I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Keraguan Pada Pelaburan Emas

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Hamba Allah :

Asalamaulaikum ustaz,

Saya ingin meminta pandangan ustaz mengenai hal ini, sy seorang pelajar dan tertarik ingin mengambil peluang dalam satu pelaburan matawang. Sy telah meminjam wang dari kawan sy untuk membeli matawang tersebut kerana agak kurang bkemampuan pada ketika itu.. Tetapi selepas membaca dari blog Ustaz Zaharrudin (sy paste di sini)

“Jika dilihat menurut ‘Maqasid Shariah’ atau objektif Shariah pula. ADALAH TIDAK HARUS untuk seseorang yang kurang berkemampuan untuk membeli set dinar tadi walaupun harganya RM 720 sahaja. Ini kerana dibimbangi ada umat Islam yang terlampau yakin maka, sanggup bergolok gadai dan membahayakan diri bagi membeli Dinar ini sehingga hilang kemampuannya untuk menyara saraan wajib terhadap anak, isteri dan keluarga. Dalam hal ini, hukum ‘gharar’ (ketidaktentuan) sudah menjadi amat besar dan hukum judi telah jatuh kepada si pembeli. Ini bermakna , hukum ‘judi’ dalam ‘spekulasi’ Forex jenis ini bergantung juga kepada kemampuan individu. Bagi sesetengah individu yang berada, membeli RM 720 adalah tidak memberikan apa-apa mudarat kepada tanggungan wajibnya. Maka tika, itu, elemen ‘gharar’ akan berkurangan tidak sampai tahap haram. Berbanding seorang yang kurang berkemampuan yang menggadaikan kewajibannya, dengan harapan dinar itu akan naik pada satu masa yang tidak diketahui. Ia sudah jatuh dalam tahap judi. wallahu a’lam.”

Selepas membacanya sy berasa takut adakah sy telah jatuh dalam perjudian atau ghahar?? Sedangkan sy tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap diri sy atau keluarga sy dan tidak memudaratkan dengan membeli matawang tersebut? Sy telah menceritakan hal ini kepada kawan yg memberi bantuan kewangan tersebut dan telah menghalalkan wang tersebut untuk sy gunakan dan dia tidak akan memintanya lagi.. dan sy sudah tidak berhutang lg dengan dia wang tersebut telah mnjadi hak sy..

1) Dari pandangan ustaz adakah sy telah terlibat? Jika terlibat adakah:

2) Adakah sy perlu menjualnya semula matawang tersebut dan mengambil modalnya kerana modalnya adalah modal yg halal walupon sy akan rugi sedikit keranya mnjualnaya semula?

3) Bolehkah sy menggunakan modal itu semula selepas memperolehinya untuk membeli semula matawang tadi (matawang yg sama) ketika sy telah mnjadi seorang yg bkemampuan sekarang dan telah mempunyai ilmu?

Diharap ustaz dapat menolong sy dalam menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh sy sekarang ini..

Yg benar hamba Allah yg ingin bertaubat dan memperolehi rezeki yg halal.. Terima kasih..

Ustaz Love juga menerima e-mail tambahan :

ustaz tlg sy dalam menyelesaikan hal ini.. harap ustaz boleh merujuk email sy yg sebelum ini.. ustaz hati sy x tenang selagi benda ni x settle… sy x tau apa harus sy lakukan sekarang ini… ni dari smalam sy x tidur.. puas sy google mencari maklumat mengenai hal yg sy hadapi ini lg banyak baca lg macam2 benda main dalam fikiran sy… sy takut sy makan sesuatu yg haram.. sebelum sy mendapat apa2 keuntungan yg syubhah lebih baik sy mencari kepastian dahulu dan cara membersihkanya… sy harap ustaz dpt mmberikan sy link atau email atau no telefon mna2 ustaz yg lebih arif dlm hal ini untuk sy rujuk ustaz.. sy dah x tahu nak rujuk dan sape lg.. semuanya masih belum memberikan jawapan… harap ustaz dpt mmbantu sy yg betul2 dalam dilema ini ustaz.. minta maaf menggangu ustaz..

Sebetulnya, Ustaz Love bukanlah pakar dalam bab muamalah ini.. walaupun Ustaz Love pernah belajar bab ni, namun ia agak kompleks untuk difahami kerana ia melibatkan banyak isu dan hukum semasa yang sentiasa berubah mengikut illah (sebab) semasa. Bukanlah bermaksud hukum agama ini tak tepat (sbb boleh berubah) seperti dakwaan sesetengah pihak (spt dalam isu forex, yg dulunya dikatakan harus, kemudian diharamkan.. dah la diharamkan, tapi tak menyeluruh.. hanya forex individu atas talian saja yg diharamkan, sedangkan forex yg dijalankan oleh pihak bank mahupun forex yang dilakukan secara serahan terus spt dilakukan di kaunter, tidak diharamkan), tetapi dalam mengeluarkan sesuatu hukum, bukanlah material itu yg diperhatikan semata2, bahkan lebih daripada itu illah (sebab) dan maslahah (kepentingan umum) itulah yg biasanya diteliti dalam mengeluarkan sesuatu fatwa yang tak disebutkan secara jelas dalam al-Quran dan Hadis. Bagi perkara yg disebutkan secara jelas dalam al-Quran dan Hadis (spt hukum pengharaman babi, arak, judi dsb), maka tidak perlu dikeluarkan fatwa yang baru, kerana hukumnya telah jelas.

Maka, apa yg Ustaz Love fahami daripada kenyataan Ustaz Zaharuddin di atas, maksud TIDAK HARUS itu (jika spt yg disebutkan dalam kitab sebagai ‘la yajuz’ memberi maksud tidak boleh / haram). Dan ketidakbolehan ini adalah berdasarkan maslahat ummah (kepentingan umum) yang mana jika tidak dilarang perbuatan itu, ia akan menyebabkan implikasi yang teruk terhadap masyarakat. Contoh yang lebih mudah adalah seperti dalam bab pembaziran.. umum mengetahui perbuatan membazir itu adalah haram, tetapi sejauh mana istilah ‘membazir’ itu difahami, maka memerlukan penelitian sebelum dihukumnya sesuatu itu sebagai pembaziran.. Contohnya seorang yang membeli kereta besar dalam keadaan beliau memang kaya dan cukup serba-serbi dari sudut dharuriy (keperluan paling utama), ada rumah, cukup makan pakai, nafkah anak isteri dsb, maka tidaklah dikategorikan membeli kereta besar itu sebagai membazir.. namun, bagi seorang yang makan pun tak cukup, rumah pun takde, nafkah anak isteri pun tak dapat nak bagi, maka kategori inilah yang dimaksudkan dengan melakukan pembaziran sekiranya membeli kereta besar.

Berbalik pada persoalan saudari :

1. Ustaz Love tak dapat nak pastikan sejauh mana kemampuan saudari dalam bab ini.. tapi, pada pengamatan zahir Ustaz Love (berdasarkan cerita saudari yang saudari terpaksa meminjam duit daripada kawan untuk membeli matawang dinar), maka Ustaz Love rasa saudari masih lagi belum berada dalam tahap ‘kemampuan’ untuk melabur itu. Mengharapkan agar nilai dinar itu naik semata2 akan menjerumuskan saudari dalam perkara2 yg bersifat gharar (ketaktentuan) dan perjudian (mengharapkan nasib untuk mendapatkan untung).

2. Pada pandangan Ustaz Love, sebaiknya saudari tidak melibatkan diri dalam perkara yang saudari tiada ilmunya.. dalam keadaan saudari yang ragu2 dengan pelaburan ini, ada baiknya saudari mengambil iktibar dari sebuah hadis yang menyuruh kita meninggalkan sesuatu yang meragukan kita, kepada sesuatu yang tak meragukan kita (yg kita yakini). Untung atau rugi, adalah kebiasaan dalam perniagaan mahupun pelaburan.. namun, jika kita sengaja meletakkan diri dalam kerugian (disebabkan kekurangan ilmu, kemahiran dsb), maka ia sama seperti kita meletakkan diri kita dalam lembah kebinasaan.

3. Selepas saudari meyakini kemampuan saudari untuk melakukan urusniaga emas secara fizikal ini, maka tiada masalah untuk saudari meneruskannya.

Jadi, nasihat Ustaz Love, saudari jangan jadikan pelaburan ini sebagai sumber utama pendapatan, sebaliknya jadikan ia sebagai sumber sampingan menambah pendapatan (pendapatan sampingan).. disebabkan pelaburan hari ini banyak terlibat dalam unsur2 meragukan (hari ni ok ikut syariah, tapi esok belum tentu lagi).. bahkan banyak jenis pelaburan emas yg tak sah dan batal disebabkan tidak mengikuti panduan yg ditetapkan syariah.. jadi, jika kita menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan, tiada masalah untuk kita meninggalkannya sekiranya ditakdirkan suatu hari nanti ia telah berubah terma dan syarat yg melanggar batas syariat.. Kalau kita dah jadikannya sebagai sumber pendapatan utama, memang susah nak tinggalkan walaupun ketika itu hukumnya telah berubah menjadi haram.

Untuk penjelasan yang lebih tepat, Ustaz Love cadangkan agar saudari merujuk kepada pakar2 kewangan Islam spt Ustaz Zaharuddin ataupun merujuk ke Bahagian Penyelidikan, JAKIM.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. pening gak la nak faham bab pelaburan emas nie..lagi pening nak faham ttg forex..tapi apa pun sysuka sgt2 baca tulisan ustaz love.. dh masuk 2nd week sy baca.. leka dibuatnya..hehehe…

    1. kihkih.. sampai 2 minggu baca? semangat betul 😀

      apa pun, terima kasih kerana sudi membaca.. tak ramai yg sudi membaca kebanyakan entry Ustaz Love.. itu yg kadang2 selalu dapat soalan yg sama 😉

  2. Assalamualaikum , Ustaz.
    Saya hendak bertanya adakah pelaburan emas memerlukan kita untuk mendapatkan emas fizikal dari bank?
    Boleh tak saya menyuruh bank sahaja menyimpan sume emas saya tanpa mendapatkan emas fizikal ketika jual beli.
    sekiranya perlu mendapatkn emas fizikal.
    apakah hukumnya jika saya hanya boleh mengeluarkan 80% dari emas saya dalam bentuk fizikal atas syarat2 bank..
    adakah jual beli ini sah..
    Mohon penjelasan.

    1. setakat pengetahuan Ustaz Love, tak perlu untuk kita mendapatkan emas fizikal yg nanti kita akan simpan juga di bank tersebut. Cuma kita kena memastikan yg bank tersebut memang mempunyai simpanan emas fizikal dan bukan semata2 nilaian emas atas kertas.

      jika kita menyimpan sejumlah emas atau wang dan kita setuju dalam kontrak untuk bank mengambil sebahagiannya (atas dasar bayaran cas perkhidmatan dsb), maka ia harus atas asas saling meredhai pada awal perjanjian tersebut.

      WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme