I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ayah Tak Boleh Terima Teguran

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Nur :

Assalamualaikum..kaif haluka ya ustaz? moga sihat sejahtera..insyaAllah..:)

sejujurnya,msa ana bc blog ni,ada satu prasaan dtg,eh x mungkin mcm2 persaan..huhu..tba2 ana rasa seram sejuk,bergetar jiwa ni..sejuk sgla sendi2 ntah knapa..x pela..

ana sbnarnya ada nak tanya smethng..ana tak tau kat bahagian mana ana harus tlis,jd dekat komen pun kira jd la ye..ana perlukan nsihat dri ustaz..

dahulu,msa ana dan abg2 n adk2 ana kecik,ana bukan nak buruk2 ayah ana..langsung x de niat tu ustaz..ana kongsi maslah ni..ana tau mak ayah dah byak berkorban utk kmi adik beradik,masyaAllah besar sgt pengorbann mreka,tak tau nak blas cra apa..dlm dri ana skrng ni berbolak balik apkah kalu ana critakan mslah ini pd ustaz bagaikan ana bka keiaban keluarga?tp dah lma ana smpan prasaan ni n ana rasa ana perlu luahkan apa yang bersimpul dlm hati..maaafkan ana..

oke2..ceta mcm ni..msa dahulu bkan nak kta..tp pegangan agama ayah ana kurang baik la diktakan..ana x de niat nak burukkan ayah ana,ana syang ayah ana..ayah slalu tinggal solat.dn juga jrang blik rumah.mak slalu makn hati dgn ayah..disbbkn ana satu2nya anak permpuan,mak slalu ngadu kat ana menngis kt ana..ayah msa tu pun sering jgak pukul mak..msa tu ana kecik lag(x la kcik sgt-skolah rndah agy)..abg2 suma dah mngaji jauh2.adik2 plak kcik lg.x tau apa2..yg diorng tau nak seng nak seronok..lngsung x de rsa apa yang mak rsa..bla mak mkn hati,mak ceta kat ana.apa ana ble wat msa tu?.sejujurnya ckp,ana rsa dri ana terlalu jahiliyah msa tu,bab agma memg kurng msa tu..ana ikut mak mngis ajela..ada smpi thap mak mrahkan ayah sb ayah ad wanita len,mak mngs kat ana smpi histeria.memg pengalam sgt..ana msa tu ting1 mngkin.ayah tenangkan mak,ana n adik2 dah nangis dah,ana takut sgt tengok mak jd mcm tu,tak serupa orng.sjak mak tau ayah ad len,hbngan mak ngn ayah renggang,dah la sblum ni renggang lg tmbah renggang.ayah pun dri dulu dah memng abaikn tanggungjwb dya pd kmi..mak yang bg kmi duet skolah,bli bju skolah,byar api itu ini..sume mak..

ana mula sdr keadaan keluarga ana bla nek skolah menngah.bab agama ana byk jumpa ustzah ana.msa kcik dulu mgkin pndidikn islam x penting waktu tu..yela upsr mna ade pndidikn islam..bkan nak kta tp skola rendah ckgu wat remeh temeh je bab agma.nek skola mngah bru nak tumpu.itu pun sbb pmr ade pendidikn islam..hahaha apela..pelik bebnor zaman skrang..ana tiap kali solat ana nangis,doa pd Allah supya Ayah berubah,x tinggal solat lg..mak pun ana slalu nmpak mak nangis waktu berdoa lpas solat..pendekkn ceta..Alhamdulillah ana rasa Allah dah kabulkan doa ana minta ayah berubah..memng ayah berubah..dah tak tinggal solat..malah sunat pun ayah wat..ana nangis pd Allah bersyukur Allah dgr doa ana walupun ana tau ana ni bukan seorng yang solehah.. tpi.. ada maslah jgak,mgkn dlu ayah terkejar2 duniawi shingga akhirat dia abaikn.. kali ni,ayah dah dekatkan dri dia pd Allah tp ayah msih abaikan kmi anak2 beranak..walupun dlu ayah jarang blik rumah.tp birthday kmi x penah dia lupa bw pegy jln2.walupun skrang ayah dah rajin blik ke rumah tp tanggungjwb dia pd kmi sekeluarga msih dia abaikan..adk2skola mak yang antar .duet blanja mgkn kat situ ad perubhan.tp hnya duet skola adk2..brang2 rumah ttp mak yang belikan..ayah skrng blik rumah hnya duduk dlm blik.ana bole dgr dia bc Al-quran,dia berzikir,dia solat dsb..

smpi stu thp,ana x tahan mak asik mengadu pd ana psal ayah..ana tegur ayah mlm tu..mgkn cr ana tgur slah.ana hnya sedrkan ayah tntng tanggungjawab pd keluarga juga merupakan amanah dr Allah..dan kalo amanah Allah kita x turuti bermaksud kita dah melanggari printahNya..msa tu abg2 msih blajaq jauh..tb2 ayah tngking ana.ana msih engat apa yang ayah ckap”hang lawan ckap aku ya,brani hang tgur aku!hang nak jd anak derhaka?!nanti hang!”mmg mlm tu bdn ana berjalur..hahaha..(ustaz fham kan)mlm tu jgak ana cba muhasabah dri..ana x nangis kat mak sb mak sndri pun dlm dilema.mngkn terkejut ayah jerkah..ana bgun mlm tu ana wat solat sunat leps abih air mta ana mntak ampun n kekuatan dr Allah smpi x terkeluar dah..ana pegy jumpa ayah..ayah msih mrah rupanya,trus ana mntak maaf kat ayah smbil sujud kaki dia,alhamdulillah ayah dah x mrah..sejak tu ana x brani nak tgur ayah..ana tak tau apakah salah ana berbuat mcm tu?ustaz ana mntak nsihat ustaz pd ana.sjujurnya ana hanya nak meluahkan apa yang ana rsa dn tanggung smpi skrng sb ana dah tak than nak smpannya tp kta pepatah menyelam smbil minum air rite? hehe..ana nak bercrita face to fce pd ustazah ana,ana rsa x bole,akan bergugur jgak air mta ni,akan bergetar jugak suara ni,alih2 satu apa pun x fhm,apa dilema ana.ana amik kptsan dgn menaip at least walupun ana sdg mengis tp jr ana msih bole menaip kan..:) moga ustaz bola phm apa yang ana taip..mngkn agak x teratur..hehe..syukron jiddan ya ustaz.. (^_^)

Kalau sejuk segala sendi2 waktu melayari blog ni, ada kemungkinan beberapa ekor saka sedang menunggu untuk melakukan gangguan terhadap pengunjung blog Ustaz Love.. sebaiknya, amik wuduk dulu sebelum masuk ke blog Ustaz Love.. kihkih..

Meluahkan dan membuka keaiban adalah 2 perkara yg berbeza.. walaupun mungkin medium yang digunakan adalah lebih kurang sama, tapi yang membezakannya adalah niat. Satu niatnya untuk memburukkan orang lain, satu lagi niatnya untuk melegakan perasaan. Namun, niat baik untuk meluahkan perasaan itu ada ketikanya boleh menjadi buruk bila diluahkan kepada orang yang tak sepatutnya. Ustaz Love pun tak pasti sama ada Ustaz Love ni orang yang layak untuk mendengar luahan perasaan, tapi Ustaz Love lebih mencadangkan agar sesiapa saja yang mempunyai masalah jiwa dan perasaan agar meluahkannya kepada pakar seperti kaunselor atau pakar psikiatri. Bukanlah bermakna kalau jumpa pakar sakit jiwa itu menandakan kita ni gila, sebaliknya ia lebih baik daripada bercerita kepada orang yang tak terikat dengan kerahsiaan pesakit – doktor / kaunselor. Dan bukan sekadar dapat menenangkan diri (selepas meluah perasaan), bahkan akan dapat panduan dan ubat yang berkesan bagi merawat penyakit2 jiwa ini. Kalau tersalah meluah kepada orang, ada kemungkinan masalah tak selesai, tambah pulak masalah lain.

Berbalik pada persoalan saudari, Ustaz Love melihat perkara ini dari 2 sudut pandangan.. Iaitu pandangan mata kiri, dan pandangan mata kanan.. kihkih.. maaf.. Ustaz Love terlawak plak.. maksud Ustaz Love, pandangan Ustaz Love pada isu bapa dan isu saudari sendiri. Tapi biarlah Ustaz Love mulakan dengan isu bapa dulu.

Kebanyakan manusia terutama masa jaman muda2, memang agak nakal.. tak kira la masih bujang ke, dah beranak pinak ke.. jiwa muda tu kadang2 selalu nak membelok ke kiri dan ke kanan.. agak susah nak jalan lurus. Bila umur dah makin meningkat, seiring dengan usia dan kematangan, maka manusia itu akan berubah sikit demi sikit. Mana2 yang zaman2 muda dulu jauh dari agama, telah kembali nak mendalami agama.. Pernah seorang pensyarah di sebuah IPTA datang berjumpa dengan Ustaz Love (peristiwa ni berlaku kira2 10 tahun yang lalu) menangis2 menceritakan kisah dirinya yang langsung tak boleh membaca al-Quran.. dan Ustaz Love sendiri pernah mengajar mengaji satu keluarga daripada ayah (seorang Prof. yang beberapa tahun lagi nak pencen) sampai ke anak2nya mengaji al-Quran.. memang teruk bacaannya, tapi alhamdulillah, sekurang2nya beliau diberikan kesedaran untuk mendalami agama walaupun usia dah agak meningkat.

Sebenarnya dalam mempelajari agama ini, tiada istilah umur muda atau umur tua.. ia berbeza dengan ilmu dunia, yg ada masa2nya ilmu itu bermanfaat.. kalau umur dah 70 tahun baru nak amik medik, bila masanya nak jadi doktor? Pegang picagari pun dah terketar2.. jadi, ilmu dunia tu hanya bermanfaat mengikut masa2 yang tertentu.. sedangkan ilmu agama ini, tak kira umur boleh belajar, sbb manfaatnya akan dibawa sampai ke akhirat.

Jadi, pada pandangan Ustaz Love, mungkin asbab doa saudari dan ibu, maka Allah telah berikan hidayah kepada ayah saudari untuk kembali kepada agama.. tapi jadi masalah pula bila terlalu asyik dengan beribadah sehingga terabai tanggungjawab terhadap keluarga. Bagi Ustaz Love, fenomena sebegini memang biasa bagi orang2 yang baru berjumpa dengan sesuatu yang disukai.. Macam pengantin baru la, baru dapat isteri, seminggu tak keluar bilik pun tak heran.. sbbnya sibuk menikmati sesuatu yang sangat menggembirakan hati.. walaupun dipandang serong atau disindir oleh keluarga (sbb langsung tak nak tolong kat dapur), tapi apa nak kisah.. dah syok punya pasal..

Macam tu jugak la bila seseorang yang dah jauh daripada agama, tiba2 diberikan nikmat hidayah, maka dia akan berasa terlalu asyik dengan ibadahnya sehingga berasa fana’ dan tenggelam dalam keasyikannya.. dia tak kisah dah tanggapan ahli keluarga, pasal tanggungjawab dsb.

Dari sudut pandangan terhadap saudari pula, Ustaz Love ingin mengucapkan tahniah atas keberanian dan kesabaran saudari dan juga ibu saudari dalam menghadapi ujian sebegini.. Cuma, kita perlu menyedari satu perkara, tak semua yg kita inginkan, kita akan dapat. Tapi, dengan bersyukur, insyaAllah, Allah akan menambahkan lagi nikmat kepada kita.. Maka, nasihat Ustaz Love, saudari sekeluarga sepatutnya bersyukur atas perubahan bapa itu.. walaupun beliau tak dapat nak berubah sepenuhnya, tapi sekurang2nya masih lagi ada harapan untuk melihatnya berubah.

InsyaAllah, dengan amal ibadah yang dilakukan, akan memberikan kekuatan kepada beliau untuk berubah dan seterusnya menjadi seorang ayah yang lebih bertanggungjawab.. cuma, dalam situasi sekarang, apa yang diperlukan oleh beliau adalah sokongan ahli keluarga.. dengan sokongan ahli keluarga, insyaAllah, beliau akan dapat menguatkan keazaman beliau untuk berubah.

Apa yang saudari lakukan (menegur ayah) itu sebenarnya satu perbuatan yang baik, tapi mungkin caranya tidak kena.. saudari dah tentu lebih mengetahui bagaimana watak dan sikap ayah saudari.. jadi, teguran direct daripada saudari itu seumpama meletakkan leher untuk dipancung.. dan hasilnya, ayah itu tak berubah juga, dan saudari semakin berkecil hati dengan sikap ayah..

Dalam hal amar makruf nahi munkar (dakwah) ini, hikmah itu sangat penting. Tersilap berdakwah, bukan saja orang tak dapat hidayah, bahkan mendatangkan fitnah lagi kepada agama.. hikmah ini memerlukan usaha yang lama.. bukan hari ni kita dengar, esok dah terus boleh dapat hikmah.. tapi memerlukan latihan yang berterusan.. jika kita tak mampu nak berdakwah secara berhikmah kepada adik2 kita, macam mana kita nak berhikmah bila berdakwah kepada ibu bapa? Inilah antara fitnah terbesar bagi da’ie dalam melakukan dakwah terhadap ahli keluarga.. mereka lebih suka menggunakan pendekatan berfatwa (memberi hukum itu haram, ini halal, wajib, makruh dsb), sedangkan dakwah yang terbaik untuk ahli keluarga adalah dengan akhlak.

Tunjukkan akhlak yang baik, insyaAllah, tak perlu nak berfatwa atau memberikan dalil2 al-Quran dan Hadis, orang di sekeliling akan terkesan dengan kebaikan akhlak kita.

Ustaz Love nak akhiri entry ni dengan suatu kisah.. Ustaz Love masa study dulu sibuk dengan dakwah tabligh.. keluar berdakwah 3 hari, 40 hari dsb.. oleh kerana Ustaz Love pelajar pengajian Islam, jadi Ustaz Love merasakan waktu keluar berdakwah inilah waktu yang sesuai untuk menyampaikan apa yang dipelajari (berkaitan hadis dan hukum hakam). Apa yang berlaku, ahli jemaah Ustaz Love makin menjauhkan diri bila Ustaz Love buka mulut nak bercerita agama.. berbeza dengan seorang tua dalam jemaah itu, dia tak banyak bercakap.. bahkan orang bagi tugas berdakwah (bayan) selepas Maghrib pun dia menolak.. Dia kata tak pandai nak bercakap.. tapi dia banyak berkhidmat.. tiap2 kali Ustaz Love keluar nak gi toilet, Ustaz Love akan nampak beliau terbongkok2 menyusun selipar jemaah yang datang solat.. bila selesai solat Isyak, beliau sibuk tuang air kat belakang nak jamu jemaah yang datang.. dan beliau juga suka mengurut ahli jemaah.. beliau basuh toilet sampai berkilat tengah2 malam (sapa pun tak perasan.. Ustaz Love terserempak dengan beliau masa nak gi berak).. beliau susun dan lipat sejadah..

Cukup 3 hari, jemaah pun nak berpindah ke masjid yang lain (ini jemaah yang keluar 40 hari).. lalu imam, bilal dan tok siak pun rasa sedih nak melepaskan jemaah, sebab beliau sangat suka dengan khidmat yang diberikan.. toilet bersih, kawasan masjid bersih, orang kampung pun makin ramai datang ke masjid..

Ustaz Love melihat perkara ini dari satu sudut (dah bersudut2 plak pandangan Ustaz Love ni.. kihkih).. bila kita banyak bercakap, orang akan sakit telinga dan lari daripada kita.. kalau kita banyak memberikan khidmat kepada orang, orang akan mendekati kita.. sbb dengan memberikan khidmat, kita sebenarnya menekan ego dan kesombongan kita.. kita membasuh pinggan di rumah, sebenarnya kita sedang membasuh keegoan dalam hati kita.. kita menyapu lantai rumah, sebenarnya kita sedang membuang kekotoran dan habuk2 dalam hati kita.. kita mengemas rumah, sebenarnya kita sedang mengemas dan menyusun kebaikan dalam hati kita.. yang penting kita lakukan ikhlas semata2 kerana Allah.. dengan khidmat yang kita lakukan ini, insyaAllah akan memberi kesan kepada orang di sekeliling kita.

Tawanlah hati keluarga dengan kemuliaan akhlak kita.. insyaAllah, walaupun tanpa sepatah perkataan keluar daripada mulut, ahli keluarga akan memahami kehendak kita.. sebabnya, dengan memberi khidmat itu, hati2 manusia akan saling bertautan. Jangan harapkan perubahan dalam masa yang singkat, kerana natijahnya ia akan menjadi perubahan sementara..

Juga yang paling penting, bangunlah di 1/3 malam untuk solat dan berdoa semoga Allah melembutkan hati ayah saudari untuk berubah.. dan banyakkan bersabar.. yakinlah, buah sabar itu lebih manis rasanya daripada buah durian 😉

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. Assalam.. jazakallahu khairan jazak ya ustaz ala di nasihah.. amat membangkitkan ana ats nasihat yang positif tu.. sejujurnya,ana skarng cba blajar trima perubahan ayah walupun x seperti yang ana mahukan..btul kta ustaz x semua yg kita nak,kita bole dpt..perubahan ayah utk dkat dgn agama ana amat bersyukur..msa dah berlalu skrng nipun ana nmpak ayah dh makin brubah,hal keluarga skit2 dia mla amik tau,Alhamdulillah.(^_^)..rasanya mgkin ana yang ader sikap x sbar dlm satu hal.. sebab tu Allah uji ana..astargfirullah.. kalu ustaz nak tau,adik2 ayah yang len semuanya blajar agma..ader yang mengajar kitab kat msjid,imam solat masjid,mengajar kat maahad,kuar bertabligh,cuma sorng aja adik ayah yang ader mslh tekanan jiwa(diganggu makhluk halus..smpi skng x baik lg..ktanya dah x ble diubat)..sblum ana nk ceta kat ustaz,ana engat nak ceta kat adik ayah yang pling bongsu(ana rapat dgn paksu brbndng nan adik ayah yang len sb beza umur kitorng 10 taun ja,lbih sekepala) tp sperti yng ana ceta,tak tahan sebak..kalu meluahkan mcm ni lbih mudah kan.. apepun skrng ni ana dah dpt trima keadaan ayah seadanya dn lbih gembira lg ayah dah mla brubah..Alhamdulillah.. dan syukron jazilan pda ustaz skali lagi kerna mmberikan nasihat yang amat memberangsngkan..(^_^)..TERHARU ANA rasa mcm nak nangis..

    1. alhamdulillah.. teruskan berusaha dan berdoa dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah.. Ustaz Love yang terbaik buat saudari sekeluarga.. insyaAllah, amin 😉

    1. kena tengok apa tujuannya.. kalau tujuannya untuk dihadiahkan kepada anak saudara contohnya, maka hukumnya harus..

      WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme