I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ditolak Keluarga Mertua

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada AIna E :

salam. ustaza..sy baru berkahwin 1 tahun. sy ada 2 org adik ipar perempuan yg lebih tua dripada sy. sy jd kakak ipar mereka krana sy berkahwin dgn abg sulung mereka. sy dapati dr hari pertama kami berkahwin, hubungn sy dan adik ipar perempuan tak pernah elok. sy selalu juga cuba-cuba bercakap, ajak makan, hantar kuih muih dan lain-lain. tp semuanya tak menjadi. hinggakan suami sy sudah tawar hati dgn sikap adiknya itu dan menghalang sy dripda mmberi apa2 pemberian kepada dia kerana adik ipar sy tidak pernah hargai pemberian sy dan pernah menolak mentah2 makanan yg sy beri. Hati sy betul2 rasa tersinggung… ketika hari raya, sy bersalaman dgan dia, tp dia salam dgn tidak ikhlas. sekadar di hujung jari shj…
Lebih menyedihkan sy ialah, ibu mertua pula selalu kata agar sy jgn bergaduh dgn adik ipar sdeangkan kenyataannya sy tidak pernah bergaduh dgannya.. ibu mertua selalu memaksa sy agar menegur,bercakap dgan adik ipar walaupun sy sendiri telah mengajaknya beberapa kali dan tidak di endahkannya.
sy terlalu buntu ustazah, pernah pd hari pertama sy di rumah ibu mertua, sy dengar mereka mengumpat sy di dapur kerana lambat basuh pinggan masa majlis kahwin sy. kata mereka, sy yg gatal nak berkahwin sgt, jd saya lah yg bertanggungjawab membasuh dan menyimpan semua barang selepas majlis kahwin sy. sedangkan ketika itu, sy masih dgan baju pengantin…. sedih hati sy.
Dan yg paling menyayat hati apabila ibu mertua mula mempersoalkan adakah sy menggunakan duit anak dia (suami sy) untuk membeli perkakas rumah dan jika sy habiskan dan kikis duit suami sy. sy cukup malu bila di hentam begitu di depan adik2 ipar ketika ketiadaan suami sy … Suami pernah meminta adik dan ibunya supaya menerima sy, tp…semuanya hanya indah khabar dr rupa.
Hingga satu tahap, sy pernah memohon di ceraikan kerana tak sanggup lgi di hina dan di malukan depan keluarga mertua. tp, kerana kasih sayang suami, kami masih bersama. tolonglah sy ustaza. apa perlu sy buat ?

Memang susah bila keluarga mertua tak dapat menerima kehadiran menantu baru dalam keluarga.. seumpama orang asing yang masuk ke dalam rumah.. baik tuan rumah dan orang asing, kedua2nya akan rasa kekok bila tuan rumah tak dapat menerima kehadiran kita, dan kita juga menyedari yang tuan rumah memang tak suka kat kita.. kecuali la kalau kita bermuka tembok, tak kisah pun ada tuan rumah nak kata, nak pandang, nak anggap dsb..

Ustaz Love pun tak pasti apa puncanya yang jadi sampai macam tu.. sama ada memang pernikahan puan dengan suami tak direstui keluarga ataupun apa.. Cuma bila dah bernikah, persoalan tu dah jadi persoalan kedua.. kalau sebelum bernikah, boleh la nak berat2 kepala memikirkan pasal penerimaan keluarga bakal mertua, tapi bila dah bernikah, memang kena terima je la. Macam kita nak menyeberangi sungai yang penuh dengan buaya (agak sadis perumpaan ini.. kihkih).. sebelum menyeberang, kita boleh berkira2 lagi sama ada nak meneruskan penyeberangan atau tak jadi seberang, ataupun amik jalan lain yang lebih kurang risikonya.. Namun, bila dah masuk ke dalam sungai, kita memang kena menerima gigitan2 buaya itu.. sbb kita yang memilih jalan itu.

Apa pun, setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya.. mungkin kita yang masih belum berjumpa dan belum ditunjukkan jalannya oleh Allah s.w.t.. Maka, dalam situasi ini, kesabaran itu memang sangat penting. Hanya dengan sabar, maka kita akan dapat berfikir secara waras, seterusnya dapat memikirkan tindakan yang sewajarnya untuk kita ambil. Jika kita terlalu ikutkan perasaan sedih dan marah, maka pemikiran kita akan berkecamuk dan mungkin akan menyebabkan kita mengamuk walaupun pada seekor nyamuk.

Untuk menyelesaikan perselisihan dan masalah ini, tak dapat tidak, puan kena mengambil jalan yang paling tepat, iaitu bersemuka dengan semua pihak. Puan tak boleh berterusan memendam perasaan, kerana kesabaran manusia pun ada hadnya.. kita bukannya keldai yang tak tahu nak marah.. cuma kita takut, bila dah terlampau tertekan, kita akan membuat tindakan yang akan semakin merosakkan hubungan kita dengan keluarga mertua.. maka, memendam perasaan itu sebenarnya seperti lahar gunung berapi yang tak nampak apinya.. tapi bila dah sampai tahap maksima, ia akan meletup dan bersembur2lah apinya sehingga membakar hidupan di sekeliling.

Puan kena bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan bila mengambil keputusan untuk bersemuka dengan mereka yang terlibat.. kena sedia mendengar dan membuka hati puan untuk menerima segala luahan mereka demi mengetahui punca yang menjadikan mereka bersikap sebegitu. Bila dah tahu puncanya, maka barulah boleh fokus pada proses pembaikan kepada mana2 tempat yang perlu. Jika tidak, keadaan ini akan menyebabkan puan keliru dan terfikir2 apa puncanya, sedangkan puan rasa dah buat sehabis baik dah.

Jadi, pertama sekali puan kena berbincang dengan suami (sebagai anak sulung dalam keluarga) bagaimana nak mengadakan mesyuarat keluarga. Minta suami jadi pengendali mesyuarat itu nanti dan setiap ahli keluarga akan bercakap masalah mereka. Mungkin juga ada isu yang adik ipar dan ibu mertua nak luahkan, tapi tak terluah.. lalu ia terluah melalui sikap mereka yang menyakitkan hati puan. Biarlah nak berendam air mata pun masa sesi itu, janji selepas itu masing2 dah melalui sesi meluah perasaan.. selepas itu, barulah boleh fikir macam mana nak memperbaiki perhubungan dengan merawat punca2 penyakit sebelum ini.

Puan juga boleh buat tak tahu dan memendam perasaan, cuma sampai bila agaknya puan boleh bertahan dengan situasi macam ni?

Jadi, pada pandangan Ustaz Love, berterus-terang dan berdepan dengan semua pihak itu lebih memberikan kesan berbanding memendam perasaan yang bakal menyebabkan munculnya pelbagai penyakit zahir (spt sakit kepala, tekanan darah tinggi, demam kura2, lemah pankreas dsb) mahupun penyakit batin (perasaan murung, tertekan, berserabut, tekanan perasaan dsb). Puan kena beranikan diri untuk berdepan dengan masalah ini.. berani selesaikan masalah itu lebih terpuji daripada berani meminta cerai.

Dan yang paling penting sekali, jangan lupa berdoa pada Allah pada tiap2 kali lepas solat, juga ketika solat hajat, mahupun selepas melakukan ibadah2 sunat seperti membaca al-Quran, zikir, bersedekah dsb.. doakan semoga Allah melembutkan hati mereka untuk menerima kehadiran puan, dan juga doakan semoga puan dapat lebih tabah dan bersabar. Macam2 cara Allah boleh buat untuk mendidik hati kita dan mereka..

Semoga Allah memberikan jalan keluar buat puan sekeluarga dalam menyelesaikan masalah ini.. insyaAllah, amin.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Comments

Add a Comment
  1. sy pn pernah xsuka kat akak ipar sbb die pemalas sgt bila blik umah mak mertua xpernah nk msk dpr, msk bila nk mkn je…nk mkn pn mak mertua yg jemput mkn…walau xsuka pn sy tetap hormat n perasaan tu simpan dlm hati je dan doa smoga dia berubah sbb sy syg abg sy xnk dia gduh2, sy cuma nk dia bahagia tp syg rumahtangga diorang bertahan 5 thn je sbb abg sy sendiri yg xtahan jd kambing hitam kat bini dia…dan abg sy sendiri yg ckap kak ipar sy tu dlu bercerai dgn bekas suami dia pun sbb adik2 ipar yg xsuka…walaupun dia dh xjd kak ipar sy tp dia tetap ibu kpd ank sedara sy dan kami msih berhubung dan sy sentiasa doakan dia supaya dekat diri dgn Allah…skrg dia dh kwen utk kali ke 3 dan sy arap sgt2 dia xulangi kesilapan lalu…berkahwinlah kerana Allah insyallah rumahtagga bahagia…
    cuma satu saja utk ingatan pada yg benci ipar duai tu smpai boleh meruntuhkan masjid darah daging sendiri terutamanya hentikanlah..tidak mustahil perkara yg sama akn berlaku pd kita nti…

    1. lain orang, lain pengajarannya.. sebab itu penting sangat agar ipar duai serta mertua dan menantu dapat berkomunikasi.. sbb kita berasal drp keluarga berlainan, latar belakang berlainan, pendidikan berlainan dsb.. jadi, sangat memerlukan tolak ansur berbanding cuba nak memaksa orang lain mengikut cara kita dan sebaliknya 😉

  2. Asslamualaikum…..sy ingin bertanya tentang jodoh. Mslahnya ialah keluarga pihak lelaki tidak suka saya dan tak dapat terima hubungan saya dengan anaknya. Namun saya tidak pernah jumpa sekali pon lagi dengan keluarganya. Saya ditolak mentah2 atas alasan tidak suka dengan negeri kelahiran saya. Namun begitu kami berdua tidak sanggup untuk berpisah dan hati kami masih rapat. Kami bingung apa harus dilakukan. Apa jalan yang harus diambil. Saya pernah membuat istikharah namun hati ni makin susah nak melepaskan. Bantulah saya…..terima kaish kerana sudi mendengar.

    1. Assalamualaikum ika,sy pon ad masalah yg sama.. Belah pihak lelaki tolak sy mentah mentah ats alasan di asal usul negeri kelahiran keluarga saya, sy cukup sedih apabila di hari pertunangan kami bakal mak mentua meluangkan perasaan yg dy mmg xrestui hubungan kami…

      1. Ambillah masa yang ada sebelum akad nikah untuk mengambil hati beliau. Jika beliau masih lagi berkeras, saudari sendiri lebih tahu tindakan apa yang patut saudari ambil, dengan mengambil kira kekuatan diri saudari untuk menghadapi cabaran rumahtangga dalam keadaan tidak disukai oleh mertua.

  3. Salam Ustaz…
    Maaf lama tak tgok blog ustaz. sy agak sibuk sejak akhir2 nih. terima kasih sebab sudi balas untuk maslah sy. ia sangat membntu.tp setelah di bincgkan kmbali dgn suami, kami dapt kata sepakat utk trus diam & sabar. kerana kami tahu, jika berbincg dgan baik pon, mereka tetap akan berdendam dan makin membenci kami. xpalah ustaz..mngkin ada hikmah sebalik semua ini. yg pastinya sy tahu suami tahu siapa saya dan insyaAllah akan menemani sy hingga akhir hayat. InsyaAllah…

    1. Salam puan aina..

      alhamdulillah.. apa juga keputusan yg puan buat, puan kena banyakkan sabar dan tawakkal pada Allah.. insyaAllah, ada kebaikan di sebaliknya 😉

          1. Hurmmm… Masalah kita hampir sama, bezanya Suami awak menyebelahi awak, suami sy tidak… Mungkin “Level” iman dia masih tak tau bezakan mana isteri & anak yg mana ibu. Sy pun sama, berdiam diri… bperang dgn diri sendiri, dah 3 thn berlalu… Doa sy, semoga Mereke (Suami, Ibu Mertua & adik ipar) di kurniakan hidayah oleh Allah. Allah maha besar, sentiasa membalas segala perbuatan di dunia lagi….. Sabarlah wahai aku, demi anakanda tersayang

  4. SALAM USTAZ ..
    saya pun sekarang melalui apa yang topik korang sekarang bincangkan … tapi saya bukan setakat adik ipar malah semua ipar, biras , mentua saya yang perempuan pun x suka saya … apa boleh buat dah nasib badan … oleh sebab dorang tidak suka saya sebab nya saya berkahwin dengan adik dorang saya memang seorang janda anak satu … pilihan dorang bukan saya , dorang nak jodohkan adik dorang dengan perempuan lain tapi masalah nya adik dorang telah pilih saya .. sekarang saya hanya berdoa semoga allah bukakan hati dorang untuk terima saya n anak saya ….

  5. As salam ustaz. Sya janda ank 3. Sy berkawan dgn ank teruna. Masalahnya keluarga lelaki xboleh terima sy dgn alasan sy lbh tua dri dia dan dah pnya ank. Kluarga dia juga ada kata dkt llki ni dia mampu ka nk jga ank2 sy. Sy xpernah berjmpa keluarga llki ni. Llki ni dh cuba jelaskn pd keluarga dia yg kmi berdua suka sama suka. Dia juga ada jelaskn pd keluarga dia yg selama kmi berkawan tiada masalah yg timbul iaitu dri segi kewangan dan pnjagaan ank2. Tpi msih kluarga dia xboleh terima. Apakah yg patut sy buat ustaz. Si llki ni di jenis xsuka bising2… sy xnak la berkawan mcm ni sja smpai bila2… kerap kluar berdua… berdosa… ustaz tolong beri penddapat n pndangan ustaz n cara cmna sy nk buat tuk bgi keluarga dia terima sy dan ank2

  6. Saya di sini bukan ingin memburukan Mertua Saya tapi saya sudah tidak tahan. Selama Saya berkhawin Mertua tidak pernah menerima Saya. Bila saya dan Suami bergurau senda.benda tu menjadi kebencian pada Mertua Saya.pernah suatu Hari mak Mertua minta Suami Saya hadir dalam Satu majlis. Suami Saya hendak Bawa Saya ke sana. Tapi di halang Mertua. Mertua minta Bawa kakak iPar Saya. Banyak perkara2 yang membuat Hati Saya sakit. Saya buka whatsapp Suami Saya. Di group whatsapp tersebut minta Suami Saya hantar Saya ke kluarga Saya balik. Luluh Hati Saya. Kakak iPar Saya kata Saya tidak setaraf dengan adik beradik perempuan Suami Saya. Saya tak nafikan adik beradik perempuan Suami Saya semua nya putih San cantik Saya hanya Biasa2. Pertama kali Saya jejak ke Rumah Mak Mertua Saya adik iPar Saya tergelak2 melihat Saya yang Rupa tidak cantik ini. Mak Mertua Saya cakap beruntung Dapat menantu cntik seperti ini. Itu lah kata2 yang pedih yang hendak di dengar. Saya Dan Suami sering bertengkar kerana gal itu. Saya di minta mengemas bilik pakaian. Walhal Saya tidak duduk di Rumah tersebut. Pada ketika itu Saya tak mahu. Dan membiarkan apa yang Mertua minta Saya buat. Tapi tak di sangka ini menjadi Hal. Mak Mertua Saya Marah. Pelik kenapa Saya mesti mengemas nya. Dengan Ada pakaian dalam kakak2 Dan adik2 iPar. Padahal ketika itu mereka Ada di Rumah. Kenapa Saya harus mengemas. Mengemas seorang diri. Perlbagai Cara Saya Cuba untuk berbaik dengan memasak untuk adik2 Suami. Kemas dapur mereka. Setelah mereka makan. Rumah Saya dan Mertua sebelah sahaja. Jadi saya boleh datang tak kurang 3 minit sahaja. Maaf tulisan Saya tidak teratur. Saya dalam keadaan tertekan. Pagi tadi Mertua Saya menghalau Saya balik ke Rumah keluarga Saya. Saya di katakan lembu. Itu kerana Saya trtidur di pagi Hari. Saya di katakan pemalas. Tetapi Allah saja yang tahu apa Saya sudah buat. Saya membersihkan segala Rumah2 milik mereka. Mak Mertua Saya Ada banyak Rumah Dan Rumah yang Saya duduk in ini juga Rumah Mertua Saya. Tapi sebelum Saya duduk sini. Rumah sini berselerak sangat. Segala najis Ada. Saya yang bersihkan. Membersihkan laman2. Saya tak dapat menahan rasa yang sakit pendalaman. Saya sering menagis diperlakukan begini.suami Saya tidak dapat berbuat apa. Apabila Suami Saya menegur kakak iPar Dan Mertua Saya. Mertua kata Suami Saya anak Durhaka Dan kakak iPar Saya Suka menokok tambah dalam bicara. Saya hanya berumur 19 tahun. Saya juga memerlukan kasih sayang dari Mertua. Bantu lah Saya menyelesaikannya

  7. Saya di sini bukan ingin memburukan Mertua Saya tapi saya sudah tidak tahan. Selama Saya berkhawin Mertua tidak pernah menerima Saya. Bila saya dan Suami bergurau senda.benda tu menjadi kebencian pada Mertua Saya.pernah suatu Hari mak Mertua minta Suami Saya hadir dalam Satu majlis. Suami Saya hendak Bawa Saya ke sana. Tapi di halang Mertua. Mertua minta Bawa kakak iPar Saya. Banyak perkara2 yang membuat Hati Saya sakit. Saya buka whatsapp Suami Saya. Di group whatsapp tersebut minta Suami Saya hantar Saya ke kluarga Saya balik. Luluh Hati Saya. Kakak iPar Saya kata Saya tidak setaraf dengan adik beradik perempuan Suami Saya. Saya tak nafikan adik beradik perempuan Suami Saya semua nya putih San cantik Saya hanya Biasa2. Pertama kali Saya jejak ke Rumah Mak Mertua Saya adik iPar Saya tergelak2 melihat Saya yang Rupa tidak cantik ini. Mak Mertua Saya cakap beruntung Dapat menantu cntik seperti ini. Itu lah kata2 yang pedih yang hendak di dengar. Saya Dan Suami sering bertengkar kerana gal itu. Saya di minta mengemas bilik pakaian. Walhal Saya tidak duduk di Rumah tersebut. Pada ketika itu Saya tak mahu. Dan membiarkan apa yang Mertua minta Saya buat. Tapi tak di sangka ini menjadi Hal. Mak Mertua Saya Marah. Pelik kenapa Saya mesti mengemas nya. Dengan Ada pakaian dalam kakak2 Dan adik2 iPar. Padahal ketika itu mereka Ada di Rumah. Kenapa Saya harus mengemas. Mengemas seorang diri. Perlbagai Cara Saya Cuba untuk berbaik dengan memasak untuk adik2 Suami. Kemas dapur mereka. Setelah mereka makan. Rumah Saya dan Mertua sebelah sahaja. Jadi saya boleh datang tak kurang 3 minit sahaja. Maaf tulisan Saya tidak teratur. Saya dalam keadaan tertekan. Pagi tadi Mertua Saya menghalau Saya balik ke Rumah keluarga Saya. Saya di katakan lembu. Itu kerana Saya trtidur di pagi Hari. Saya di katakan pemalas. Tetapi Allah saja yang tahu apa Saya sudah buat. Saya membersihkan segala Rumah2 milik mereka. Mak Mertua Saya Ada banyak Rumah Dan Rumah yang Saya duduk in ini juga Rumah Mertua Saya. Tapi sebelum Saya duduk sini. Rumah sini berselerak sangat. Segala najis Ada. Saya yang bersihkan. Membersihkan laman2. Saya tak dapat menahan rasa yang sakit pendalaman. Saya sering menagis diperlakukan begini.suami Saya tidak dapat berbuat apa. Apabila Suami Saya menegur kakak iPar Dan Mertua Saya. Mertua kata Suami Saya anak Durhaka Dan kakak iPar Saya Suka menokok tambah dalam bicara. Saya hanya berumur 19 tahun. Saya juga memerlukan kasih sayang dari Mertua. Bantu lah Saya menyelesaikannya

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme