I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Isu Bertunang Tak Sengaja

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaa daripada Insan Pening :

Assalamualaikum ustaz.. sy ada pertanyaan ni, maaf la klu soalan sy ni agak kelakar.. Tapi perkara ini amat penting bg sy..

Mcm ni, sy baru tgk ceramah Ustaz Ahar Idrus ttg isu pertunangan ..
http://www.youtube.com/watch?v=k73Cv3K6dY0&feature=player_detailpage

Masalahnya di sini, sy pernah ada seorang kekasih, dan dia ada menyatakan hasrat untuk menjadikan sy sebagai isteri dia.. dan sy sudah menyatakan persetujuan.. klu mengikut kata2 drp Ustaz Azhar Idrus tu, kami sememangnya sdh d sahkan bertunang klu diikutkan drp hukum syarak, dan haram klu ada laki lain masuk meminang..
Cuma sekarang ni sy sudah memutuskan hubungan dgn dia (selepas melakukan solat istikharah) tanpa menyebut sal memutuskan pertunangan
Sy nak tau apakah sy masih tunangan dia atau pun tidak..? atau sy perlu meminta putus dengan menyatakan ingin memutuskan pertunangan? Mohon bantuan ya ustaz.. terima kasih..

Bagi Ustaz Love, tiada soalan yang kelakar.. yang kelakar di sini bukanlah soalan, tapi Ustaz Love sendiri.. dah la kelakar, hensem plak tu.. kihkih πŸ˜€

Isu bertunang tanpa sedar ni sebenarnya dah lama.. cuma ia jadi hangat bila Ustaz Azhar menyampaikan dalam kuliah. Jadi, tersentaklah mereka2 yang bercouple saja2 tu, sbb dah kira bertunang (walaupun takde cincin dan tanpa pengetahuan wali) sbb pertunangan ini kalau dalam bahasa mudahnya adalah membuat tempahan.. macam kita tempah baju, duitnya belum bayar lagi, tapi baju yg bakal disiapkan itu memang milik kita (cuma belum milik sepenuhnya). Jika baju tu dah siap, tukang jahit baju kena bagi baju tu pada kita. Kalau beliau menjualnya kepada orang lain, dikira sebagai memungkiri janji, sebab kita dah tempah dulu. Dan tempahan itu mestilah dengan kerelaan dan persetujuan kedua belah pihak. Tak boleh la kita je yang setuju nak tempah baju, tapi tukang jahit tak setuju nak menjahitnya. Ataupun tukang jahit yg beria2 bersetuju nak jahit baju kita, padahal kita tak nak pun tempah baju kat dia.. Ini dinamakan syok sendiri.

Begitulah sebenarnya hakikat pertunangan ini. Cuma dalam budaya masyarakat Melayu yang penuh dengan adab dan sopan, maka sesi pertunangan itu dilakukan dengan penuh adat (yg mewakili adab sopan). Ada tepak sireh (walaupun tiada siapa terlibat dalam majlis itu makan sireh), ada cincin, ada berbalas pantun, berbalas senyum, berbalas cakap dsb, dan ketika majlis pertunangan ini juga kebiasaannya ditentukan tarikh akad nikah serta jumlah hantaran. Ini merupakan pemahaman maksud pertunangan itu dari sudut adat dan budaya Melayu.

Sedangkan pertunangan sebenarnya adalah tempahan, atau cop pasangan.. Kalau lelaki dan perempuan itu bersetuju untuk menjalin perhubungan yang serius serta merancang untuk bernikah, maka inilah yang dikatakan pertunangan. Ustaz Love tak berapa gemar nak sebut sebagai ikatan pertunangan (sebab dalam pertunangan, tiada apa2 yg diikat.. sekadar ikatan janji semata2). Bila seseorang lelaki telah menempah seorang wanita untuk bernikah pada suatu masa nanti dan dipersetujui wanita itu, maka lelaki dan wanita itu kena berpegang pada janjinya sehingga sampai masa untuk bernikah. Tetapi jika sekadar bermain2 cinta, buat spare-part dsb, maka hukumnya adalah haram, kerana mempermainkan perasaan seorang Islam termasuk dalam kategori menyakiti hati mereka.

Isu bertunang tak sengaja ini perlulah difahami dengan jelas.. ia bukanlah seperti tak sengaja kentut, tak sengaja tido masa kerja dsb. Maksudnya di sini adalah, persetujuan lelaki dan wanita untuk mengikat janji kasih (untuk tujuan nak bernikah) itulah yg dimaksudkan dengan bertunang.. ia bukan isu tak sengaja, sebab ketika melafazkan ayat2 cinta itu, kedua2 lelaki dan wanita itu dalam keadaan sedar diri. Yang jadi tak sedarnya, bila tak faham bahawa ikatan janji cinta itulah yang dimaksudkan dengan pertunangan.. jadi, terkejut la bila tahu itu sebenarnya dinamakan pertunangan (sbb tak tahu).. dok ingat sebelum ni yg bertunang tu mesti kena hantar rombongan, ada berbalas pantun, bersyair, bagi cincin dsb, rupa2nya ikatan janji berkasih itu juga memberikan maksud bertunang.. Jadi, tak sedar di sini bermaksud tak faham istilah, dan bukannya hilang ingatan, tak waras, tak sengaja dsb.

Berbalik kepada masalah saudari Insan Pening, sewaktu nak menjalin cinta dulu, boleh je berterus-terang.. jadi, bila nak putuskan perhubungan juga kena la berterus-terang. Jangan biarkan bekas kekasih itu tertanya2 dan ternanti2 akan saudari pada penantian kasih yang tak pasti. Kesian kat beliau.. Buatlah cara baik, agar perhubungan yang berbenihkan kasih sayang itu, tidak tumbuh pepohon berduri yang membuahkan dendam (cewahh). Cara terbaik, saudari berterus-teranglah dengan beliau, agar beliau dapat teruskan hidup tanpa perlu melihat2 ke belakang banyak2 kali.

Dalam pertunangan, ia memerlukan persetujuan lelaki dan wanita.. Jika wanita dah tak suka dan nak memutuskan perhubungan, maka tiada apa yang dapat dilakukan. Ia berbeza dengan pernikahan, kerana hak memutuskan pernikahan itu (talak) terletak pada suami. Jika diikutkan pada cerita saudari, maka nyatalah yg saudari dah tiada apa2 hubungan dengan bekas kekasih, jadi tiadalah isu pertunangan. Jika saudari masih belum memberitahunya, maka saudari boleh beritahu yang saudari nak putus dengannya.. tak perlu meminta, sbb hak memutuskan perhubungan itu bukan berada pada tangannya.

Cuma, sebagai seorang Muslim yang mementingkan perasaan orang lain serta bersikap sopan-santun, sewajarnyalah saudari memberitahu secara jelas dan terang kepada bekas kekasih yang perhubungan itu sudah berakhir. Saling bermaafan atas kesalahan (tapi jangan la over sampai cium tangan ke dsb), insyaAllah perpisahan itu akan menjadi perpisahan yg diredhai Allah.. masing2 akan dapat kebaikan daripada perpisahan itu.. berbanding perpisahan yang bukan dilakukan secara baik, ia mewujudkan permusuhan dan dendam berpanjangan yang mungkin akan menyusahkan kita pada masa akan datang.

Ustaz Love doakan semoga Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan kepada saudari dan bekas kekasih dalam menghadapi perpisahan ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

39 Comments

Add a Comment
    1. jauh lagi nak sampai ke tahap tu.. Ustaz Love cuma ustaz kampung, lawak pun lawak kampung.. UAI tu kalau melawak peringkat antarabangsa punya πŸ˜€

  1. owh,,istilah brtunang adlh dgan prsetujuan 2 phak,,,bwu sye thu…sye nk tnye,,tp bgaimne plak bla cple tp xjnji nk mmpristrikn kkasihnya 2???

    1. itu dinamakan couple saja2, atau main2 cinta.. hukumnya adalah haram kerana niatnya dah jelas, iaitu nak main2 dan bukannya untuk bernikah πŸ˜‰

    1. tak kira melalui sms ke, surat ke dsb, asalkan ada perjanjian antara lelaki dan perempuan untuk bernikah, maka ketika itulah dikira bertunang πŸ˜‰

  2. ustaz, cane kalau yg berjanji tu antara laki dan pompuan tu je tau..mak bapak masing2 taktau..jd mak bapak ada calon bakal suami lain untuk meminang anak pompuan mereka..boleh ke meminang pompuan itu sedangkan dia dah bertunang tak sengaja (ikut tajuk) dgn org lain..?

    1. kena bagitau la kat mak ayah.. bukan salah mak ayah kalau mereka tak tahu yg anaknya dah ada pilihan sendiri. Jadi, kalau berani nak bercinta, kena berani la nak bagitau mak ayah πŸ˜‰

    1. waalaikumussalam..

      kuncinya berterus-terang.. kalau sukakan seseorang, berterus-terang dengannya.. mungkin juga dia menyimpan perasaan yg sama pada kita, tapi tak tahu nak luahkan mcm mana.. Kalau dia menerima kita, maka dia kena putuskan hubungan dengan tunangnya.. dan bukannya yg ni pun nak, yg itu pun nak jugak. Asasnya, jangan menyakiti hati orang lain dengan sengaja πŸ˜‰

      1. macam mana pula kalu nk buat sesorg itu tak berharap sgt pada kita walau un dah bertunang secara x sgaja ngan dia??

        1. mudahnya, jangan declare apa2 hubungan.. berkawan je macam biasa (mcm artis2 selalu cakap tu : “kami kawan je”, “kami teman tapi mesra” dsb).. bila dah sampai masanya rasa nak kahwin, maka buatlah ikut adat (supaya tak timbul fitnah) merisik, bertunang dan berkahwin.. jangan melawan arus, kalau tak pandai berenang, boleh lemas dibuatnya πŸ˜‰

          1. salam ustaz saya nk tye..dulu sya pernanh bertunang..atas paksaan ibu n ayah saya..kami dh berbuat perjanjian andai ada slah satu pihak curang n buat masalah maka putus la pertunangan tu..nk dijadikan kisah die dh buat mslah dgn kuage sye n berkahwin dgn ppuan lain terus ilangkan dri…namun cincin tanda tu masih disimpan oleh mak sbb mak kte die ade beri pesanan die ckp denagn mak die xnk cincin tumak pakai la kalau nak..so adakah sye masih dikire tunang die or tidak..?sebab sye xdpt pulang cincin tu ag selepas die mnghilang

          2. Bila dia dah putuskan, kira dah putus la janji pertunangan tersebut, sekalipun jika barang2 semasa bertunang itu belum lagi dipulangkan. Lagipun dia dah sampaikan pesan supaya cincin itu tidak dipulangkan dan dipakai oleh ibu tuan.

  3. Assalamulaikum ustaz.
    seharian sy xtido kerana terlalu asyik bace setiap kata2 dlm blog ustaz love.dan setiap coment ustaz pasti membuat sy tersenyum sorg2.gaye ustaz memang sporting.ustaz,sy tertarik dengan dengan topic ‘isu bertunang xsengaja’.

    sy baru thu apabila dua pasangan da saling bersetuju dan si lelaki tu ade niat untuk memperistrikan pmpn tu 1hari nanti tu mkne nye diorg da ”bertunang”.
    ustaz macam mane pulak dgn kes sy..

    k,sy kenal ngan sorang lelaki nie hampir 6tahun.
    pd awalnya..sy anggap syg sy terhadap dy hanye main2.sehingga sy xsedar kami da menjalinkan sebuah perhubungan lbh dr seorg kwn lebih dr 5tahun.
    pd tahun lepas,sy minta putus dgn dy kerana sy terbaca isu couple.dan dalam artikel tersebut menjelaskan couple itu haram sbb boleh membawa kpd zina..dan zina pula terbahagi kpd beberapa zina kecil. dan paling xboleh dielakkan oleh pasangan couple ialah zina hati.
    jadi,sy terasa sy da melakukan banyak dosa ats perhubungan sy dan dy. padahal sy da cukup mnjge batas2 pergaulan.sy dan dy tidaklah sprti pasangan couple yg lain..sy dan dy xdating,pegang2 n lain2. kami banyak berhubung melalui sms.klu cal pun jarang2. dan kalau kami berjumpa pun ditempat yg umum.

    bile sy mnta putus dgn dy,dy amat terkejut kerana tbe2 je sy wat kptsn cam tu.sy terangkan knp sy mnta putus,tetapi dy xdapat terima sume tu.
    lps tu,hampir sebulan kami xberhubung.kemudian,1hari nie dy msj sy..yg dy janji ngan sy 1hari t dy akan jadikan sy yg halal buat dirinya.

    hubungan kami banyak halangan nya krn kami berdua msh dialam persekolah pd waktu tu. dan kini,kami berdua sedang dalam proses tuk sambung belajar.

    kirenye..dlm kes sy nie..sy da bertunang ke ustaz..?
    bunyi mcm pelik dan susah tuk percaya tp sy nak mnta kepastian dr ustaz.. ? πŸ™‚

    1. maknanya declare bercinta masa belum akil baligh la kan? pada pandangan Ustaz Love, itu bukan dinamakan bertunang, sbb akil baligh itu menjadi penentu kepada membuat keputusan πŸ˜‰

  4. assalamaulaikum..ustaz..blh sya nk brtnya?..mcm ni ustaz, dl sya brkwn dan brcnta dgn seorg laki ni slma 4 thun..dan kmi prnh mlfazkn hsrat utk brkhwn dan sya brstuju..adkh kmi dikira brtunang?..krna slps 2 sya tngglkn dia krna laki lain..sya cma ckp sya nk pts, 2 je..lps 4 bln sya brsma laki yg bru sya knl 2..sya rs dia bkn laki yg baik..sya pn tngglkn dia jga..tp sya prnh ada stuju utk brkhwn dgn dia..skrg ni sya kmbali kpda kksh lma sya..sya xtau la ustz..sya xtau kptsan sya btl ke x..tp sya selesa brsama kksh sya yg lma 2..sya nk tau apa hukumnya…sya tngglkn laki yg sya bru knl 2 ats sbb2 yg munasabah..

    1. ruangan personal takde.. kalau nak tanya personal, boleh e-mail ke ustazlove[at]gmail[dot]com

  5. assalamualaikum ustaz, sy ingin bertanya bagi pihak kawan saya. Kawan saya ni seorang perempuan, die telah bertunang dan mengikat selama 6 bulan. Die dan tunang adalah pasangan yang tak serasi kerana sering bertengkar . kalau bergaduh sehigga sebulan tak bertegor. Pasangan ini adalah pasangan ego yang sgt tinggi sama2 ego dan keras kepala ( negatif =negatif ). Setelah 3 bulan bertunang kawan saya ini berasa was2 dan tidak yakin untuk meneruskan perkahwinan walaupun sebahagian persediaan nikah dan kahwin telah dibuat. Punca untuk putus kerana kenyataan lelaki itu yang mempersoalkan sifat2 kwn saya, Contohnya : saya mahukan perempuan yang lemah lembut bkn kasar mcm u”, boleh layan saya mcm bos” kenyataannya seolah2 lelaki ini tidak boleh menerima kwn sy seadanya.. kawan sy ini ingin memutuskan kerana was2..Bagaimana untuk memutuskan pertunangan tanpa ade konflik keluaraga dan pasangan.? atas persetujuan masing2?

  6. salam ustaz..sy nak tnya cikit ni..klau kita terima cincin merisik..tapi dgn tak sengajanye tukar kan trade in cincin tu dan ganti yang baru apa yg akan terjadi ea?

    1. akan jadilah cincin yg kita pakai itu sebagai cincin yg baru..kihkih.. yg penting, bagitau terus terang dengan pihak lelaki.. jangan sampai nanti mereka tengok cincin di jari dah takde (atau lain drp yg diberi), mereka aka kicik hati nanti πŸ˜‰

  7. salam ustaz..sy nk kongsi hati dan perasaan sy dgn ustaz..mgkin ustaz blh bantu.
    sy sudah brtunang selama 8bulan..makin lama sy mngenalinya sy dpt rasa yg sy x serasi dgn dye..sy tiada rasa ingin hidup brumah tangga dgn dye. hati sy tiada cinta untuk dye. prtunangan ni secara drastik yg sy sndri x pk pnjng sbb dye trlalu baik hngga sy x mampu nk hancurkn hati dye..masalahnya sy dgn dye tiada keserasian..sy slalu x hormat pd dye. hingga sy brjmpa dgn kwn lama slalu brjmpa akhrnya kami mnjadi pasangan kekasih dlm diam. hati sy snggap mnyayangi dan mncintai dye shingga ingin brkahwin dgn dye..begitu juga dye. kami sgt bahagia gembira sekepala. akhrnya kekasih sy dpt tahu yg sy sdh brtunang. sy merayu pd dye jgn tngglkn sy krn hati sy sgt cinta dan ingin hidup dgn dye. sy ceritakn semuanya pd dye…dan dye paham. dye minta sy mmbuat keputusan yg tepat krn keputusan kbahagiaan dlm tgn sy samada putuskn prtunangan hidup dgn dye atau teruskn brsama tunang. tp sysgt berat utk luahkn pd tunang sy sebenar isi hati dan perasaan..sbb sy takot dye kecewa mngkin akn brbuat ssuatu mcm isu skrng ni. kalau boleh sy xnk hancurkn harapan sesiapa tp bagaimana harapan saya nnt? bila dah jd isteri kpd tunang sy mngkin sy akan derhaka..main kayu 3..sbb sy tidak mncintai dye. harap ustaz blh bantu…

  8. assalamualaikum ustaz~ kalau lelaki bawak perempuan kahwin, tapi dalam nada bergurau dan perempuan itu bersetuju dalam nada gurauan jugak, guano? kira bertunang jugak ke?

  9. sya nk mjls pkwenn sy simple n ikt kemampuan pihk laki.sya x ske ikt adat.sbb ia menyushkn kmi utk bhutang..hntrn terlalu tinggi..bg sya sbg tuan punye bdn…sya nk ikt kmmpuan laki..tp fmly kmi berdua tkt org mengata…skrg sy buntu mne nk cri uit hntrn,mjls dlm mse 1 minggu.

  10. ustaz love, kalau dulu perempuan A pernah jadi tunangan olaki A lepastu mereka tak declare untuk putus hubungan, tibe2 je laki A tu mendiamkan diri. selepas setahun perempuan A tu dapat tahu laki A tu couple dengan perempuan B. perempuan A tu masih dikira tunagan laki A tu ke? dan perempuan A tu boleh terima pinangan laki B?

  11. Sebelum ni sy penah tanya. sape saya bagi dia? Mula2 dia taknak jawap. lepas dalam sebulan. saya pun luahkan perasaan saya kat dia. lepas tu dia call saya. borak2. dalam borak2 tu ada dia kata..saya ni hak dia. tu dikira macam mana??

    1. Kena tanya dia la, apa maksudnya itu. Kalau dia setuju nak ‘menempah’ saudari, dan saudari juga setuju dengan ‘tempahannya’, maka jadilah apa yg dikatakan sebagai bertunang itu.

      WA

  12. Salam ustaz…saya ade seorang teman wanita dan berjanji mahu menikahinya dan dye telah setuju..kami mempunyai perasaan satu sama lain..tiba2 seorg lelaki masuk minang dye tnpa berbincang dan tanpa persetujuan wanita itu tapi dipersetujui oleh keluarga wanita sedangkan lelaki tersebut tahu keadaan wanita yg menjalinkan kasih dengan saya.. kira tikam belakang mcam tu la..mohon penjelasan… apa yg ptut sy lakukan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme