I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : PAS Kafir Kerana Beramal Dengan Demokrasi

Salam…

Ustaz Love menerima komen daripada kerusijati47 :

Salam,

PAS melakukan ijtihad at-tanzil dalam memboleh dan menghalalkan amalan politik demokrasi . Ini adalah ijtihad yang kafir kerana :

1.Hukum fiqh tidak membenarkan untuk dilakukan ijtihad untuk mengamalkan sesuatu aqidah yang kafir;

2. Sudah wujud ayat-ayat al-Quran yang jelas dan terang yang melarang kita dpd mengamalkan agama demokkrasi yang kafir (60:4; 4:60; 35:10) – justeru tidak boleh berijtihad;

3. Amalan demokrasi menyebabkan kita melakukan perbuatan-perbuatan yang kafir seperti berikut :

a. Kita berkuasa untuk memerintah manusia;

b. Kita buat undang-undang;

c. Kita jalan dan kuat kuasakan undang-undang manusia ke atas manusia;

d. Kita mengabdikan manusia kpd kuasa manusia;

e. Kita wujudkan sistem manusia menyembah manusia;

f. Kita melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa dan berdaulat serta yang kita sembah.

PAS adalah kafir kerana ia mengamalkan agama demokrasi yang kafir.

Sekian, terima kasih.

Wan Solehah al-Halbani

Lubok Terua, Temerloh, PAHANG DM

Ustaz Love sebenarnya agak kureng sket nak menjawab bab2 politik ni.. pertama, sebab Ustaz Love bukan peminat politik dan juga bukan ahli politik.. kedua, sebab Ustaz Love kena meraikan mereka2 yang berbeza pandangan politik (Ustaz Love punya pengalaman keluar tabligh yang di dalam jemaah itu ada orang politik dari pihak berlainan, memang susah bila masing2 saling sindir-menyindir dan cuba menegakkan pendapat masing2) dan yang ketiga, Ustaz Love pun tak dapat nak pastikan kebenaran sesuatu pandangan politik.. jadi, adalah lebih baik Ustaz Love tumpukan pada entry2 yang lebih mudah difahami dan lebih mudah difahamkan, supaya manfaatnya dapat kepada ramai pihak.

Sepanjang Ustaz Love menjadi Ustaz Love ni (maksudnya berblogging.. kihkih), banyak isu2 berkaitan asas agama seperti bab bersuci, solat dsb, ramai lagi yang tak faham atau tersalah faham. Jadi, fokus Ustaz Love adalah pada bab2 ibadah.. bab2 fikrah ni, Ustaz Love jarang campur.. Ustaz Love cuma akan campur kalau puak Syiah datang nak menyebarkan fikrah dan akidah mereka.. yang tu memang Ustaz Love akan cantas.

Cuma, bila dah 2 3 komen diberikan oleh saudara Wan Solehah ni (Ustaz Love cuma approve satu je), Ustaz Love rasa terpanggil untuk menjawab sekadar termampu. Jadi, ada baiknya Ustaz Love cuba jawab satu-persatu berdasarkan kenyataan saudara.

PAS melakukan ijtihad at-tanzil dalam memboleh dan menghalalkan amalan politik demokrasi . Ini adalah ijtihad yang kafir kerana :

Ijtihad at-tanzil ini masih lagi dalam ruang lingkup ijtihad.. dah namanya pun ijtihad, tidaklah ijtihad saudara yg mengatakan ijtihad PAS ini kafir akan membatalkan ijtihad PAS.. sbb ijtihad itu tidak akan membatalkan ijtihad.. soal benar atau salah, serahkan saja pada Allah.. kalau benar, dapat 2 pahala.. kalau salah, dapat satu pahala.. tapi perbuatan saudara mengkafirkan orang Islam berfahaman politik PAS itu sudah tentu saudara sendiri terpaksa menjawabnya di akhirat nanti.

1.Hukum fiqh tidak membenarkan untuk dilakukan ijtihad untuk mengamalkan sesuatu aqidah yang kafir;

Ustaz Love tak nampak di mana yang dikatakan ijtihad pada akidah yang kafir? Adakah demokrasi itu satu akidah? Ataupun ianya suatu kaedah? Pada Ustaz Love, demokrasi itu bukanlah akidah, sebaliknya kaedah untuk memilih pemimpin melalui cara mengundi dan mentadbir negara mengikut kaedah majoriti. Walaupun ada kelemahan di sana sini, namun atas dasar maslahat ummah, maka ia dibenarkan dengan matlamat supaya suatu hari nanti, hukum Islam akan dapat dilaksanakan sepenuhnya setelah memperolehi kuasa pemerintahan.

2. Sudah wujud ayat-ayat al-Quran yang jelas dan terang yang melarang kita dpd mengamalkan agama demokkrasi yang kafir (60:4; 4:60; 35:10) – justeru tidak boleh berijtihad;

Ustaz Love letakkan terjemahan ayat agar kita sama2 boleh membaca dan mengambil iktibar daripadanya..

Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata”, tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): “Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu”. (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!” (al-Mumtahanah : 4)

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.” (an-Nisa’ : 60)

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.” (Fatir : 10)

Sekali lagi Ustaz Love ingin tegaskan, bahawa demokrasi itu bukanlah agama.. walaupun saudara ingin mengatakannya dari sudut metafora, namun hakikatnya kita sama2 mengetahui yg demokrasi itu bukan sejenis agama mahupun sejenis akidah.

Ustaz Love juga ingin bertanya, atas dasar apakah saudara menghalang ijtihad dalam perkara ini? Dalil yang saudara berikan di atas bukanlah dalil yg qat’ie (putus) untuk menjatuhkan hukum haram beramal dengan kaedah demokrasi. Jadi, ia tidak wajar digunakan untuk mengharamkan kaedah demokrasi, apatah lagi mengkafirkan mereka2 yang beramal dengannya. Alangkan Muawiyah r.anhu mengamalkan sistem monarki (yg tentunya lebih buruk drp demokrasi sbb adanya kuasa pewarisan secara individu kepada warisnya), maka siapakah kita yg nak mengharamkan sistem demokrasi (yg mengambil kira pandangan masyarakat berbanding individu).

3. Amalan demokrasi menyebabkan kita melakukan perbuatan-perbuatan yang kafir seperti berikut :

a. Kita berkuasa untuk memerintah manusia;

Jika bukan manusia yang memerintah dan diperintah, untuk siapa lagi hukum-hakam itu nak dilaksanakan? Ustaz Love pun tak berapa pasti apa maksud kenyataan saudara, namun secara zahirnya nampak macam ada yang tak kena. Manusia sememangnya khalifah Allah yang diutuskan untuk memakmurkan bumi (termasuklah dalam bab memerintah dan diperintah), jadi di mana salahnya bab ini sehingga dikatakan sebagai kafir?

b. Kita buat undang-undang;

Membuat undang2 sendiri tidaklah sampai jatuh kepada kafir.. sbb hukum hudud pun tak banyak.. hukum takzir itu lebih banyak cabangnya daripada hudud.. dan takzir itu adalah hukuman yg ditentukan pemerintah. Yang boleh jatuh kafir dan rosak akidah adalah bagi mereka2 yang menentang hukum Allah (hudud, qisas dsb). Sama situasinya jika meninggalkan solat.. setakat meninggalkan solat, maka ianya berdosa besar.. tetapi jika mengingkari kewajipan solat, ketika itulah baru jatuh kafir.

c. Kita jalan dan kuat kuasakan undang-undang manusia ke atas manusia;

Seperti yg Ustaz Love nyatakan di atas, menjalankan hukum yg lain dengan syarat tak mengingkari hukum Allah tidaklah jatuh kafir.. apatah lagi jika menggunakan kaedah demokrasi atas matlamat untuk menegakkan hukum Allah suatu hari nanti.. dah tentu itu lebih baik.

d. Kita mengabdikan manusia kpd kuasa manusia;

Ini juga tiada asasnya.. tiada manusia yg mengabdi pada manusia lain dlm konsep demokrasi.. sbb dalam demokrasi, setiap orang diberikan hak yg sama untuk memilih pemimpin yg mereka sukai. Berbeza jika mengamalkan sistem monarki atau diktator.. itu mungkin ada.

e. Kita wujudkan sistem manusia menyembah manusia;

Ini pun bagi Ustaz Love agak karut.. dalam sistem demokrasi takde dinyatakan yg pengikut mesti menyembah pemimpin..

f. Kita melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa dan berdaulat serta yang kita sembah.

Point Ustaz Love sama seperti di atas.. takde istilah melantik manusia menjadi Tuhan untuk disembah..

Bagi Ustaz Love, hujjah2 yg saudara kemukakan agak longgar untuk menafikan demokrasi, jauh sekali untuk mengkafirkan PAS. Ustaz Love perasan yang saudara dah sebarkan pandangan saudara ini di banyak tempat.. nasihat Ustaz Love, hentikanlah kerja2 sebegini. Tiada apa2 manfaat pun buat saudara.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

Add a Comment
  1. Ustaz Love,

    ISLAM adalah AGAMA ALLAH kerana ianya adalah terdiri daripada AQIDAH, SYARIAT dan AKHLAKNYA yang tersendiri yang datang daripada Allah swt :

    1. AQIDAH ISLAM adalah daripada Allah yang terdiri daripada Uluhiyah dan Rububiyah ALLAH :

    i. Rububiyah Allah bererti Pemerintah ke atas manusia itu adalah Allah kerana hanya Dia sahaja yang mempunyai HAK dan KUASA ke atas Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang dan hanya Dia sahaja yang mempunyai HAK untuk MENGABDIKAN MANUSIA kepada KUASA -NYA;

    ii. Uluhiyah Allah bererti Pemerintah ke atas manusia hanyalah Allah sahaja kerana segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang Allah itu DITAATI dan DIPATUHI oleh seluruh manusia yang diperintah yang bererti manusia menyembah Allah;

    2. SYARIAT ISLAM adalah terdiri daripada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang diasaskan kepada al-Quran dan Hadis;

    3. AKHLAK ISLAM adalah daripada Allah dan ajaran Rasulullah saw serta segala contoh dan tauladan Baginda.

    Islam adalah agama Allah kerana ianya adalah terdiri daripada AQIDAH, SYARIAT DAN AKHLAK daripada Allah, iaitu AGAMA ALLAH yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Sebaliknya demokrasi adalah satu agama yang lain, yang berbeza dan berkontradiksi dengan Islam kerana ianya adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang selain daripada Allah dan yang menafi dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ

    DEMOKRASI adalah AGAMA kerana ianya adalah terdiri daripada AQIDAH, SYARIAT dan AKHLAKNYA yang tersendiri, iaitu ianya adalah AGAMA MANUSIA yang syirik dan kufur yang datang daripada manusia :

    1. AQIDAH DEMOKRASI adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang terdiri daripada Uluhiyah dan Rububiyah MANUSIA :

    i. Rububiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka mempunyai HAK dan KUASA ke atas Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang dan mereka mempunyai HAK untuk MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA;

    ii. Uluhiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh para pemerintah itu adalah DITAATI dan DIPATUHI oleh golongan manusia yang diperintah;

    2. SYARIAT DEMOKRASI yang terdiri daripada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang dibuat dan diluluskan oleh parlimen (fasal 44 Perlembagaan Negara) adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah;

    3. AKHLAK DEMOKRASI yang wujud dan berkembang di bawah kekuasaan dan undang-undang manusia adalah mengikut neraca-neraca dan nilai-nilai manusia yang dikuatkuasakan oleh peraturan dan undang-undang manusia.

    Perbandingan di antara agama Islam dengan agama demokrasi yang dipaparkan di sini adalah bertujuan untuk menghurai dan menjelaskan bahawa DEMOKRASI kita ini bukanlah setakat satu sistem politik yang bertujuan untuk memerintahkan negara sahaja, malah ianya adalah AGAMA, iaitu agama manusia yang syirik dan kufur. Kriteria yang menentukan bahawa demokrasi ini adalah satu agama ialah PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang dibuat oleh manusia. Peraturan dan undang-undang itu adalah agama, peraturan dan undang-undang Allah adalah agama Allah manakala peraturan dan undang-undang demokrasi adalah agama demokrasi yang syirik dan kufur daripada manusia.

    Wan Solehah al-Halbani

  2. ustaz Love,

    Ijtihad adalah memilih di antara yang mudhorat dgn yang lebih mudhorat. Bila tak ada air dibolehkan minum arak.

    Ijtihad tidak boleh dibuat di antara Islam dgn kafir. Bila tidak ada agama Islam , kita tidak amalkan agama Hindu.Begitu juga bila tidak ada undang-undang Islam, kita tidak dibolehkan untuk mengamalkan undang-undang kafir seperti undang-undang Tanah, undang-undang ekonomi, undang-undang perdagangan kapitalis seperti yg diamalkan di Malaysia sekarang ini.

    Bila tidak ada kerajaan Islam, ijtihad tidak membolehkan kita untuk mengamalakna agama demokrasi yang kafir.

    Wan Solehah al-Halbani

    1. panjang2 saudara menulis, rupa2nya saudara sendiri belum faham akan konsep ijtihad itu.. harap saudara dapat mengkaji lagi.. satu lagi, bincangkan isu satu persatu.. jangan letak panjang2.. jangankan nak jawab, nak baca pun Ustaz Love tak larat. 😉

  3. Ustaz Love,

    AQIDAH DEMOKRASI ADALAH KAFIR KERANA IANYA ADALAH TERDIRI DARIPADA :

    1. Uluhiyah Manusia – Manusia disembah oleh manusia kerana sebahagian daripada mereka mentaati dan mematuhi undang-undang yang dibuat oleh manusia;

    2. Rububiyah Manusia – Manusia berkuasa dan memerintah ke atas manusia dan manusia membuat undang-undang untuk manusia;

    3. Asmaul Husna Manusia – Pengakuan bahawa kerajaan manusia dan undang-undang manusia adalah sempurna;

    4. Nafi dan Isbat – Menafikan kerajaan dan undang-undang Allah dan menerima kerajaan dan undang-undang manusia.

    AQIDAH DEMOKRASI ADALAH KAFIR :

    1. ULUHIYAH MANUSIA :

    1. Ahli-ahli Parlimen dan Dun adalah TUHAN-TUHAN yang DISEMBAH oleh manusia kerana segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi manusia.

    Firman Allah: at-Taubah 31
    Mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadikan pendita-pendita dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain daripada Allah dan (juga mereka memperTuhankan) al-Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintah melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya) melainkan Ia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.

    Ayat al-Quran (Taubah 31) menghuraikan bahawa KETAATAN dan KEPATUHAN bererti MENYEMBAH.. Mentaati dan mematuhi undang-undang Allah bererti menyembah Allah manakala mentaati dan mematuhi undang-undang manusia ertinya menyembah manusia dan tidak menyembah Allah. Apabila kita mentaati dan mematuhi undang-undang Parlimen dan Dun, kita adalah para penyembah yang menyembah ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu sebagai Tuhan-tuhan kita. Sistem politik demokrasi Malaysia kita ini adalah sistem politik yang kafir kerana ia mewujudkan sistem manusia menyembah manusia. Orang-orang yang menyembah dan orang-orang yang disembah kesemuanya adalah orang-orang kafir.

    2. RUBUBIYAH MANUSIA :

    Ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu adalah TUHAN-TUHAN kerana :

    1. Mereka adalah berdaulat, berkuasa, dan memerintah ke atas manusia;

    2. Mereka adalah berhak dan berkuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia ;

    3. Mereka adalah berhak, berkuasa dan berdaulat untuk mengabdikan manusia kepada kekuasaan mereka;

    4. Mereka menjalan dan menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas manusia;

    5. Mereka menghukum manusia dengan undang-undang manusia.

    Ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu adalah TUHAN-TUHAN yang kafir. Orang-orang yang mengamalkan sistem politik demokrasi adalah orang-orang yang kafir kerana mereka melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia serta mereka menyerahkan kuasa kepada Tuhan-tuhan Manusia ini untuk membuat undang-undang dan untuk menguat kuasakannya ke atas manusia. Sistem politik demokrasi adalah syirik dan kafir kerana ia mewujudkan sistem manusia menjadi Tuhan-tuhan Manusia dan kerana manusia menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia.

    3. ASMAUL HUSNA MANUSIA :

    1. Ahli-ahli Parlimen dan Dun yang berkuasa dan memerintah ke atas manusia adalah Tuhan-tuhan Manusia yang sempurna;

    2. Kerajaan demokrasi ciptaan manusia adalah kerajaan yang sempurna;

    3. Undang-undang yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia adalah undang-undang yang sempurna;

    4. Sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia dalam pemerintahan demokrasi adalah sistem yang sempurna;

    5. Sistem manusia menyembah manusia dalam pemerintahan demokrasi adalah sistem yang sempurna;

    4. NAFI DAN ISBAT :

    Demokrasi menafikan Allah sebagai Tuhan, Raja dan Pemerintah yang berkuasa, berdaulat dan berhak untuk :

    1. Memiliki kedaulatan dan kekuasaan untuk memerintah manusia, sebalikya mengiktiraf ahli-ahli Parliman dan Dun serta Raja-Raja Melayu sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas manusia;

    2. Membuat undang-undang, sebaliknya mengiktiraf bahawa ahli-ahli Parliman dan Dun serta Raja-Raja Melayu adalah Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa, berdaulat dan berhak untuk membuat undang-undang untuk seluruh umat manusia;

    3. Menguat kuasakan undang-undang Allah ke atas umat manusia, sebaliknya mengiktiraf bahawa ahli-ahli Parliman dan Dun serta Raja-Raja Melayu adalah Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa dan berdaulat untuk menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas manusia;

    4. Menghukum manusia dengan undang-undang Allah, sebaliknya mengiktiraf bahawa ahli-ahli Parliman dan Dun serta Raja-Raja Melayu adalah Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa dan berdaulat untuk menghukum manusia dengan undang-undang manusia;

    5. Menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan Allah, sebaliknya mengiktiraf bahawa ahli-ahli Parliman dan Dun serta Raja-Raja Melayu adalah Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa dan berdaulat untuk menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan mereka;

    6. Disembah oleh manusia, sebaliknya mengiktiraf bahawa ahli-ahli Parliman dan Dun serta Raja-Raja Melayu adalah Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa dan berdaulat untuk disembah oleh manusia.

    Wan Solehah al-Halbani

  4. Salam Ustaz Love,

    1. Tak ada metafora pun. Semuanya direct.

    2. Saya buat silap. Barangkali kerana saya tak pandai macam Ustaz Love. Saya nak belajar. Apa salahnya.

    Bukan Ijtihad , tetapi malashah. Maslahah hanya dalam memilih di antara dua kemudhoratan, tetapi tidak di antara Islam dgn kafir. Dalam masalah amalan demokrasi kita ini, ianya adalah pilihan di antara Islam dgn kafir. Demokrasi adalah agama yg kafir. Kita tidak boleh memilih untuk mengamalkan agama demokrasi di atas kaidah maslahah kerana ianya adalah agama yang kafir. Pilihan kita hanyalah untuk menolak agama demokrasi, tidak mengamalkan agama demokrasi dan kembali kpd Islam.

    Namun, tidak ada ijtihad dalam masalah aqidah yg kafir dan juga yg sudah ada ayat-ayat yg jelas dan terang yg melarang amalannya. Amalan agama demokrasi adalah kafir kerana ianya adalah agama yg kafir dan kerana sudah ada ayat-ayat yg melarang kita dpd mengamalkannya. Boleh komen?

    3. Cuba komen mengenai manusia menyembah manusia apabila manusia mentaati dan mematuhi undang-undang manusia. Ahli-ahli Parlimen adalah kafir kerana mereka buat undang-undang dan kerana mereka ini disembah sebagai Tuhan-tuhan Manusia atau Taghut kerana undang-undang mereka ini ditaati dan dipatuhi manusia. Kemudian manusia yg mentaati dan mematuhi undang-undang ini adalah para penyembah manusia yg kafir. Wei ramai sangat yg kafir ni!

    Tak panjang Ustaz Love, cubalah komen sikit. Ini isu yang serius nak pendek macam mana.

    4. Ahli-ahli Parlimen dan Dun adalah Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka membuat undang-undang, mereka menguat kuasakan undang-undang mereka ke atas manusia dan undang-undang mereka ini ditaati dan dipatuhi manusia. Perbuatan menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas manusia bererti manusia menghamba abdikan manusia kpd kuasa manusia. Ini adalah kafir. Para pemerintah Melayu Islam adalah kafir kerana mereka menghamba abdikan manusia kpd kuasa mereka, dan begitu juga rakyat yg diperintah adalah juga kafir kerana mereka adalah golongan yg menjadi para hamba kpd Tuhan-tuhan Manusia ini.

    Susah nak faham? Panjang sangat lagikah? Sila buat komen wahai Ustaz Love, ini tak panjang pun.

    5. Ustaz Love juga memberi komen kpd respons saya dgn panjang lebar. Itu kan bagus!

    6. Kalau pendek, nanti tak sampai maksudnya.

    7. Nampak gaya Ustaz Love nak lari sahaja! Mohon Ustaz Love jangan marah.

    8. Saya syorkan dgn merendah diri supaya kita elakkan dpd kutuk mengutuk. Saya sentiasa hormat ustaz Love dan sedaya upaya cuba agar tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat atau menyindir. Ini untuk kebaikan ummah.

    9. Saya sudah buktikan bahawa demokrasi adalah agama , bukan kaidah. Kita bercakap mengenai Uluhiyah Allah dan Rububiyah Allah , iaitu agama Islam, dan kita bercakap mengenai Uluhiyah Manusia dan Rububiyah Manusia, iaitu agama manusia khususnya agama demokrasi yg kafir.

    Susah nak faham? Metafora kah? Tak ada pun! Cuba komen lagi.

    10. Buat undang-undang adalah kerja Allah sahaja dan tidak ada sesiappun yg berhak ke atasnya. Ini adalah Aqidah. Sesiapa yang buat undang-undang dia telah menjadikan dirinya sebagai Tuhan Manusia atau Taghut yg kafir (4:60). Cuba komen.

    11. Artikel 44 Perlembagaan negara – ahli-ahli Parlimen buat undang-undang. Sepatutnya Allah yang buat undang-undang. Ahli-ahli Parlimen yg buat undang-undang manusia yg selain dpd Allah adalah Tuhan-tuhan Manusia atau Taghut. Cuba komen.

    12. Artikel 161 Perlembagaan Negara – menghukum manusia dgn undang-undang manusia. Ini adalah kafir. Kerajaan kita adalah kafir dan para pemimpin kita yg menghukum manusia dgn undang-undang ciptaan manusia adalah kafir.

    13. Artikel 43 Perlembagaan Negara – kerajaan kita menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas manusia. Ini adalah sistem pengabdian manusia kpd manusia yg kafir. Malaysia adalah kafir dan para penguasa kita khususnya ahli-ahli Parlimen kita adalah kafir.

    14. Artikel 4 Perlembagaan Malaysia – Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang yg tertinggi dalam Malaysia yg bererti ia mengatasi undang-undang al-Quran dan Hadis. Ini juga kafir.

    15. PAS dan UMNO adalah kafir kerana mereka mengamalkan agama demokrasi yg kafir serta mereka setuju dan redha kpdnya.

    16. Ramai sangat umat Islam yg jadi kafir di Malaysia kita. Macam mana nak jadi umat Islam yg sempurna AQIDAH kita bagi kita di Malaysia ini Ustaz Love, boleh terangkan sikit?

    17. Banyak lagi isu mengenai Aqidah dalam persoalan agama demokrasi kita ini , namun kita bincang setakat ini saja dulu. Sewajarnya saya buat huraian. Tetapi takut-takut nanti Ustaz Love akan kata panjang sangat. Saya akan hurai selepas Ustaz Love komen nanti.

    18. Akhir sekali, saya ucapkan ribuan terima kasih di atas respons yg jujur dan ikhlas serta rajin dpd Ustaz Love, padahal ini adalah isu-isu yg kurang digemari oleh Ustaz Love.

    Saya iringi dgn ucapan ribuan kemaafan.

    Wan Solehah al-Halbani (atau Kerusijati)
    Lubok Terua, Temerloh, PAHANG DM

    1. SALAM SAUDARA FAHAMI BETUL….ADA UNDANG2 YG ALLAH BERIKAN HAK KEPADA ULIL AMR UNTUK MENENTUKAN…….CTH UNDANG2 LAULINTAS,JALAN RAYA, UNDANG2 LAUT,UNDANG2 BANGUNAN, JGN TERLALU SEMPITKAN AGAMA…..

  5. Sdr Ida,

    Teringin sangat saya nak petik bulan dan bintang. Saya tak pandai. Boleh tolong saya?

    Wan Solehah al-Halbani

  6. Salam Ustaz Love,

    Saya cadangkan Ustaz komen respon atau soalan saya yg nombor tiga saja dahulu, iaitu mengenai manusia menyembah manusia dalam sistem permerintahan demokrasi. Kemudian ustaz boleh memilih untuk respons kpd yang lain-lain lagi.

    Bincang satu persatu ikut mana yg disukai Ustaz dahulu.

    Saya juga menjemput sesiapa saja yg sudi untuk memberi respons. Kalau nak serang saya atau perli atau menyindir saya pun boleh asalkan terlebih dulu memberi komen yg bernas mengenai isu-isu yg saya kemukakan di sini.

    Wan Solehah -alHalbani

  7. Salam Ustaz Love,

    1. Demokrasi adalah agama manusia yang kafir kerana terdapat di dalamnya sistem manusia menyembah manusia.

    2. Ayat yang releven ialah Taubah 31. Minta Ustaz huraikan pengertiannya.

    3. Taat dan patuh bererti meyembah.

    4. Taat dan patuh kpd undang-undang Allah bererti menyembah Allah.

    5. Taat dan patuh kpd undang-undang demokrasi bererti menyembah ahli-ahli Parlimen dan Dun yang membuat undang-undang itu.

    6. Walaupun kita tidak berniat untuk jadi orang-orang kafir, kita tetap juga jadi kafir kerana perbuatan kita yang mentaati dan mematuhi undang-undang demokrasi kita ioni bererti kita telah mempertuhankan manusia. Kafir di sini adalah kafir amaliyah, dan bukan kafir iktiqadiyah.

    7. Seluruh umat Islam di Malaysia kita ini adalah orang-orang yang menyembah manusia, khususnya menyembah ahli-ahli Parlimen kerana mereka mentaati dan mematuhi undang-undang parlimen. Para penyembah manusia adalah kafir.

    8. Ahli-ahli Parlimen adalah Tuhan-tuhan Manusia yang disembah oleh umat Islam sekelian kerana undang-undang parlimen yang dibuat oleh mereka ini adalah ditaati dan dipatuhi oleh seluruh umat manusia. Ahli-ahli Parlimen kita adalah kafir.

    9. No problem Ustaz Love kerana ustaz tidak kafir dan tetap Islam kerana Ustaz Love tidak mentaati dan mematuhi undang-undang demokrasi ciptaan ahli-ahli Parlimen kita ini. Kita akan cuba membincangkan isu-isu aqidah yg telah Ustaz beri respon ini secara satu persatu. Selamat berbincang ya Ustaz!

    10. Sdr Ida, saya sudah sedar sekarang. Saya tak nak petik bulan bintang lagi dah. Namun saya menyeru sdr Ida agar sdr cuba memahami mengenai Aqidah Islam yg sdr sendiri sedang imani dan anutinya sekarang ini. Fahamlah sdr Ida bahawa demokrasi ini adalah agama yg kafir. Sesiap yg mengamalkannya adalah kafir.

    11. Sdr Ida cuba belajar jangan perli dan merendah-rendah orang lain padahal sdr Ida adalah orang yg bodoh dan sombong tak tentu pasal!

    Sekian, terima kasih.

    Wan Solehah al-Halbani

    1. saudara agak sensitif dengan sindiran orang, tapi tak sensitif bila menuduh orang sebagai kafir.. Ustaz Love takde apa nak jelaskan lagi.. cukuplah penjelasan terdahulu.. tak penting bagi Ustaz Love untuk memuaskan hati saudara seorang.. apa yg penting, Ustaz Love dah cuba menyampaikan sekadar termampu 😉

      1. Adalah sangat penting untuk mengetahui batasan ilmu akidah supaya ia tidak dicampuradukkan dengan hukum-hakam ‘amaliah yang bukan termasuk dalam perkara akidah.sebagai contoh apa yang berlaku kepada sesetengah fahaman bidaah yang terdapat dalam beberapa kumpulan seperti syiah dan hizbut tahrir.hizbut tahrir mengatakan akidah siyasiyyah lebih penting daripada akidah ruhiyyah.natijahnya hizbut tahrir mengkafirkan pemerintah,ahli parlimen dan para ulama Islam atas alasan mereka terlibat dalam menerima sistem kufur seperti demokrasi.lihat buku usrah hizbut tahrir berbahasa melayu-Islam,dakwah dan politik,pustaka thariqul izzah 2002,glm 91,99&117.

          1. Salam Ustaz Love,

            1. Saya respon kpd pandangan sdr Ismail.

            2. Amalan juga termasuk dalam Aqidah. Niat, kata-kata dan perbuatan adalah Aqidah.

            3. Setuju kpd kafir adalah kafir. Ini adalah Aqidah.

            4. Buat undang-undang manusia adalah kafir. Ini adalah Aqidah.

            5. Menjalan dan menguatkuasakan undang-undang manusia adalah kafir. Ini adalah Aqidah.

            6. Mentaati undang-undang manusia adalah kafir ini adalah Aqidah.

            7. Semua perbuatan seperti yang diperkatakan di atas ini adalah Aqidah.

            8. Ramai di antara kita yang jadi kafir tanpa disedari kerana tidak faham erti Aqidah. Sebab tu saya cadangkan supaya Ustaz Love juga cakap pasal Aqidah.

            9. Jangan marah saya. Saya hanya sekadar menyatakan yang benar untuk pengetahuan umum. Bukan untuk mengeji orang lain dan bukan untuk memuji diri.

            Sekian, Terima Kasih.

            Wan Solehah al-Halbani
            Lubok Terua, Temerloh, PAHANG DM.

  8. Salam,

    Yang saya hormati dan sayangi ustaz Love yang disayangi ramai,

    1. Kerajaan kita menghukum manusia dengan undang- undang manusia (artikel 161Perlembagaan Malaysia) dan manusia membuat undang-undang (artikel 44 Perlembagaan Malaysia) padahal mengikut Al Quran kita hendaklah menghukum dengan undang-undang Allah (5:44,48,49) dan membuat undang-undang itu hanyalah hak Allah (12:40). Tidakkah Malaysia kafir?Minta respon ustaz Love.

    2. Datuk Harussani, Mufti Perak, kata bahawa dalam al-Quran ada menyebut kalau sayang kafir kita jadi kafir. Saya nak tahu – kalau kita sayang Malaysia yang kafir ini kerana fakta fakta yang dinyatakan di atas, adakah kita jadi kafir?

    3.Saya nampak ruangan ustaz Love ini banyak cakap mengenai halal haram, mudarat atau tak mudarat, boleh atau tak boleh yang kesemuanya berhubung kait dengan bab fekah. Ini pun dah bagus .Tapi kenapa tak cakap pasal aqidah?

    Tidakkah aqidah lebih penting? Tidakkah kerana aqidah maka ramai dpd kalangan kita yang sudah jadi kafir kerana kita buat undang-undang manusia dan Allah tidak buat undang undang untuk kita dan kerana kita menghukum manusia dengan undang undang manusia dan tidak dengan undang undang Allah?

    4.Saya sentuh sikit mengenai Hizbut at-Tahrir. HT adalah kafir kerana ia menafikan ayat ayat Allah yang memerintahkan kita untuk melancarkan perang dan revolusi, iaitu ayat ayat 2:193, 22:40, 9:29. Melalui ruangan ustaz Love ini, saya menyeru umat islam supaya menolak HT kerana ianya adalah golongan yang kafir.

    Tolong ustaz Love .Saya teringin benar nak dengar respon ustaz Love.

    Wan Solehah al-Halbani

    1. undang-undang islam setahu saya ada 3 jenis….pertama hudud..hudud adalah menunaikan hak allah , Qisas….menunaikan hak manusia dgn manusia…Takzir adalah hak pemerintah….untuk menunaikan hudud kita memerlukan 4 orang saksi…(rujuk syarat2 saksi) kalu gagal mendapatkan 4 orang saksi…..tetapi kita mempunyai qarinah(bukti)….pertuduhan untuk hudud automatik akan gugur dan pertuduhan qarinah akan digunakan pakai sebagai contoh seorang wanita dirogol dan mengandung dan ingin menuduh sipolan itu yg telah merogolnya….tanpa ada 4 orang saksi….adakah adil jika si perempuan itu dihukum dgn sebatan sebanyak 80 rotan dgn sebab gagal mengemukan saksi….bukankah Bukti DNA boleh diguna pakai sebagai…..Maka disini undang2 takzir boleh diguna pakai….Undang2 takzir teletak dibawah kuasa pemerintah…..Pandangan saudara untuk mengkafirkan tue saya kurang bersetuju terlalu berat…..WALLAHUA’LAM

      1. Cik Puan Wan Solehah ni sendiri tanya, sendiri jawab…poning den…kalau sekadar nak mempertahankan hujah sendiri, tak payah nak datang berbincanglah…cubalah berbincang untuk cari kebenaran…haha

        1. HT ni di mane mane tempat same je, Ashobiyyah ., die rase die je yang betol buat Dakwah,….kire Cam Superman lah tu…kih khi hkih…..Tak usah layan Tadz , banyak keje lain….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme