I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Himpunan Madah Pujangga Ustaz Love – Part 3

Salam…

Part 1

Part 2

1. “Seperti kucing meminta ikan, tapi dibiarkan tanpa dimakan”.. maksudnya : meminta untuk melakukan sesuatu tugas, tapi bila diberikan, dibiarkan pula.

2. “Kepahitan mulut yang demam tidak mampu dimaniskan dengan seketul gula”.. maksudnya : nikmat itu kurang terasa sewaktu musibah melanda.. bila telah hilang musibah tersebut, barulah nikmat itu terasa kembali seperti biasa.

3. “Apalah ertinya bermisai panjang, jika hanya seekor keli”.. maksudnya : kena rajin2 tengok cermin untuk sesuaikan diri dengan penampilan.

4. “Makan megi berlauk ayam rendang”.. maksudnya : sesuatu yang tak matching akan nampak kepelikannya.

5. “Lipas yang berterbangan sekalipun tidak hinggap ke badan, tetap merimaskan”.. maksudnya : Gangguan2 di persekitaran sekalipun tiada kaitan dengan kita, tetap akan mengganggu ketenteraman.

6. “Budu yang busuk sedap dimakan”.. maksudnya : nafsu lebih cenderung lebih memilih rasa berbanding rupa.

7. “Makan sambil terberak tidaklah menjadikan makanan itu bertukar hukum najis”.. maksudnya : Hukum itu tertentu pada sesuatu perkara.. tidaklah dengan memakai baju yg dicuri itu menjadikan solat itu tak sah, sebaliknya bersolat dgn memakai baju yg dibeli tetapi tidak mengambil wuduk itulah yg menjadikan solat tak sah.. kerana syarat sah solat adalah dgn berwuduk.

8. “Menahan berak akan menyebabkan wajah tak keruan”.. maksudnya : menahan perasaan akan menjadikan jiwa gelisah dan tak tenteram.

9. “Racun bermadu mahupun madu beracun, kedua2nya adalah beracun”.. maksudnya : apabila kejahatan itu bercampur dengan kebaikan, maka kejahatan itu akan lebih terserlah.

10. “Tiada gunanya berbalas kentut, kelak kedua2nya akan berbau busuk”.. maksudnya : tiada gunanya saling berbalah, kelak kedua2 orang yang berbalah itu akan dipandang berakhlak buruk.

11. “Ikan selalu menolak kucing”.. maksudnya : tiada siapa yang suka menjadi mangsa.

12. Yg ni bukan madah, tapi retorik :

Suatu hari seorang Ustaz melalui sebuah taman. Lalu ternampaklah satu pasangan yang saling meraba2 di khalayak. Lalu Ustaz itu pun pergi menegur..

Ustaz : Kenapa kamu buat macam ni di khalayak ramai? Kamu tak malu ke?

Lelaki : Suka hati aku la.. aku punya tangan, suka hati aku la nak meraba ke, nak apa ke..

Pangggg!!!!!

Lelaki : Apsal ko tampar aku?

Ustaz : Aku punya tangan, suka hati aku la nak tampar ke, nak apa ke..

Lelaki & Pempuan : (insaf)..

Sekian πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

Add a Comment
  1. bab meraba2 di khalayak tu….mcm common ajer…kita yg tgk plak rasa segan, yg buat tu tak segan…me tak berani nak tegur (iman lemah) sbb nanti tak psl2 mcm cari psl plak..

Leave a Reply to Fizz Cancel reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme