Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Isteri Curang Dan Hak Penjagaan Anak

Salam…

Ustaz Love menerima komen dan pertanyaan daripada saudara Ali (Bukan Nama Sebenar) :

Assalamualaikum Ustaz,

Saya telah berumahtangga sejak hampir 5 tahun yg lalu, dan kini mempunyai seorang anak yang berusia hampir 2 tahun. Baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa isteri telah berlaku curang, dan buat pengetahuan ustaz, ini adalah kali yg kedua.

Pertama kali ia berlaku (dalam 3 tahun yg lepas), saya maafkan isteri dan cuba sedaya upaya utk melupakan apa yg telah berlaku kerana saya masih amat sayangkan padanya. Perkara itu memang terlalu mengecewakan bagi saya, tapi saya tetap tabah dan bersabar menghadapinya walaupun begitu pahit skali menanggung kesakitan. Lagipun, pada waktu itu, isteri saya telah pun berjanji utk tidak mengulangi perkara tersebut dan terus bekerjasama dgn saya utk memperbaiki rumahtangga kami. Kepercayaan kepada isteri pada mulanya telah lenyap, tetapi hari demi hari ia kembali berputik, dan tidak lama kemudian kami dikurniakan dgn seorang cahaya mata.

Tidak lama kemudian, saya dapat rasakan ada yg tidak kena sejak pertengahan tahun lepas. Saya kembali mula syak wasangka pada isteri apabila terdapat beberapa kejanggalan dlm tingkah lakunya. Terdapat tanda-tanda kuat yg isteri saya berlaku curang pada saya lagi skali. Utk dipendekkan cerita, baru2 ini saya medapat tahu bahawa segala apa yg saya syak memang benar2 berlaku. Saya tidak sangka ia benar2 berlaku walaupun sudah beribu kali saya nasihatkan isteri saya, supaya jangan mengulangi perkara lepas, jaga batasan, dan berfikir masak2 dahulu sebelum melakukan suatu perkara yg boleh meruntuhkan rumahtangga. Paling selalu saya nasihatkan padanya, jika dia tidak hiraukan perasaan saya sekalipun, tolonglah fikir tentang anak yang seorang tu, kerana apabila dia mengkhianati kepercayaan saya, dia juga secara terusan mengkhianati anak sendiri. Sudah berkali saya ingatkan dia, jika dia tidak jujur, lama-kelamaan kebenaran tu akan muncul juga. Namun sedih skali, nasihat hanya tinggal nasihat…begitu cetek skali pemikiran isteri saya.

Saya begitu kenal isteri saya, apabila ada sesuatu yg janggal, saya dapat kesan. Sepanjang perkahwinan kami, apabila saja saya ada syak sesuatu, saya pasti betul – adakala saya rasa ini bagai suatu sumpahan pula. Memang benar firasat saya bahawa dia telah curang buat kali kedua, tanpa syak wasangka lagi. Malangnya, kali kedua ini terlalu menyedihkan dan mengecewakan saya hingga tertutup sudah hati saya utk meneruskan hidup dgn dia. Isteri masih belum tahu lagi yg saya sudah dapat tahu perkara sebenar, ini kerana saya fikirkan tentang anak kerana saya amat terlalu sayangkan anak saya. Saya telah pun menghubungi bahagian perundangan keluarga Islam di JAIS dan meminta nasihat tentang tindakan selanjutnya jika saya ingin melepaskan isteri saya. Saya telah disarankan utk melalui program kaunseling – di mana saya telah pun jangka kerana ini prosedur yg normal. Namun terus-terang saya katakan hati ini dah langsung tertutup buat isteri saya, mengenangkan sudah beribu peluang saya beri padanya utk jujur dgn saya. Matlamat kaunseling pula adalah utk menyelesaikan konflik rumahtangga sebaik mungkin. Bagi saya, jalan penyelesaian hanyalah dgn melepaskan isteri saya. Saya sudah tidak mahu lagi menderita dalam perkahwinan yg tiada unsur kejujuran langsung. Kali pertama, mungkin boleh dimaafkan walaupun amat perit, tapi kali kedua, maaf saya katakan bahawa saya hanya manusia biasa dan setiap manusia mempunyai had kesabaran masing2.

Dilemma saya dalam situasi ini adalah anak. Saya terlampau sayang pada anak saya dan tidak mahu hilang hak penjagaan ke atasnya apabila saya melepaskan isteri saya nanti. Secara terang2 sebenarnya isteri saya ni memang telah berlaku curang, dan saya rasa dia tidak layak sama skali mendapat hak penjagaan kerana dia telah mengkhianati kami walaupun telah berkali diberi peringatan. Namun, apa yg difahami, utk saya membuat dakwaan demikian, saya harus mempunyai bukti yg kukuh dan bukan hanya cakap mulut saja.

Secara jujurnya, bahan bukti yg saya ada hanyalah beberapa “screenshots” perbualan isteri saya dgn “kekasih”nya melalui Yahoo Messenger. Dalam “screenshots” tersebut memang terpapar perbualan “intim” isteri saya dgn kekasihnya itu, di mana terdapat beberapa “keywords” yg memperkuatkan tuduhan saya bahawa isteri telah curang seperti “i love you so much”, ” kissing you was the best”, “i miss you”, “lets meet up tonight”, etc. Terdapat 27 screenshots yg saya dapat. Kalau mengikut sistem perundangan, saya sedar bahawa bahan bukti seperti ini tidak benar2 kukuh, dan amat terbuka utk pertikaian. Saya amat buntu, kerana tidak tahu bahan bukti seperti mana lagi yg boleh digunakan…Saya ada terfikir, mungkin bahan bukti seperti rakaman video, atau audio, ataupun gambar foto adalah lebih kuat, tetapi, kebarangkalian utk saya mendapatkan bahan2 seperti itu amatlah rendah. Utk mengupah penyiasat persendirian pun terlalu mahal dan berisiko.

Saya amat buntu Ustaz. Saya terlalu sayangkan anak saya, tak mungkin saya dapat teruskan hidup secara normal tanpa dia. Lagipun dari segi penjagaan anak, secara jujurnya saya lebih banyak menjaga anak dgn baik, tidak cepat marah2 seperti isteri saya, saya banyak luangkan masa dgn anak walaupun kerja bertimbun, perihal memandikan anak, mencuci najis anak, memberi susu dgn sukatan yg ideal, memastikan keselamatan anak ketika bermain, menidurkan anak dgn perasaan sabar yg tinggi etc. Semua ini boleh diperiksa kesahihannya dgn ahli keluarga yg lain termasuk keluarga sebelah isteri sendiri. Pendek kata, saya seorang yg amat penyabar manakala isteri pula mempunyai kualiti yg bertentangan, cepat marah walaupun anak masih tidak mengerti. Saya sentiasa meletak anak sebagai prioriti utama, manakala isteri lebih mementingkan telefon bimbitnya, kawan2nya, kebebasannya…

Saya ingin mendapatkan nasihat Ustaz mengenai situasi ini. Bahan bukti seperti mana lagi yg boleh diguna-pakai di mahkamah jika saya benar2 ingin meneruskan dakwaan curang terhadap isteri saya? Bagaimana caranya utk saya memperkukuhkan peluang utk mendapat hak jagaan sepenuhnya? Bagi pengetahuan ustaz, saya memang berkemampuan utk menjaga dan mendidiknya, saya memiliki sebuah rumah selesa yg baru dibeli, menanggung insurans anak sejak dia lahir, memang saya sentiasa memberikan hanya yg terbaik utk anak saya mengikut kemampuan saya termasuklah kualiti makan minumnya, pemakaiannya, bahan interaksinya, tempat tinggal etc.

Minta maaf jika email ini terlalu panjang. Tapi terima kasih jika Ustaz telah pun baca sejauh ini. Saya amat sedih skali, menggigil sambil menaip, cuma saya rasa amat buntu, perlukan nasihat daripada seseorang yg bertauliah seperti Ustaz.

Terima kasih lagi skali. Saya amat menantikan respon drpd Ustaz.

Ustaz Love sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa saudara. Sebab Ustaz Love sangat faham, jarang2 seorang lelaki sanggup untuk meluahkan perasaannya (berbeza dgn wanita yg mudah meluah perasaan).. Kita mudah melihat ketawa seorang lelaki, tetapi sangat jarang kita dapat melihat tangisan mereka.. Sebab itu kadang2, bila dah tak terkawal emosi, seorang lelaki boleh bertindak melebihi batasan (spt menampar isteri sampai terpeleot, pukul anak sampai separuh nyawa dsb). Berbeza dengan wanita, kalau dia suka, kita boleh nampak senyumannya.. kalau dia sedih, kita boleh nampak air mata dan air hidungnya bersatu di celahan bibir.. Bila seorang lelaki meluahkan perasaan, maka nyatalah masalah itu terlalu berat untuk ditanggung seorang diri.. Nak bercerita dengan kawan2, takut kena sindir.. aib lagi.. nak cerita dengan keluarga, rasa macam tak sanggup.. Namun, bila dah diluahkan, insyaAllah akan memberikan sedikit kelegaan, sekalipun belum tentu masalah itu akan selesai.

Sebelum Ustaz Love memberikan pandangan, Ustaz Love ingin menjelaskan bahawa Ustaz Love bukanlah seorang yg layak atau mempunyai tauliah untuk memberikan kaunseling (kalau ikutkan akta, perkataan kaunseling hanya boleh digunakan untuk kaunselor yang telah mendapat pengiktirafan daripada badan bertanggungjawab (Ustaz Love pun tak ingat, Majlis Kaunseling ke apa ke namanya)). Ustaz Love cuma mencuba untuk membantu sekadar termampu berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang terlalu cetek. Jadi, pandangan Ustaz Love tak semestinya muktamad, namun jika ada kebenarannya, jadikanlah sebagai panduan.. kalau yg mengarut2 tu, campakkan saja di tepian jalan.

Kalau ikutkan kata2 orang tua, 5 tahun pertama perkahwinan itu merupakan peringkat yang penuh dengan cabaran.. Masa inilah ramai yang tersungkur, ada yang nikah sehari, esoknya dah bercerai. Namun, kesanggupan saudara untuk memaafkan sang isteri yang curang itu merupakan suatu sikap yang wajar dipuji. Mungkin ada yang lebih gemar menjatuhkan perkataan dayus kepada lelaki sebegini, tapi bagi Ustaz Love, ia bergantung kepada situasi kehidupan masing2. Setiap orang tak sama cara hidupnya.. ada yang tak boleh nak terima kesalahan pasangan walaupun kecik, lalu memutuskan untuk bercerai.. itu mungkin keputusan terbaik bagi pasangan itu.. ada juga pasangan yang mempunyai tahap kesabaran dan kemaafan yang tinggi, sanggup memaafkan walaupun banyak kali dikhianati.. itu juga mungkin keputusan yg terbaik buat pasangan sebegitu.

Kebanyakan lelaki mahupun wanita memang akan putus asa dengan pasangannya bila pasangan itu berlaku curang.. Kalau kesalahan lain, insyaAllah mudah je nak dimaafkan.. isteri tak masak ke, isteri ketiak berserabut ke, isteri suka berkentut ke dsb.. walaupun suami mungkin tak suka, tapi takde la sampai putus harap.. Begitu juga dengan isteri, tak kira la suami tu kaki botol ke, kaki cawan ke, kaki simen ke atau kaki judi sekalipun, insyaAllah ruang kemaafan untuk suami itu masih terbuka walaupun berkali2 berjanji tak nak buat lagi.. namun, sebaik saja suami dikesan berlaku curang, maka memang ringan je mulut isteri nak minta cerai.. begitu juga ringan je tangan suami nak hinggap ke muka isteri, sama ringannya dengan mulutnya yang nak melafazkan talak.

Ini kerana, jika isteri itu melakukan kesalahan2 lain (selain curang), maka ia tak melibatkan perkongsian hati dan perasaan.. sebaliknya bila isteri itu curang, ia telah memusnahkan asas yg paling penting dalam sebuah perkahwinan, iaitu kepercayaan. Tak kira la sama ada curang itu melibatkan permainan perasaan saja (chat, dating, sms on cinta dsb) ataupun telah berlaku perzinaan. Kedua2nya menepati definisi kecurangan, kerana sanggup bermain cinta dengan orang lain sedangkan beliau telah bersuami. Kes2 sebegini biasa berlaku di kalangan wanita berkerjaya yg bergaul bebas dengan rakan lelaki sepejabat.

Intro sikit punya panjang..

Berbalik kepada masalah saudara ini, sebenarnya saudara telah membuat keputusan yang paling bijak dalam perhubungan ini. Iaitu dengan berniat untuk memutuskan ikatan perkahwinan itu. Ustaz Love tak kata yang bercerai itu suatu perbuatan yg mulia, namun dalam keadaan ini, perceraian itu adalah lebih baik berbanding mengekalkan hubungan atas dasar kesian dekat anak dsb. Jika masih juga berusaha mempertahankannya, maka ia akan makin merosakkan perhubungan, mungkin juga anak yang akan menjadi mangsa bila ibu dan bapanya bergaduh serta tak boleh nak berfikir dengan waras. Seumpama anggota tubuh yang berpenyakit, kita boleh cuba merawatnya jika ia masih lagi dapat dikawal.. namun, bila dah tak dapat diselamatkan, maka lebih baik dipotong anggota itu agar penyakit itu tidak merebak dan menjangkiti anggota lain yg sihat.

Namun, sebelum saudara membuat apa2 keputusan, mintalah petunjuk daripada Allah melalui jalan istikharah. Hanya Allah yang mengetahui apa yg terbaik buat kita, sama ada meneruskan perkahwinan itu ataupun memutuskannya. Dan kuatkan diri untuk meminta pandangan ibu bapa dalam menyelesaikan masalah ini.. Mungkin mereka mempunyai pandangan yang lebih baik, atau boleh melakukan tindakan yg lebih baik.

Bila dah dapat keputusan muktamad, maka berbincanglah baik2 dengan isteri serta keluarga mertua.. semasa kita nak bernikah dulu, kita ambil dengan cara yang baik, maka kalau ditakdirkan kita berpisah, berpisahlah dengan cara yang baik.. supaya perpisahan itu tidak menimbulkan bibit permusuhan dan anak juga tidak menjadi mangsa keadaan. Amik contoh macam Nora Danish.. walaupun bercerai dengan Jejai, namun perceraian itu dilakukan dengan cara yg baik.. dan Nora Danish masih lagi berhubungan rapat dengan keluarga mertua sekalipun sudah tidak menjadi isteri Jejai.. dan anaknya juga mendapat kasih sayang yang sepatutnya (tak main tarik tali dengan bekas suami).

Bila dah dilakukan perbincangan, maka ikutilah prosedur2 yg ditetapkan Jabatan Agama.. itu memang prosedur biasa.. bukanlah dengan menghadiri kaunseling tu, akan menafikan hak saudara untuk bercerai.. sebaliknya, mungkin ada perkara2 tertentu yang boleh saudara dan isteri bincangkan dengan pegawai agama tersebut, sama ada berkaitan hak2 selepas perceraian (mut’ah, nafkah, harta sepencarian, hak penjagaan anak dsb). Dari situ, maka keputusan dapat diambil dengan jalan yg terbaik (sulh- perbincangan).. tak perlu nak bergaduh dalam mahkamah tentang hak penjagaan anak, nafkah dsb.

Saudara jangan takut sekiranya tidak mendapat hak penjagaan penuh (memandangkan anak baru 2 tahun, kebiasaannya bekas isteri yg akan dapat hak penjagaan itu). Saudara masih lagi boleh menjaganya dalam tempoh tertentu (contohnya hujung minggu ke).. semuanya itu dapat berjalan dengan teratur sekiranya perbincangan sebelum itu dengan isteri berjalan dengan baik. Mungkin juga isteri tak nak jaga (sbb nak hidup bebas dsb), siapa yg tahu? Lagi mudah, tak payah nak fikir2 cara nak perangkap isteri semasa berlaku curang dsb untuk dibuktikan di mahkamah. Soal layak tak layak mendapatkan hak penjagaan itu, biarlah mahkamah yg menentukannya.. namun, jika saudara berjaya dengan perbincangan bersama isteri, tak mustahil isteri akan memberikan hak penjagaan itu kepada saudara.

Jika melihat kepada usia perkahwinan dan usia anak, Ustaz Love rasa saudara ni muda lagi.. masih jauh lagi perjalanan.. mungkin tak sampai seminggu menjanda, dah dapat isteri baru.. siapa tahu? Jadi, buat masa ni, saudara selesaikan dulu masalah satu persatu.. jangan campur aduk semua sekali, nanti jadi berserabut. Selesaikan dulu masalah isteri curang tu.. dah jumpa jalan penyelesaiannya, baru pergi kepada isu hak penjagaan anak pulak. Selagi punca masalah tak diselesaikan, selagi itulah ia akan berpusing2 di tempat yg sama.. Kalau betul saudara sayangkan anak, maka kena buat tindakan yg betul. Jangan tersilap percaturan.

Jadi, nasihat Ustaz Love, istikharah dulu.. jika lebih cenderung untuk berpisah, maka berbincanglah dengan isteri secara gentleman.. jangan bagi alasan dah tak nak tengok muka isteri ke, sakit hati ke dsb.. cakap terus terang.. kalau masa nak nikah dulu, kita boleh cakap terus terang nak menyunting bunga di taman larangan, maka kena berani juga berterus-terang bila dah tak boleh nak go on dah. Selepas itu, baru bagitau keluarga.. kemudian, ikuti prosedur yg sepatutnya (dapatkan bantuan khidmat guaman supaya lebih mudah nak dapatkan penjelasan yg sepatutnya).

Mulakan langkah pertama dengan berterus-terang kepada isteri.. insyaAllah, langkah seterusnya akan menyusul..

Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan jalan keluar yang terbaik buat saudara dalam menyelesaikan masalah ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

33 Comments

Add a Comment
  1. salam..

    saya pun da sejarah dalam kes sedemikian, sekiranya pihak suami ingin meneruskan penceraian boleh terus dilangsungkan ke mahkamah..x perlu jalani proses kaunseling. Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju utk bercerai proses itu lebih mudah. xperlu nyatakan bukti sediada cukup sekadar tidak mampu untuk hidup bersama.

    tentang hak penjagaan, sekiranya si isteri bersetuju utk menyerahkan kepada suami, maka ia mudah seandai sebaliknya berlaku, maka perlu ikut prosidur mahkamah..seandainya segalanya berpihak kepada suami, maka anak itu akan diserahkan kepada yang berhak.

    itu sahaja pendapat kecil saya ini

    1. salam…

      pada pandangan Ustaz Love, lebih baik melalui proses kaunseling dulu.. agar kita masih punya masa untuk berfikir dan mendapatkan pandangan pihak ketiga.. baru la tak jadi kes gila talak akibat terlalu cepat nak buat keputusan ;)

  2. Moga beliau mencapai kata putus…

    Hidup ni penuh pancaroba, kalau isteri baik, suami pula buat Hal, kalau suami baik, isteri pulak…

  3. pasal hak penjagaan anak, sbb anak masih kecik dan masih belum boleh buat pilihan sendiri, mahkamah akan bagi kat isteri (kebiasaannya), unless boleh prove isteri nusyuz…
    saya pernah ada kwn..ex office mate–dia berjaya trap isteri dia yg curang sampai tangkap khalwat, so dia dpt hak penjagaan anak2 nya…

    saya setuju dgn ustaz love…kena confront dan berterus terang..tgk mcm mana reaksi isteri..dia ngaku ker tak, dia nak jaga anak ker tak kalau bercerai etc etc…memang susah nak maafkan kalau psgn curang..saya sebg perempuan pun takkan maafkan suami kalau dia curang ..

    panjang plak me komen hehhehe

  4. Ya Allah..hampir sama dgn kes sy..dah hmpir 6 thn kami bercerai. Tp berpisah dgn aman atas persetujuan bersama. Alhamdulillah xda mslh. Ank2 kami 5 & 3thn (masa cerai) kami jg gilir2. Kena ada tolak ansur. Berkasar xda gunanya. Biar ada toleransi, bincang yg terbaik bkn utk diri sendiri tp utk ank2. Yg penting dlm niat hati kita ikhlas hanya jlnkn tggungjawab hanya kerana Allah. Takutkn balasan akhirat kelak. Undang2 dunia ni xsemuanya adil. Tp ingat! Undang2 Allah maha adil lg saksama. Jgn terlalu pk sgt x dpt hak penjagaan, sebenarnya ada hikmah dsebalik semua ini. Ini dh tiba masa untuk kita habiskan masa utk diri kita. Samada dekatkn diri dgn Allah dsb. Alhamdulillah saya bahagia dgn hidup sy skrg. Ank2 dah 11 thn dan dh bole fikir mana baik mana tidak.

    1. alhamdulillah.. terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan dan pengalaman.. semoga ianya menjadi iktibar kepada kita semua.. tak semestinya perpisahan itu mengundang duka, kerana ada kalanya kekal bersama itu bisa menambahkan lagi luka di dada ;)

  5. assalamualaikum ustaz love,
    ini kali pertama sy membuka blog ustaz.
    sy berusia 18tahun,tetapi sudah banyak dugaan dan ujian sy lalui.sy tahu,sy masih muda tuk faham semua tentang isu rumah tangga.tapi,sy da lame bersabar dengan sikap mak dengan ayh sy.pada awal nya ayah sy curang dan kini mak sy pula curang. walau apa pun,ayh sy telah berkhwin dengan pmpn tu tetapi bukan atas dasar percintaan tetapi terkena ubat guna2. sejak dr itu mak sy banyak bersabar dengan sikap ayh sy,sehingga sampai satu tahap sampai skrg da 10 tahun mak sy xdapat nafkah batin dr ayh sy.tidur pun berlainan bilik.sbg seorg anak,sy da cuba sedaya upaya nak pulih kan keadaan..tetapi..segalanya bagai angin.
    kini,sudah 2tahun mak sy curang dgn ayh sy,dr seorg ibu yg solehah,xtinggal solat,mnjaga adab..skrg,semua nya berubah.bagai dunia sudah terbalik.sikap mak sy sangat berbeza.walau apa pun,ayh sy xpernah tinggal solat dan ayh sy xnak bercerai dgn mak sy kerana sygkan ank2nya.ayh sy seorg ayh yg sgt baik dan penyayang.tetapi ayh sy slalu gune care yg salah.yg paling buat sy terkilan,mak sy berubah dalam sekelip mate kerana seorang lelaki,dan hampir setiap hari melakukan dosa2 besar.sy xtahu nak buat ape.sy hanye boleh berdoa dan terus berdoa.

    kalau boleh,sy nak tahu.masih ade ke jalan keluar tuk masalah keluarga sy..?

    1. just wondering bila lelaki sebut tak nak ceraikan isteri sebab sayangkan anak2. 2 perhubungan yg berbeza.

        1. Maksudnya, hubungan antara anak dan si ayah tidak akan putus sampai bila2. manakala hubungan antara suami dan isteri adalah disempadani dengan ‘talak’.

          jika dah tak sayang isteri dan tiada persefahaman, talak adalah antara jalan penyelesaian. kenapa perlujadikan anak sebagai alasan untuk terus ‘mempertahankan’ ikatan perkahwinan? itu lebih menyeksakan si isteri. tiada kasih sayang antara suami isteri tidak bermakna tiada kasih sayang antara ibubapa dan anak.

          jika hingga terpaksa isteri curang dek kerana ikatan pernikahan itu, lebih baiklah talak dijatuhkan. Itu tanda tak sayang bila dah tahu tiada sayang dan persefahaman, tapi masih nak ‘ikat’ dengan pernikahan.

          1. soal perhubungan satu hal.. soal perasaan anak2 itu yg mungkin menjadi penghalang.. tapi, berterus-terang itu lebih baik daripada memendam perasaan.. berterus-terang dengan anak2, insyaAllah, anak2 akan faham.. ;)

      1. Asalamualaikum , apa tindakan saya seandainya dalam keluarga isteri saya ( Ipar saya ) ada yg curang terhadap suaminya.

        1. Waalaikumussalam…

          Jika saudara mengetahui secara pasti (nampak sendiri), maka wajiblah saudara menegur beliau. Jika beliau masih berdegil dan tak nak berubah, maka saudara perlu beritahu kepada suaminya dengan cara yang berhikmah.

  6. Saya dan isteri sudah 4 bulan bercerai atas permintaan isteri. Mulanya isteri minta cerai atas alasan tak bahagia bersama saya, namun seminggu sebelum dia hantar borang permohonan cerai di mahkamah, saya terjumpa message dlm fb dia yg dia sedang bercinta dgn kekasih lamanya. saya juga terjumpa mesage cinta dia dgn lelaki tu dlm handphone dia. Kami ada 2 orang anak umur 3 tahun dan 4 tahun, lelaki. Kini bekas isteri sudah bertunang dgn lelaki tu. Masalah saya ialah bekas isteri tak benarkan saya bawa anak2 kerumah saya dan dia juga tak benarkan anak2 berjumpa emak saya dgn alasan dia menuduh mak saya santau dia. saya rasa tertekan sebab anak2 manja dengan saya, nak ckp dengan anak2 melalui telepon pun dia tak bagi. saya sdg failkan hak utk bersama anak2 masa hari raya, cuti dan setiap hujung bulan sebab bekas isteri terlalu kejam walaupun dia yg curang dan saya sudi lepaskan dia dgn baik, dia masih nak halang saya utk bsm anak2. saya juga sdg tunggu masa bila bekas isteri telah berkahwin lain utk saya tuntut hak jagaan anak2 sepenuhnya. mmg selama tempoh perkahwinan kami saya rasa tertekan dgn bks isteri yg keras kepala tak nak dgr ckp. Dia suka ikut kata hati sendiri yg menyalahi hukum. Dia pernah halang saya utk jadi wali pada adik perempuan saya sebab dia benci dgn adik saya. Saya mmg tertekan dgn perkawinan saya selama ini, namun saya cuba bertahan krn syg dan kasihan pd anak2 jika berpisah. saya tahu jika anak2 kehilangan salah seorang dari ayh tau ibu, mereka akan terasa. Bekas isteri mmg susah di bawa berbincang jadi saya terpaksa guna khidmat peguam utk pastikan hak anak2 utk bsma ayhnya terbela.

    1. terima kasih saudara irfan kerana sudi berkongsi pengalaman dan pandangan.. semoga Allah memudahkan urusan saudara.. WA

      1. mohon nasihat,suami saya berzina dgn isteri org sehingga melahirkan seorang anak.kini perempuan tersebut janda.saya pernah bersetuju utk bermadu demi memikirkan anak tersebut dan suami saya buntu dgn keadaan ini.ditakdirkan Tuhan, DIA menunjukkan ketidak ikhlasan perempuan ini terrhadap saya dan anak-anak saya.saya tidak akan membenarkan dia menganiaya anak-anak saya…apakah sebenarnya tanggungjawab suami saya terhadap anak zinanya.perlukah mereka berkahwin???walaupun perkahwinan tersebut jelas akan menjejaskan anak-anaknya yang sah.

  7. salam..
    sy sdh berkahwin dgn isteri sejak thn 2008 & mempunyai 2org ank..sjak berkahwin kami tinggal dirumah keluarga isteri sb isteri sy ank prmpuan tunggal dlm keluarga..dia tak pernah masak,basuh baju,semua mak mertua yg buat..,anak pn mak mertua yg jaga..makan pakai sy pn dia xpernah peduli..sy keluar xtidur kt rumah pn dy xkisah..raya pn dy xpnh balik rumah kelluarga sy..yg plg sy mrh, dy cakap krg ajar dgn mak sy..sy thu dia curang sb sy dh tengok depan mata sy sndri perbuatan dia..tapi dia taknak cerai..keluarga dia pn msuk cmpur..

    awal thun ni kami ad bergaduh & dia maki sy dpn keluarga dia..sejak tu,sy jd tawar hati,sy xbalik rumah.. dalam waktu yg sama,sy kenal sorg prmpuan..sy bgthu dy sy masih bujang..sy xsgka yg sy akan jatuh cinta dgn prmpuan tu..dia TERLALU BAIK..sy dh jumpa dgn keluarga dy..sy pn dh bawa dy jmpa dgn keluarga sy..kami bersetuju nk nikah dlm masa terdekat..tp baru2 ni dy dpt thu ttg status sbenar sy..

    keluarga dy xbenarkn sy berhubung dgn dy..pd mulanya mmg prmpuan tu mrhkn sy tp lpas keluarga sy tenangkn dy & beritahu perkara sbenar,dy sanggup utk terima sy..tapi keluarga dy xizinkn..sy pn dh bgthu isteri sy ttg rncangan sy nk kahwin lain tp dy pn xsetuju..

    ap yg perlu kami lakukn ustaz?jujur, sy mmg sgt sayangkn dy..keluarga sy pn sgt rapat dgn dy..

  8. Salam,
    Saya nak tanya beberapa soalan.
    1.Semasa berkahwin, saya pernah membeli rumah.Rumah atas nama saya dan segala perbelanjaan dari awal pembelian rumah hingga ke sekarang saya uruskan. Baru baru ini, bekas suami menghantar sms untuk menuntut harta sepencarian iaitu rumah. Adakah bekas suami layak untuk menuntut rumah berkenaan sedangkan satu sen pun tak pernah dia laburkan dalam rumah itu.

    2.Saya mempunyai anak 2 orang.Dalam waktu edah, bekas suami langsung tidak memberi nafkah edah iaitu 3 bulan berturut turut.Adakah saya layak untuk menuntut di mahkamah kelak?

    3.Bekas suami kata saya tidak memberinya untuk berjumpa dengan anak-anak? Sedangkan dia langsung tidak pernah call, sms ataupun apa-apa perhubungan selepas kami berpisah.Sekarang bekas suami ingin membuat permohonan ke mahkamah? Sedangkan anak no 2 pun dia langsung tak pernah tengok hingga la anak dah berumur 2 tahun.

    4.Sehingga sekarang bekas suami hanya memberi nafkah RM300 untuk dua orang anaknya. Tapi itupun kadang kadang bila dia ada duit. Boleh dikatakan dalam setahun mungkin dalam 2-3 kali sahaja. Segala perbelanjaan anak-anak saya yang uruskan seperti pampers anak,sekolah anak, makan minum anak, sakit demam anak, dan keperluan lain anak-anak. Adakah saya boleh juga membuat tuntutan di mahkamah.

    Mohon bantu.Saya betul betul tidak pasti dan kurang arif dalam hal sedemikian. terima kasih.

    1. Salam..

      1. Soal menuntut itu, semua orang boleh tuntut.. tapi soal untuk menolak atau menerima, ia keputusan mahkamah yg akan mengambil kira banyak perkara. Jika puan ada bukti pembayaran (slip2, dokumen2 dsb), puan boleh gunakan untuk melawan tuntutan pihak bekas suami. Sebaiknya puan melantik peguam untuk menguruskan kes ini. Harta milik isteri tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian, kecuali jika ada sumbangan daripada pihak suami..

      2. Puan layak untuk menuntut nafkah edah dan nafkah anak2.. failkan saja permohonan tersebut di mahkamah nanti.

      3. Bekas suami punya hak untuk melihat anak2 kerana beliau adalah bapanya (tak kira la dah berapa lama beliau tak jenguk dsb). Jika dibicarakan di mahkamah syariah, mahkamah akan memberikan arahan supaya bekas suami itu dibenarkan untuk bertemu dengan anak2.

      4. Boleh juga buat tuntutan.. mahkamah akan membicarakan kes ini dan akan menentukan berapa jumlah nafkah yang sepatutnya dibayar oleh bekas suami.

      WA

    1. manusia terlalu bebas di alam maya bila merasakan tiada orang melihat perbuatan mereka.. sedangkan Allah itu Maha Mengetahui setiap perbuatan hambaNya.

  9. Salam,

    Saya pun mengalami perkara yg same seperti saudara yang menanyakan soalan iaitu isteri curang, Sudah 3 tahun mendirikan perkahwinan dan mempunyai seorang anak yang baru berusia 11 bulan dan sekarang saya dalam dilema macam saudara juga tetapi saya sudah pun menceraikan isteri di luar mahkamah kerana terlalu marah. Saya pun terlalu sayangkan anak saya dan tak boleh hidup rasanya tanpa anak saya di sisi. Tetapi masih mengharapkan agar isteri berubah dan boleh kembali ke pangkuan saya sebagai suami isteri meski pun bekas isteri masih dengan perangai lamanya yang bebas dari segi pergaulan bebas bersama lelaki sehingga ke bilik hotel. Saya menceraikan kerana x sanggup dan kecewa yang melampau sangat dengan bekas isteri serta tak mahu lagi menanggung dosa isteri yang saya pikul. Saya doakan agar saudara dan juga saya agar dapat hak penjagaan anak sepenuhnya…

  10. salam, ni pndpat sy kpda ustaz,tak adil la kalau perempuan yg curang dapat hak pnjagaan, sdangkan perempuan yg berlaku curang. Klau perempuan yg brlaku curang mendapat hak penjagaan anak, bermakna islam meggalakkan perempuan supaya berlaku curang dgn suami. Oleh itu, kajilah semula undang-undang. Jadilah islam yang adil, jgn dok lebihkn perempuan je ustaz.

    1. bila plak Ustaz Love kata perempuan curang boleh dapat hak penjagaan? lain kali baca betul2..

        1. Assalamualaikum pada komentar. Pertama saya amat simpati pada sahabat yang meluahkan di laman blog ustaz love ini. Kedua saya juga ada masalah yang agak sama tetapi tidak serupa dengan sahabat didalam entri ini. Ceritanya agak panjang juga jadi boleh saya dapatkan email ustaz supaya saya boleh lebarkan cerita saya ini pada ruang email ustaz? Terima kasih dan diharap semua dirahmati Allah. Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


× 4 = twenty

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site