I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Musim ‘Penculikan’

Salam…

Ustaz Love berasa sangat tergaru2 hati untuk menulis tentang perkara ini.. suatu masa dulu, Ustaz Love sangat aktif meletakkan iklan budak2 hilang, tapi kalau remaja hilang ni, rasanya Ustaz Love belum pernah letak iklan lagi. Satu je dalam fikiran Ustaz Love, budak2 tak pandai nak menipu.. jadi, kalau budak tu hilang, bermakna dia betul2 hilang.. dan bukan main sorok2, hide and seek dsb.

Kalau remaja ni, memang susah nak percaya.. bermula dengan kes lakonan penculikan seorang remaja yang keluar nak gi beli top-up, sungguh menggemparkan negara (jika benar ianya kes penculikan.. sbb dilakukan di hadapan orang ramai pada waktu siang terang-benderang).. kemudian diikuti dengan beberapa siri remaja hilang yang disyaki diculik.. tapi, akhirnya menuju kepada petunjuk yang sama, iaitu mereka lari ikut kekasih masing2.

Ustaz Love tak tahu nak bereaksi macam mana tentang kes2 macam ni.. nak gelak, rasa macam tak patut.. sbb tengok mak ayah mereka yang menangis2 merayu ‘penculik’ jangan menyakiti dan memulangkan anak mereka.. nak marah, macam tak berbaloi nak marah.. nak nangis, lagi la takde pasal..

Tapi, itulah sebenarnya antara maksud pepatah Melayu “menjaga anak perempuan seorang lebih susah daripada menjaga lembu sekandang”.. sebab lembu boleh dikurung dalam kandang (kalau biarkan bebas lepas, takut kena curi), tapi anak perempuan memang susah nak kurung dalam rumah.. tambah2 lagi bagi mereka2 yg nampak je mcm terkurung dalam rumah, tapi sebenarnya dah merayau merata tempat dan berkenalan dengan ramai orang melalui alam maya.. sedikit sebanyak, ia mempengaruhi juga sikap remaja, sekalipun zahirnya kita melihat mereka ini macam anak yang solehah, tak keluar rumah, berkurung dalam bilik dsb.

Ustaz Love ingin menasihati diri sendiri (sbb Ustaz Love pun ada 3 orang anak pempuan) dan para ibu bapa (terutama yg mempunyai anak yang dah akil baligh / remaja), jangan meletakkan 100% kepercayaan kepada mereka.. bukan nak suruh jangan percaya, sebaliknya nak suruh jangan terlalu percaya.. Walaupun layang2 kita biarkan bebas terbang di angkasa, kita faham yg ia perlukan kawalan kita agar tali tak putus dan layang2 tak terbang ke mana2.. Ada masanya kita perlu longgarkan tali, ada masanya kita kena tarik2 tali, ada masanya kita kena gulung tali layang2 tu..

Jadi, dalam memberikan kebebasan kepada anak2, kena juga main tarik tali.. anak2 nak pakai henset, kalau mampu belikan, kenapa nak kedekut? Belikan la anak tu henset, tapi sentiasa cek inbox message dan contact person dalam henset tu (untuk tahu dengan siapa anak berkawan dan bermesej). Tak perlu berikan yang canggih2, nanti dia buat movie sendiri dalam bilik, mak ayah plak yang terconteng marker-pen di muka (sbb benda2 yg masuk dlm internet ni susah nak dibuang). Begitu juga dalam situasi komputer dan internet.. mak ayah tak mampu nak halang anak2 (sbb kerajaan sendiri bagi netbook free), tapi tak mampu nak halang, bukanlah bermaksud tak mampu nak kawal. Kena cek sentiasa apa yang anak2 download daripada internet, dia chat dgn siapa dsb.. ibu bapa juga boleh menggunakan teknik menyamar.. jadi friends anak2 kat FB dan Twitter.. tak perlu komen apa2, just memantau saja..

Jangan terlalu nak menjadi ibu bapa yang open-minded sehingga merosakkan pemikiran anak2 sendiri.. juga tak perlu menjadi ibu bapa yang terlalu mengongkong anak2.. sbb anak2 ni bukannya lembu yang boleh dikurung2.. maka, sangat bergantung kepada kebijaksanaan ibu bapa untuk bertindak dengan tindakan yang bersesuaian dengan situasi semasa.

Bagi anak2 pula, Ustaz Love percaya, ramai di kalangan kita pernah terdetik untuk melarikan diri dari rumah.. tapi mungkin disebabkan pertimbangan akal kita masih waras, maka kita terselamat daripada termasuk dalam statistik mereka2 yang melarikan diri dari rumah. Daripada feedback pembaca blog Ustaz Love, memang ramai yang bermasalah dengan ibu bapa ni..

Tetapi, masalah dgn ibu bapa bukanlah semata2 punca remaja melarikan diri.. kita pun biasa berkrisis dengan mak ayah, tapi takde plak nak lari keluar rumah (atau mungkin kita tak seberani mereka).. mereka terlalu berani, sampaikan buat sinetron penculikan.. mungkin juga ada kaitan dengan pengaruh filem (terutama sinetron Indonesia yg sangat diminati oleh para remaja.. yg biasa memaparkan idea anak2 melarikan diri dari rumah). Juga adanya unsur2 pengaruh daripada kawan2 dan teman lelaki..

Sebab itulah, ibu bapa ini kena menjadi teman rapat kepada anak2 remaja (macam kawan yang boleh berkongsi suka duka).. sbb anak remaja ini tak macam anak2 yang belum mumaiyiz atau belum baligh (yg kita boleh marah dan pukul kalau buat silap).. anak remaja ini adalah mereka yang terperangkap dalam dua alam iaitu alam kanak2 dan alam dewasa.. kadang2 kita nampak macam dah matang, kadang2 nampak mcm kebudak2an.. itulah remaja (Ustaz Love masih lagi dalam usia remaja.. sbb tu Ustaz Love sangat memahami perasaan remaja ni.. kihkih).

Bila ibu bapa rapat dengan anak remaja, maka tiada alasan bagi mereka untuk menjadikan kawan2 sebagai tempat meluahkan perasaan suka duka.. dan tiada orang yang boleh mengambil kesempatan atas masalah mereka.. kerana mereka mempunyai ibu bapa yang sudi mendengar dan membantu menyelesaikan masalah..

Kalau ibu bapa tak rapat dengan anak2 remaja, maka anak2 itu akan mempunyai banyak perkara yg dirahsiakan daripada ibu bapa.. sehinggakan akibat terlalu takut rahsia terbongkar, maka otak kanak2 mereka akan memikirkan sesuatu tindakan yang di luar batas kewarasan orang matang.. akhirnya, yang akan menanggung susah-payah, malu dsb adalah ibu bapa itu sendiri.

Jadi, belum terlambat lagi untuk ibu bapa serta anak2 remaja ini untuk menjalinkan kembali tali perhubungan keluarga yang lebih erat. Ibu bapa kena selalu menasihati anak2 (budak2 ni memang kena selalu ulang cakap benda yang sama banyak2 kali) agar tertanam dalam kepala otak berjambul anak2 itu, yang ibu bapa mereka ini telah lama bersusah payah untuk mereka, jadi adalah tidak wajar untuk mereka menambahkan lagi kesusahan yg sedia ada dengan perbuatan2 mereka yang akan menyusahkan lagi ibu bapa.

p/s : Kalau jaman2 samseng kampung dusun dulu, berani2 la nak larikan anak dara orang.. mau kena belasah dengan budak2 kampung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. bila nafsu menguasai akal, tu yg sanggup lari ikut ‘jantan’ tu…memalukan ibu bapa ajer..ibunya siap masuk tv nangis2 lagi, tgk2 anaknya lari dari rumah, bukan kena culik pun…

    1. sebab itulah, bila nak buat sesuatu keputusan, fikirlah sedalamnya.. dan masukkan sekali situasi ibu bapa, adik beradik, saudara mara dsb.. insyaAllah, nak buat jahat pun tak jadi sbb fikirkan orang lain.. inilah pentingnya membuang sikap mementingkan diri sendiri..

    1. Masa kecik2 dulu, Ustaz Love paling takut dengan Benggali jual kain.. sbb org2 tua kata, Benggali tu bungkus kepala budak dlm bungkusan baju yg dia bawak tu.. lepas potong kepala, dia akan colek mata budak dan jual.. seram je dengar perkataan colek dan culik πŸ˜€

  2. Setuju dengan kak jem bila hati dah kene culik macm2 boleh jd, tapi ustaz boleh tak kalau ckp bila ibu bapa sndiri xtanamkan rase kasih syg yg betul pada kluarga tu yg rase asyik nak tinggalkan keluarga?

    1. perkara itu agak subjektif.. ramai je anak yatim yg tak pernah rasa kasih sayang ibu bapa, tapi tak terasa pun nak buat bukan2 spt lari drp rumah ikut kekasih dsb πŸ˜‰

      1. a’ah betul jg ustaz tak terfikir pulak saya, saya ni je terbawa2 dgn satu pendapat bila ibu dah tiada, tanda Allah dah tarik satu rahmat sebab dah tiada doa ibu yang makbul untuk doakan kita tapi dalam bab ni kita pulak yang lari tinggalkan rahmat tu

        1. rahmat bukan semata2 pada doa ibu, tapi bagaimana anak2 itu boleh menjadi anak yg soleh tak kira sama ada ibu itu masih hidup atau dah meninggal.. sbb kebaikan itu akan kembali kepadanya dan kepada ibunya yang mengajarkan kebaikan kepada anaknya itu πŸ˜‰

  3. slh anak gadi sbb terpengaruh..slh jugak lelaki jaman skarang yg takde sikap pelindung dan tgjwb dah…same je..

    1. Jika nak menuding jari menunjukkan siapa yg salah, nescaya ia akan menjadi seperti lagu bangau oh bangau.. tak ramai orang yg sanggup mengaku salah, tapi terlalu ramai yg suka menuduh orang lain bersalah πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme