I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Penyanyi Menderma Ke Rumah Anak Yatim

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Nur :

Assalamualaikum,ustaz, maaf lari topic..ader pertanyaan.. mohon pandangan:

“apakah hukum seorang penyanyi memberi derma kepada rumah anak yatim dan rumah anak yatim itu mengambil derma itu..”

terima kasih..

Rasanya Ustaz Love pernah membincangkan persoalan ni beberapa tahun lepas (kuat betul ingatan Ustaz Love ni.. kihkih).. masa tu ada satu rancangan yang ahli panelnya termasuk seorang artis iaitu Kak Pah (bukan Pah Bedah, tapi Dato’ Sharifah Aini). Beliau menyatakan akan perasaan sedihnya bila seorang Ustaz maahad tahfiz menolak pemberian sedekahnya dengan alasan takut maahad tu terbakar..

Untuk mengetahui sesuatu hukum bagi sesuatu perkara, maka kena kembali kepada asal perkara tersebut.. contohnya, nak tanya hukum antara makan babi yang disembelih dan makan babi yg tak disembelih, mana satu yg halal dimakan? Soalan agak tricky, tapi bila kita dah tahu asasnya yang makan babi itu adalah haram, maka tak kira la babi tu disembelih ke, tak disembelih ke, buat masak lemak cili api ke, masak 3 rasa ke, ia tetap haram.. sbb hukum asal makan babi itu adalah haram..

Berkenaan bab nyanyian ini, tiada hukum yg putus (qat’ie) sebagaimana hukum makan babi tadi.. ada ulamak yang mengharamkan secara mutlak (total), ada yang mengharuskan dengan syarat tertentu dsb. Maka, dari sinilah sebenarnya menjadi punca bagi pegangan kita dalam berhukum.

Bagi yang berpegang dengan hukum haram secara mutlak, maka haramlah menggunakan apa2 juga hasil daripada nyanyian itu, sama ada untuk dijadikan pendapatan, untuk didermakan, untuk diterima dermanya dsb. Bagi yang berpegang akan hukum harusnya nyanyian itu (spt pegangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan), maka haruslah menerima hasil daripada nyanyian ini.

Tak kira apa juga pegangan kita terhadap sesuatu hukum, yang paling penting adalah bagaimana kita nak berinteraksi dengan hukum2 yang terdapat khilaf sebegini, iaitu dengan mengamalkan adab2 ikhtilaf.. banyak adabnya, cuma Ustaz Love nak fokuskan satu je.. iaitu berlapang dada dengan perbezaan pendapat (iaitu dengan cara meringankan hukum pada orang lain, dan mengetatkannya untuk diri sendiri). Dengan cara ini, maka kita akan lebih mudah untuk merapatkan jurang perbezaan, dan ia akan menjadi rahmat kepada umat.. dan bukannya menjadi jurang yang menjauhkan lagi kesatuan ummat.

Jadi, jika seorang artis itu nak menderma, maka tiada salahnya kita menerima (sekalipun kita berpegang kepada hukum haramnya nyanyian). Soal terima itu perkara lain, soal menggunakan derma itu perkara lain pula.. kita terima dermanya, kemudian kita gunakan untuk kepentingan masyarakat (spt membina tempat wuduk di surau ke, buat jamban ke.. kihkih). Dengan cara ini, kita dapat menjaga air muka penderma (berbanding kita menolak mentah2 pemberiannya atas alasan nak berpegang pada hukum sehingga menjatuhkan maruah beliau di khalayak ramai), dalam pada masa yg sama kita dapat meraikan perbezaan pendapat (dalam keadaan kita masih lagi dapat berpegang pada hukum yg kita lebih yakini).

Tak perlu la sampai nak aibkan beliau dgn mengatakan jika derma beliau diterima, akan menyebabkan sekolah terbakar dsb.. sbb kalau nak terbakar, bukan semata2 sbb sedekah artis.. banyak je pondok2 dan madrasah yg terbakar disebabkan berlakunya litar pintas, akibat daripada penggunaan elektrik berlebihan daripada yg sepatutnya (satu plug guna banyak sambungan.. sbb nak jimat duit). Maka, pada pandangan Ustaz Love, adalah lebih baik meraikan pendapat lain, daripada bertegas dengan pendapat sendiri sehingga membahayakan nyawa orang lain.

Dari sudut lain, bila orang dah bagi, dah tentu lebih baik kita terima daripada kita meminta2 daripada orang lain.. dalam keadaan memerlukan, maka menerima sumbangan derma itu adalah lebih baik daripada meminta sedekah.

Pada pandangan Ustaz Love sendiri, tiada masalah kita nak menerima sumbangan / derma daripada artis.. sbb kita tak dipertanggungjawabkan untuk menskodeng dari mana sumber duit artis itu, sebaliknya kita cuma dipertanggungjawabkan atas cara kita mendapatkan derma itu.. Kalau kita dapatkan derma melalui cara menipu (sekalipun duit yang kita dapat itu adalah duit gaji pak imam – kira habis berkat la tu.. kihkih), maka derma yg kita dapat itu adalah haram hukumnya.. Kalau kita dapatkan derma dengan cara yang halal (sekalipun kita tak tahu duit yg kita dapat itu daripada hasil nyanyian ke, hasil bisnes lain ke), maka ianya halal diterima dan digunakan.

Persoalan derma ini bukan pada penerima, tetapi pada yang memberi derma itu sendiri..  sbb hanya pemberi derma itu saja yg tahu duit yang didermakan itu adalah duit hasil yang halal atau tak..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
    1. Salam Kamarul..

      Jika kita mengetahui secara pasti bahawa duitnya itu duit yg haram (contohnya pekerjaan beliau hanya berjudi dan tiada kerja lain yg membolehkan beliau mendapat duit dsb), maka haramlah kita menerimanya.. sama situasi jika bekerja di rumah sembelihan babi, walaupun pekerjaan kita itu halal (contohnya kita bekerja sbg tukang cuci), tetapi pendapatan kita itu dikira syubhah kerana memperolehinya daripada hasil perbabian.. err.. faham kan maksudnya? (susah plak nak cari istilah.. kihkih).

      Jika beliau menang loteri dan bersedekah, dalam masa yg sama kita tak tahu sama ada yg diberikan sedekah itu duit loteri ataupun duit gajinya, maka harus menerimanya.. sbb kita tak disuruh menyelidik sampai mendalam cara beliau memperolehi duit itu.

      WA

  1. Assalamualaikum,
    Sangat suka cara ustaz huraikan.

    urusan kita dengan penderma tu dah tamat, urusan penderma dengan Allah, bukan kita yang adili.

    1. Waalaikumussalam..

      Begitulah sepatutnya kita mengambil sikap.. iaitu jangan menyulitkan perkara yg Allah telah mudahkan 😉

  2. Salam

    Kamarul

    Kalau dah memang main loteri tu haram maka haramlah untuk sedekah. Sebab hukum berjudi jelas haram. Melainkan nyanyian sebab ada khilaf ulamak tentang hukumnya… Wallahualam

    1. Salam anon..

      Sedekah itu tak haram.. cuma tak mendapat apa2 ganjaran kerana menggunakan harta yg haram 😉

  3. ade orng,meka x ley trima pandgn yang terbuka ustaz..contohnya,kalu dia itu berpegng pendapat mengatakan haram,bila ade orng yang mengatakan harus, meka x ley trima ustaz.. bgitu jgk meka2 yng berpndapat harus,x ley trima yang mengatakan haram..

    1. menerima tak semestinya bersetuju.. adab dalam berikhtilaf ini adalah supaya dapat menghormati pandangan orang lain, sekalipun kita tak bersetuju dengan pandangannya 😉

  4. Dok pahamlah ustaz, dah kita tahu hasli duit nyanyian dia tu haram ( maksud sayew kalau artis tu perempuan, menyanyi, jual suara, dpt duit tu lepastu derma kat kita), so takleh terima lahkan?
    Zack recently posted..Komen Under TNMy Profile

  5. Ustaz, saya baru ni dapat masuk kelas pertama hasil meniru dalam kelas. Ibu bapa saya memberi upah sebanyak rm30 sebagai ganjaran. Adakah halal saya guna duit itu ? Bolehkah saya guna untuk membeli hadiah kepada orang ? Ataupun memberi sedekah walhal hasil daripada menipu?

    1. perbuatan meniru itu haram.. duit upah itu halal sbb ia hadiah yg diberi berdasarkan prestasi (dapat tempat pertama) dan bukannya berdasarkan kejujuran semasa menjawab soalan. sebaiknya saudari bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan meniru dalam peperiksaan lagi. belajar sungguh2 untuk masa depan, bukan semata2 untuk kedudukan dalam kelas.

      1. Tetapi, ayah saya tidak tahu yang saya meniru. Sekali lagi, saya ingin mendapatkan kepastian… Adakah halal sy guna duit tu ?

  6. Salam Ustaz,

    Ingin tau, ibu saya benar-benar hendak menderma kepada anak-anak yatim kali kedua, akan tetapi ibu saya bertungkus lumus mencari duit untok harian perbelanjaan nya dan sedang kan diri nya susah and masih banyak hutang yang d tanggung nya.. kami adik beradik pernah nasihati ibu, sekira nya di-izin kan allah ada rezeki lebih boleh lah kita sedekah untok anak-anak yatim.. sebab kami pun inda mau meliat diri nya susah untok sampai kan hajat nya kali kedua..

    Kali pertama ibu derma kepada anak-anak yatim, duit itu adalah duit pencen ayah kerja.. Ibu utama kan anak-anak yatim dari anak nya sendiri, tapi kami sebagai anak diam sahaja walaupun kami dalam keadaan susah yang perlu kan untok pebelanjaan harian..

    Apakah hukum nya derma nya kepada anak-anak yatim

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme