Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada apanama :
“nak tanya ustaz tentang perkara solat..
benarkah “mereka yang bermazhab Syafie, membaca Al-Fatihah itu rukun dan perlu membaca dengan lisan sekadar didengari oleh telinga sendiri dan bukannya dibaca dalam hati.
Membaca dalam hati tidak sah solat kerana bacaan perlu dibaca dengan lisan yang boleh didengari.”?“
Memang betul.. itu pendapat dalam mazhab Syafie (dan ada khilaf di kalangan ulamak mazhab selain Syafie).. sbb membaca al-Fatihah itu rukun (menurut mazhab Syafie dan jumhur ulamak), yang membawa maksud kalau tak buat maka tak sah solat. Dan membaca al-Fatihah itu termasuk dalam rukun Qauli (perkataan) dan bukannya rukun Qalbi (hati), maka wajiblah al-Fatihah itu dibaca dengan mulut, dan bukannya dibaca dalam hati. Kalau baca dalam hati, maka tak sah solat. Sama situasinya dengan niat yg merupakan rukun Qalbi, kalau dituturkan di mulut tanpa dilintaskan niat itu di dalam hati, maka tak sah solatnya.
Ini berdasarkan hadis :
لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب
Maksudnya : “Tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak membaca surah al-Fatihah” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
Dalam mazhab Syafie, walaupun Imam telah membaca al-Fatihah, makmum wajib membacanya juga selepas Imam selesai membaca al-Fatihah. Sebab al-Fatihah itu rukun pada setiap individu, jadi setiap orang wajib membacanya. Sebab itu dalam mazhab Syafie disunatkan agar Imam berhenti sebentar selepas membaca al-Fatihah sekira2 makmum sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum menyambung membaca surah. Ini bagi mengelakkan bacaan makmum terganggu dan makmum dapat mendengar bacaan surah yg dibaca oleh Imam tanpa perlu tergesa2 nak menghabiskan al-Fatihah.
Bagi mazhab lain spt mazhab Hanafi contohnya, bacaan al-Fatihah itu dikira atas Imam saja.. maksudnya Imam menanggung bacaan al-Fatihah para makmum.. Makmum tak payah baca pun takpe.. kerana mazhab Hanafi berpendapat membaca al-Fatihah itu bukan rukun.
Jadi, bacaan al-Fatihah itu wajib dibaca dengan lidah (dan bukan hati) pada setiap rakaat, sama ada ketika solat bersendirian, mahupun solat secara berjemaah.
WA





![Validate my RSS feed [Valid RSS]](http://ustazlove.com/blog/wp-content/uploads/2012/04/valid-rss-rogers.png)
Kamarul
01/03/2012 at 11:27 am
Salam Ustaz
Mcm mane lak kalau yg baca kuat, smpi ganggu jemaah. Kdg2 sy siap aim, nmpk je si polan, cepat2 cr ruang lain. Tp biasenyer yg kita nk elak la selalu kena kn
Ustaz Love
01/03/2012 at 11:30 am
Salam Kamarul..
Orang2 yang baca kuat2 ni, tolak je dia ke depan jadi imam.. kihkih
Kamarul
01/03/2012 at 3:50 pm
haha… die xnok. die nk jd imam back-up kot
Ustaz Love
01/03/2012 at 9:33 pm
kalau mcm tu, cakap kat dia jangan baca kuat2.. kalau tak, suruh dia jd imam..
haxuan
01/03/2012 at 10:49 pm
hye ustaz.. :’)
Ustaz Love
02/03/2012 at 8:28 am
hai haxuan
Kamarul
02/03/2012 at 10:00 am
Nnt batal lak solat hehe….
Ustaz Love
02/03/2012 at 10:12 am
tolak la beliau sebelum solat.. kalau tgh2 solat, nanti berlaga plak dgn tok imam.. masuk plak paper kes tok imam berkungfu dengan jemaah.. kihkih