah).

Daripada cerita yg saudari sampaikan, Ustaz Love terfikir 2 kemungkinan.. sama ada ibu saudari terlalu sayangkan saudari sehingga tak sanggup melepaskan saudari ke tangan orang lain, ataupun ibu saudari terlalu mengharapkan saudari untuk membantu keluarga (sbb saudari anak sulung).

Apa pun kemungkinannya, saudari kena faham satu perkara.. hati manusia ini dipegang oleh Allah.. bila2 masa saja Allah boleh tukarkan hati ibu itu untuk bersetuju melepaskan saudari menjadi isteri orang lain. Jadi, untuk memudahkan urusan hati ini, saudari kena minta bersungguh2 kepada Allah semoga Allah melembutkan hati ibu saudari dan memudahkan urusan saudari untuk bernikah. Mulai sekarang, saudari kena jaga betul2 ibadah fardhu dan memperbanyakkan ibadah sunat serta banyakkan berdoa ketika waktu2 mustajab (spt 1/3 akhir malam, waktu hujan dsb).

Itu dari sudut kerohanian.. Usaha zahir pun perlu dilakukan juga selaras dengan sunnatullah atas muka bumi ini..

Pada pandangan Ustaz Love, oleh kerana ayah saudari sendiri, sebagai seorang wali tidak menghalang perkahwinan saudari, maka saudari kena berbincang elok2 dengan ayah.. berterus-terang apa yang sepatutnya dengan beliau dan fahamkan beliau kenapa saudari perlu bernikah dengan pasangan ini. InsyaAllah, jika beliau faham, beliau juga akan cuba memahamkan ibu saudari.. bantuan ayah ni sangat diperlukan disebabkan ayah itu sendiri merupakan orang yg dihormati oleh ibu (sebagai isteri), jadi kata2 ayah sudah tentu lebih mudah untuk diterima berbanding kata2 anak sendiri.

Sepanjang proses itu, saudari ambillah peluang untuk mengambil hati ibu.. fikirkan apa kegemarannya dan cuba penuhinya sedaya yang mampu.. contohnya, kalau dia suka makan KFC, maka belikanlah KFC (jgn beli KFC Chicky Meal plak.. kihkih).. kalau beliau suka jalan2, maka bawak la beliau jalan2.. kalau beliau suka shopping, bawak la gi shopping.. insyaAllah, bila saudari dah tawan hati ibu, mudah ibu nak terima kata2 dan pandangan saudari.

Bagi Ustaz Love, tiada masalah sekiranya saudari berkeras nak berkahwin walaupun terpaksa melukakan hati ibu, sbb saudari sendiri lebih berhak menentukan masa depan saudari. Tetapi, saudari juga perlu ambil kira masa akan datang.. bila permulaan dah tak berapa baik, biasanya akan berakhir dgn tak baik.. sbb itu, perkahwinan ini sangat memerlukan restu ibu bapa, agar mereka dapat mendoakan kebahagiaan kita..

Jadi, pada pandangan Ustaz Love, saudari berbincanglah dengan pasangan dan berikan tempoh masa tertentu (6 bulan ke, setahun ke) untuk saudari berusaha memujuk dan meyakinkan ibu.. jangan diputuskan perhubungan dengan pasangan yg baik itu (sekarang ni susah nak cari lelaki yg baik). Kiranya, dalam masa saudari berusaha memujuk ibu, pasangan saudari itu boleh fokus untuk membuat persediaan perkahwinan (beli rumah, kereta, tempah dewan dsb).

Bila sampai tempohnya (yg dibincangkan dengan pasangan), jika masih lagi tidak dapat memujuk ibu, Ustaz Love rasa ada baiknya saudari teruskan perkahwinan itu.. sambunglah urusan memujuk hati ibu itu selepas perkahwinan.. insyaAllah, sekeras mana pun hati ibu, akan lembut juga dengan pujukan dan rayuan..

Ustaz Love doakan semoga Allah memudahkan segala urusan saudari untuk menyempurnakan urusan agama ini..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

40 Comments

Add a Comment
      1. salam uztaz,saya sangat sayang dekat si dia,mak ayah saya pown dh pnh knl fmly dia,tapi mak n ayah saya tidak berstuju hubungan saya dengan dia kerana dia keturunan lain,mcm mne cara saya nk atasi semua ini,tapi saya masih berhubung dengan dia dalam diam2,

    1. Ini nasihat Ustaz yang paling saya suka:
      ===========================
      “Apa pun kemungkinannya, saudari kena faham satu perkara.. hati manusia ini dipegang oleh Allah.. bila2 masa saja Allah boleh tukarkan hati ibu itu untuk bersetuju melepaskan saudari menjadi isteri orang lain. Jadi, untuk memudahkan urusan hati ini, saudari kena minta bersungguh2 kepada Allah semoga Allah melembutkan hati ibu saudari dan memudahkan urusan saudari untuk bernikah. Mulai sekarang, saudari kena jaga betul2 ibadah fardhu dan memperbanyakkan ibadah sunat serta banyakkan berdoa ketika waktu2 mustajab (spt 1/3 akhir malam, waktu hujan dsb)”.
      Perjuangan recently posted..Cara Mengatasi dan Mengimbangi Tekanan Penderitaan dalam Pahitnya Hidup dari mana Penghiburan Kita?My Profile

  1. Salam..ustaz…saya nk mintak pendapat..
    saya ringkaskn je la yer..
    ermmm..saya berumur 26 tahun..saya masih bujang..saya baru putus tunang baru2 ni..utk kali k2..
    salah saya..saya yg x bole bsabar..lalu dgn prasaan kcewa dan marah..saya mtk kluarga saya putuskn ptunangan kami.ape yg buatkan sya tekad dgn kptsan sy waktu..kerana sikap tunang saya sndiri.dia bkn kaki pukul.tpi bile dia marah..mmg dia x pk perasaan org lain.saya syg dia ustaz..cuma waktu mak ayah saya pujuk..saya keraskn hati saya..saya ego.masa dia pujuk saya..saya rasa puas hati.sbb dpt buktikan bhawa saya pnting dlm hidup dia.dan bila saya terasa lapang dada..dpt maafkn dia..saya pernah usulkn pd mak saya..bhawa kami nk berbaik semula.tpi mak saya larang saya.mak saya takut hidup saya pas kawin jadi kucar kacir.takut tunang saya ungkit2 psl saya pernah putuskn tunang kami ni dan sbgnya.saya buntu ustaz.shgga kni kami masih bhubung.mcmana kite nk tau samada dia jodoh kita @ tdk?saya pernah buat solat istikarakh.tapi sy x tau nk terangkn nk fahami ape yg tersirat dlm mmpi saya.saya jadi buntu dan kabur.saya bingung..xtau nk wat kptsan mcmna.samada ikot kata mak saya..@ ikot kata hati.tpi dlm masa yg sama saya takut nk jadi isteri dia.saya takut dgn alam perkahwinan..byk sgt yg sy dgr dan lihat.adakah sy antara insan2 terpilih yg x dpt mndirikan rmh tgaa?x punya ank?knp saya rasa berbelah bgi mcmni?

    1. nk kene pujuk mak n famili saya ke mama??saya jadi takut nk buat kputusan.takut nnti timbul masalah after kawin.n famili saya lak tuding jari kt saya..xnk dgr nasihat dorg la..tu la ni la..tapi lau nk wat deq jer..smpai bile saya nk hdup mbujang mcm ni..sshkn famili lagi ada..saya x kawin2 sshkn famili..skrg saya mnumpang uamh abg..segan gak dgn kak ipar lama2..dok menyebok umah dorg jer..huhu..n saya takut gak lau da kawin pun takut sshkn famili gak..dgn masalah yg saya sndiri x pasti.hurmmm

    1. Salam nortek…

      Ustaz Love dah tengok video ni separuh.. kelakar plak bila dkatakan Nabi Muhammad dalam neraka, tapi bercakap bahasa Korea.. kihkih.. πŸ˜€

      Begitulah bila syaitan menipu manusia.. tak perlu dibuktikan apa2 untuk menafikan kebohongan video ni..

      email Ustaz Love : ustazlove[at]gmail[dot]com

  2. assalammualaikum ustaz love
    sy meo berumo 24 thn dpn…..sy banyak kali putus cinta gara2 tidak mndpt restu orang tua sy…….ada je yg x kena di mata mereka….sekarang sy amat mencintai seorg jejaka idaman hati saya…..tapi masalahnya pun tetap sama ada je yg x kena di mata ibuku……untuk pnghtuan ustaz boleh dikatakan kakak n abg sy dah kwen cuma sy n adq sy blm berkahwin……sy mmg berhajat sngt nk tamatkan zaman bujang sy tapi di tentang hebat oleh ibu……..samapaikn hubungan sy ngn ibu rengang atas kekerasan hati beliau…….sy nak berkahwin kerana sy nak mengelakan sy melakukan dosa…tapi ibu sy mcm x mau faham perasaan sy…..bantu sy ustaz love

    1. Salam Ustaz,

      Saya ingin minta pendapat ustaz mengenai pemasalahan saya. Saya berusia 26 thn dan merancang untuk ke fasa seterusnya iaitu bertunang dengan kekasih saya tetapi mendapat tentang dari ibu saya..Saya telah berkenalan dgn kekasih saya selama 4 thn. untuk pengetahuan ustaz, percintaan saya ini merupakan kali ketiga. percintaan pertama mendapat tentangan keluarga kerana kekasih saya berasal dari utara Malaysia…jauh dgn sy yg berasal dr selatan tanah air. percintaan kali kedua juga mendapat tentangan disebabkan perbezaan negeri iaitu dari pantai timur. untuk kali ni ustaz, ibu saya xsetuju disebabkan kekasih saya bukan bekerja kerajaan.cuma seorang technician swasta.apa perlu saya buat ustaz…seboleh2 ibu saya minta saya putuskan hbgn dgn kekasih saya…sedangkan saya dh banyak kali turut kan kata dia selama ni…saya xsanggup nak berpisah dgn kekasih saya ustaz…saya minta ustaz dapat membantu sy dlm permasalahan saya.

  3. Salam ustaz… sy brumur 25thun,sy brstatus ibu tunggal..sy mpunyai teman lelaki sama umur dgn sy,kami saling menyintai tapi malangnya ibunya halang hubungan cinta kami hanya sebab sy ibu tunggal,tetapi teman lelaki sy masih sayangkan sy,sy pun tak rela bpisah..teman lelaki sy terlalu takut untuk memujuk ibunya untuk merestui hubungan kami,ustaz ada cadangan tak untuk membantu teman lelaki sy memujuk ibunya yg keras hati..

    1. Ustaz Love takde cadangan.. ada baiknya saudari cadangkan kepada lelaki itu untuk menjadi seorang gentleman.. kenapa perlu takut nak memujuk ibu? takkan anak sendiri tak pandai nak ambil hati ibu sendiri? kalau lelaki tu seorang yg berani dan punya pendirian, insyaAllah, dia akan tahu macam mana nak memujuk dan mencairkan ibunya.

      saudari pulak, banyakkan berdoa dan melakukan ibadah.. minta pertolongan daripada Allah.

  4. Assalamualaikum ustaz, saya menghadapi masalah yang lebih kurang sama dgn saudari yang di atas.

    Ustaz, saya sudah berkenalan dengan seorang pemuda yang alhamdulillah, baik dan cukup segala syarat untuk menjadi seorang suami. Paling utama saya cukup tertarik dengan kebaikan agamanya. Cuma satu sahaja yang pernah menjadi kegusaran saya satu ketika dahulu, adalah usianya yang muda 2 tahun dari saya. Namun, alhamdulillah, antara kami berdua, perkara itu dapat dipersetujui dan diselesaikan dengan baik

    Setelah hampir 5 bulan berkenalan, kami bercadang untuk meneruskan kepada pernikahan. Apabila dia cuba menyatakan hasrat kepada ibu bapanya, bapanya menentang keras kerana usia saya.

    DAn apa yang menyedihkan saya adalah, pemuda ini setelah lama berbalah dgn ayahnya, terpaksa melepaskan saya pergi kerana tidak mahu saya terluka akibat kemarahan mentua.

    Saya meminta nasihat ustaz tentang 2 perkara:
    1. Saya sedikit kecewa kerana pemuda itu mahu melepaskan semua ini begitu sahaja. namun saya bersangka baik bahawa beliau terpaksa melakukan begitu utk kebaikan saya. Saya memohon pandangan ustat dari kaca mata seorang lelaki.

    2.. Selama berkenalan, saya cuba menarik tali dan jual mahal, dan cuba menyimpan segala perasaan sampai hari kami bernikah. Tindakan saya selama ini, sebenarnya mempengaruhi keputusan pemuda itu, kerana beliau beranggapab, saya mungkin takkan apa2 kerana saya tidaklah nampak seperti mahu bersungguh2 utk meneruskan perhubungan ini. Apabial perkara ini berlaku,saya berpendapat, bahawa once and for all, i need to let him know. is this going to be helpful?

    3. Paling utama, saya tak tahu, samada ini petunjuk saya tidak berjodoh dgn dia, and i should just let this go, atau ini sebenarnya ujian dalam perhubungan ini, and i shud fight for it. ustat sebut dalam entry di atas, lelaki yang baik bukan mudah dicari, bila sudah ada, teruskan perhubungan itu. I’m caught in between. Perlu berserah pada ketentuan jodoh ke atau berusaha mempertahankan yang telah datang dan ini jodohnya.

    I’m lost in words…I hope you get the whole point im trying to ask…Balasan ustaz yang segera amat2 saya hargai…

    Wassalam

  5. salam ustaz…sy nak tyk salah ke sy mengunakan handfon camera…sy teringin nak guna hp tp family sy x bg….klu sy guna pun mereka rampas….umur sy pun dah 19 kadang 2 fikr nak mati je….sy di bt mcm ank yatim di rumah…klu ckp nak guna hp camera bt sy nak yatim…x tentu pasal pukul sy….apa pendapat ustaz….

  6. Salam ustaz sy ingin memohon pendapat ustaz , bakal suami sy membatalkan perkahwinan kami sehari sebelum majlis ,setelah 95% persiapan siap …sy begitu kecewa kerana dia membatalkan hanya melalui telefon iaitu melalui abg ipar nya kpd kakak sy , smpi hari sy msh belum dpt penjelasan dari beliau ….menurut kakaknya ibunya tidak mengizinkan perkahwinan itu …pada awalnya benarkan sy tidak tahu apa yg merubah hati ibunya …tetapi sy sgt syg kan dia adakah itu petanda dia bkn jodoh sy ? Apa yg perlu sy lakukan ustaz mohon bantu sy, utk pengetahuan ustaz sudah 2 kali ibunya memutuskan kami …apakah yg harus sy buat ustaz ?

  7. assalamualaikum ustaz, saya sdh tamat degree dan jika ada rezeki bakal menyambung ke peringkat seterus nya dan berumur 23 tahun, saya ada mengenali seorang kawan dia juga baru tamat master dan insyaAllah dia juga ingin menyambung ke peringkat seterusnya, dia kawan yang akhirnya kami berdua sebenarnya ada menyimpan persaan di hati2 masing, dan secara tidak langsung kami rapat seperti hubungan spasang kekasih, tetapi saya lebih selesa gelar ‘kawan’ sbb dia lah sahabat setia saya, pendengar, pemujuk, memahami, cikgu saya dan bnyk dia membantu sepanjang pengajian saya. tetapi sudah hampir setahun knl, ttbe dia memberi tahu bahawa mak dia sudah ada calon lain untuk dia dan kebetulan juga calon tersebut adalah bekas kekasih dia…saya xtaw hendak berkata ap, hendak d pakse dia pujuk mak dia, dia sendiri tidak mampu melawan dia sahaja ank lelaki dlm family n anak bongsu..saya kecewa dia tidak mampu nk pertahankan setelah apa kami lalui bersama. jujurnya saya sedih.. tapi saya xmampu berbuat apa2. apa yang saya mampu buat sejak dia mengatakan yang dia terpakse menerima kembali bekas kekasih nya dan belajar semula mencintai dia dan terpakse menganggap saya hanya sekadar kawan, saya hanya mampu berdoa tiap2 kali saya solat dan setiap malam saya buat solat sunat meminta semoga pintu hati mak dan ayahnya terbuka untuk berubah pikiran.. Tapi saya xtahu apakah penghujungnya, haruskah saya meneruskan? saya pernah bercinta dgn org lain juga sebelum dia, tapi saya tidak pernah rase sedih sebegini dan sayang sebegini, Allah saja yg mengetahui betapa cinta nya saya pada dia.. cinta itu jugalah yang Allah S.W.T dtg kan kepada saya..apakah pendapat ustaz? jadi saya minta pandangan ustaz serta nasihat dan harap ustaz mendoakan yang terbaik untuk kami.

    1. Lupakan je lah dia. Mgkin dia sendiri tak pernah melupakan kekasih lamanya yang lagi banyak memori daripada ketika berhubungan dgn awak. Mgkin kekasih lama dia lagi sedih bila dapat tahu dia berhubungan dgn awak. Percaya pada aturan Allah. Mulakan hidup baru.

  8. Salam ustaz…

    Begini, saya ringkaskan kisah saya dimana sy perlukan pendapat ustaz. Saya berusia 22 manakala lelaki yg ingin saya kawini berusia 25. Kamu telah mengenali lebih 5 tahun dan telah 3x putus hubungan namun walau jauh mana kami lari, penghujungnya tetap ada sahaja jalan kami dipertemukan.. maka utk perkenalan ke 4 ini, pihak lelaki memutuskan utk mengawini saya. Malangnya hasrat ini telah ditentang oleh ibu bapa saya terutama ibu. Saya hanya meminta izin dr ibu menerima kunjungan merisik dari pihak lelaki namun ditentang sekerasnya. ibu telah menuduh serta melemparkan berbagai alasan pada saya dan bertindak tidak menegur saya selepas itu. apa yg perlu sy buat ustaz? sy meminta izin dan restu dr ibu dengan sebaik dan selembutnya..

  9. salam ustaz..
    sya perlukan pendapat ustaz..sya sudah lama kwn ngan sorang laki selama 6thn..umoq sya 21 thn & umoq dia 26thn..sya syg sngt kat dia..sya nk jdi pasangan yg halal disisi ALLAH..cuma masalahnya skrg ibu sya menentang habis habisan xbgi sya kahwin ngan laki itu suruh sya putuskan hubungan ngan dia..sya da cuba bgi pelbagai penjelasan n still ibu sya xmerestui…ibu sya xsuka family lelaku itu..ibu paksa sya suruh kahwin ngan pilihan ibu sendiri..sya xtau nk wat pa…sya dilemma ustaz..

  10. DILEMA
    assalam uztaz..saya berumur 22tahun dan berhasrat untuk menikahi pasangan saya yg berumur 20tahun..tapi masalah yg saya hadapi sekarang ialah ibu bapa saya menghalang niat baik saya ini dengan alasan saya dan pasangan saya masih muda..saya ingin menikahi pasangan saya bagi mengelakkan kami terlibat dengan zina dan perbuatan yg dilarang oleh Allah swt..adalah jika saya berkeras dan melawan cakap ibu bapa saya untuk tetap menikahi pasangan saya,adakah saya dikira sebagai anak derhaka?saya sangat menyintai pasangan saya itu..untuk pengetahuan ustaz kami sudah menyulam cinta selama 3tahun..

    1. Kalau saudari dan pasangan tidak berkhalwat, bagaimana mungkin boleh terjadinya zina? Sebaiknya saudari dan pasangan fikirkan dulu bagaimana nak mengelakkan daripada melakukan maksiat, kerana perkahwinan bukan satu2nya cara mengelakkan zina. Berapa ramai pasangan yang sudah berkahwin, tetapi masih lagi bergelumang dengan zina disebabkan mereka tidak menjauhkan diri daripada perkara2 yang boleh mencampakkan diri mereka ke lembah zina.

      Tutuplah dulu lubang2 daripada terjadinya maksiat dan tambahkan ilmu serta amalan sebelum membuat keputusan untuk terjun ke dalam laut yang penuh dengan gelombang.

  11. Ustaz sy dah umur 26 tahun, dan berkawan dengan seseorg kami ingin menikah tapi dihalang keluarga lelaki tersebut, atas alasan sy tidak cantik dan tidak ada krja tetap, sy dh beberapa kali putus hubungn tpi masih brhubung smpy sekarang. Bagaimana sy nk buat supaya boleh bernikah dengannya, fmlynya langsung xmau brjumpa sy terlebih dahulu

    1. Semuanya bergantung atas kemahuan lelaki itu sendiri. Beliau bukannya nak kena ada wali, jadi tak perlu dia nak jadikan keluarganya sebagai alasan melainkan beliau sendiri dok feeling2 macam orang perempuan nak duduk rumah jaga anak lepas berkahwin nanti, sebab itu digunakan alasan untuk mencari wanita yang ada kerja tetap.

      Bagi Ustaz Love, jika lelaki itu sendiri tiada keberanian untuk memujuk keluarganya, tinggalkan saja. Jangan buang umur saudari dengan menunggu buah yang tak gugur. Banyak lagi lelaki baik di luar sana yang menunggu saudari membuang ruang dan peluang untuk mereka menyunting saudari sebagai suri dalam taman hidupnya. Wahh.. berbunga plak ayat.. hihi

      Apa yang penting, jangan terburu2 untuk bernikah. Fikirkan sedalamnya. Kalau saudari nak jugak (macam budak2 nak mainan menangis hentak2 kaki) dan berjaya bernikah, bayangkan kehidupan berumahtangga saudari nanti yang dibenci oleh keluarga mertua, sedangkan suami sendiri tak mampu nak mempertahankan saudari. Jangan bernikah untuk bercerai.

    1. Bukan tiada, tapi kurang.. kerana doa daripada ibu bapa itu sendiri bakal menambahkan keberkatan dalam perkahwinan. Urusan berkat tak berkat ini urusan Allah. Jika arahan ibu itu melanggar batasan syarak, maka siapakah yg lebih wajar untuk ditaati?

  12. Salam sy fizah
    Ingin bertnya bagaimana pendapt ustaz, sy sgt cinta n syg ia pun sama, tapi baru2 ni maknya ad mytakan ingin jodohkan ia dengan suadara mara nya, ia ni keturunan syed n sharifah, sy tidak..ia terpksa terima, ia xnk mknya kecewa, lau pun hatinya luka, lagi pun ia ank sulong,ia tpkasa terima ,xnk adik2, ikt jika ia mblkngkan niat mknya itu, bagaimana sy nk hadapi, hari2 ditemani airmata, sy dh last sem, sy xkuat nk hadapiny..

  13. Masalah kt atas sama yg sy kena.. Tp alasan mak sy sbb kekasih sy hanya bekerja sebagai polis bantuan, bukan polis biasa.. Katanya kalau polis biasa, baru dia terima jd menantu..

  14. Assalammualaikum ustaz love..saya sudah menemui cinta hati saya..saya sudah berkawan dengan seorang lelaki yang agak berusia iaitu berumur 47 tahun, dan mempunyai 5 orang anak dan seorang duda..dan saya berumur 27 tahun.Saya sudah berkawan dengan lelaki itu hampir 2 tahun,tetapi ustaz saya tidak sangka yang saya akan berkawan dengan lelaki yang sudah berusia tetapi semua ini sudah ditentukan oleh allah..tapi satu masalah bila ibu bapa sudah mengatakan mereka akan memutuskan hubungan dengan saya jika saya berkahwin dengan dia,kalau ustaz nak tahu ibu bapa saya bekerja sebagai guru dan mereka sangat memilih calon menantu mereka dari segi kerjaya dan umur.Tapi apa saya boleh buat jodoh semua sudah ditentukan allah..apa yang saya harus lakukan sebab saya sudah ada chemistry dengan lelaki itu dan saya harap saya mahu mengahwininya kelak.

  15. Assalamualaikum ustaz,saya ingin minta pandangan ustaz tentang situasi saya.
    Saya berumur 21 tahun,manakala lelaki yang saya kenali lingkungan 24 tahun,beliau sudah nyatakan hasrat untuk menikahi saya dan sedia berkomitmen trhdp rumahtangga,dari aspek kerjaya,kewangan dan ilmu pngetahuan agamanya baik,begitu juga dengan keluarganya..tapi apa yg membimbangkan saya,saya sudah nyatakan hasrat pada kedua ibu bapa,respon mereka positif untuk menerima lelaki yang saya kenali,tapi ibu saya agak risau mahu lepaskan saya dan risau akan masa depan saya..mungkin persepsi ibu saya tentang kerjaya dan pelajaran amat tinggi kerana saya anak sulung..saya rasa saya sedia untuk berkomitmen tapi saya perlukan masa untuk yakinkan ibu saya..

    Dan tentang lelaki yg saya kenali,dia punya ciri2 lelaki yang baik untuk membimbing,dan saya yakin dengan dia.
    bagaimana ea pandangan ustaz untuk saya yakinkan ibu saya.

    1. Kerisauan itu memang biasa pada seorang ibu. Namun, jangan pula disebabkan kerisauan pada perkara yang belum berlaku, menyebabkan kehidupan yang sekarang ini jadi tidak tenang.

      Pujuklah ibu dengan bantuan ayah. InsyaAllah, segalanya akan jadi mudah.

  16. Assalamualaikum ustaz.
    Saya mempunyai masalah hubungan tidak direstui juga. Saya berumur 25tahun dan sudah bekerja. Saya telah berkawan dengan teman lelaki saya ni selama 6tahun sejak kami belajar bersama sewaktu di universiti dulu. Teman lelaki sy ni seorg yg beragama, mempunyai latar belakang yg baik serta mmg seorg lelaki yg sgt menyayangi sy. Dia tua setahun daripada sy. Keluarga teman lelaki sy juga sgt menyayangi sy. Semester terakhir sebelum sy tamat belajar, ibu bapa sy ada memanggil teman lelaki sy utk berbincang berkenaan pertunangan kami. Sewaktu tu, teman lelaki sy bru je hbs belajar dan msih buat chambering(teman lelaki sy mengambil jurusan syariah undang2), jd waktu itu teman lelaki sy tidak punya gaji yg tetap. dan memandangkn teman lelaki sy dtg dr keluarga yg susah dan merupakan 6 daripada 12 adik beradik, dia minta utk dpt krja tetap dahulu baru bertunang. Tetapi dia mmg sgt serius dgn sy kerana ahli keluarga dia smua mengetahui bahawa dia mahu mengahwini sy.
    Malangnya, ibu sy menganggap bahawa teman lelaki sy ini tidak serius inginkan sy, dan ibu sy terus marah serta tidak membenarkan sy berkawan lg dgn teman lelaki sy. Sewaktu konflik tu pula, ibu sy yg sememangnya dr dlu sgt menyukai kwn abg sy, telah mencadangkan utk sy berkahwin dgn kwn abg sy itu. Pada awlnya sy tidak mahu tetapi disebabkan syg sy pd ibu sy, sy cuba berkawan dgn kwn abg sy tu. setelah tiga bulan berkawan, sy mendapati perangai dia sgt tidak menyenangkn sy. Dia selalu berfikiran kotor dan tidak ikhlas dlm menjaga ibunya(dia merupakan ank tunggal,ibu ayh dia telah bercerai). Saya kemudiannya mengambil keputusan utk tidak berhubung dgn dia lg tetapi ini mendatangkn kemarahan ibu sy. Dalam wktu yg sma juga, ibu teman lelaki sy berhubungan dgn sy. ibunya selalu menangis kerana kasihan kan sy dan kerana syg sgt pd sy, ingin sy jd menantu dia. Hati saya sgt menyebelahi teman lelaki sy ini kerana rasa sgt disayangi oleh mereka sekeluarga. Mereka mmg lyn sy dgn sgt baik dan selalu kata pd sy bersabar. Sekarang teman lelaki sy sudah bekerja hampir 6bulan dan telah cukup kumpul duit utk berkahwin dgn sy.
    saya telah menerangkn segala perkara yg terjadi kepada ibu sy namun dia msih tidak mahu menerima teman lelaki sy semula. ayah sy tidak membantah tetapi ayh sy juga tidak menyokong. ayh sy selalu ckp semuanya terpulang kpd ibu sy. sy faham yg ayh sy tidak mahu menyakiti hati ibu sy dan juga tidak mahu keluarga porak peranda sekiranya dia membenarkan sy berkahwin dgn teman lelaki sy tnpa persetujuan ibu sy. Namun, sy sgt bersedih. Sytelah menerangkn semua perkara kepada abg sy, dan abg sy juga telah merestui utk sy berkahwin dgn teman lelaki sy, dan bersetuju utk membantu sy memujuk ibu sy. Namun, apabila dipujuk oleh abg sy(abg sy merupakan satu2 nya org yg ibu sy akn dgr segala percakapannya), ibu sy masih lg buat tak tahu dan tidak mahu bersetuju membenarkan sy berkahwin dgn teman lelaki sy.Saya sgt2 buntu. apa yg patut sy lakukan ye ustaz. Adakah segala ini menunjukkan yg dia dgn sy tidak berjodoh? Sy inginkan perkahwinan yg direstui ibu bapa seperti org lain juga.T_T

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme