I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

4 Hari Tanpa Entry

Salam…

4 hari tanpa entry adalah seumpama 3 malam tanpa bintang.. Seumpama nak kentut, tapi tak terkentut.. Sungguh rasa tak sedap hati dan badan..

Ustaz Love dalam proses mengadaptasi sesuatu yang baru dalam hidup.. Percaya tak jika dikatakan, sesuatu perkara kecik yang kita lakukan, tapi bila kita lakukan dengan fokus yang betul serta keazaman yang tinggi dan disandarkan kepada istiqamah yang padu (apa punya ayat daa.. kihkih), maka sesuatu perkara yg kecik itu akan memberikan impak maksima terhadap kehidupan kita?

Ustaz Love amik contoh seorang peniaga Cina di Cheras.. Ustaz Love dah lama tengok beliau sejak kecik lagi berniaga chakoi (tepung yg digoreng panjang2 tu).. kiranya, dengan umur remaja Ustaz Love ini, sudah berpuluh tahun beliau berniaga chakoi di situ..

Ustaz Love pernah melepak nak tengok beliau berniaga.. beliau start berniaga waktu petang.. sebelum beliau bukak bisnes pun dah ada orang menunggu untuk membelinya.. bila beliau start menggoreng, ramai yg singgah sampai beratur nak beli.. Ustaz Love pun tak pasti sedap ke tak chakoi beliau (sbb beliau bukan Islam, jadi tak terasa nak beli).. tapi bila melihat kepada ramainya pelanggan, mungkin sedap la kot..

Masa kecik2 dulu, beliau datang berniaga di situ dengan berbasikal.. sekarang ni, beliau dah pakai pekerja, sekali sekala je beliau datang dgn BMW dok borak2 dengan pelanggan2 lama..

Asalnya berniaga chakoi.. margin untungnya sikit je (chakoi ni kalau tak silap dalam RM 0.50 sebatang).. tapi bila istiqamah, fokus dan azam yang tinggi, bisnes yang sekecil itu mampu memberikan kesenangan kepadanya (tapi tak pasti la kot2 dia ada menang loteri ke, ada bisnes lain ke.. cuma, kalau jumlah pelanggan yang membeli mencecah ratusan orang sehari, tak mustahil income sebulan mencecah puluhan ribu RM).

Ustaz Love ada benda nak kaitkan, tapi tak terkait pulak.. InsyaAllah, bila tiba masanya nanti, Ustaz Love akan ceritakan terus-terang tanpa falsafah yang bersimpang siur maksudnya.. kihkih..

p/s: Mohon kemaafan kepada yang bertanyakan soalan tapi belum berjawab.. Ustaz Love agak jarang berada depan laptop sekarang ni.. jadi, sekadar sempat membaca tanpa dapat membalas.. insyaAllah, Ustaz Love akan cuba sedaya upaya memfokuskan diri (walaupun sangat banyak perkara yg berlaku yg melarikan fokus sekarang ini). Mohon doakan Ustaz Love dipermudahkan segala urusan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme