RSS
 

Soal Jawab : Ibu Bapa Mengabaikan Tanggungjawab

18 Feb

Orang Malaysia Memang Suka Benda2 Separuh Harga Ni!!

Menyesal Dulu Pendapatan. Menyesal Kemudian, Cukai Pendapatan!!

London Bridge Is Falling Down!!


Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada hamba Allah :

salam ustaz…sya nak tanya..apa hukumnya ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka..?sya tanya sebab sya sndri mengalami konflik ini.ibubpa sya bercerai sejak umur sya 6tahun..sya dan 2org adk brdik yang lain di tinggalkan bersama makcik sejak kecil..masalahnya sekarang sya susah nak terima hakikat dan berasa jengkel apabila tinggal bersama ibu atau bapa.kadang2 tu sya rsa benci dengan mereka..tolong sya utk menyelesaikan mslah ini..

Jika nak ceritakan tentang hukum, memang mudah nak menjatuhkan hukum.. sebut saja wajib, sunat, haram, makruh dan harus.. namun, untuk mengeluarkan sesuatu hukum itu, ia memerlukan lebih daripada mengatakan hukum halal haram. Banyak perkara perlu diteliti sebelum memberikan hukum, apatah lagi jika masuk bab nak menjatuhkan hukuman. Belum tentu mencuri itu dipotong tangan (dalam hukum hudud) walaupun ia jelas dinyatakan dalam al-Quran, sbb masih lagi melihat kepada banyak faktor. Jika bapa yang mencuri duit anak, maka tak dikenakan hudud.. Jika mencuri sekeping roti, maka ia tak sampai kepada jumlah yg mewajarkan untuk dikenakan hudud dsb.

Seorang anak itu memang menjadi tanggungjawab ibu bapanya untuk memeliharanya, memberikan nafkah, menyayanginya dsb.. tak kira la sama ada ibu bapa itu masih bersama ataupun sudah bercerai. Yang bercerai itu adalah ibu dan bapa, dan yg terputus hubungan itu hanyalah mereka berdua, sedangkan anak2 takkan putus apa2 pun hubungan dengan ibu bapa. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya itu masih belum terlepas. Maka menjadi tanggungjawab ibu bapa yang bercerai untuk membuat perancangan untuk kebaikan anak2.

Sebab itulah, ibu bapa kalau nak bercerai, bercerailah dengan jalan terbaik. Jangan bergaduh2.. masa nak kahwin dulu, boleh je elok2 buat perancangan perkahwinan, bila nak bercerai, kenapa tak buat perancangan perceraian? Jangan ingat perceraian itu seumpama memutuskan tali belon dan membiarkan belon terlepas tanpa hala tuju, sebaliknya perceraian itu juga boleh menjadi suatu cara yang terbaik dalam mencapai kebahagiaan (jika dilakukan dengan kaedah dan perancangan yg betul). Ini kerana, bila berlakunya perceraian, maka yg pastinya anak2 akan menjadi mangsa. Sudahlah tertekan dengan perceraian ibu bapa, ditambah lagi dengan permusuhan ibu dan bapa selepas perceraian, maka anak2 akan menjadi mangsa dan menyimpan dendam terhadap ibu bapa sendiri. Bila dah tiba masanya ibu bapa tersedar, masa tu mungkin anak2 dah jadi keras hati, jadi susah nak memujuk mereka untuk menerima ibu bapa kembali.

Maka, bagi ibu bapa yang berhasrat untuk bercerai, duduklah semeja berbincang sekali dengan anak2.. supaya anak2 boleh faham rasional tindakan yang nak diambil.. seterusnya anak2 akan dapat menerima perceraian itu dengan hati yang tenang. Ustaz Love selalu tengok cerita omputih (walaupun ia sekadar cerita, tapi ada kebenaran di sebalik cerita itu), ibu dan bapa yg bercerai masih lagi boleh berbaik2 demi maslahah (kebaikan) anak2. Mungkin juga proses perceraian mereka yang dilakukan dengan terancang, jadi tiada berlaku permusuhan walaupun mereka sudah tidak bersama. Masing2 memikirkan tentang kebaikan anak2.

Berbalik kepada persoalan saudara/i, Ustaz Love tak dapat nak komen lebih2 sbb Ustaz Love sendiri tak mengetahui apa puncanya sampai ibu bapa saudara/i meninggalkan saudari adik-beradik dengan makcik sejak kecil sampai besar. Jika dilihat secara tersurat, ia merupakan perbuatan yg agak kejam buat saudara/ii dan adik-beradik. Bak kata pepatah, udang sama udang takkan sama anak sendiri, orang lain tetap orang lain, takkan sama anak sendiri (sekalipun duduk dengan makcik sendiri).

Namun, jika difikirkan secara tersirat, ada kemungkin terdapat alasan yang rasional yang menyebabkan ibu dan bapa itu terpaksa mengambil tindakan sedemikian. Tiada ibu bapa yang sanggup berpisah dengan anak2nya, apatah lagi menyerahkan mereka kepada orang lain. Kadang2, mereka terpaksa mengambil tindakan yang sepatutnya atas perkiraan dan budi bicara mereka, walaupun hati mereka sendiri terasa sakit untuk menerimanya. Buktinya, kini mereka telah kembali ingin berbaik dan menjemput saudara/i serta adik-beradik untuk tinggal bersama.

Jadi, pada pandangan Ustaz Love, adalah lebih baik saudara/i dan adik-beradik yang lain berterus-terang dengan ibu dan bapa tentang perasaan saudara/i. Tanyalah kepada mereka, apa punca yg menyebabkan mereka meninggalkan saudara/i adik beradik sejak kecil, sekarang baru nak ajak duduk sekali. Mungkin ada rahsia di sebaliknya yang saudara/i tak faham, kerana tak dapat diceritakan oleh ibu bapa pada masa itu disebabkan faktor usia saudara/i dan adik-beradik yang masih kecil. Ustaz Love yakin yang ibu bapa itu bukan saja2 nak meninggalkan anak2 mereka.

Mungkin juga pada masa berlakunya perceraian itu, ibu bapa saudara/i mengalami tekanan hidup sehinggakan jika membawa saudara/i dan adik-beradik bersama2, akan menyebabkan hidup anak2 mereka akan tersiksa dan terpaksa bersusah-payah dengan mereka.. lalu mereka mengambil tindakan menyerahkan kepada makcik untuk menjaga saudara/i adik beradik sementara mereka menstabilkan kehidupan mereka.

Jadi, selesaikan dulu punca dendam saudara/i itu.. bila puncanya dah dapat diselesaikan, insyaAllah, ia lebih memudahkan perjalanan saudara/i untuk memupuk kasih dan sayang kepada ibu bapa. Jangan difikirkan perkara yg berlalu, sbb kita bukan hidup untuk hari semalam, sebaliknya kita hidup untuk hari esok (akhirat). Apa yang pernah berlaku dalam kehidupan kita, lebih mudah untuk kita hapuskan dengan kemaafan.. berbanding kita berat2 dan serabut2 kepala nak fikirkan perkara yang telah berlaku.

Berilah kemaafan kepada ibu bapa, kerana pengorbanan mereka mengandung dan melahirkan kita (menjadi asbab kewujudan kita atas dunia) itu lebih besar daripada dendam kita itu sendiri. Terimalah hakikat kehidupan sekarang, yang saudara/i itu mempunyai ibu dan bapa yang perlu ditaati dan dikasihi, dan menjadi sebab keredhaan dan kemurkaan Allah terhadap saudara/i.

Banyakkan berdoa kepada Allah semoga Allah melembutkan hati saudara/i untuk menerima kembali ibu bapa dalam kehidupan saudara/i. Tebuslah peluang yg ada ini untuk berbakti kepada mereka sementara mereka masih ada di atas muka bumi ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

 
CommentLuv badge
 
  1. Mama Zharfan

    18/02/2012 at 6:18 pm

    buang yg keruh amik yg jernih…semua org pun melakukan kesilapan…

     
    • Ustaz Love

      18/02/2012 at 9:52 pm

      betul tu mama.. belum tentu lagi kita pun terlepas daripada kesilapan yg sama.. takut2 kesilapan itu diwarisi berulang kali sampai ke anak cucu, sbb kita tak berusaha menghentikan dendam tersebut ;)

       
  2. belladiea

    19/02/2012 at 9:03 pm

    mmg la geram+kecewa dgn ibubapa mcm tuh…tp nk wat cmne…baik buruk tu ibubapa dia…dia kene terima…

     
    • Ustaz Love

      20/02/2012 at 9:33 pm

      betul2.. baik atau buruk ibu bapa itu, ia adalah ujian untuk kita.. kadang2 ibu bapa yg tak berapa baik itu yg berjaya mendidik anak2 menjadi baik ;)

       
 

Switch to our mobile site