I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tokoh Maulidurrasul 2012

Salam…

Seperti biasa, setiap kali ada sambutan peringkat kebangsaan (bagi program keagamaan spt Maulidurrasul dan Maal Hijrah), maka akan ada tokoh2 yang dipilih untuk diberikan anugerah sesuai dengan sumbangan mereka terhadap masyarakat.

Dalam kebanyakan tokoh2 ini, Ustaz Love nak cerita sikit pasal salah seorang yang dipilih sebagai Tokoh Maulidurrasul iaitu Bro. Shah Kirit. Kalau biasa membaca entry Ustaz Love berkenaan isu dakwah non-Muslim atau perbandingan agama, biasanya Ustaz Love akan sebut juga nama beliau.

Beliau antara orang yang telah memberikan banyak penjelasan tentang isu dakwah non-Muslim ni. Sebelum ini, banyak pendakwah2 Muslim (aka Ustaz dan Ustazah) terkeliru dan tersilap faham tentang isu perbandingan agama.. Ustaz Love nak bagi contoh, biasa kita dengar yang penganut agama Hindu itu menyembah lembu, sebab itu mereka tak makan daging dan cuma minum susu. Ustaz Love juga berpandangan sebegini sebelum ini, tetapi selepas menghadiri program dakwah non-Muslim anjuran bekas penganut agama lain spt Bro. Shah Kirit, Ustaz Nicholas Sylvestre, Ustaz Ann Wan Seng dsb, maka banyak maklumat dan ilmu baru yang didapati, sekaligus mengelakkan salah faham antara agama. (Bab sembah lembu itu, sebenarnya bukanlah penganut Hindu itu menyembah lembu, sebaliknya memuliakan lembu kerana banyak berjasa kepada mereka yg memberikan susu, membajak sawah, tahinya digunakan untuk bahan api dsb.. sama seperti mereka memuliakan orang2 lain yg berjasa spt Mother Theressa, walaupun beliau bukanlah beragama Hindu. Jadi, lembu bukanlah tuhan penganut Hindu).

Bukan setakat dakwah yang disampaikan dalam bilik kuliah semata2, bahkan mereka juga mengajar cara dakwah lapangan (dakwah dengan berjumpa non-Muslim di jalanan dsb). Ustaz Love masih ingat lagi, betapa terketarnya kepala lutut sewaktu nak berdakwah kepada non-Muslim yg lalu lalang, sedangkan sebelum itu Ustaz Love dah lama buat kerja dakwah sesama Islam (dakwah tabligh). Sehinggakan langsung tak boleh nak bercakap. Jadi, Ustaz Love dapat bayangkan, betapa susahnya para pendakwah dulu yang berdakwah supaya datuk nenek kita dulu mendapat agama Islam (yg diwariskan kepada kita). Bukan saja mereka berperang dengan penolakan orang, bahkan lebih daripada itu mereka terpaksa berperang dengan perasaan sendiri.

Memang benar, betapa susahnya nak melakukan ibadah, lagi susah nak melakukan dakwah (menyampaikan ajaran agama). Seorang ustaz mungkin tak ada masalah menyampaikan kuliah agama di masjid (kerana yang datang ke masjid adalah mereka2 yg memang nak dengar pengajaran agama), tetapi agak berat untuk turun padang berdakwah kepada penunggu2 jalan, mat rempit, kaki lepak dsb kerana terpaksa membawa ubat kepada mereka2 yang tak suka nak makan ubat.

Orang yang sakit dan datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan, lebih mudah untuk diberikan rawatan dan nasihat berbanding mereka2 yg sakit, tetapi degil tak nak makan ubat atau berjumpa doktor. Even ahli keluarga terdekatnya pun tak mampu nak memaksa, apatah lagi orang luar yang tiada pertalian darah dengannya.

Begitulah susahnya ujian bagi para pendakwah.. itu belum masuk lagi bab diuji dengan ahli keluarga (sibuk dakwah orang lain, ahli keluarga sendiri tak nak terima dakwahnya), diuji dengan sindiran, fitnah, umpatan dsb. Sebab itu ramai yg suka menjadi mufti (menjatuhkan hukum kepada orang lain) berbanding menjadi da’ie (berdakwah mengajak orang ke arah kebaikan dan meninggalkan kejahatan). Sebab itulah da’ie ini mendapat ganjaran yg besar daripada Allah s.w.t. berbanding ‘abid (ahli ibadah) yang cuma melakukan ibadah untuk diri sendiri tanpa mempedulikan masyarakat yg lain.

Bukanlah Ustaz Love nak nafikan tentang sumbangan tokoh2 yang lain, namun fokus Ustaz Love pada kali ini adalah pada tokoh da’ie (termasuk juga Sohibus Samahah DS Hassan Ahmad, Mufti Pulau Pinang). Ini kerana, semua Rasul alaihimussalam dihantar ke dunia ini untuk tujuan dakwah, bukan tujuan nak ajak jadi tokoh seks dsb (kihkih :D). Maka, sewajarnyalah isu dakwah ini diangkat dan diberikan perhatian berbanding isu2 lain, sebab inilah kerja yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. kepada umat akhir zaman ini.

Semoga Allah s.w.t. memilih kita untuk terus berada dalam usaha dakwah, tak kira walaupun apa manhaj yang kita gunakan (dakwah siber, tabligh, menyampaikan kuliah, motivasi dsb).

Selain daripada Sohibus Samahah DS Hassan Ahmad (Anugerah Perdana) dan Bro. Shah Kirit Kakulal Govindji (Duta Dakwah Saba Islamic Media Sdn Bhd), berikut adalah mereka2 yang juga dipilih sebagai tokoh Maulidurrasul 2012 :

Toh Puan Wan Asiah Ahmad – Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Abdul Razak Mat Saat – bekas Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Kelantan.

Ir. Dr Muhammad Fuad Yeoh – Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia.

Datuk Rogayah Sulong – bekas johan qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Abdul Majid Abdul Hamid – bekas Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang.

Hussein Ngahyin – Ketua Masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Kala, Gombak.

Muhammad Hadi Darus – pelajar OKU Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, Kedah yang mendapat 9A dalam PMR 2011.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. salam…saya ingin mohon izin untuk berkongsi petikan tulisan dari catatan ust..harap dibenarkan..tq

  2. assalammualaikum.. sye tak tau nak tanya kat ruang mana.. so.. kat sini je la ye.. saya nak tanya.. tentang bberapa hal..

    1.hukum guna duit palsu?

    i mean.. cth nye kalau peniaga mendapat duit palsu dari pelanggan dia.. kemudian dia menggunakan semula duit tu kepada orang lain? boleh ke?

    2. gangguan atau sihir

    bagaimana nak kesan kita/perniagaan/keluarga terkena sihir?

    3. bende pelik dalam bungkusan kain kuning.

    last year, ayah saya jumpa satu bungkusan kuning kecil yang kat dalamnya ada.. kulit bwang putih, kulit bawang merah, serai (xsilap saya) dan.. sejenis tulang (org kata tulang tongkang) dekat premis dia. my dad langkah 3 kali n selawat.. mungkinkah bungkusan tu niat jahat org dan betul ke tindakkan my dad?? rasanya, since that day, perniagaan ayah saya down sangat.. apa yang ptut saya or my dad buat?

    tahun lepas jugak.. my dad ada terjumpa satu botol bersaiz kecil sebesar jari kelingking bayi yang dalamnya ada sejenis minyak. my dad tanya imam kat kawsan rumah saya dan imam tu cakap.. ada org nak ganggu rumah tangga mereka.. macam mana nak kesan org yg buat jahat tu ye? supaya dapat berhati hati..

    sekian terima kasih..
    hope ustaz bole inform melalui komen kat blog saya bila ustaz dah jawab soalan2 sye tu…. takut saya tak perasan..

    1. para pendakwah menghabiskan kebanyakan masa berdakwah sehingga kurangnya masa untuk diri sendiri dan keluarga.. pendakwah siber pula menghabiskan kebanyakan masa di depan pc untuk cuba2 berlatih berdakwah.. apa pun jenis pendakwah, insyaAllah ada kebaikan pada selagi mereka menyampaikan perkara yg makruf dan mencegah perkara yg munkar πŸ˜‰

  3. Assalamualaikum.

    Semoga ustaz sentiasa dirahmati Allah.

    Boleh saya dapatkan e-mail ustaz? Maaf kalau terlepas pandang, cuma saya tak terjumpa di mana-mana.

    Terima kasih.

  4. assalam ustaz love.,sya nk tnya apakah pngaruh agama animisme terhadap agama hindu ar??harap dpt mklum blas.,dripda prtnyaan sya kpd en.google.,sya x nmpak perkaitan antara animisme dgn agama hindu..

    1. agama Hindu adalah agama pooja (banyak melibatkan pemujaan).. mereka memuja apa saja termasuklah pokok, gambar, patung, kereta baru dsb.. agak mirip dgn animisme kerana animisme ini menyembah semangat, roh dsb..

      WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme