I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Pendapat Mana Yang Lebih Cerdik?

Salam…

Ustaz Love nak kongsikan 2 pendapat berkaitan isu Syria ni.. satu daripada Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan dan satu lagi pendapat Syeikh Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir..

1. Tan Sri Zainuddin Maidin.

SAYA sungguh terkejut membaca berita anak-anak Malaysia yang pada keseluruhannya menganggotai pertubuhan atau NGO Islam akan menyertai tunjuk perasaan anti Presiden Syria, Bashar al-Assad yang dirancang akan diadakan di pekarangan kedutaan Syria pada Sabtu ini.

Penganjur perhimpunan itu mempropagandakan lebih 10,000 akan menyertainya dengan tujuan untuk menentang kezaliman presiden itu. Tetapi apakah benar beliau zalim atau pihak yang menyusun ‘Jenayah Hasutan’ dengan berselindung di sebalik ‘Arab Spring’ yang lebih kejam dalam menumpahkan darah rakyat Syria?

Kita tahu Syria adalah sebuah negara yang makmur dan disenangi oleh orang luar, terutamanya pelajar-pelajar dan rakyat kita yang berada di negara itu. Tetapi sejak kebangkitan pemberontakan dalaman dari ‘Jenayah Hasutan’ luar maka kita telah disogokkan dengan hanya berita dari suatu pihak sahaja.

Kita harus menunjukkan kepada dunia bahawa sekalipun kita percaya kepada jalur globalisasi tetapi dalam beberapa hal kita mempunyai pendirian sendiri.

Kita mempunyai maruah sendiri, tidak mudah diperalatkan untuk menyampaikan hasrat kuasa besar untuk matlamat ‘Regime Change’ yang menumpahkan darah tetapi digambarkan sebagai indah dengan istilah ‘Arab Spring’ atau Musim Bunga di dunia Arab.

Tidak mungkin apa yang berlaku terhadap Syria sekarang tidak akan berlaku dalam negara kita untuk tujuan ‘Regime Change’ sekiranya kuasa besar memikirkan ini perlu dilakukan. Bagaimanakah perasaan kita jika dalam suasana tekanan rakyat negara negara sahabat mengadakan tunjuk perasaan menyokong musuh kita?

Jika kita memperlihatkan diri kita mudah dipergunakan untuk matlamat melumpuhkan sebuah negara asing yang bersahabat karib dengan kita, maka ini akan membuka laluan mudah kepada mereka untuk mempergunakan rakyat kita bagi mencapai matlamat roadmap mereka.

Kuasa Besar mempunyai ejen di mana-mana termasuk rakyat mereka di luar negara seperti pelajar-pelajar Syria atau ahli perniagaan mereka di Malaysia dan sebagainya untuk membantu menyempurnakan matlamat terakhir bagi demokrasi mengikut acuan mereka di dunia Arab.

Janganlah kita begitu mudah mengecap Presiden Syria sebagai zalim kerana sebenarnya apa yang berlaku di negara ini adalah ‘Jenayah Hasutan’ Barat yang terancang, tersusun dan kejam yang dijuarai oleh Amerika Syarikat dan Israel dengan dukungan negara-negara Barat.

Matlamat terakhir mereka ialah Iran. Tetapi sebelum Iran, Syria mesti dilumpuhkan seperti mereka lakukan terhadap Tunisia, Libya dan Mesir. Maka akan sempurnalah sebuah kekejaman yang tidak ada taranya yang berselindung di sebalik bunga-bunga berkembang. Sebenarnya ia telah mula berkembang dari Iraq.

Saya hairan bagaimana NGO yang diketuai oleh orang-orang cerdik di negara kita terutama Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPIM), Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM) dan beberapa pertubuhan Islam terlibat dalam penganjuran perhimpunan ini? Ini menggambarkan taraf intelektualiti mereka. Bagaimanapun saya tidak terkejut dengan penglibatan ABIM.

2. Syeikh Nasr Farid Washil.

Ulama di Al-Azhar, lembaga tertinggi di dunia Muslim Sunni, telah mengeluarkan fatwa yang menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad atas kematian ribuan orang awam dalam penumpasan mematikan terhadap aksi protes anti-rejim.

“Bashar Al-Assad sang pembunuh harus dibunuh,” kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, di surat khabar milik Parti Kebebasan dan Keadilan pada hari Rabu lalu, 14 Mac.

“Dia (Assad) yang melepaskan peluru melawan rakyatnya sendiri harus dikutuk dan seorang penjahat perang yang wajib dihukum.”

Lebih dari 8.000 rakyat Syria telah tewas dalam aksi protes menuntut diakhirinya 11-tahun pemerintahan Assad oleh tindakan keras mematikan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Assad.

Para ulama Al-Azhar sepakat menyeru pembunuhan Assad berkaitan atas pertumpahan darah warga awam yang terjadi setiap hari di Syria.

“Membunuh Bashar Al-Assad adalah suatu kemestian setelah ia menumpahkan darah rakyatnya dan memperkosa para wanita mereka sendiri,” kata Dr Hasyim Islam, seorang ahli jawatankuasa Fatwa Al-Azhar.

Dia menekankan bahawa Islam melarang pembunuhan manusia tanpa alasan yang syar’i.

“Kejahatan yang dilakukan oleh Bashar Al-Assad sang pembunuh dilarang oleh Islam dan tindakannya itu tidak akan mewujudkan keselamatan,” tegasnya.

Syaikh Abdul-Munim Al-Bari, bekas pimpinan front ulama Al-Azhar juga setuju dengan fatwa Assad wajib dibunuh.

“Presiden Syria Bashar Al-Assad harus dibunuh kerana membantu pembunuhan brutal yang dilakukan terhadap orang awam di Syria,” ujarnya.

Al-Bari, yang juga bekas ahli jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, mengatakan bahawa kejahatan Assad melanggar semua norma agama dan manusia.

“Dia layak mendapat hukuman dengan cepat.”

sumber : sini dan sini.

p/s: Satu dunia mengutuk kekejaman rejim pimpinan Bashar al-Assad, ada juga terselit ‘orang cerdik’ yang nak berbeza pendapat.

(T – T)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

Add a Comment
    1. walaupun Syria jauh beribu batu, tetapi mereka tetap saudara kita dari sudut pertalian akidah.. maka, sewajarnyalah kita mengambil tahu serba sedikit.. sekurang2nya kita boleh berdoa untuk kebaikan mereka 😉

      1. salam ustaz…
        saya rasa sangat malu dengan kenyataan yg dikeluarkan oleh tan sri tuh….ya allah…bukakanlah mata dan hati nya untuk melihat apa yang berlaku di syria…. basyar al assad laknatullah…. dia bukan sahaja menyembelih membunuh rakyatnya , anak2 kecil, wanita tetapi dia juga menukar syahadah laillahaillallah, memaksa rakyat menyembahnya….dia umpama firaun zaman ini. Janganlah kerana kita hidup dalam aman damai kita memejam mata dengan kesengsaraan saudara kita di sana ….sekurang-kurangnya kirimlah doa untuk mereka…. dan saya ucapkan syabas kepada anak-anak muda negara ini yang berani bangun menunjukkan penentangan kepada kezaliman rejim assad. Semoga kita semua terpelihara dari kerakusan pemerintah yang zalim!

  1. zainudin maidin tu yg pernah jd tmbalan menteri ke?

    cakap bodoh kang kata kasar sgt, tapi takde perkataan lain yg lebih sesuai…

  2. salam ustaz. saya rasa sangat malu membaca kenytaan tan sri tu. ya allah bukakan lah mata dan hati beliau untuk melihat dan merasai kekejaman pemerintah basyar al assad. Basyar laknatullah memang zalim dia bukan sahaja menyembelih , membunuh rakyatnya malahan dia juga memaksa mereka menyembahnya dan menukar syahadah laillahailallah… ada banyak video di youtube bukti kekejaman basyar…. janganlah kerana hendak hidup aman dan damai kita bersekongkol dan mendiamkan diri dengan kekejaman yang dilakukan terhadap saudara seagama kita…. sekurangnya panjatkan doa untuk mereka…. dan syabas pada anak muda yang berani menentang kezaliman moga allah melindungi kita dr diperintah oleh penguasa yang zalim.

    http://aiyangdisayang.blogspot.com/2012/02/mampukah-kalian-menahan-airmata-dari.html

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme