I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Antara Saka Dan Qarin

Salam…

Ustaz Love nak berkongsi satu artikel berkenaan perkara ini yg dijawab oleh Tn. Guru Dato’ Dr. Haron Din.. semoga ada manfaatnya..

Saka adalah suatu istilah yang biasanya digunakan oleh tukang ubat atau bomoh tradisional yang merujuk kepada suatu fenomena gangguan spiritual yang berlaku ke atas manusia kebanyakannya kaum wanita dan ada juga lelaki, yang mengaitkannnya dengan makhluk yang kononnya diamanahkan menjaga seseorang. Bagi tujuan menjaga tersebut maka berbagai-bagai gangguan spiritual berlaku. Gangguan seperti ini dikenali sebagai gangguan makhluk halus.

Saka dikaitkan dengan kononnya ada makhluk yang berdampingan dengan keturunan bapa, ibu, datuk atau nenek seseorang yang menjaga atau bersahabat dengan makhluk ini dan dipesan kepada makhluk tersebut selepas kematiannya untuk menjaga dan mengawal anak cucu mereka.

Hasil daripada itu maka berlaku kawalan, sebenarnya gangguan ke atas orang berkenaan sehingga menimbulkan masalah yang diistilahkan sebagai saka.

Saya tidak dapat menentukan apa sebenarnya saka. Betul atau tidak ia makhluk yang mendampingi manusia dan keturunan mereka diganggu sehingga mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Jika benar ianya (makhluk halus) sebagai sahabat, kawan atau dampingan orang-orang terdahulu, maka sepatutnya ia tidak berubah sekadar hanya menjaga dan melindungi anak cucu seseorang, tiba-tiba berlaku sebaliknya sehingga menyakiti dan menganggu sampai menjadi separuh gila atau separuh sedar.

Saya tidak nampak hal ini sebagai saka yang digunakan untuk menjaga dan mengawal seseorang untuk kebaikan. Jika berlaku begini, maka tidaklah menimbulkan masalah walaupun hukum asalnya bersahabat, berbuat baik, berdampingan dengan makhluk halus dilarang oleh syariat Islam.

Banyak ayat-ayat al-Quran yang menggesa manusia menjauhi dan berlindung diri daripada syaitan. Malah manusia wajib menjadikan syaitan sebagai musuh dan sebagainya.

Berbalik kepada seseorang yang diganggu oleh makhluk halus, maka jelas ia adalah musuh kerana ia menyakiti manusia, menganggu manusia dan melakukan perkara yang tidak dingini oleh manusia, ianya memberikan kesan negatif.

Kita mesti menjauhi mereka, benda yang dinamakan saka ini tidak menjadi sesuatu yang baik kepada manusia. Dirawatlah dengan cara-cara yang diharuskan oleh syarak bagi mengelakkan saka ini terus menerus menganggu manusia.

Adapun Qareen adalah istilah al-Quranul karim yang jelas Allah S.W.T menyebut dalam beberapa ayat seperti dalam Surah Qaf (ayat 23), Surah al-Fussilat (ayat 25) dan lain-lain.

Di antara makna-maknanya, Allah menyebut (mafhumnya), “Dan kami tetapkan bagi mereka, teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat yang terdahulu dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang meragui.”

Istilah teman-teman dalam al-Quran adalah pada asal perkataan Qurana atau kawan-kawan setia. Maksudnya adalah dari suku sakat syaitan atau iblis ini menjadikan manusia sebagai teman mereka.

Firman Allah (mafhumnya), “Dan berkatalah Qareennya, inilah catatan amalan yang tersedia pada sisiku.” (Surah Qaf, ayat 23).

Dan Surah Qaf, ayat 27 bermaksud, “Yang menyertai dia, Qarennya berkata pula,”Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.”

Ini merujuk kepada perkataan Qareen. Allah S.W.T menyifatkannya sebagai kawan rapat bukan kerana manusia hendak sangat berkawan dengan mereka, tetapi pada pandangan sesetengah ulama, sejak manusia dilahirkan ada makhluk halus yang mendampinginya, mengajak, memandu serta mempengaruhinya melakukan kejahatan. Itulah yang dimaksudkan sebagai Qareen.

Dalam hadis daripada Ibnu Mas’ud r.a, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya), “Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qareen (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qareen, baginda menjawab, ya, saya pun ada qareen itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qareen itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim).

Hadis daripada Ai’shah r.ha berkata,”Suatu ketika Rasulullah s.a.w berada bersama dengan saya, lalu keluar meninggalkan saya kerana ada suatu urusan pada malam hari, tiba-tiba timbul cemburu dalam diri saya, apabila Rasulullah s.a.w kembali menemui saya, baginda mengetahui perasaan saya itu, maka baginda bertanya, apakah gerangan mu wahai Ai’shah? apakah kamu cemburu? Maka saya menjawab, manalah orang seperti saya ini tidak cemburu ke atas mu wahai Rasulullah s.a.w. Maka Nabi menyebut kepada saya, apakah kamu telah dikuasai oleh syaitanmu wahai Ai’shah. Maka saya menjawab, ya Rasulullah, apakah bersama saya ada syaitan? Rasulullah menjawab, ya, malah pada tiap-tiap insan ada syaitannya. Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah kamu juga ada syaitan? Jawab baginda, ya, tetapi Allah S.W.T telah membantuku, aku Islamkan dia dan tidak menyuruhku melainkan untuk kebaikan.”

Hadis-hadis sebegini adalah hadis sahih, ia menunjukkan memang berlaku bahawa qareen, ia adalah syaitan, mendampingi semua manusia. Kalau Rasulullah s.a.w pun didampingi oleh qareen ini, inikan pula insan biasa.

Oleh yang demikian, jelas bahawa qareen ini ada pada setiap orang dan bergantung kepada seseorang insan itu, jika ia belum boleh menguasai dirinya dengan kerja-kerja ketaatan sehingga tidak ada ruang untuk melakukan kemaksiatan maka qareen ini seolah-olahnya putus asa untuk mengajaknya melakukan kejahatan, melainkan sekali sekala sahaja.

Adapun orang-orang yang mudah mendedahkan dirinya kepada melakukan perkara yang tidak baik, khasnya melakukan kemaksiatan, maka qareen inilah yang menjadi pendorong utama. Pada pandangan saya qareen adalah makhluk halus yang jahat.

Jika hendak dikatakan saka, hanya sekadar mengatakan ianya wujud ada, maka tidak salah mengatakan kita semuanya ada saka, tetapi saka yang saya maksudkan adalah saya yang sedia ada, bukan kerana dipelihara oleh keturunan, bukan disuruh oleh seseorang melakukannya tetapi kerana tabiat makhluk ini memang sentiasa berusaha menjerumuskan manusia kepada kejahatan. Wallahua’lam.

sumber.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
  1. Salaam,Saya tidak bersetuju sekiranya mengatakan Qarin ini syaitan sahaja. Kerana dalam surah Qaf ada disebut Qarin sebanyak 2 kali, 1 yg bersifat malaikat dan satu lagi bersifat syaitan. So, apa sebenarnya Qarin Ni? sila buat kajian dan jangan membuat tuduhan. kenalilah diri sendiri dulu.

    1. Salam…

      Qarin ini jika difahami dari sudut bahasa memang banyak maksudnya.. yg dibincangkan dalam artikel di atas adalah dari sudut istilah khusus yg biasa difahami apabila disebutkan qarin.. kerana qarin ini lahir bersama2 lahirnya seseorang atas dunia ini.. dan dijelaskan lagi di dalam hadis..

      sbb tu, kalau nak memahami sesuatu perbahasan, kena amik kira banyak perkara.. jangan menuduh org lain melakukan tuduhan dengan mengambil kira satu sudut pandangan saja.. apatah lagi jika ditujukan kepada seorang ulamak spt Dato’ Dr. Haron Din 😉

    2. sesuka je kata buat tuduhan..yang tulis tu bukan orang biasa…orang yang ada ilmu….tuan airy tu menulis ada kelayakan ke nak pertikaikan apa yang tuan guru tu tulis? kalau takde, jangan nak berlagak pandai. tuan yng perlu belajar lagi.

      baca artikel tu sampai faham..ini sibuk nak kondem..mcm la pandai sangat

      1. huhu, relax bro, cuba teliti ” Surah Qaf, ayat 27 bermaksud, “Yang menyertai dia, Qarennya berkata pula,”Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.”

        Tiap2 hari kita berkata2 dengan tuhan, tetapi bagaimana pula tuhan berkata2 dengan kita?. Kerana tuhan itu Maha Berkata2.
        Saya cuma bertanya dengan menggunakan sedikit ilmu, kalau tak faham apa yang saya coretkan disini, tuan akan mengatakan saya sesat.

  2. Assalamualaikum.
    Saya ingin bertanya kemusykilan. Saya mendengar satu cerita dr seseorang yg mengamalkan perubatan membuang jin. Ceritanya :
    Seorang lelaki sedang memandu kereta, tiba2 dia terlanggar seseorang yg dia tidak berapa jelas wajahnya, dia cuba mengelak dan terlanggar pokok.keretanya rosak teruk dan dia pengsan, lalu dibawa ke hospital. Setelah di’check’ di hospital didapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal, namun bila dia cuba bangun, kakinya lemah longlai seperti orang lumpuh, sedangkan bila di check lagi oleh doktor, memang tiada masalah kecederaan.
    beliau di bawa ke seorang perawat, gangguan jin. melalui beberapa kaedah rawatan, dia dpt mengenal pasti bahawa orang yg dilanggarnya ketika kemalangan itu ialah dirinya sendiri. Kemudian, rawatan diteruskan dan dia pulih!

    Soalan saya : Adakah benar kenyataan perawat itu bahawa lelaki itu telah melanggar Qarinnya sendiri ? Adakah Qarin itu boleh keluar dari tubuh dan menyamar jadi dirinya(mcm cerita hantu Raya) ? Adakah bila tidak ada Qarin dlm tubuhnya, lelaki itu tidak mampu mengangkat kakinya?….saya sungguh musykil….

    1. pada pandangan Ustaz Love, itu hanyalah sekadar cerita.. sukar nak dibuktikan kerana dunia kita dan mereka adalah berbeza.. yg pastinya, qarin itu adalah sejenis jin yg mendampingi manusia.. oleh kerana ia adalah jin, maka ia mampu untuk bertukar rupa dan wajah serta keluar masuk dalam tubuh manusia dengan izin Allah.. WA

  3. Assalamualaikum ustaz…. saya ingin b’tanya lagi… adakah maksud nama QARIN ini tidak baik? Sedangkan nama saya ini terdapat didalam senarai nama2 islam yg baik…

    1. maksud asalnya memang baik, namun bila penggunaannya telah meluas dikaitkan dengan jin dan syaitan, maka sebaiknya tidak memberikan nama tersebut. Dikhuatiri menjadi bahan ejekan kepada beliau nanti. WA

  4. Ustaz saya hanya ingin bertanya adakah nama mempengaruhi diri seseorang? Kerana nama yg diberikan pada saya terdapat nama qarin

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme