I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Suami Pun Ada Edahnya

Salam…

Bagi Ustaz Love, ini ilmu yang baru Ustaz Love perasan. Sebelum ni memang tahu pasal perkara ni, cuma tak dapat nak relatekan (kaitkan) bahawa ia juga merupakan suatu edah.

Edah ni bukanlah nama orang (walaupun ada orang yg dipanggil Edah pada seseorang yang bernama Zuraidah.. kihkih), sebaliknya suatu istilah yang memberi maksud suatu tempoh (iddah) bagi seorang isteri yang diceraikan atau kematian suami, supaya dapat ditentukan kesucian rahimnya daripada benih bekas suaminya / arwah suaminya.

Bagi isteri yang kematian suami, tempoh edahnya adalah selama 4 bulan 10 hari.. bagi wanita2 yang diceraikan suami, maka edahnya adalah 3 kali suci.. bagi isteri yang menopause (telah putus haid) atau yang belum pernah haid dan diceraikan, maka edahnya adalah 3 bulan.. bagi yang mengandung dan diceraikan, maka edahnya adalah sehingga baby dalam kandungan itu dilahirkan / gugur.. dan bagi isteri yang belum disetubuhi suami dan diceraikan (janda berhias), maka tiada edah.. Malam ni cerai, esok dah boleh nikah (tapi kalau ikut undang2 negara, kena dapatkan kebenaran mahkamah dulu).

Asal edah ini adalah untuk wanita.. agar dapat menjaga daripada terjadinya percampuran benih (sekiranya bernikah lagi dalam keadaan tidak mengetahui yg rahimnya telah mempunyai hasil benih suami terdahulu). Namun, yang dikatakan edah bagi suami ini adalah bagi lelaki yang jenis suka mencukupkan kuota bumiputeri, iaitu kuota isteri sampai 4. Kiranya, dah cukup 4 isteri, nampak ada sorang aweks cun, terus berkenan dan menceraikan isteri yg paling tua (biasanya la.. kihkih). Maka, ketika inilah si suami itu terikat dengan edah isteri yg diceraikan itu.

Ini kerana, syariat Islam hanya membataskan seorang lelaki itu boleh mengahwini 4 orang wanita dalam satu masa (kalau berlainan masa, contohnya hari ni kahwin, lusa cerai.. tahun depan kahwin lagi, pastu cerai.. kiranya setiap tahun ada isteri baru, itu takde masalah.. sbb bukan dalam satu masa, sekalipun sepanjang hidupnya dah bernikah dengan 90 orang wanita). Jadi, bagi mereka2 yang dah cukup kuota ni, sekiranya nak kahwin lain, maka kena ceraikan salah seorang isterinya supaya kuotanya menjadi kurang.. lepas tu baru bernikah baru dan cukuplah kembali kuotanya.

Namun, sekiranya isterinya yg diceraikan itu masih lagi dalam edah (edah perceraian, sama ada mengandung atau tidak, putus haid atau tidak), maka wanita itu masih dikira sebagai isterinya, sehinggalah tamat tempoh edahnya. Bila dah tamat edah, baru la suami itu boleh bernikah lain. Jadi, seolah2nya suami itu pun turut mempunyai tempoh edah.

Terima kasih kepada Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi yang sudi membuat kuiz yang penuh ilmiah seperti ini. Secara tak langsung, dapat memberi ilmu baru bagi yang tak tahu, dan dapat refresh balik ilmu lama yang dah berkarat.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

Add a Comment
    1. alaa.. bukan lama mana pun.. cuma kalau salah seorang isteri daripada 4 orang itu diceraikan dan dia mengandung, maka kena la tunggu sampai beliau bersalin.. kalau 9 bulan, 9 bulan la kena tunggu.. kihkih 😀

  1. Salam ustaz

    Kalau wanita kematian suami, boleh ke dia menziarahi org sakit tenat?

    Bolehkah dia pergi beraya?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme