I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Solat Dhuha

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada cikgu mahani :

terima kasih usatd atas ulasan yang panjang lebar……….alhamdulillah, sudah mula berjinak2 dengan solat tahajud…………..dan juga solat dhuha………kalau tak keberatan boleh tak ustaz ulas pasal solat dhuha pulak…..waktu yang afdhal……….tq

Dan kebetulan ada satu lagi persoalan yang sama yg diajukan oleh Khairudin :

askum ustaz..saya nk tanya pasal solat dhuha..
1.lps saya solat subuh perlu tido dulu ke sebab solat dhuha biasa kul8 – kul12..
2.wajib kena solat dhuha 12 rakaat ke..
3.rakaat petama baca ayat ape.
4.rakaat kedua baca ayat ape.
5.kalu betul kena solat 12 rakaat kena baca ayat yang sama ke atau lain lain..
ustaz tolong jelaskan secara jelas,tq

Jadi, Ustaz Love jawabkan sekali je la..

Sebelum Ustaz Love pergi kepada persoalan di atas, Ustaz Love nak ajak kita sama2 meneliti dulu kelebihan solat Dhuha ni.. bila dah tahu kelebihan amal, kita akan berasa lebih ghairah untuk beramal.. macam kita makan vitamin C jugak la.. masa kecik2 dulu, mak ayah suh makan, muka kelat2 je kita nak kena makan.. bila dah besar2 sket, dah baca kelebihan makan vitamin C (spt mencerahkan kulit, melicinkan kulit, memancungkan hidung – yg ni Ustaz Love tambah2 je.. kihkih), maka semangat kita nak telan vitamin.. sebotol sehari pun kita sanggup.. sbb dah tahu kelebihannya. Bila melakukan sesuatu amalan tanpa menyedari kelebihan amalan itu, kita akan merasai tawarnya amal, sehingga suatu masa ia akan jadi pahit dan kita pun meninggalkan amalan itu tanpa segan silu.

Mengetahui kelebihan sesuatu amalan ini juga menjadi targhib (galakan) bagi kita untuk melakukan amal.. Targhib ini perlu diperbanyakkan berbanding tarhib (cerita ttg azab meninggalkan amalan, kisah2 menakutkan dsb) supaya orang boleh beramal dengan gembira, dan bukan beramal sbb takut. Beramal dengan gembira akan menghasilkan keseronokan beramal, sedangkan beramal sbb takut akan menyebabkan hati sentiasa tak tenang, fikiran berserabut dsb sbb memikirkan betapa kurangnya amalan dan betapa banyaknya dosa.

Panjang plak intro.. kihkih..

Antara kelebihan solat Dhuha ini selalunya dikaitkan dengan murah rezeki.. tapi sebenarnya, dengan melakukan solat Dhuha ini, insyaAllah, akan dicukupkan keperluan kita sehinggalah ke penghujung hari.. berdasarkan hadis :

Sesungguhnya Allah telah berfirman: wahai anak Adam, cukupkanlah bagiku 4 rakaat di awal siang hari, nescaya akan Aku cukupkan dengannya akhir harimu.” (HR. Ahmad)

Berbalik kepada persoalan :

1) Lepas Subuh tak perlu tido.. banyakkan amalan sunat spt membaca al-Quran, zikir, berdoa sementara menunggu tibanya waktu Dhuha (sekira2 setengah jam lepas syuruk ie terbit matahari sehinggalah waktu matahari tepat atas kepala (lebih kurang pukul 12 tgh hari)). Solat Dhuha ni tak perlu tido dulu, tak macam solat Tahajjud.

2) Dalam hadis, disebutkan bahawa cukuplah Dhuha itu dengan 2 rakaat (paling minimum) dan Nabi s.a.w. biasa melakukannya 4 rakaat dan menambahkannya sebanyak yang dimahukan Baginda.. ada pendapat yg mengatakan tidak melebihi 8 rakaat dan ada yg mengatakan tidak lebih 12 rakaat. :

(Hendaklah) di atas setiap sendi-sendi setiap orang kamu sedekah. Maka setiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. setiap tahlil adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah. Nahi Munkar adalah sedekah. Dan memadai daripada yang tersebut dengan melakukan dua rakaat pada waktu Dhuha.” (HR. Muslim)

Jadi, takde masalah nak buat berapa rakaat pun.. jangan buat 3 rakaat dah la, sbb itu solat witir.. kihkih 😀

3 & 4) Solat sunat tak ditentukan bacaan apa yg sepatutnya dibaca.. ikut kemampuan kita.. kalau kita rasa mampu nak baca surah al-Baqarah pada rakaat pertama dan surah Ali ‘Imran pada rakaat kedua, takde masalah.. nak baca satu ayat pun takde masalah.. kena tengok kesesuaian.. kalau kita bekerja dan masuk kerja pukul 8.30 pg, dah tentu tak banyak masa untuk kita panjang2kan bacaan solat.. Jadi, ikutlah kesesuaian.. nak baca surah As-Syam pun boleh, surah Ad-Dhuha pun boleh.

5) Kalau kita nak buat 12 rakaat, maka pilihlah 12 surah berlainan setiap rakaat.. Jika tak mampu, maka mengulang2 surah yg sama pada setiap rakaat pun takde masalah. Jangan ghairah sangat nak buat banyak2 dulu.. biar kita mulakan dengan yang sikit (2 rakaat) dan dilakukan setiap hari.. itu lebih baik daripada buat 12 rakaat, tapi seminggu sekali.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Comments

Add a Comment
  1. Asalamuailaikum ustaz, sy dan kawan sy telah terlibat dlm pinjaman riba tanpa disedari.. sy ingin melabur dlm 1 pelaburan yg sah dari segi syarak.. dia telah meminjamkan sy wang tanpa apa2 syarat.. tp sy pernah beritahu padanya nanti untung aku bayar lebih siap janji nak beli Ipad skali..member pon dalam hati dia macam nak sedikit ganjaran la jugak klu dah untung belipat kali ganda.. masa tu xde niat pon nak buat riba tp sbb percakapan dah jatuh MACAM riba lps baca 1 artikel baru sedar mcm dah terlibat dgn riba walaupon x bayar apa2 lg dekat kawan sy tu.. duit tu dah dilaburkan tp belum dpt apa2 untung lg.. apa harus sy lakukan?
    boleh x kawan sy hanya menghalalkan semua wang tu untuk sy ? dan sy tidak akan membeyar apa2 kepadanya dan kami berdua hanya memohon keampunan kepada Allah disebabkan keslahn dan penyesalan kami..? dan pelaburan tersebut diteruskan??

    1. Waalaikumussalam…

      Sebarang janji keuntungan daripada pinjaman (yg dilakukan semasa akad) adalah riba.. untuk mengelakkan perkara ini, maka perbaharuilah akad kepada akad belian barang ke.. contohnya kawan tu ada TV berharga RM1k dan saudara memerlukan duit sebanyak RM5k, jadi saudara belilah TV tu dgn harga RM7k secara hutang. Walaupun nampak melampau2 harganya, tapi akad itu sah sbb ia akad pembelian barang.

      Atau saudara jadikan beliau rakan kongsi pelaburan (pemodal).. saudara akan bayar beberapa peratus daripada keuntungan pelaburan untuk suatu tempoh sehingga saudara mampu untuk membayar balik modal yg diberikan itu dan mengeluarkannya daripada perkongsian.

      Atau lebih mudah lagi, saudara bagitau tentang perkara riba ini.. perbaharui akad (yg tak memasukkan keuntungan atas pinjaman).. bila tiba masanya nak bayar hutang, saudara nak bagi lebih pun takpe.. ia boleh dianggap sebagai hadiah.

      WA

      1. Terima Kasih banyak2 ustaz… Alhamdullah, ustaz paling best.. cpt je ustaz balas… ramai jugak sy rujuk termasuk semua ustaz2 yg terkenal tp x dpt jawapan lg… Moga Allah terus memberikan kekuatan kpd ustaz untuk terus membantu kami yg lemah ini…

        1. kadang2 yg cepat menjawab ni yg selalu banyak tersilap.. apa pun, terima kasih kerana sudi mendoakan Ustaz Love 😉

    1. boleh cbb waktu dia dri terbit matahari..so dlm kul 8 hingga kul 12..bole wt dlm wktu tu..solat ni utk dumurahkan rezeki dan meringankan tulang2 kita..

        1. Ustaz..bagai mana cara perlaksanaan solat dhuha 8 rakaat…adakah seperti solat fardhu yang mana kita solat secara terus 8 rakaan dan bila masanya kita perlu membaca tahhiyat awal…

          1. Bukan.. buat dua rakaat.. lepas bagi salam, niat solat 2 rakaat lagi.. sampai la bilangan rakaat jadi 8

  2. Assalammualaikum ustaz,mengikut yang ustaz terangkan,kita boleh baca apa2 surah sahaja kan?bagaimana pula dengan bacaan yaa wahhab sebanyak 40x ketika sujud?wajib ke dilakukan?kerana saya tak hafal yaa wahhab tu,takut tak cukup 40x.

    1. bacaan2 itu semuanya hanya zikir2 tambahan.. ia tak menjejaskan kesahihan ibadah kita selagi kita menjaga rukun serta syarat solat itu sendiri..

    1. Salah satu kaifiat solat dhuha adalah untuk menarik rezeki. Tidur selepas subuh menyebabkan rezeki sempit. Tapi kalau bangun dah pukul 12 lebih tu seakan2 kita menolak semula rezeki yang Allah nak beri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme