Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada En. Telanjur :
“salam Ustaz, saya pernah beberapa kali berzina sebelum ni dan ketika itu saya tidak pernah kesal dengan dosa yang saya lakukan. tetapi baru- baru ni saya sekali lagi melakukan maksiat tetapi kali ni bersama teman wanita saya (perempuan baik). saya sangat sedih kerana tidak mampu memelihara kehormatan orang yang saya paling sayang, lantas saya bertaubat dan berikrar tidak akan mengulangi dan pernah berdoa kepada Allah sekiranya saya melakukan lagi saya mohon tuhan Allah bala kepada saya. astaffirullahhalazim…ketika itu saya betul2 hilang pedoman. tetapi malangnya selepas beberapa bulan saya melanggar janji saya dengan Allah dengan melakukan pekara yang sama.
- ustaz tolong la saya ustaz, apa yang perlu saya buat nie takde tempat lagi saya nk berkonsi …saya sering dibayangi dosa2 itu dan yang paling saya takutkan jika Allah menurunkan bala kepada saya. saya sgt berharap ustaz dpt beri pertunjuk apa yang harus saya lakukan..harap ustaz dapat respon diemail saya…terima kasih.“
Pertamanya, kalaulah boleh Ustaz Love tanyakan (tapi Ustaz Love tak harapkan jawapan.. sbb soalan2 sebegini biasanya touch n go.. sang penanya tak sanggup nak berinteraksi lebih lanjut), kenapa tak bernikah? Kalau kita lapar, kita buat la kerja banyak2 ke, lompat katak 10 round ke atau tido sampai lembik ke, takkan menghilangkan kelaparan tu.. sbb kelaparan itu hanya boleh dihilangkan dengan makan. Maka carilah makanan untuk menghilangkan kelaparan.
Begitu juga dalam bab nafsu ni. Nangis la sampai penuh air mata 7 tempayan, atau berjanjilah setinggi langit dan bumi untuk menahan nafsu, ia takkan tertahan, apatah lagi dihilangkan.. sbb manusia ni lahir dengan nafsu.. dan nafsu seks adalah salah satu daripadanya. Jadi, isunya di sini bukanlah bagaimana nak menghilangkan nafsu, sebaliknya bagaimana nak menyalurkan nafsu itu ke jalan yang dibenarkan agama.
Kita hidup ni berpandukan ajaran agama.. bukannya seperti haiwan asal jumpa je sang betina, kat tepi jalan tu jugak dihentamnya. Jadi, sebagai makhluk yg mulia bernama manusia, beragama Islam lagi, sewajarnya kita memikirkan perkara ini.. betapa para penzina ini sebenarnya lagi teruk daripada haiwan, kerana haiwan dikurniakan nafsu tanpa akal, sedangkan manusia dikurniakan akal untuk mengawal nafsunya. Jika diturutkan nafsu sampai mengabaikan akal yg waras, maka apa bezanya dengan haiwan? Ustaz Love bukanlah sewenang2nya nak melabelkan sesiapa pun sebagai haiwan, tapi semata2 menyampaikan apa yg Allah nyatakan di dalam al-Quran :
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A’raf : 179)
Binatang ternak (al-An’am) itu lebih bodoh daripada binatang liar, sbb mereka tak mampu nak mencari makanan sendiri kecuali bergantung kepada tuannya untuk memberikan makanan.. itulah perumpamaan yg sangat buruk bagi mereka2 yang mengabaikan ajaran agama ini. Allah dah beritahu dlm al-Quran, Nabi s.a.w. dah tunjukkan panduan, para alim ulamak dah sampaikan pesanan.. tapi manusia masih lagi degil. Sekurang2nya binatang ternak yg bodoh itu pun mematuhi dan bergantung harap pada tuannya, jadi selayaknya manusia yg ingkar pada Tuhannya itu diletakkan lebih rendah daripada haiwan ternakan.
Ustaz Love takde nak rasa kesian pun pada perempuan ‘baik’ yg saudara ceritakan.. kerana kalaulah beliau itu wanita baik, nescaya beliau akan menjaga dirinya daripada berzina dengan lelaki seperti saudara.. tetapi, bukanlah Ustaz Love mengatakan wanita itu jahat.. siapalah Ustaz Love untuk melabelkan manusia ni..
Cuma, Ustaz Love sekadar ingin menasihatkan saudara dan cuba memberi jalan bagi saudara meninggalkan perbuatan zina tersebut.
Jika saudara berkemampuan, maka berkahwinlah dengan wanita itu.. sebelum itu, sama2lah memperbaharui taubat dan berusaha untuk mengekalkannya dengan cara menjauhkan diri daripada terjebak lagi dalam perbuatan zina. Bertaubatlah selagi punya masa.. jangan sampai Allah cabut nyawa masa tengah melakukan maksiat, masa tu satu sen pun dah takde gunanya.. apatah lagi satu rupiah.
Tamatkan segera drama perzinaan ini.. berkahwinlah walau apa juga keadaan saudara sekarang..
Jika saudara masih tak mampu (mungkin akan lebih mudarat jika berkahwin), maka saudara tinggalkanlah wanita2 yg sama2 berzina dgn saudara itu. Pergilah berhijrah ke tempat baru dan mulakanlah hidup baru. Dekatkan diri dengan masjid dan peliharalah solat.. insyaAllah, bila saudara memelihara solat dengan sempurna (secara berjemaah), Allah akan memperbaiki hati dan akhlak saudara sehingga saudara akan lebih mencintai kebajikan dan pahala dan membenci maksiat serta dosa.
Jangan putus harap dengan rahmat Allah.. sebesar mana pun dosa yang dilakukan oleh manusia, ketahuilah bahawa keampunan Allah itu lebih besar lagi. Yang penting, kita kena berusaha dengan penuh takut (kalau2 Allah tak terima taubat dan amalan kita) disamping berharap agar Allah menerima amal dan taubat kita.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saudara dalam jihad meninggalkan perbuatan dosa ini.. insyaAllah, amin.
WA





![Validate my RSS feed [Valid RSS]](http://ustazlove.com/blog/wp-content/uploads/2012/04/valid-rss-rogers.png)
mama zharfan
02/03/2012 at 10:55 am
jawapan yg terbaik…moga yg bertanya akan mempraktikkan apa yg ustaz cadangkan..
Ustaz Love
03/03/2012 at 1:19 am
insyaAllah, amin..
miss xy
02/03/2012 at 11:24 am
salam ustaz,
Sekadar bertanya, seorang isteri (masih dara/baik) bertemu jodohnya seperti di atas (hilang teruna). Pada mula perkahwinan mungkin boleh terima kekurangan kelebihan sisuami tp setelah beberapa tahun berkahwin baru si isteri dapat tahu yg sisuami dulu pernah berzina dengan kekasih lama. Adakah siisteri boleh berdendam atau minta cerai kerana tertipu walaupun sisuami tu dah bertaubat dan sangat baik dan bertanggungjawab pada keluarga. Cuma isteri tu rasa spt tertipu dan rasa sedih kerana dpt jodoh spt itu. Suami pun dah minta maaf . Orang kata lelaki yg baik jodohnya perempuan yg baik camna tu ustaz…
Ustaz Love
03/03/2012 at 1:18 am
salam miss xy..
isteri itu dah dapat suami yang baik.. kenapa nak berdendam dan minta cerai dengan suami atas kesilapan silamnya? isteri itu sepatutnya kena terima beliau seadanya.. tak perlu nak korek2 rahsia lama.. berapa ramai wanita di luar sana yg mendapat suami yang tak berapa baik, ini beliau elok2 dah ada suami yg baik, tapi nak minta cerai pula. Kisah silamnya tiada kaitan dengan isterinya yg sekarang.
suami tu pun dah bertaubat.. maka, jadilah beliau sebagai lelaki yg baik yg memang layak mendapat wanita yg baik
es
02/03/2012 at 2:51 pm
btol..perempuan yg tidak dpt mnjga mruah diri itu bukanlah seorang mnusia yg baik..bnd yg pling brharga pun x blh nk jga ngan baik inikan pula yang lain..begitu jugak dengan lelaki…..
Ustaz Love
03/03/2012 at 1:10 am
setiap manusia itu melakukan kesalahan.. sebaik2 mereka yg melakukan kesalahan adalah mereka2 yg bertaubat
Soal Jawab : Dibayangi Dosa Terlanjur
04/03/2012 at 2:28 am
[...] : ustazlove.com Tags: Soal Jawab : Dibayangi Dosa Terlanjur, soal jawab zina, [...]
Mahsuri Moden
22/03/2012 at 9:18 pm
salam ustaz love….
cinta itu ibarat duri
biarkan sahaja cinta berlalu pergi
cinta lelaki tiada beerti…
cinta illahi kekal abadi….
ustz dulu meon penah terlnjo dngn abg saudara…tapi ustaz kalau nk diikutkan bgi pendapat ustazlah adakah meon patut dipersalah kan ketika itu sedangkan meon sendiri jahil tentang zina …meon masa tu bru sekolah rendah tpi belom akhir baligh …dan ustaz adakah patut meon dipandang hina oleh masyarakat sedangkan meon tak taupon perbutan terkutuk tu zina…lagisatu ustaz adakah meon dikira dianaiya sebab meon tak tau apa2…demi Allah kalau sekarang lh meon berada disitu masa sejarah hitam tu …meon takkan buat sebab dosa besar…tapi yang menjadi masalah skrang meon tak tahu apa salah meon smpai tergamak dy lakukan smpai mcm tu dan meon juga slalu dicabul dulunya…dan ustaz love bende hitam ni slalu meon terbayang2..dan sampai meon takut…dan kadang meon fobia…yelah meon dh kene mcm tu spa tak fobia…
ustaz love bukan tu je yg dia buat kat meon…dy siap cerita kat adik dia dan kawan-kawan dia..dan meon tgok dy pandang meon bukan main hina..adik dy juga terlibat sama dengan peristiwa hitam tu ..itupun abg sedara dia yang durja tu suruh…budak2 mentahlah kn ustaz…lpastukan ustaz love adik dia pulak bangga meon dh kene racun dia dgn abg dia dan dia kecoh2 kan kat kawan dia…kawan dia pula heboh2kan dan pernahlah class mate meon kte weh kau dh kene tebuk tupai ye…itulah yg paling menyanyat hti meon ustaz dan lagisatu meon slalu diejek dan dihina kawan2…dan ada sorang tu yg mulut lezer ckp2 lucah kt meon…meon sedih sgt…meon tak phm apa salah meon kt dia..meon sygkan dia dan percyakan dia sbgai salah sorang famili meon …tapi ap yg dia buat..dia kata dia dh taubat…oklah meon tak ckp apa2 syukur lah dia dh brubah…tapi entah knapa kadang2 dia mcm nak sakitkan hati meon dan ckp2 pasal sejarah hitam tu lagi mcm meon ni pelaco…dan ceritakan kt spu2 meon..taulah perangai dak2 laki mcm mana..sppu laki meon suma pandang hina dan bgi kata2 kesat dan lucah…meon tak tahan ustaz…mcm mana meon nak terus lupakn suma ni…dalam doa meon meon mintak sgt2 dia brubah dan anak dia nnti tak akan senasib dgn meon dan mintak disiahkan jdi mcm hidup meon…meon dh tabah dan terima…tpi bila dihina bukan sja kawn2 malah sppu …meon tertekan …
ustaz love
kenapa dia tak fikirkan apa yg berlaku pada meon kalau dia buat macam tu dan kenapa dia perlu buat macam tu dan perlu diperhebahkan sedangkan dia yg menjadi punca….dan nasib baik ustaz meon tak mengandung dan lagi nasib baik masa peristiwa hitam tu tak ada cecair darah keluar…cuma ada warna putih …apa tu ustaz love…dan masa itulah bru meon dpt hidayah perbuatan terkutuk tu haram….
ustaz love….
adake lelaki yg nak terima meon …bila sampai masa nnti…masih adakah yg baik dan sebaik-baiknya untuk meon ustaz love…perluke meon bersemuka dgn dia dan suruh jgn ggu meon lagi? ,jauh kan diri meon?…lempang je dia …biar dia tahu yg meon dh lama sgt bersabar…
ustaz love,…
dia pernah kata dia nak kwin dgn meon…tapi meon tak sure sebab dia macm berseloroh…lagisatu kami tak boleh kawen sbb mak dia dgn mak meon satu adik bradik..tak boleh kn ustaz…dan kalau boleh meon takkan nak jdi suri hidup dia….
tapi yang meon bersyukur …sebab doktor kata rahim meon masih cntik dan tkde benih kira entahlah ustaz lov…tapi yg meon keliru kenapa doktor kata dara terlalu subjektif…apa maksud doctor tu ustaz ,,,adakah meon masih dara atau tidak…ustaz tolonglh meon…
p/s:banyak lagi kejahatan lelaki yg telah meon rse contohnya masa meon demam tak sihat sakit….doctor ambik kesmpatan meraba tut…paham2 jelah…lepastu…masa meon kecik meon kene ciom dgn pakcik yg meon tak kenal…dan bomoh pon ciom pipi meon sme macam pakcik tu juga…
kwn lelaki meon biadap tampa meon punya punggung…lepas tu ada yg kata nk rogol lh…pegang2 tgn meon…depan2 muka diorang kt meon…cri pasal dengan meon…ada ustaz yg tensen kot pijak kaki meon tiba2 dengan kasut booth dia…mcm lepas geram…
kesimpulan nya :apa yg lelaki nak dan sakit hati sgt dengan meon ustaz…knape meon kene buli je dgn diorang…dan adakah cerita meon akan menjadi cerita sperti lagenda mahsuri…terus dianaiya….
ustaz love yg baik hati tolong lh bantu hati ini …puas meon muasabah,berdoa,menangis depan Allah,mengadu kt mak meon sbb dh takthan …takut dan fobiaa….
catatan :request meon disini supaya perempuan gadis seperti meon ini jangalah terlalu murah harga diri sedangkan meon senndiri terabai akibat lelaki durja…sayangilah diri anda …maruah mu untuk suami mu…lagisatu harap pengomen blogger2 semua tidak mengopy sama ada dia silent reader ataupun tidak…tolonglah sama2 menjaga aib meon…meon ceritakan ni pasal meon tak tahu macam mana nk luahkan lagi…
last mengopy cerita ini adalah dilarang dan tidak diizinkan…fahamilah meon yg sedih dan kecewa ini…
Ustaz Love
26/03/2012 at 12:17 pm
insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba ulas dalam entry
Mahsuri Moden
22/03/2012 at 9:27 pm
ustaz lepas ustaz balas …kalau ustaz love nak balas lah…meon mintak ustaz love tolong delete ye cerita meon…cukuplah meon dh meluah dn dpt respond lepastu meon nk mulakan hidup yg lebih baik dri semalam ….mintak sgt2 kt ustaz love lps baca dan bls tlong la delete cerita meon…ye ustaz love syg…huhuhuhuhu….syg ustaz love…teruskan berkarya…i like ur posted article…the article written by ustaz love fascinate me and make me stick on the screen…. taniah ustaz
Ustaz Love
26/03/2012 at 12:15 pm
insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawabkan dalam entry
gadis keliru..
23/04/2012 at 7:26 am
salam…
gadis keliru..
23/04/2012 at 7:32 am
.
Ustaz Love
23/04/2012 at 11:49 am
salam
mawar
14/05/2012 at 12:21 pm
salam ustaz .saya dah beberapa kali terlanjur dengan teman lelaki saya. tapi tidak pernah memasukkan kemaluan masing2 adakah sama dengan dosa berzina?….saya ingin berubah ustaz sy xnak terus dibayangi dosa silam…sudah beberapa kali kami berjanji tidak mahu melakukan tapi tetap juga tidak boleh…kami ingin berkhawin tapi disebabkan saya masih belajar dan dia terhalang dengan keluarganya serta kehendak kerja yang tidak membolehkan dia berstatus ‘berkhawin’ memyebabkan kami terpesong sejauh itu…patutkah saya meninggalkn dia demi mencari keredhaan Allah??
Ustaz Love
17/05/2012 at 12:38 pm
salam mawar..
insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry..