I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Himpunan Madah Pujangga Ustaz Love Part 4

Salam…

Part 1 | Part 2 | Part 3

1. “Ikan itu perlu memakan dan akan dimakan”.. maksudnya : kitaran hidup kadangkala menjadikan kita pemangsa, dan pengakhirannya kita akan menjadi mangsa.. mangsa ulat dan binatang berbisa dalam kubur.

2. “Orang yang berumah di tempat pembuangan sampah akan berasa pening jika masuk ke kilang perfume”.. maksudnya : orang yang hidup bergelumang maksiat dan dosa akan gelisah bila berada di kalangan mereka yang melakukan kebaikan dan pahala.

3. “Dalam matematik, 0 di depan itu memberi makna berbanding 0 di belakang”.. maksudnya : dalam perkiraan hidup, masa depan itu lebih bernilai berbanding masa lalu.

4. “Di sebalik janggut yang kusut, ada tahi lalat Latifah Omar di dagu”.. maksudnya : di sebalik keburukan seseorang itu, tersembunyi kebaikan yang tidak kita ketahui.

5. “Lebih ramai peminat sup ekor berbanding sup otak”.. maksudnya : manusia lebih suka menjadi pengikut berbanding menjadi pemimpin.

6. “Melaburlah seperti berak, nescaya hasilnya sangat mengejutkan”.. maksudnya : pelaburan akhirat itu memberi manfaat apabila kita menginfaq harta tanpa tertanya2 ke mana perginya, apa yg dibuat dengannya, apa pulangannya dsb.. pendek kata, beri dan lupakan.

7. “Sedapnya doktor mencucuk pesakit, sebab bukan beliau yang berasa sakit”.. maksudnya : bila kita buat orang, memang kita tak rasa apa2.. sbb bukan kita yg merasai kesakitan itu.

8. “Jatuh tersungkur, sepantas kilat melompat bangun.. jatuh terlentang, amik masa untuk bangkit kembali”.. maksudnya : Kita biasa pantas bangun menyelesaikan perjalanan menuju kejayaan sekalipun gagal berkali2.. tapi kita mungkin takkan bangun kembali sekiranya sibuk menyesali kegagalan yg lalu.

9. “Satu kentut lebih diingati berbanding seribu sendawa”.. maksudnya : org lebih mengingati bau berbanding bunyi.

10. “Dengan tahi gigi, berjuta manusia telah dapat pekerjaan”.. maksudnya : Setiap yang baik mahupun yang buruk, ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya.

11. “Walaupun kita bagi makan pada kucing jiran, ia masih milik jiran”.. maksudnya : sekalipun kita berbudi dan menolong seseorang, kita tak punya hak untuk menentukan hala tuju hidupnya, apatah lagi mencampuri urusan peribadinya.. kerana pertolongan kita yg ikhlas itu akan kembali menjadi kebaikan untuk diri kita sendiri.

12. “Walaupun anak kunci ada di tangan, mangga tetap tidak terbuka”.. maksudnya : sekalipun ada peluang di hadapan, jika kita tak berusaha mendapatkannya, maka tidaklah ia akan menjadi apa2.

13. “Untuk membersihkan kain yang putih memerlukan usaha yang sangat tinggi, tetapi untuk mengotorkannya sangat mudah sekali”.. maksudnya : untuk membersihkan hati dan amalan, memerlukan usaha yang tak sedikit.. tapi untuk mengotorkan hati dan amalan, memang senang.

14. “Spender bertahi boleh dibasuh dengan sebaldi air, hati bernajis tak mampu dicuci walau dengan air 7 lautan”.. maksudnya : kekotoran zahir mudah untuk kita nampak dan bersihkan, tapi kekotoran hati kita tak dapat nak nampak, perlu dibersihkan secara rohani.

15. “Memberi makan nasik seperiuk kepada manusia kebuluran akan menyebabkan beliau muntah”.. maksudnya : tubuh manusia memerlukan masa untuk penyesuaian, dan tak mampu menerima kejutan.. sbb itu untuk melakukan perubahan diri, kena mulakan sikit2 dan perlahan2.

16. “Bila terasa serba tak kena, ketahuilah bahawa anda sebenarnya sedang menahan sesuatu. mungkin menahan kentut, mungkin menahan berak”.. perasaan tak tenteram itu biasanya disebabkan oleh diri sendiri dan jarang berkaitan orang lain.

17. “Perut buncit bukanlah petanda banyaknya tahi”.. maksudnya : spekulasi atas perkara yang tidak jelas, kerap berakhir dengan fitnah.

Sekian πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. Saya tertarik dengan madah no 9 tu..kalau di negara barat kentut itu lebih baik dari sendawa, kerana sendawa itu dianggap kurang sopan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme