RSS
 

Soal Jawab : Membunuh Jin Degil

06 Mar

Fast & Furious 6.. Telan Air Liur Je La Kalu Pakai Kancil!!

Kat Selangor dan Penang, Jangan Kata Wireless, Free Wi-Fi Lagi!!


Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada nur lavender :

Salam Ustaz..Saya nk tnya satu soalan..boleh ke tidak pengamal perubatan bunuh jin..sebab dia degil xnak keluar dr dlm bdn manusia..harap ustaz buatkan entry tuk mslh saye ni yer..TQ Ustaz.. :)

Sebenarnya soalan macam ni Ustaz Love dah pernah jawab dah.. tapi entry sebelum ni Ustaz Love cuma cerita kemungkinan yang jin dan hantu itu boleh dibunuh.. persoalan di atas (mengikut pemahaman Ustaz Love) adalah berkaitan persoalan hukum membunuh jin. Bila Ustaz Love ulang2 balik baca, rasa macam nak garu kepala pun ada.. kihkih..

Asal hukum membunuh ini adalah haram, kecuali ada dalil atau illah (sebab) tertentu yang dibenarkan syarak.. tak kira la yang nak dibunuh itu manusia ke, jin ke, rama2 ke.. macam cicak, memang ada dalil daripada hadis yang menyuruh membunuh cicak sbb cicak ni memang jahat.. selamba je dia berak merata tempat.. dalam masjid pun dia berak gak.. sungguh kijam cicak itu (T – T)

Begitu jugalah dengan makhluk jin ini.. jika ada sebab yang wajar untuk membunuhnya, maka bunuhlah.. cuma Ustaz Love tak berapa pasti kaedah pembunuhan yang dilakukan oleh pengamal perubatan itu, sama ada melalui jampi serapah, bacaan ayat al-Quran dsb. Setakat apa yang Ustaz Love tahu, jin itu boleh dibunuh sekiranya beliau menyerupai sesuatu seperti binatang berbisa.. jika dalam bentuk asalnya, maka tak mungkin jin dapat dibunuh dengan menggunakan senjata tajam seperti pisau, keris, pembuka tin dsb.. dakwaan membunuh dengan ayat al-Quran mahupun jampi2 tertentu itu agak sukar dibuktikan.. sebab kalau manusia dibunuh, kita boleh nampak jasadnya sekalipun dibom sampai hancur.. kalau jin dibunuh, tiada bukti forensik yg boleh dikaitkan dengannya.

Oleh kerana jin boleh dibunuh ketika menyerupai sesuatu, maka ada kemungkinan jin itu boleh dibunuh sekiranya kita membunuh orang yang dirasuknya itu.. sebab jin itu boleh menyebabkan manusia yg dirasuk itu boleh menyerupai orang lain spt bersuara lelaki (walaupun beliau seorang pempuan) dsb.. tapi lepas tu kita pulak la yg akan kena menghadapi hukuman bunuh (gantung sampai mati) sbb kita dikira dah bunuh manusia, walaupun sebenarnya kita nak membunuh jin.

Pada pandangan Ustaz Love yang cetek ini, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.. begitu juga masalah berkaitan jin yang menghuni badan ni (sama ada singgah merasuk atau berkampung dan beranak pinak dalam tubuh manusia). Jika dah tiada cara lain, maka harus membunuh jin itu (sama ada menggunakan ayat al-Quran dsb) asalkan tak mendatangkan mudarat kepada saudari.

Jin degil samalah juga dengan manusia yang degil.. bila manusia dah duduk kat satu2 tempat tu (dah beranak pinak dan membina komuniti di situ), maka mereka akan kekal menghuni tempat tersebut sekalipun ia dibina secara haram atas tanah orang lain. Nak suruh keluar, siapa yang nak keluar? Melainkan ditawarkan dengan sesuatu tawaran yg menarik (spt pampasan, rumah ganti dsb) ataupun diganggu dan diugut sampai la mereka tak tahan dan meninggalkan tempat tersebut. Dan perlu juga mendapat sokongan tuan tanah, kalau tuan tanah pun buat tak tahu je, maka mereka pun tak kisah nak duduk secara haram kat situ.

Begitulah juga dengan jin degil ni.. bergantung atas kebijaksanaan pengamal perubatan tersebut untuk berusaha mengeluarkannya, sama ada melalui pujukan dan memberikan tawaran tertentu atau menggunakan kaedah kekerasan.. tapi kalau guna kaedah kekerasan (spt picit ibu jari, picit jerawat dsb), maka saudari mungkin akan terpaksa menanggung sedikit kesan rawatan sebegitu.. memang sakit.. tapi, terpaksa tahan sikit kalau nak pulih. Itu rawatan di pihak luar, sedangkan di pihak saudari sendiri, saudari kena berusaha mendekatkan diri dengan Allah melalui cara menjaga ibadah fardhu dan memperbanyakkan amalan sunat.. juga mengamalkan ayat2 tertentu (spt manzil).. ini menjadi tanda yang saudari tak menerima kehadiran beliau dalam tubuh saudari.. Gabungan usaha luar dan dalam ini, insyaAllah, sedegil mana pun jin itu, tak dapat nak tahan lama2.. macam manusia jugak la.. tiap2 hari kena kutuk dengan bos, mau bernanah telinga dan berhenti kerja..

Apa yang penting, saudari kena banyakkan bersabar dan istiqamah dalam amalan dan usaha merawat.. terimalah kenyataan bahawa ini juga sebagai ujian daripada Allah.. insyaAllah, bila dah bebas daripada masalah ini, kita akan lebih dekat dengan Allah dan lebih rajin melakukan ibadah.. sama situasinya seorang yang dibelenggu kakinya dengan pemberat (macam pad kaki yg ada pasir kat dalam tu).. memang la susah nak bergerak, tapi dengan kesabaran dan ketabahan serta istiqamah berjalan tanpa berputus asa, insyaAllah kita akan dapat membiasakan diri.. bila tiba masanya pemberat itu dibuang, kaki kita akan menjadi lebih pantas dan boleh berjalan atas angin (yg ni Ustaz Love tambah2 je.. kihkih)..

Ustaz Love doakan agar saudari dapat tabah menghadapi ujian ini dan diberikan kesembuhan oleh Allah.. insyaAllah, amin.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Tags: , ,

Leave a Reply

 
CommentLuv badge
 
  1. pemikir millenium

    06/03/2012 at 5:23 pm

    kesian jin kene bunuh xpasai2..tue la tue degil sgt xnk kluar..heehehee..

     
    • Ustaz Love

      06/03/2012 at 10:12 pm

      kalau boleh, cuba tarik telinga beliau.. mcm yg mak2 buat kat anak2 yg degil :D

       
  2. aYaz

    06/03/2012 at 6:43 pm

    terfikir, macam mana agaknya jin yg mati dibunuh kalo dalam bentuk original… hmmm… o.O

     
    • Ustaz Love

      06/03/2012 at 10:11 pm

      kalau dalam cerita hantu, biasanya ada efek api dan asap.. pastu ada kesan terbakar :D

       
    • nafisa

      16/02/2013 at 11:51 am

      jin kne bunuh pasal ikut kte tuan makhluk yg jht…lain org disuruh lain bangse yg dibunuh…sudah tertulis sejak azali cme lakon kan je peristiwa itu…

       
  3. adeeya

    06/03/2012 at 7:43 pm

    Macam mana pula kalau kita taknak jin or hantu or apa-apa lah seumpama tu asyik ikut kita je? Hmm kalau dah halau pun datang lagi. Macam mana tu? TIba2 terasa nak tanya pulak bila tengok entry ni :)

     
    • Ustaz Love

      06/03/2012 at 10:10 pm

      Ustaz Love pun terasa nak bertanya gak.. halau mcm mana tu? dah mcm kucing plak gayanya main halau2.. kihkih :D

      kalau kita buat sesuatu yg disukai oleh mereka, maka memang mereka akan tertarik untuk mendekati kita.. sama macam manusia juga.. kalau kita berwangi2, mekap2, pakai baju kelip2.. memang manusia akan suka nak dekat.. cuba kalau kita pakai baju buruk, ketiak hapak, mulut bau petai, sapa pun tak nak dekat..

      mungkin boleh cek diri kita kalau2 kita ada melakukan apa2 yg menarik perhatian makhluk2 mcm ni ;)

       
      • adeeya

        07/03/2012 at 4:04 pm

        APa yang menarik perhatian makhluk macam tu?? :O

         
        • Ustaz Love

          07/03/2012 at 11:21 pm

          panjang sket kalau nak ulas.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba buat entry pasal ni ;)

           
  4. Mama Zharfan

    06/03/2012 at 9:05 pm

    tak terpikir plak hukum membunuh jin…sbb biasanya jin yg jahat ajer layak dibunuh..jin yg baik2 no reason nak bunuh kan..

     
    • Ustaz Love

      06/03/2012 at 10:04 pm

      kalau manusia menceroboh rumah orang, orang itu boleh membunuhnya demi mempertahankan harta dan nyawa.. kalau jin menceroboh tubuh manusia, maka memang wajar la kalau nak dibunuh.. tapi lebih baik kalau didakwah ;)

       
  5. Hiszam

    06/03/2012 at 10:16 pm

    Assalamuailaikum ustaz, hehe..

    sory ganggu… entry riba emas sy bila nak keluar :D
    sy takot la ustaz.. boleh x sy jual blk dan ambil modal emas itu semula? dan beli semula emas tu (emas yg sama) .. boleh x sy jual kat penjual lain? dan bgtahu dekat penjual emas tersebut sy nak bli semula emas ni lps jual?? (mcm berpakat pulak hehe) terima kasih ustaz..

     
    • Ustaz Love

      06/03/2012 at 10:20 pm

      Waalaikumussalam..

      Ustaz Love tak dapat nak janji.. insyaAllah, Ustaz Love cuba percepatkan ;)

       
      • Hiszam

        06/03/2012 at 10:41 pm

        xpe ustaz… sy tetap tunggu ilmu dari ustaz.. terima kasih atas keperihatinan ustaz… :D

         
        • Ustaz Love

          07/03/2012 at 12:05 am

          insyaAllah.. terima kasih kembali ;)

           
  6. a

    07/03/2012 at 8:36 am

    Salam ustaz, sy nak tanya. Apa hukum pakai baju leopard prints ? Maksud saya bukan bukan gambar binatang penuh. Minta pandangan ustaz sebb kwn saya cakap tak elok pakai.
    Thanks.

     
    • Ustaz Love

      07/03/2012 at 11:32 pm

      Salam a..

      Baju bergambar tak kira gambar binatang penuh mahupun gambar bintang, hukumnya makruh.. tapi hukum itu tertakluk pada pemakaian ketika solat kerana ia boleh mengganggu tumpuan jemaah yg lain.. Pada pandangan Ustaz Love, tiada masalah nak pakai baju bergambar atau bercorak, tetapi lebih baik memakai baju kosong yg tiada bergambar ;)

      WA

       
  7. Anonymous

    07/03/2012 at 3:42 pm

    apakah hukum memberitahu keburukan kita yang lalu kepada suaminya?

     
  8. hamba naif

    08/03/2012 at 8:07 am

    assalamualaikum ust..sy nk bertanya tentang masalah yang saya alami..sy sentiasa didatangi mimpi ngeri seperti mermimpi di tempt2 y ngeri, dtg dibangunan y ngeri, y paling troma bermimpi makhluk halus mengejar dan mengancam sy…apakah cara terbaik untuk sy mengelakkn ia brlaku lg? ia selalu dtg ketika akhir hari cuti solat sy..akibat sy xdpt nk membace alquran..harap dapat dibalas dgn segera trima kasih.. trauma nk tido…

     
    • Ustaz Love

      08/03/2012 at 9:46 am

      waalaikumussalam…

      dalam masa haid, boleh membaca al-Quran dengan niat zikir.. maka, Ustaz Love cadangkan agar saudari mengamalkan adab tidur spt mengambil wuduk, membaca surah al-Mulk dan surah as-Sajdah melalui hafalan, membaca 3 Qul dan dihembus di tapak tangan lalu disapukan ke seluruh tubuh, membaca ayat al-Kursi, tidur mengiring ke rusuk kanan dsb.. dan banyakkan berdoa semoga Allah memelihara kita daripada mimpi2 ngeri sebegitu.. kalau masih berlaku lagi, buat isyarat ludah ke kiri dan beralih tempat tido.. kalau masih berlaku lagi, amik wuduk dan solat tahajjud atau hajat 2 rakaat dan berdoa semoga Allah memelihara kita daripada sebarang gangguan.. kalau masih berlaku lagi, Ustaz Love cadangkan saudari untuk berjumpa dengan pengamal perubatan Islam.. ;)

      WA

       
      • hamba naif

        08/03/2012 at 3:36 pm

        oo trima kasih ust..insyaAllah sy cube amalkn setiap hari..

         
        • Ustaz Love

          09/03/2012 at 1:03 pm

          alhamdulillah ;)

           
          • meze

            29/03/2012 at 11:59 am

            Salam ostad luv. Apa beza jin, setan dan iblis? adakah jin tidak akan mati?

             
          • Ustaz Love

            29/03/2012 at 9:10 pm

            Salam..

            Nak cerita bab ni kena cerita dlm entry lain ;)

             
    • Ustaz Love

      31/01/2013 at 11:47 am

      jazakallahu khaira

       
  9. Anonymous

    07/03/2013 at 4:32 pm

    Surah Muhammad ayat 4 menjelaskan semuanya.

     
    • Ustaz Love

      09/03/2013 at 12:58 pm

      itu cerita jihad terhadap musuh yg nyata.. yg boleh dibunuh menggunakan senjata dan zahir mayatnya ;)

       
 

Switch to our mobile site