I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Selamat Hari Wanita

Salam…

Entry ni khas ditujukan kepada semua wanita yang membaca blog Ustaz Love.. Ustaz Love nak ucapkan Selamat Hari Wanita.. tak kira la sama ada wanita bersuami, wanita tunggal (maksud Ustaz Love, ibu tunggal), wanita bujang, wanita belum akil baligh dsb.. tak termasuk lelaki yg perasan diri itu wanita (pondan)..

Suatu ketika dulu, kita hidup di dalam diri wanita (dalam perut ibu kita), bila dah lahir, kita melekat di dada ibu, bila dah besar sket, kita berada di samping ibu, bila dah gatal sket, kita pun nak cari wanita untuk dijadikan isteri (kalau boleh nak cari yg pandai masak macam ibu, yg lembut mcm ibu, yg baik akhlak mcm ibu dsb) sehinggalah kita ditinggalkan selamanya oleh ibu atau isteri, maka jadilah lelaki2 itu seorang yg murung dan gersang.. Sebab tu orang2 tua kalau tgk lelaki bermurung dan bermuka masam, dikatakan muka macam baru mati bini..

Bila cerita pasal wanita ni, susah nak kaitkan benda yg lain, melainkan perkaitan dengan unsur2 keibuan.. tapi entry ni bukan untuk Hari Ibu.. hentam je la, yg penting tak lari jauh daripada fokus..

Ustaz Love sebenarnya tak berhajat nak menulis panjang2.. sebab semenjak dua menjak ni, Ustaz Love dah semakin malas nak menulis.. jadi, Ustaz Love amik satu je point pasal wanita ni..

Kita selalu mendengar kata2 falsafah “Di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita”.. bukanlah bermaksud wanita itu kena duduk belakang lelaki, kang dikentutnya mau pingsan wanita itu.. kihkih.. maksudnya adalah, kebiasaannya, wanita ini yang akan jadi pendokong dan penyokong lelaki sehingga lelaki itu boleh berjaya.. tak kira la dengan bantuan tenaganya, air mata, doa dsb. Agak susah bagi lelaki untuk fokus dalam banyak benda, dan biasanya wanita akan menjadi organizernya.. akan mengingatkan lelaki tentang itu dan ini dan menyediakan segala keperluan sehinggakan tugas lelaki hanya menyarungkan je ke badan, atau menyuapkan ke mulut.. tak perlu sibuk2 nak cari barang dsb..

Dan falsafah itu tak terhenti di situ saja.. ada sambungannya.. iaitu “Kejayaan atau kejatuhan seorang lelaki juga biasanya ditentukan oleh wanita”.. jangan baca falsafah ni dari sudut akidah, tapi kena baca dari sudut abstrak.. Walaupun wanita itu nampak lemah dari sudut fizikal, namun kemampuannya itu jangan sesekali diperkecilkan.. banyak kerajaan2 di dunia ini jatuh disebabkan perempuan (tak mustahil Malaysia juga boleh berlaku perkara yg sama)..

Jadi, bagi para pembaca wanita di blog Ustaz Love ini, Ustaz Love ingin pulangkan satu soalan.. yang mana satukah anda nak jadi, sama ada nak jadi pendokong kejayaan lelaki (suami atau anak) ataupun menjadi penyebab kejatuhan lelaki? Pilihan di tangan anda.. buatlah pilihan yang bijak.. Bank Islam, kami mesti pilih.. kihkih..

Akhir kata, Ustaz Love ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua wanita yg telah memberikan kegembiraan kepada Ustaz Love, tak kira la yang dah masuk ke dalam kubur (mcm arwah mak Ustaz Love) mahupun yang berada di sekeliling Ustaz Love (bukan keliling pinggang.. kihkih) dan juga pembaca2 blog Ustaz Love yang kebanyakannya adalah daripada kalangan wanita.

Selamat Menyambut Hari Wanita..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
    1. jadi lelaki mahupun jadi wanita, kedua2nya beruntung jika mentaati perintah Allah dan rasulNya πŸ˜‰

  1. nice ustaz luv =)
    Terima kasih entry smpena hari wanita ~~
    sudah pasti berusaha menjadi pilihan wanita yg mendokong kejayaan lelaki.. insya-Allah.. pada bakal zauj yg dtentukan Allah…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme