I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Akhirnya Tersangkut Juga Dengan Suami Orang

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Meow :

Salam Ustaz. I like your statement.
Ustaz, just nk minta pendapat sikit. sy ni pun sekarang berkawan dengan suami org. tp setelah 3 bulan berkasih baru sy tahu yg dia suami org. sy sudah kenal lama dgn dia tp tk berapa rapat n baru 4 bulan lepas kami menjadi rapat. pada awal perkenalan yg rapat itu sy pernah bertanya yg dia sudah berkawin or belum. dan dia seperti tidak percaya yg sy ni tk tau dia dh berkahwin so pada waktu itu dia menyatakan yg dia belum berkahwin. sy percaya kata2nya waktu itu sebab sy lihat penampilannya mmg seperti org belum kahwin n dia juga tinggal sendiri di KL. dan setiap kali sy call pasti dia jawab walaupun dia pulang ke kampung every weekend. walaupun waktu tengah malam or sebelum subuh. then, after sy yakin yg dia bukan suami org sy buat keputusan utk berkasih dgn dia. dan pasti lah utk bernikah. kemudian after 3 bln berkasih, sy minta utk dia masuk meminang. waktu ini lar dia berterus terang dgn sy yg dia sudah beristeri. dia menerangkan kepada sy kenapa dia tk berterus terang pada awal berkenalan. dia bagitau yg dia tk menyangka sejauh ini hubungan kami. n dia akui yg dia leka n takut kehilangan sy if dia berterus terang pada waktu itu. pada waktu dia berterus terang itu dia juga ada bagitau yg dia redho dgn keputusan sy. sama ada mau tinggalkan dia or marah dia or maki dia. dia juga bagitau saya mmg dia nk isterikan sy dan tujuan dia utk bernikah satu lagi kerana dia tk punya anak dgn isterinya. dan isterinya juga tahu niatnya utk bernikah satu lagi. dan menurutnya isterinya setuju. setelah mengetahui yg dia sudah beristeri, yg peliknye saya tak marah or mau putus. tp sy tetap mahukan hubungan ni di teruskan. tp sy bagitau dia yg sy mau bertemu dgn isterinye dulu dan sy bagitau dia yg sy tak mau berjumpa dia dulu selagi sy belum bertemu dgn isterinye.
Ustaz, sy kasihkan dia tp pada masa yg sama sy tidak mahu melukakan hati wanita lain. coz bagi sy “u will get what u give”. Sy tau semua org di luar sana semua pasti cakap cuba lar mengelak. Actually, sy bukan lar tk cuba mengelak sebelum2 ni. mmg ramai je suami org yg mahu kan sy sebelum2 ni. alhamdulillah sy barjaya mengelak dgn cara baik. but sy tk menyangka akhirnye sy still tersangkuk jugak dgn suami org. honestly, sy letih n sy seperti redho dgn semua ni. cuma satu je pinta sy supaya semua org merestui pilihan sy terutama isterinye, parentnye, parent sy, dan adik beradik kami. sy tk akan meneruskan hubungan ini if isterinnye serta famili tk setuju.
so sy berharap kepada semua yg membaca comment sy ni, jgn lar memandang hina kepada wanita2 yg bermadu terutama isteri ke dua, ke tiga or ke empat. coz bukannye semua dr mereka tidak cuba utk mengelak dan menepis. tapi still juga hadapi masalah yg sama sehingga diri tk berdaya. lelaki pun manusia juga. tk kan lepas dr buat salah. so sebagai wanita n sesama manusia kita seharusnye saling menyokong n membantu. bukan menjatuhkan semangat org lain dgn hinaan dan makian. dan kpd isteri pertama, jgn cepat melatah dan byk2 lar bersabar. sesungguhnye Allah itu maha adil. percaya lah.
wassalam

Pada pandangan Ustaz Love, tiada apa salahnya bernikah dengan suami orang.. sebab kita pun orang, memang la kena nikah dengan suami orang.. takkan nak nikah dengan suami ayam plak.. kihkih.. maaf.. terbuat lawak plak di awal2 statement.

Walaupun seorang wanita itu telah bersuami, wanita itu tak sewajarnya menganggap bahawa suaminya itu adalah hak milik mutlak beliau. Ini kerana, seorang wanita mahupun seorang lelaki yang berkahwin itu hanya diikat dengan satu lafaz akad, namun bila dilafazkan satu lagi lafaz (lafaz talak), maka terbubarlah perkahwinan mereka. Tak kira la betapa mereka nak kepuk isteri dalam rumah, atau nak ikat suami daripada bergaul dengan kawan2 sekalipun. Sebab kita duduk atas dunia ni, tak ada benda yang kekal. Sedangkan rambut yang hitam itu pun tak mampu dikekalkan kehitamannya (suatu masa nanti akan bertukar putih, atau tak sempat nak bertukar putih dah jadi botak.. kihkih), apatah lagi suatu perhubungan yang lahir daripada 2 insan yang berbeza.

Kita cuma mampu berusaha untuk mengekalkan kebahagiaan perkahwinan itu. Sebab matlamat akhir kita dalam perhubungan adalah supaya kita sama2 dapat masuk syurga. Suami mendidik isteri menjadi solehah supaya dapat membantunya dalam agama, manakala isteri pula berusaha untuk mentaati suami supaya dapat keredhaan Allah dan mudah nak masuk syurga. Namun, bila matlamat akhir kita adalah kebahagiaan dunia, maka kita akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan keinginan dunia kita, sehingga kadang2 sampai kita terlupa akan matlamat akhirat. Terlalu inginkan sebuah kasih dan cinta yang tak dikongsi bersama orang lain, sehinggakan menyebabkan kita rasa macam dunia dah kiamat bila sang suami melafazkan kata2 keramat : “Abang nak kahwin satu lagi”.

Ustaz Love takde la berniat nak menghalang mahupun menyokong keputusan saudari Meow ni. Bagi Ustaz Love, tiada masalah jika nak bernikah dengan lelaki yang sudah beristeri. Cuma, sebelum saudari membuat keputusan nekad dan muktamad, maka beberapa perkara harus saudari teliti, kerana nak berkahwin ni bukan sekadar sehari dua.. bila berlaku masalah, cerai.. lepas tu kahwin, lepas tu cerai.. itu bukan matlamat perkahwinan. Kalau boleh, kita berkahwin ni agar dapat bertemu dalam syurga, yang mana akan kekal sampai bila2.. bukan setakat sampai anak cucu.. lepas dapat cucu, bercerai. Jadi, sebelum berkahwin ni la kalau nak pecah kepala pun, pecahlah kepala itu untuk memikirkan segala baik buruk dan risiko yang bakal ditanggung. Bukannya bila dah nikah dan beranak pinak, baru nak fikir.. kelak bukan setakat menyiksa diri, anak2 pun akan terasa bahangnya juga.

Usia perhubungan selama 3 bulan itu bagi Ustaz Love masih lagi terlalu muda. Dalam tempoh 3 bulan bercinta itu, belum banyak yang saudari ketahui pasal lelaki itu. Sedangkan perkara yang besar seperti status perkahwinan pun saudari baru dapat tahu (itu pun melalui mulutnya sendiri.. agaknya kalau dia buat senyap je, mungkin saudari akan tertipu sampai ke mati), apatah lagi perkara2 lain yang mungkin saudari tak tahu. Ustaz Love ada terbaca di suatu tempat tentang kisah seorang lelaki yang ditinggalkan tunangnya beberapa hari sebelum majlis akad nikah, sedangkan mereka telah bercinta selama 3 tahun.

Sebab itulah, bagi pernikahan seorang anak dara (maksud Ustaz Love, bukan janda atau ibu tunggal), maka yang lebih layak untuk menguruskannya adalah walinya sendiri. Sebab wali ini daripada kalangan lelaki, dan kebiasaannya lelaki itu lebih memahami watak seorang lelaki. Sekilas ikan di air, dah tau mana satu ekornya dan mana satu kepalanya. Jadi, nak tak nak, jika saudari putuskan juga untuk meneruskan perhubungan dengan lelaki itu, beritahulah dengan keluarga saudari. Ambillah nasihat2 mereka untuk kebaikan saudari. Ibu bapa dan keluarga ni sebenarnya nak yang terbaik buat saudari, bukan saja2 je diorang nak halang perhubungan anaknya.. cuma tak nak anaknya menyesal kemudian hari. Mereka juga tak nak anak2 dara mereka menjadi andalusia (anak dara lanjut usia), tetapi mereka juga tak nak anak mereka kahwin awal, tapi menjanda pun awal.. sebab akhirnya, mereka juga yg akan merasai kesannya bila anaknya diceraikan. Sebab kebiasaan masyarakat kurang memandang rendah pada lelaki yg menceraikan isteri, sebaliknya lebih meletakkan kesalahan pada isteri yang diceraikan (kononnya isteri tu tak baik dsb). Maka, jadilah seorang janda itu menerima umpat dan keji masyarakat walaupun beliau tak bersalah, sbb bukan beliau yg menceraikan suaminya. Inilah hukum manusia yang kadang2 berlawanan dengan logik akal pun, masih lagi diterima dek akal.

Niat saudari untuk bertemu dengan isterinya juga adalah niat yang terbaik. Bukanlah semata2 sebab isterinya itu yang akan sign borang poligami, sebaliknya perhubungan itu dapat dipupuk dulu lebih awal. Berkenal2an akan melahirkan kasih sayang. Kebanyakan kes poligami menjadi kucar-kacir dengan perbalahan antara isteri2 adalah disebabkan permulaannya sendiri tak berapa baik. Isteri pertama mengetahui suami bernikah lain melalui jalan yg tak sepatutnya (melalui orang ketiga contohnya), maka ia telah menimbulkan bibit permusuhan sebelum berlakunya proses kenal mengenal. Semua ini berpunca daripada sang suami yang berani2 takut.. berani berpoligami, tapi takut nak berterus-terang. Bila dilakukan dengan cara yang betul, insyaAllah, kasih sayang itu akan muncul dan dapat mengimbangi perasaan cemburu (yg merupakan antara sifat utama wanita.. kihkih). Manusia ini selalunya akan bermusuh dengan perkara yang tak diketahuinya.. bila dia tak tahu apa2 pasal madunya, maka syaitan mudah nak mencucuk perasaannya dengan menggambarkan isteri muda itu sebagai perampok suaminya, penyebab kedukaannya dsb. Sedangkan itu bukanlah hakikat yang sebenarnya. Ustaz Love menyokong penuh niat saudari untuk bertemu dengan isterinya itu. Mungkin dengan sokongan isterinya, bakal memudahkan urusan saudari untuk memahamkan keluarga supaya menerima hakikat anaknya bakal menjadi isteri kedua.

Jika boleh siasat, siasatlah. Jangan takut untuk mengetahui kebenaran.. sebab sesetengah orang memang susah nak menerima kepahitan perkara yg benar itu, hingga menyebabkan dia buat tak tahu je agar tak sakit hati jika mengetahui kebenaran. Bukanlah niat Ustaz Love nak suruh siasat lelaki tu pakai spender warna apa ke, ada kurap ke dsb.. sebaliknya siasatlah segala kebenaran kata2 lelaki itu, sama ada benar dia nak bernikah lain sebab takde anak, atau ada sebab2 yang lain. Mana la tau, kot2 memang lelaki tu yang mandul, maka alasannya nak kahwin lain sebab nak dapatkan anak tu dah tak relevan. Mungkin juga dia akan menggunakan alasan yang sama untuk bernikah kali ke 3 dan ke 4 nanti. Jangan percayakan sangat cakap2nya sebab beliau pernah menipu saudari dengan menafikan yang beliau sudah beristeri (sedangkan perkara itu yg sepatutnya diberitahu awal) dan bukannya menggunakan alasan ‘budak2’ : “dan dia seperti tidak percaya yg sy ni tk tau dia dh berkahwin so pada waktu itu dia menyatakan yg dia belum berkahwin.”.. Kaedah sebegini dipanggil sebagai kaedah untuk memancing, kalau ada rejeki sangkutlah ikan, biarpun menggunakan rapala (umpan tiruan) untuk menarik perhatian sang ikan. Kalau setakat nak tengok penampilan, lelaki memang pandai menyembunyikan hakikat yg sebenar. Alangkan Ustaz Love yg dah beranak 3 ni pun orang dok kata macam anak dara, apatah lagi mereka2 yg belum punya anak.. kihkih. Maka, lagi la saudari kena fikirkan dengan lebih teliti tentang perkara ini sebelum membuat keputusan berkaitan hidup dan masa depan saudari.

Tiada sebab keluarga mahupun masyarakat nak memandang serong kepada wanita yang berkahwin dengan lelaki yang sudah beristeri, jika dilakukan dengan cara yang betul. Yang biasanya dipandang serong adalah bila poligami itu dilakukan dengan cara yang tak mengikut prosedur (nikah di sempadan ke, tipu tandatangan isteri pertama ke, mengaku bujang ke dsb). Dah tentu orang akan berprasangka, kenapa nak guna jalan lama yang rosak dan penuh dengan hantu, sedangkan dah ada highway yang lebih baik? Terus orang akan kata sebab kita takde duit nak bayar tol, sebab tu la ikut jalan lama yang bakal menyusahkan. Macam tu juga orang akan pandang serong, kenapa berpoligami secara senyap2 sehingga sanggup mengguris hati ibu bapa? Dah tentu ada masalah lain di sebaliknya.

Ustaz Love masih ingat lagi perborakan Ustaz Love dengan seorang kontraktor karkun.. kalau tak silap, beliau ada 3 isteri yang duduk berdekatan. Sebagai kontraktor, beliau memang sibuk menguruskan projek di luar, jadi urusan rumahtangga diambil alih oleh isteri2 beliau. Ada yang bertugas untuk memasak, ada yang bertugas untuk hantar dan ambil anak (yang berbelas orang, sebab beliau seorang yang sangat produktif) di sekolah, ada yang bertugas menguruskan barang2 keperluan dapur, pergi pasar dsb. Jadi, nampak betapa kerjasama itu boleh dipupuk jika ketua keluarga itu bijak menguruskannya. Kalau kurang bijak, even seorang isteri pun tak dapat nak handle, apatah lagi kalau banyak isteri.. mau botak kepala suami sebelum tiba masanya.. kihkih.

Apa pun, Ustaz Love nasihatkan saudari agar melakukan istikharah meminta petunjuk daripada Allah, mana satu pilihan yang terbaik.. sama ada meneruskan perhubungan itu, atau memutuskannya. Jika hati lebih berat untuk memutuskannya, maka tak perlu susah2 nak fikir cara nak berjumpa dengan isteri beliau dsb. Jika ditakdirkan hati lebih berat untuk meneruskannya, maka buatlah ikut cara yang betul. Memang kadang2 agak susah kalau nak buat benda baik ni, namun dengan kesabaran dan doa, insyaAllah, Allah akan mudahkan. Macam nak baik daripada sakit la.. memang susah nak kena telan ubat yang pahit, nak kena jalani fisioterapi la, kemoterapi la, keretapi la.. namun, selepas kita sembuh, kita akan lebih menghargai kesihatan yang kita dapat disebabkan kita melalui proses penyembuhan yang agak menyeksakan. Nak dapatkan emas yang cantik untuk dipakai sebagai perhiasan (rantai ke, gelang ke, subang hidung ke dsb) pun memerlukan emas itu melalui proses yang menyakitkan (kena lebur dalam kepanasan yang ditinggi, ditoreh dan dipahat dsb) sebelum terhasil perhiasan yang cantik, maka lebih2 lagi la jika kita nak dapatkan kebahagiaan yang berpanjangan.

Kebahagiaan itu bukanlah pada seorang isteri, dan kesengsaraan itu bukanlah pada poligami.. sebaliknya ia bergantung pada pemain2 (players) itu sendiri. Boleh jadi poligami itu lebih mendatangkan bahagia, lebih bahagia daripada bermonogami.

Ustaz Love doakan semoga Allah memberika jalan keluar yang terbaik buat saudari dalam menyelesaikan perkara ini.. Buatlah dengan cara yang betul (walaupun terpaksa susah payah), insyaAllah, natijah dan hasilnya juga akan menjadi betul.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

36 Comments

Add a Comment
  1. kdg2 nampak mcm manis…lps kawin nanti baru tau langit tinggi rendah..berckp dari pengalaman ahli keluarga sendiri yg bersuamikan suami org….byk duka dari suka…

  2. pada sy, kalau dh jodohnnya tersurat begitu, knp kita org luar nak persoalkan. balik pada asal, jika dah dpaat restu dr pihak2 yg sepatutnya, teruskan jelah. ada je bermadu dan bahagia. sbg isteri , sy setuju , kena fhm suami mungkin bukan hak kita seorang. ketentuan Allah bukan urusan kita. kalau betul suami milik kita seorang, alhamdulillah. bg suami pulak, kalau dh nak kawin satu lg, nilailah diri dulu sama ada boleh adil atau tak. kalau x mampu, jgn buat, nnt akan merosakkan hati insan2 yag menyayangi dia. kan?kan?

  3. just remember that word “u will get what u give”….. Allah tue satu, dia Maha adil dan mengetahui… klu ada hati insan lain yg terluka dan sentiasa bergelinagan air mata disebabkan kita nescaya itula yg kita akan dpt nanti. amin.

    1. “u will get what u give” tu konon2 macam hukum karma laa ek…kihkihkih

      karutlahh…Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. sebab tu Dia halalkan talak walaupun Dia benci dan Dia juga syariatkan poligami walaupun kita benci. hahaha

      terluka? nak terluka dengan suami, apa kena mengena plak dengan ‘balasan/ketentuan’ dari Allah tu? yg nak berlinangan airmata kita punya pasal laa..apasal plak nak kena kaitkan dengan orang lain? hati kita yg ‘sakit’, kita nak salahkan orang lain plak?

      pompuan suka sangat laa divert kesalahan dan isu.

      1. agree with u… Allah Maha mengetahui mn yg terbaik utk hamba-Nya.. Kalau menangis kerana kasih dan merayu pada Allah xpa, jgn duk menangis krn sakit hati suami kawin lain marahkan takdir dah ler.. tak baik..

      2. agreed..kata2 hukum karama hny berlaku ats kehndak Allah..hny DIA yg berkuasa nak uij/hukum hmbany..so jgn rendah diri,keep goin on meow,,, Allah the only one know the trues..jgn guna ‘u will get wat u give’..i just like bullshitt,,setan nak awak was2. gud luck bina mahligai.

    2. perkataan nescaya tu menggambarkan kepastian.. sedangkan kita bukanlah tuhan untuk menentukan natijah baik atau buruk.. 😉

    1. btol3…lg satu selagi xkawen lagi selagi tu perempuan ni boleh elak..belum ada ikatan pape lagi…stop la..kuatkan hati..xkan bahgia atas airmata perempuan lain…huhu

      1. kebahagiaan tak terletak pada air mata atau kesedihan orang lain.. ramai je pasangan2 yg monogami dok bersedih atas air mata sendiri 😉

      2. sy rase awk ni jenis takot bkl/suami awk kene bebas kn..kalu awk hebat, laki xkn cr lain la woi..nafsu laki, sape leh tahan..cm awk ,kalu jumpa shoes cantik kt mall mesti terhegeh2 nakkn?? ..benci poligami benci hukum islam, benci Allah..lgpun wife dia bg la, ko lak lebih2..ingt jodoh di dunia lum tentu dia jodoh kite kt akhirat..sekian.

        1. persoalannya bukan pada label (andartu atau bermadu), tetapi sejauh mana kita mendapat kebaikan daripadanya untuk dibawa ke akhirat nanti.. kalau bermadu itu lebih baik, maka baiklah bermadu.. kalau andartu itu lebih baik, maka baiklah andartu 😉

          1. ustaz love..kalu lah wanita tu dah 30an jadi bini no 2 kawan baik dia zmn sekolah(Laki org) semata- mata nak ada anak saje boleh ke?kalu kawan dia tu sayg dia kira bonusla..kalu tak syg dan anggap kawan baik pon takpa.saya relaaa.asalkan xjadik andartu,xdi umpat sedara mara sbb single dan ada anak sendiri..makan pakai dan nafkah zahir tak kisah sbb wanita ni ada duit.lgpon kawan laki dia ni keje offshore jarg2 jumpa ..ok ke ustaz niat si ppuan tu?

          2. Niat tu memang mudah, tapi bab nak praktik tu yg agak payah.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawabkan dalam entry 😉

  4. Permasalahan ini memang menjadi semakin menarik dikalangan masyarakat kita. Saya sendiri telah melaluinya, saya akhirnya bernikah setelah berjumpa dgn bakal madu dan kemudian berkahwin mengikut semua prosedur pekhawinan di Malaysia. Saya tiada masalah untuk menerima giliran atau nafkah seadanya. Malah saya juga menjadi rapat dengan madu saya. Walaubagaimanapun, macam kata Ustaz..bukan kerana air mata, pengorbanan atau karma yang akan menentukan kebahagian berumah tangga..tapi individu itu sendiri. Saya terpaksa menuntut fasakh akhirnya ..bukan kerana madu saya benci saya, atau saya rasa giliran tidak adil..tetapi kerana bekas suami saya yang panas baran dan suka menindas fizikal dan mental saya.

    Maka, untuk adik yang bertanya tadi.. ikutlah nasihat ustaz Love, kenal hati budi dia terlebih dahulu, uji dan nilai tingkah lakunya dahulu sebelum berkata “saya setuju”..kerana sebagai wanita, kita layak memilih. Selepas dipilih dan memilih.. kita harus berani tempuh semua dan redha (macam Ombak rindu) dgn bahagian yang Allah berikan dan ujikan untuk kita :). Bermadu tak salah.. only the players should know how to play the cards well aje.
    Good luck..:) and all the best!

    1. terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan dan pengalaman.. semoga ianya dapat dijadikan iktibar 😉

  5. assalamualaikum wr.wbt.
    bukan kita pinta untuk bercinta/bernikah dengan suami org. tapi takdir yang menentukan.. walau dielak bagaimanapun tetap dihadapi.. ini atas pengalaman saya.. bercinta dengan seorang bujang selama 8 tahun tapi tiada ikatan apa2 terjawab.. saya sentiasa berdoa dan berdoa dalam usaha untuk bertemu dengan seseorang yang boleh membimbing saya.. perkenalan saya dengan seseorang pada akhir tahun 2011.. pertemuan kami ketika itu.. dia memperkenalkan diri dan statusnya.. asalnya saya cuba elakkan untuk bertemu atau teruskan hubungan itu.. tapi siapa sangka jodoh kita.. awal perkenalan tentangan keluarga dari pihak saya.. mak menghalang abah cuma berdiam.. si dia berhasrat untuk menikahi saya.. atas alasan isterinya berada di sebuah negeri seberang laut kerana bekerja di sana.. usahanya membawa isteri kembali disisinya berjaya dan dapat bertukar ke sini.. alhamdulillah.. saya?? dia masih tetap ingin teruskan hasrat untuk bernikah.. saya dipertemukan dengan isterinya.. bukan niat untuk merampas.. tapi hanya untuk menumpang kasih. walaupun agak pahit pada permulaannya.. alhamdulillah akhirnya kami bahagia.. suka duka bersama menjadi manis hingga ke syurga hendaknya..

    1. Begitulah yg sebaiknya. Buatlah dgn cara yg betul, insyaAllah natijahnya juga akan menjadi betul..

  6. Isteri pertama tak setuju bukan kerana poligami tapi suami yang tak amanah pada tanggungjawab walau pada 1isteri.

    1. Kebiasaannya kalu suami yg amanah, lg la isteri tak sanggup nak lepaskn utk bernikah lain.. Takut berubah sikap dan tak rela berkongsi suami yg baik.. Wanita mmg penuh dgn ketakutan..kihkih

  7. Saya nak tau prosedur perkahwinan untuk janda kematian suami dengan lelaki yang telah mempunyai 2 isteri tanpa perlu bernikah di negara lain. Adakah kebenaran nikah daripada isteri pertama dan kedua perlu diperolehi. Perkahwinan dengan janda adakah memerlukan wali?

    1. Prosedurnya macam biasa.. cuma mungkin beberapa dokumen tambahan diperlukan bagi balu untuk bernikah lagi spt sijil kematian suami, sijil nikah atau surat beranak anak.. Bagi proses poligami, lelaki itu tetap perlu mendapatkan tandatangan kebenaran isteri terdahulu dan akan dibicarakan serta diputuskan oleh mahkamah sama ada dibenarkan untuk poligami atau tak.

      Perkahwinan janda / balu tetap memerlukan wali..

  8. Assalam ustaz,
    Saya berkenalan dengan seorang ustaz yang juga suami orang. Kami berkenalan semasa sesi rawatan yang dijalankan antara saya dan dia. Kami mula rapat setelah dia menghantar SMS dan hubungan antara perawat pesakit bertukar menjadi kawan. Sepanjang sebulan mengenali dia, banyak pendapat telah kami tukar malah cara serta peribadinya menarik minat saya. Dia telah mempunyai 2 orang isteri dan 5 orang anak. Isterinya tidak mengetahui akan hubungan kami ini. Selain itu, sebagai seorang ustaz, dia turut menyatakan bahawa sentuhan ‘ringan-ringan’ tidaklah berdosa besar lalu mengajak saya melakukan perkara tersebut. Pada awalnya saya setuju namun, bagi saya salah tetap salah. Saya inginkan hubungan yang halal dan bukan secara bersembunyi. Apabila saya tanyakan pada dia kenapa mesti kita lakukan ini, dia kata dari sini bolehlah timbul rasa kasih dan sayang. Saya juga tanya adakah dia akan menyunting saya menjadi isterinya, dia kata banyak perkara perlu difikirkan dahulu dan hubungan kami masih baru. Selepas berlakunya sesuatu itu, ustaz tersebut terus menyepikan diri. Apabila saya mula hantar SMS mengatakan habis madu sepah dibuang, dia marah dan mengatakan saya telah memfitnah dia. Malah mengatakan dia sibuk kerana melawat anak dia. Pada fikiran saya, kalaupun dia suami orang, kalau betul dia berkehendak, dia perlu serius.
    Bila difikirkan semula, saya pasti isterinya akan kecewa kalau mengetahui suaminya mencari perempuan lain diluar. Kalau saya sebagai isterinya pun, saya tak tahulah nak kata. Justeru itu, saya ingin melupakan dia ustaz. Namun, walau solat hajat dan taubat dah dilakukan berulang kali, saya masih tidak mampu lupakannya. Entah mengapa, rupa serta ingatan terhadapnya sering datang dalam fikiran saya. Jujur ustaz, saya memang mengharapkan agar saya dapat berkenalan dengan orang lain untuk melupakannya. Namun, seperti kata dia ketika dalam sesi rawatan kami, saya masih perlu berubat untuk pastikan benar-benar sembuh. Disebabkan ada gangguan, jodoh saya sukar. Mak saya tidak mengetahui hubungan kami ini tapi dia tidak menghalang andai saya bercinta dengan suami orang. Mak saya minta saya untuk meneruskan sesi rawatan dengan dia tapi saya sebolehnya tidak mahu berjumpa dengan dia lagi kerana takut akan merindui dia lebih mendalam. Apakah yang harus katakan pada mak saya? Apakah yang harus saya lakukan apabila setiap kali teringat pada dia?

  9. Salam ustaz..sy ni pun dh keliru & agak tertekan dgn isu poligami. Nk tya kt sapa pun x tau sbb malu..mungkin sy salah setuju utk jd isteri ketiga lepas gagal dgn perkahwinan pertama. Dgn ex sy ada 2 anak yg skrg sy jaga tanpa bantuan dr ex..100% sy kena urus..pengalaman sy dgn ex yg mana masa tu dia mmg hak sy sorang, tp nk dibandingkan dgn perkahwinan skrg hidup sy lebih baik.. Suami jaga sy & anak2 lebih baik dr ex sy dulu. Ceritanya panjang & sblm kawin pun byk baik buruk dipertimbangkan. Keluarga sy restu sbb tgk suami sy boleh jd suami yg baik. Skrg sy dh ada sorang anak dgn dia…sepanjang tempoh perkahwinan ni, mmg sy rasa sy byk mengalah..suami bkn tak adil tp adil pd dia hak kami ditunaikan dgn cara berbeza mengikut keperluan isteri2 yg ada. Sy redha sbb sy sedar sy siapa..raya pun tak pernah dpt beraya dgn suami sbb dia akan sambut dgn keluarga pertama. Tp apa sy tak dpt, dia ganti dgn perkara lain.. Hal perkahwinan kami jd rumit bila semua terbongkar..setelah 2 thn isteri pertama dpt tau psl isteri kedua & ketiga. Isteri pertama menolak mentah2 suruh suami ceraikan isteri kedua & sy.. Isteri kedua pun sama gak..tak dpt terima ada sy sbg yg ketiga.. Yg pertama desak suami ceraikan isteri lain..klu tak dia nk cerai..isteri kedua pulak kata ceraikan sy klu tak dia nk cerai jugak. Suami sy seboleh2 nya nk semua..bkn psl tamak..dia ckp klu tamak dia kawin dgn anak dara yg senang2 dia boleh dpt.. Soalnya, niat awal semasa nk jadikan isteri kedua & sy sbg isteri..utk bantu kami sbg janda..apa salahnya kongsi kasih sayang yg halal dr kami buat maksiat. Juga niat dia yg mahu anak2 sy dpt kasih sayang seorang ayah bila ayah kandung dh tak tunai tggjwb langsung.. So skrg suami sgt tertekan.. Hari2 kena desak suruh buat pilihan..bertekak dgn isteri pertama sampai anak2 yg dh besar panjang tu pandang serong kt ayah sendiri..tiap kali gaduh mesti ugut mcm2..beberapa kali bila isteri pertama ckp “kau dh ceraikan dia ke belum?” Suami terpaksa jwb “dah!”..so sy jd takut kot2 dh jatuh talak bila dia ckp mcm tu..hadoilah… Kesian kt suami…skrg nk jumpa kami kena sembunyi2 dan tak boleh nk tunai tggjwb dia mcm sblm ni.. Isteri pertama fitnah sy pd suami ckp sy mcm2..ckp sy ada jantan lain sbb tu sy tak kisah suami lama tak blk @ apa..tuduh sy gunakan sihir utk dptkan suami sy..haishh!..klu sy pandai bab2 sihir ni, tak kawin dgn dia..baik carik org kaya raya..bila dia sms, perkataan tak payah nk crita mmg semua menghina..pernah sy sms suami tgh mlm sbb anak demam panas, rupanya isteri pertama yg baca, dia call & ckp “anak kau tu jagalah! Sibuk ckp dgn laki aku apahal? Anak tu tak jd klu kau tak menggatal!”..Tuhan je yg tau apa sy rasa.. Isteri kedua pulak mmg taknak jumpa @ ckp dgn suami langsung selagi tak ceraikan sy..dia asyik ckp nk cerai..dia tak kisahlah..nk cerai pun dia tak sangkut apa2 sbb takde anak dgn suami..sy ni..klu nk cerai..apa nk jd dgn anak2 sy..persoalannya skrg ustaz, sy nk tau apa hukum isteri pertama buat sy mcm ni..berdosakah sy kawin dgn suami..jatuh ke talak atas sy bila suami jwb “nnti aku ceraikan dia” dan jwb “dah” bila isteri pertama tya..apa patut sy buat? Adakah sy perlu mengalah sedangkan suami perlukan sy.. Skrg, wlu duit tak jd mslh pd sy, hidup sy selalu sedih tambah2 tiap kali anak2 tya “mana ayah?..knapa ayah dh lama tak balik?..ibu, tlg ckp dgn ayah adik sakit ni, nk ayah bwk pg doktor”..tolonglah ustaz.. Mungkin sedikit pandangan mampu beri sy kekuatan… Terima kasih

  10. Saya isteri pertama. Peritnya Tuhan saja yg tahu. Cuba lah kalau mahu, tapi bila suami kahwin ketiga, bak kata awak, jgn lah marah dan cepat melatah, byk bersabar ya :))

  11. Salam ustaz, apa hukum suami suruh kahwin org lain dgn nada marah dan serious. Adakah jatuh talak?

  12. Assalamualaikum Ustaz…

    Saya ada kemusykilan ingin ditanya. Sebelum itu, biarla saya berterus-terang saya menghidap penyakit was-was sudah bertahun-tahun lamanya. Maaf ustaz tulisan saya ini agak panjang.

    Dipendekkan cerita..kami pernah disahkan oleh mahkamah jatuh talak dulu akibat satu insiden (saya secara tak sengaja meniru lafaz cerai yang SOREH ketika menonton sebuah filem dan berpaling kepada kpd isteri)..sebelum melalui prosedur mahkamah..saya ada bertanyakan soalan secara online di website JAKIM..dan jawapannya talak jatuh dan dinasihatkan supaya merujuk ke mahkamah..setelah melalui prosedur, mahkamah sah kan talak memang jatuh..hanya Tuhan sahaja yang tahu ketika itu bagaimana perasaan kami..lebih2 lagi isteri saya..saya redha dengan ketentuannya. Lama-kelamaan kami dapat menerima hakikat. Hidup kami makin bahagia..ditambah lagi dengan kehadiran seorang cahaya mata.

    Tetapi, beberapa bulan yang lepas..saya secara tak sengaja terjumpa semula soalan saya dalam web JAKIM, tapi kali ini..lain pula jawapan yang diberi..baru saya sedar bahawa, soalan saya di jawab oleh beberapa orang panel sebenarnya..sebelum ini panel JAKIM mengatakan talak jatuh..tapi yang saya baru jumpa hari itu pula..mengatakan talak tidak jatuh dengan lafaz yang saya tiru dalam filem tersebut..saya jadi keliru..dan secara automatik lafaz cerai yang lama tersebut..bermain-main semula di fikiran..sedang asyik berfikir ..TIBA-TIBA SECARA TAK SENGAJA LAFAZ YANG LAMA TERSEBUT TERPACUL/ TERLAFAZ KELUAR DRPD MULUT SAYA…saya berani bersumpah ketika itu..malah sebelum itu pun saya tiada sedikit niat pun untuk menceraikan isteri saya kerana saya tiada masalah dengan isteri malah amat menyanyangi isteri saya. Ia terlafaz kerana saya memikir lafaz tersebut dalam kepala fikiran.

    Saya yakini diri saya lagi..”logikkah jika aku, seorang yang dalam keadaan waras dan sedar yang aku seorang suami yang amat menyayangi isterinya, dengan secara tiba-tiba tanpa apa-apa alasan, engkau lafaz cerai tersebut kepada isterimu? Logikkah? Sudah tentu TIDAK!! ia terlafaz kerana apa yang sedang kamu fikirkan ketika itu..tiada niat bercerai..yakinla” Tapi oleh kerana ia lafaz soreh saya jadi risau, bimbang..ditambah lagi dengan keadaan saya yang ada penyakit was-was.

    Kemudian timbul pula kata-kata jahat dalam kepala mengatakan.. ”Memang la kau takde niat..ntah-ntah kau secara tak sengaja tujukan lafaz tersebut pada isteri kau dalam hati saje nak cuba-cuba lepas tu terlafaz di mulut.…mana tau kan? lafaz soreh ni kalau takde niat tapi kalau dituju pada isteri jatuh talak tau..” Subhanallah..suara2 halus tersebut selalu bermain di fikiran saya ustaz. Tolonglah saya ustaz. Saya yakinkan diri saya ini suma kata-kata jahat..was-was yang dibisikkan oleh syaitan. Betul kan ustaz ini semua drpd syaitan.? Bagaimana mahu meyakini diri suara2 halus ini benar-benar drpd syaitan ustaz? Saya sudah sehabis jujur dengan diri saya ustaz.

    Soalan 1: Bolehkah ustaz ulas permasalahan saya ini. Adakah jatuh talak dalam keadaan ini? Adakah ia berpunca drp penyakit was-was yang saya alami selama ini? Saya dekatkan diri dengan Allah SWT mohon perlindungan drpd was-was ini. Solat hajat..menangis mohon perlindungan-NYA.

    Soalan 2: Bolehkah saya mengambil pendekatan ini untuk menghilangkan keraguan saya ini ustaz?..Berkata Asy-Syaikh al-Allamah Shalih Al-Fauzan..” Apabila ragu-ragu telah jatuh talak darinya, maka istrinya tidaklah tertalak hanya semata-mata ragu-ragu. Dikarenakan pernikahannya dibangun diatas keyakinan dan tidak bisa gugur hanya karena ragu-ragu..” atau dengan Kaedah fiqh yang kedua iaitu al-Yaqiin la Yuzaal bil al-Syak (Keyakinan tidak hilang dengan keraguan).

    Diharap ustaz dapat membantu saya dalam kesulitan saya ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme