I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Himpunan Madah Pujangga Ustaz Love Part 5

Salam…

Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4

1. “Menuduh orang tak mandi adalah taktik untuk menafikan kebusukan diri”.. maksudnya : Divert (mengalihkan) perhatian terhadap isu yg lain adalah kaedah berkesan untuk membuat orang lari fokus pada perkara pokok..

2. “Orang buta yang berada di bilik yang terang sudah pasti tidak dapat melihat.. sama juga orang celik yang berada di bilik yang gelap”.. Cahaya hidayah tidak akan memancar pantulannya melalui akhlak daripada seorang yg gelap hatinya, juga hati yang cerah tidak akan dapat memantulkan cahaya sekiranya tiada hidayah yg masuk ke hatinya.. maka berdoalah untuk mendapat hidayah, dan untuk mendapatkan hati yang cerah..

3. “Tawanlah hati manusia dengan menawan perutnya”.. maksudnya : rajin belanja dan memberi makan kepada orang lain, akan mewujudkan tautan hati antara kita..

4. “Tidur secara duduk tidak membatalkan wuduk”.. maksudnya : punggung yg rapat ke lantai tak memungkinkan angin untuk keluar, tapi kalau keluar jugak, there’s something wrong with your butt..

5. “Gula dan racun, kedua2nya adalah racun.. yg membezakannya hanyalah tempoh masa”.. maksudnya : Ada mudarat yg boleh nampak kesannya serta-merta, ada juga yg mengambil masa untuk kita nampak kesan kemudaratannya.. yg penting, kedua2nya mendatangkan mudarat..

6. “Setiap kali sendawa, kita tak lupa untuk bersyukur atas nikmat makanan.. setiap kali kentut dan berak, kita buat2 lupa akan nikmat pembuangan”.. maksudnya : nikmat itu bukan setakat yg kita masukkan ke dalam mulut, sebaliknya yg kita buang itu juga merupakan nikmat..

7. “Apalah gunanya sotong banyak tangan dan dakwat, tapi tak pandai menulis”.. maksudnya : setiap kejadian ada fungsinya masing2.. belum tentu jika ada kelengkapan, ia akan ada kemahiran..

8. “Pedasnya sambal di lidah, terzahir dengan keluarnya air hidung dan mata”.. Perasaan itu tidak dapat dilihat, sebab itu dinamakan rasa, hanya dapat dikesan melalui pancaindera..

9. “Orang sembelit juga mampu terkentut2″.. maksudnya : Orang yang biasa ketawa belum tentu mampu untuk menangis, tetapi ramai juga yang mampu ketawa sampai menangis”..

10. “Makan sikit2 tapi byk2 kali itu lebih baik daripada makan byk2 sekali hadap”.. Maksudnya : istiqamah dgn amal yg sikit itu lebih baik drp amal yg byk tp dilakukan sekali-sekala.

11. “Hidung dah gatal nak bersin, tiba2 tak jadi”.. Maksudnya : suatu perasaan yg sangat tak best bila dah tiba masa nak meluah, tak jadi nak luah..

12. “Kelajuan lori tanpa muatan memang menakjubkan”.. Maksudnya : seseorang yang selalu menanggung ujian berat biasanya akan mudah menghadapi ujian yg ringan..

13. “Berak keras melegakan perut sedangkan berak cirit menyakitkan perut”.. Maksudnya : menikmati hasil kerja keras lebih memuaskan hati drp mendapat hasil melalui jalan yg mudah yg biasanya akan menyusahkan diri..

14. “Lauk yg sedap itulah yg menjadi punca nasik tambah”.. Maksudnya : Warna-warni dan variasi kehidupan yg indah menjadi pemangkin semangat untuk manusia terus menikmati kehidupan..

15. “Walaupun dah tau ketiaknya busuk, beliau masih lagi berulangkali menciumnya.. sekalipun dgn mimik muka tak puas hati”.. Maksudnya : busuk2 pun badan sendiri.. Apa nk heran? Tp kalau org lain punya bau, siap boleh muntah hijau..

16. “Bermulanya kaki yg busuk akibat drp kaki yg cagu.. Bermulanya kaki yg cagu disebabkn tersalah potong kuku”.. Maksudnya : Bermulanya jenayah yg besar drp jenayah kecil2an.. Bermulanya jenayah kecil akibat kelalaian sendiri yg menganggap itu benda kecik..

17. “Selepas dicuci dgn pencuci, bilaslah pinggan dgn air yg suci”.. Maksudnya : basuhlah hati dgn istighfar, kemudian bilaslah dengan zikrullah..

18. “Jika sate takutkan panasnya api dan pedihnya asap, nescaya tiada siapa dpt menikmati rasanya yg sedap”.. Maksudnya : jika manusia takut diuji dan diduga, nescaya dia tidak dpt memberi manfaat kpd orang sekeliling..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
    1. salam kiki..

      hukumnya harus kalau mandi dalam bilik tertutup seorang diri.. kalau mandi secara berjemaah, hukumnya haram berbogel..

      WA

      1. owh.. pakai kain bashan masa mandi tu ikut sunah rasulullah kan? erm,persoalnnya… msa mandi wajib kita disuruh utk meratakan air keseluruh badan.jd bila paki kain bsahan mcm mana nak pastikan air smpi ke seluruh badan sa mandi wajib?

        1. dalam bab mandi ni, kena tengok tempat dan keutamaan.. kalau dalam bilik air, maka harus mandi berbogel dan harus juga mandi pakai kain basahan.. kalau kat tempat awam (mandi dekat kolah asrama ke) maka wajib tutup aurat..

          dalam bab keutamaan plak, maka perlu difahami bahawa keutamaan mandi wajib itu adalah pada meratakan air ke seluruh tubuh, sbb ia adalah rukun.. kalau dengan memakai kain basahan menyebabkan ada bahagian yang tak kena air, maka lebih utama mandi wajib secara berbogel.

          tapi kalau mandi pakai kain basahan pun boleh rata juga air ke seluruh tubuh.. iaitu dengan cara menjirus air dan menggosok2 bahagian2 tersebut.. kalau mandi biasa pakai kain basahan elok je boleh sabun dan bilas tubuh, takkan nak ratakan air boleh menjadi masalah.. 😉

  1. Salam Ustaz Love..:)
    bolehke kalau kita letak minyak something dkat muka kita untuk tumbuh jambang dan janggut yang lebat? walaupun kita jenis xde jambang…Adakah itu mengubah ciptaan Allah S.W.T.?

    1. Salam Ikhwan..

      Takde masalah.. nak letak baja kat muka pun boleh.. kihkih 😀

      Itu tak dikira mengubah kejadian Allah.. kerana menggunakan teknik semulajadi.. bukannya benda serta-merta spt memakai janggut palsu dsb..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme